Saturday, March 31, 2012
MENGAPA Anwar Ibrahim mengelak untuk hadir ke mahkamah
dan dilihat begitu takut untuk menjadi saksi berhubung perbicaraan kes saman
berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta,
kira-kira 14 tahun lalu?
Apakah ada rahsia yang
beliau bimbangi akan terbongkar apabila beliau bersetuju untuk jadi saksi dan
sekali lagi menelanjangi kerakusan serta kebejatan moralnya sebagai bekas
pemimpin kerajaan yang kononnya bersih dari rasuah serta penyelewengan?
Apakah kes ini akan
membongkar hubungan serta perancangan Anwar untuk mengguling Tun Dr Mahathir
satu ketika dulu atau adakah kes ini akan membongkarkan bahaw Vincent Tan di
arahkan berundur dari cubaan mengambil alih MUI Bank (kini dikenali sebagai
Hong Leong Bank Berhad (HLBB) oleh Anwar Ibrahim dan sebagai balasan, Vincent Tan diberikan lesen
perjudian besar, The Sports Toto oleh Anwar Ibrahim.Adakah ini yang Anwar
bimbangi?
Adakah kes ini akan
membongkar bahawa kroni dan taikun Cina Anwar Ibrahim, Quek Leng Chan diberi
lampu hijau mengambil alih MUI Bank Berhad melalui Hong Leong Credit Berhad
dengan satu pinjaman bersindiket (syndicated loan) berjumlah RM 420 juta ( 8
penama ) dengan tambahan RM 25 juta diberikan kepada kroni Anwar Ibrahim, Faiz
Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangkan?
Adakah kes ini akan
membongkarkan pinjaman pada awalnya
bertujuan untuk membeli saham dalam Inchcape Timuran dan untuk pembelian
Kewangan Bersatu Berhad ( KBB), yang mempunyai lesen kewangan hanyalah satu
'diversion'?.
Adakah kes ini akan membongkarkan tentang syarikat
kewangan KBB ini diterajui oleh Ishak Ismail, kroni Anwar Ibrahim dan Bendahari
Umno Pulau Pinang yang turut menguasai Idris Hydraulic sewaktu Anwar Ibrahim
bertindak sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang?
Sedangkan pembelian KBB
tidak berlaku sebaliknya wang ratusan jutaan ringgit ini digunakan untuk menyingkirkan
Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dengan politik wang paling kotor dalam sejarah Umno didakwa
dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan menabur RM 200 juta untuk melobi perwakilan
dan kroni-kroni untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari jawatan Timbalan
Presiden UMNO.
Dan adakah akan membongkarkan bahawa Quek Leng Chan yang mendapat kembali MUI bank hasil kerja Anwar Ibrahim, bertindak sebagai pelobi dan pembiaya terbesar dalam usaha menyingkirkan Tun Dr Mahathir dari jawatan Presiden Umno.
Adakah kes ini juga bakal membongkarkan betapa Warlord terbesar Anwar Ibrahim, Nazri Abdullah bersama warlord Quek Leng Chan, Seow Lun Hoo bertindak sebagai penyelaras projek untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dari kerusi Presiden Umno?
Dan dengan tersingkirnya Tun
Dr Mahathir ,projek yang bakal diterima oleh kroni-kroni Anwar Ibrahim adalah
tanah RRI (Rubber Research Institute) di Sungai Buloh berjumlah RM 625 juta dan
kalau tiada kes mengapa kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman
bersindiket berjumlah RM445 juta timbul kembali setelah 14 tahun berlalu?
Adakah kesini bakal dijadikan
peluang terbaik Quek Leng Chan mendedahkan dalam mahkamah kesemua ini adalah
rancangan Anwar Ibrahim dalam keghairahan untuk menjadi Perdana Menteri apabila
Quek Leng Chan sudah tahu Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri
Malaysia sampai bila-bila sekalipun.
Anwar bersama Vincetn Tan.. |
Quek Leng Chan tahu dan menyedari bahawa Pakatan pembangkang tidak akan menang pada pilihanraya umum ke-13 nanti dan adakah Quek akan menggunakan kes ini akan membuktikan Anwar Ibrahim adalah dalang dan perancang utama mengapa pinjaman bersindiket berjumlah ratusan juta ringgit dikeluarkan hanya untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir dari menjadi Presiden Umno.
Tindakan Anwar yang enggan
menjadi saksi (bukan beliau yang dituduh)menimbulkan banyak perssoalan malah
Anwar menggunakan pasukan Peguamnya untuk menghalang sapina diserahkan kepada
beliau sehingga Peguam dikatakan akan menggunakan kuasa mahkamh untuk membawa Anwar
ke kadang saksi. Ini episod terbaru yang semua rakyat nantikan.
Abu Bakar dimangsai! |
KALAU benar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Abu Bakar Abdullah bakal meletak jawatan kononnya sebagai tanda kebertanggungjawab beliau
terhadap isu SBPA yang menimbulkan kontraversi tidak lama dulu maka
ianya merupakan satu kemenangan kepada pihak-pihak tertentu yang mendalangi
usaha mencemarkan imej KPPA.
KPPA memang berbuat silap
apabila tersalah memilih pegawai untuk menyelaras SBPA dan tidak silap memilih
pegawai untuk menyelaraskan gaji melibatkan pasukan polis dan juga tentera
kerana untuk pasukan polis dan juga tentera tidak ada masalah yang timbul.Maknanya ada ada agenda tersembunyi dan nasib baik PM Najib cepat bertindak.
Namun kerana KPPA
berkeyakinan tinggi terhadap pegawai yang beliau lantik tanpa menyedari bahawa
kumpulan tertentu dalam Perkhidmatan Awam berusaha untuk menyekat beliau ke
jawatan yang lebih tinggi maka terjadilah kontraversi yang bukan seidikit
sehingga memaksa PM Najib campurtangan dan membatalkan SBPA dan dalam masa yang
sama memperkasakan semula SSM.
Dalam Perkhidmatan Awam
dilihat ada pegawai yang cukup kebal dan kekebalan ini diberikan oleh orang tertentu
sehingga mereka berani bertindak menyelaras kepentingan penjawat awam tanpa
merujuk kepada arahan sebenar KPPA dan juga mekanisme seperti yang PM Najib
mahukan sewaktu membentang Bajet dulu.
Memang kesalahan wajar
diletakkan terhadap KPPA tetapi dalam masa yang sama,kerajaan harus melihat dan
mengkaji bagaimana punca kejadian kontraversi SBPA itu sebelum mengorbankan
pegawai-pegawai yang sepatutnya dipertahankan kerana iltizam mereka
mempertahankan dasar yang PM Najib mahukan.
Andainya KPPA dihukum kerana
kesilapannya sendiri memang wajar tetapi kalau hukuman itu diberikan kerana
pengkhianatan pegawai-pegawai tertentu baik di Jabatan Perkhidmatan Awam
ataupun di bahagian lain,adalah tidak adil sekiranya seorang sahaja individu
dikorbankan sedangkan yang mempunyai niat jahat terhadap kepentingan penjawat
awam dan juga dasar PM Najib terus dibiarkan berleluasa mengatur agenda mereka
sendiri.
PM Najib tidak haruis
mengorbankan pegawai atau Ketua maupun Pengarah yang seiring dengan denyut nadi PM Najib untuk
turut sama merasai denyut nadi rakyat tetapi PM Najib harus mengenal pasti
dalang-dalang ataupun parasit yang berada dalam jabatan kerajaan yang sedang
berusaha menggigit usaha Najib dan mengambil kesempatan untuk mengambil mana
yang sempat.
KSN bakal pergi dan Abu Bakar dikhianati...! |
Mereka ini harus dinyahkan
ataupun dibersara awal supaya agenda pembangunan Negara dan rakyat tidak
terbantut kerana sikap ketamakan mereka mengejar jawatan tinggi dan dalam kontraversi
SBPA ini sudah kedengaran bahawa KPPA menjadi mangsa kepada sikap pegawainya
sendiri yang bersifat musang berbulu ayam dan tunduk kepada arahan penjaga
reban yang paling tinggi jawatannya.
Sikap bersangka baik dan
berkeyakinan kepada pegawai yang dilantik akhirnya menjadi duri yang amat tajam
menikam wibawa KPPA dan sekaligus menjaid racun yang cukup berbisa untuk beliau
telan kerana akhirnya pegawai yang beliau percaya untuk menyelaraskan SBPA itu
menikam dari belakang dan gagal diambil tindakan kerana mereka kebal apabila
dilindungi tangan-tangan ghaib yang tidak mahu melihat kerjaya KPPA melangkah
lebih jauh.
Bagi pihak rakyat,mereka
boleh menerima apa sahaja keputusan yang PM Najib lakukan asalkan menguntungkan
rakyat dan bagi pihak penjawat awam mereka boleh menerima sesiapa sahaja Ketua
pengarah sekiranya Ketua Pengarah memahami nasib dan masa depan mereka baik di
peringkat kumpulan sokongan maupun pengurusan tertinggi.
Kita tidak tahu mengapa ada
kalangan pegawai-pegawai sanggup bersekongkol dengan pihak tertentu untuk
menggagalkan usaha menyelaras gaji SBPA ini?Dan kita tidak tahu apakah sebabnya
sehingga ada pihak yang begitu bimbang seandainya KPPA ini dilihat calon yang
sesuai untuk menggantikan Ketua Setiusaha Negara (KSN) yang bakal bersara April
nanti?
Atau ada dendam tersirat
antara KSN dengan KPPA?
Tuesday, March 27, 2012
Ishak Surin YDP PAS WP |
UNSUR-unsur liberalisme dan pluralisme dalam PAS semakin ketara kebelakangan ini. PAS bagaikan dilanda ombak tsunami yang tidak dapat dihalang oleh mana-mana elemen Islam konservatif sekalipun. Sebaliknya, PAS berbangga dengan perubahan yang mereka sedang lakukan sekarang, dengan memberi alasan kononnya ia adalah tindakan perlu demi menunjukkan yang Islam itu maju dan Islam itu tidak menyusahkan.
Bagaimanapun,
kefahaman dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS, adakalanya banyak
menyentuh akidah dan tidak sekadar bersifat hubungan sesama manusia sahaja.
Namun PAS tidak menghiraukan kepentingan akidah sebaliknya yang dipentingkan
adalah pengaruh serta undi yang bakal diperolehi dari kaum bukan Islam.
Itulah
yang berlaku apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap
Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin, 75,
menunjukkan perangai talam dua mukanya terhadap umat Islam. ‘Ajaran’ yang
ditunjukkan oleh Ishak Surin nyata merupakan satu bidaah besar yang tidak
pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin muktabar Islam, baik dari zaman Nabi
s.a.w sehinggalah ke mutakhir ini, kecuali yang melibatkan golongan yang
menyokong liberalisme, pluralisme dan moderat keterlaluan.
Ishak
Surin telah mengetuai rombongan dua buah bas sekolah yang bernombor pendaftaran
WDD 5358 dan NAD 2317 dalam Jelajah Warisan yang bermula dari jam 8:00
pagi di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur-Jalan Sultan, Kuala Lumpur-Kampung Bandar
Dalam, Sentul, dan berakhir di Ampang.Kesemua
ahli-ahli rombongan adalah ahli-ahli dan penyokong PAS, DAP dan PKR.
Tindakan
Ishak Surin yang kemudian membaca dan mengaminkan doa agar Tanah Warisan Bangsa
termasuklah Tokong Mee Thor Gan di Ampang, dilihat sudah amat keterlaluan.
Memang
benar, tidak salah berdoa di dalam tokong, bahkan di mana-mana termasuklah di
dalam tandas dan bilik air apatah di kandang babi. Tetapi berdoa di
dalam Islam, mempunyai tatacara dan disiplin yang sangat tersendiri, sekaligus
menunjukkan betapa hambanya mereka yang memohon munajat serta berdoa kepada
Khaliq yang Maha Mengetahui. Permohonan munajat atau doa seringkali disunatkan
dengan cara-cara atau kaedah yang lebih bersopan kerana doa tersebut diharap
dapat dikabulkan oleh Allah Taala.
Kalau
Syaidina Umar Al-Khattab r.a sendiri pun bersolat di luar sebuah gereja di
Baitulmaqdis ketika Khalifah Ar-Rasyidin kedua itu melawat Tanah Haram itu
biarpun Al Quran membenarkan sembelihan dan perkahwinan dengan wanita-wanita
Ahli Kitab, atas dasar apa pula alasan yang bakal diberikan oleh Ishak Surin
ketika dia berdoa dan mengaminkan doa di dalam sebuah tokong yang terang-terang
menyengutukan Allah Taala dengan pelbagai patung dewa?
Manhaj
manakah yang dituruti oleh Ishak Surin dan PAS?
Sunday, March 25, 2012
SETELAH Noh Omar membongkar satu persatu segala
dosa-dosa yang Kerajaan Selangor lakukan terhadap rakyat negeri itu,pembangkang
mula panas punggung dan blog-blog maupun media maya lain milik pembangkang ini
mula menyebarkan gambar Noh Omar sedang berdansa dengan seorang wanita kononnya untuk menunjukkan Noh ada skandal.
Tindakan kumpulan
pembangkang ini cukup terdesak dan paling tidak bermoral.Mereka mula tidak tahan dengan segala yang Noh bongkarkan termasuklah 32 dosa-dosa yang kerajaan Selangor lakukan terhadap rakyat dan dalam mahu menangkis serangan demi serangan dari Noh Omar ini m,ereka terpedaya barangkali dan membayar harga yang mahal untuk mendapatkan beberapa keping gambar Noh sedang bemesraan dengan seorang wanita dalam satu majlis.Mereka ingat itu adalah senjata baru untuk mengunci mulut Noh Omar,
Setelah gagal menjawab cabaran yang Noh Omar
lemparkan kepada mereka termasuklah menubuhkan Inkuiri Awam bagi menjawab
segala bukti yang Noh Omar lemparkan,pembangkang cuba mengalihkan isu dan
menjadikan gambar-gambar romantik Noh Omar ini sebagai senjata baru mereka untuk
mengalihkan perhatian rakyat terhadap pendedahan serta penyelewengan yang
mereka lakukan sewaktu memerintah Selangor ketika ini.
Memang tidak dinafikan
bahawa gambar tersebut adalah gambar Noh Omar tetapi teman tarinya adalah
isteri beliau sendiri malah Noh Omar boleh berbuat apa sahaja terhadap wanita
itu kerana hubungan mereka halal dan
moral Noh Omar lebih tinggi kalau mahu
dibandingkan dengan Penasihat Ekonomi
Serlangor,Anwar Ibrahim (lihat gambar) yang berpelukan serta berdansa dengan
isteri orang.
Anwar lebih rela berpelukan
ataupun bermesraan dengan isteri orang dari Wan Azizah.Anwar lebih rela berzina
dengan China Doll daripada bersetubuh secara halal dengan isterinya sendiri.
Gambar ini tidak pula dipertikaikan..Wan Azizah ke tu? |
Noh Lebih terpuji sikapnya
kalau mahu dibandingkan dengan Anwar yang didakwa oleh ramai orang telah
meliawat kaum sejenis mereka dan Noh Omar juga seorang suami yang tidak dayus
kalau mahu dibandingkan dengan Azmin Ali yang dikatakan mengetahui hubungan
isterinya dengan Anwar Ibrahim.
Noh Omar juga lebih
terpimpin sifatnya kalau mahu dibandingkan dengan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri
Selangor Badrul Amin yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang malah Noh
Omar juga lebih baik dartipada Khalid Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan
sulit dengan pegawai wanitanya sendiri sewaktu di Guthrie.
Nampak jelas pembangkang
semakin hilang punca hingga gagal membezakan isteri orang dengan China Doll
yang dilanggan oleh Anwar ataupun isteri seorang guru yang ditangkap berkhalwat dengan
Badrul Amin dan tindakan pembangkang menyebarkan gambar Noh Omar bersantai
dalam majlis bersama isterinya ini adalah satu cubaan terbaru pembangkang untuk
memfitnah pemimpin UMNO.
Bini orang ok..isteri sendiri salah! |
Kita tidak terkejut kerana budaya fitnah adalah budaya mereka tetapi kali ini jerat yang mereka pasang terkena mereka sendiri.
Mereka barangkali geli
gelaman dengan kemesaraan Noh Omar bersama isterinya itu dan lagi geli geleman
bila Noh Omar setiap hari mendedahkan kebajatan moral serta penipuan dan
penyelwengan Kerajaan Selangor terhadap rakyat negeri itu.
Barangkali dengan tindakan
menyebarkan gambar ini mereka bioleh membunuh karekter Noh Omar walaupun semua
orang tahu itu adalah isteri kedua Noh Omar tetapi daripada segi hukumnya Noh
tidak berdosa seperti dua tiga musibat yang mengaku pemimpin dalam pakatan
pembangkang.
Kita tidak tahu apa tujuan
mereka menyebarkan gambar ini.adakah mereka ingin memberitahu bahawa Noh
bersiteri lebih dari satu ataupun mereka tidak tahu bahawa yang dipeluk Noh
Omar itu adalah isterinya yang sah dan kalau mereka tidak tahu terbukti niat
jahat mereka ini memakan diri.
Noh atau Anwar lebih bermoral? |
Untuk menutup dosa yang
mereka lakukan. Pimpinan Kerajaan Selangor sanggup melakukan apa sahaja
termasuklah menabur fitnah sebegini sedangkan maksiat yang bermaharajalela
waktu mereka memerintah ketika ini gagal dibendung.Pertumbuhan segala pusat
maksiat makin ketara di Negeri Selangor kalau mahu dibandingkan denagn pemerintah
sebelum ini kerana barangkali pemimpin pembangkang menjadikan maksiat sebagai
idola kepimpjnan mereka
Malah sehingga ke hari
ini.kita tidak pernah mendengar lagi pemimpin BN di Selangor ditangkap
berkhalwat ataupun bersekududukan dengan isteri orang dan tindakan pembangkang
ini membuka satu lembaran baru bagi membolehkan kita menelanjangi setiap inci
maksiat yang mereka lakukan selama ini.
Pembangkang silap
langkah.Fitnah mereka tidak menjadi.Mereka patut jawab ataupun saman kalau
segala pendedahan yang Noh Omar lakukan itu palsu dan bukannya terus
membudayakan politik sejijik ini.Isu dijawab dengan isu.
Thursday, March 22, 2012
Kamilia ada agenda! |
AKHIRNYA Kamilia Ibrahim
menunjukan wajah gelojohnya dan betapa tidak sabarnya beliau untuk memangku jawatan
ketua Wanita UMNO Malaysia apabil mendesak Shahrizat Jalil supaya meletak
jawatan dan sekaligus membuktikan bahawa beliau bukan seorang Naib Ketua yang
baik yang sepatutnya tidak mengocak penyatuan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Kita tidak tahu idea
mendesak supaya Sharizat ini dating dari siapa tapi nampak macam ada
kesinambungan apabila Rafidah Aziz,Sharipah Norli dan Maznah Mazlan mengungkap
desakan yang sama walaupun esok (Jumaat) Presiden UMNO akan bertemu dengan
seluruh pimpinan Wanita UMNO dari semua peringkat.
Semua orang tersenyum
apabila Kamilia memberikan alasan bahawa beliau mendapat petunjuk dari akar
umbi Wanita UMNO yang mahu Shahrizat mengosongkan kerusi itu sedangkan semua
orang tahu bahawa Kamilia berada di luar Negara hampir empat bulan dan mula
mempersoalkan statistic mana yang dipakai oleh beliau bagi mendesak Shahrizat
untuk mengikut telunjuknya.
Cara Kamilia ini macam mahu
mengajar Presiden dan seolah-olah mahu menunjukan dia lebih bijak untuk membuat
keputusan walaupun setakat ini kita belum Nampak pun apa jasa serta sumbangan
beliau kepada parti termasuklah di negerinya sendiri.
Budaya memijak pemimpin dan
kawan masa dalam kesusahan ini menular di kalangan pimpinan Wanita UMNO dimana
sepatutnya dalam keadaan Ketua mereka sedang berdepan dengan masalah perniagaan
suami, sepatutnya semua pimpinan Wanita terutama Kamilia sebagai Naib Ketua
harus berdiri menyokong Ketua mereka dan bukannya menongkah arus.
Kita yakin bahawa Shahrizat
amat kecewa dengan Naib Ketuanya ini malah suara Kamilia itu boleh kita anggap
bukan suara akar umbi kerana Shahrizat menang ketua Wanita kerana mengalahkan
Rafidah Aziz sedangkan Kamilia mendapat jawatan Naib Ketua tanpa
bertanding,hanya ihsan perwakilan kerana menyedari kuasa Naib Ketua hanyalah
dua perkara iaitu membantu ketua dan mempengerusikan mesyuarat semasa Ketua
tiada.Itu sahaja,tiada lebih dan tiada kurang.
Manis bersama,pahit sendirian! |
Namun Kamilia menjadi duri
dalam daging kerana mungkin selama ini kepimpinan ataupun kedudukannya sebagai
Naib Ketua Wanita gagal menyaingi ataupun membantu Shahrizat dan peluang yang
ada di depan mata hari ini,Kamilian guna semaunya untuk mengasak Shahrizat
hingga ke dinding.
Kamilia cuba mengambil alih
kuasa Presiden parti dan tangan ghaib manakah yang memberikan jalan kepada
Kamilia hingga beliau menjadi begitu berani dan biadap walaupun beliau tahu Presiden parti
akan bertemu dengan Wanita UMNO esoknya.
Soalnya,adakah apabila
Shahrizat meletak jawatan,Kamilia mampu mengemudikan Wanita UMNO untuk berdepan
dengan PRU13 nanti?Ataupun Kamilia juga berpendirian seperti ketam batu?
Kita tidak menyangka di
sebalik pendiamnya Kamilia beliau bercita-cita besar untuk memangku jawatan itu
dan adakah Kamilia yakin bahawa beliau akan mendapat sokongan penuh daripada
semua Wanita UMNO sekiranya Shahrizat
terpengaruh dengan desakan itu.
Kamilia boleh kita sifatkan
sebagai pengkhianat yang sedang menyalakan api ataupun sedang menebuk kapal
UMNO untuk mengkaramkan gerakan sedangkan
beliau tahu untuk berdepan dengan PRU13 yang bila-bila masa akan diadakan
ini,penyatuan serta pengukuhan Wanita serta sayap lain harus berada dalam
keadaan siap siaga dan semua pemimpin serta ahli harus fokus untuk satu
matlamat,menang besar dalam PRU13 nanti.
Dalam keadaan semua orang
bersetuju Shahrizat melepaskan jawatan Menteri,atas nama parti seharusnya semua
pihak menyerahkan kepada Presiden untuk mebuat keputusan dan bukannya
memandai-mandai kerana jawatan Naib Ketua
bukan tiket untuk berlagak bijak ataupun pandai.
Untuk Kamilia,jangan `makan’
daging kawan yang sedang cedera malah kita sepatutnya harus bertanggungjawab untuk
sama-sama mengubatinya dan bukan terus menambahkan luka atau menyimbah garam pada cedera yang sedia
ada.
Dalam keadaan semua pihak dituntut bersatu, Kamilia dilihat memilih jalan berbeda.Sakitkan Kamilia ini?
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?11 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-