Sunday, June 30, 2013


Sejarah baru-KP BTN rasmi PIBG!

KAEDAH politik yang paling baik dan sempurna bagi mendapat perhatian ataupun kepercayaan pemimpin tertinggi adalah dengan kaedah mengampu ataupun dalam bahasa politik disebut juga sebagai `menjilat’ dengan mengemukakan apa sahaja cerita yang pemimpin seronok dengar,yang boleh menghiburkan pemimpin dan pekerjaan sebegini merupakan satu pekerjaan yang baik malah dalam sejarah kepimpinan Melayu,watak ini disebut sebagai PenglipurLara.


Ketika PM Najib sedang berduka akibat hampir hilang kuasa dalam PRU13,golongan penjilat ini pastinya merancang cerita-cerita yang paling baik dan sebagai PenglipurLara PM Najib,mereka tentunya berusaha untuk mencari jenaka yang paling baik yang boleh membuatkan PM Najib tersenyum serta bergelak ketawa sekembali beliau dari Tanzania nanti.



Lantaran itu PanglipuLara-PenglipurLara PM Najib yang dilantik dengan Gred JUSA atas nama Pengarah Strategik iaitu Sahlan Ismail(jawatan ini sama kelasnya dengan Rafizi Ramli si Jambu Anwar atau mungkin kita boleh andaikan Sahlan ini pula Jambu PM Najib) dan kawan-kawan seperti Ahmad Fairus yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Strategik serta Raja Arif Ketua Pengarah Biro Tata Negara pun memulakan cerita bahawa kononnya  ada gerakan dan ancaman daripada akar umbi untuk menolak kepimpinan PM Najib.


Mereka mulakan cerita kononnya jika mereka dibuang atau tidak dilantik orang-orang dari kalangan mereka,gerakan akar umbi ini akan menyebabkan PM Najib benar-benar tumbang menjelag PAU nanti dan barangkali PM Najib yang merasa seram dengan cerita-cerita begini terus melantik Shalabn,Ahmad Fairuz dan mengekalkan Raja Arif di Biro Tata Negara.


Soalnya apa keperluan mengwujudkan Jabatan Strategik di pejabat Perdana Menteri itu? Adakah kerana PKR ada jabatan itu dan PM Najib juga perlu untuk mengadakannya?Atau PM Najib sudah tidak percaya kepada struktur parti yang sedia ada?


Setelah selesai cerita-cerita seram,PenglipuLara-PenglipurLara ini mula mencari bahan cerita untuk disampaikan kepada PM Najib bagi mendapatkan wang dan supaya mereka harus kelihatan sentiasa penting di mata PM Najib. Apa yang mereka harus jilat,kena pula ada yang beritahu bahawa PM Najib seperti suka di`jilat’ dan mereka ini mulakan cerita tentang politik kampus.


Skrip ampu dan jliat mereka sampaikan kepada PM Najib bahawa PM Najib perlu berikan perhatian walaupun yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap Pilihanraya Kampus adalah Kementerian Pelajaran dan kumpulan PenglipurLara ini tanpa ada adab sopan serta malu alah dengan menggunakan nama pejabat Perdana Menteri menyusun gerakan dengan membelakangkan Muhyiddin Yassin,Razali Ibrahim dan mereka ini cuba menjadi jaguh mengendalikan operasi Pilihanraya Kampus di seluruh Negara.


Kumpulan PenglipurLara ini  cuba `jilat’ PM Najib dengan cerita-cerita sebegini dan cuba membuktikan bahawa mereka lebih hebat daripada semua orang lain dan dengan angkuhnya kumpulan menggunakan nama `Atas Arahan PM Najib’,mereka cuba bermain politik kononnya jika PRO Aspirasi yang mereka taja menang dalam Pilihanraya Kampus ini,PRU14 BN akan menang besar dan bila mendengar sahaja `nyanyian’ serta `jilatan’ PenglipurLara ini,PM Najib akan tersenyum serta menelan bulat-bulat racun yang disua oleh kumpulan penglipurlara ini.


Dan sebab itulah kini kumpulan Penglipurlara ini menggunakan Raja Arif sebagai Penglipur Lara Kelas Kedua yang sentiasa mencanang kepada semua orang bahawa beliau selalu berjumpa dengan PM Najib sedangkan hakikatnya kalau dikira dengan sebelah tangan pun tidak habis berapa kali beliau jumpa PM,Raja Arif sedang cuba menjadikan supaya orang percaya beliau adalah hebat dan cuba mempengaruhui semua orang dengan modul jentera pro aspirasi yang sedang beliau rancang.


Mereka berdua tahu apa yang baik untuk Kuala Besut
Pilihanraya Kecil Kuala Besut merupakan satu lagi bahan baru kepada kumpulan PenglipuraLara ini dan mereka bagaikan mendapat durian runtuh untuk mereka-reka cerita bagi menghiburkan PM Najib dan bila sahaja diistiharkan kerusi itu kosong ekoran kematian ADUNnya,hari Sabtu yang lepas,Raja Arif antara utusan pertama turun ke Kuala Besut kononnya berjumpa bakal calon dan beliau seolah-olah sebagai orang yang paling berpengaruh dari Putrajaya turun bertemu dengan salah seorang AJIK UMNO Bahagian Besut,kononnya watikah pengesahan calon akan menyusul dan kata beliau `kawang janji kawang akan beritahu ke PM,supaya demo akan jadi calong"..Natang!


Ini merupakan satu tindakan yang paling biadap serta kurang ajar dari seoarang Ketua Pengarah,beliau menampilkan bahawa beliau seolah-olah orang yang diutuskan oleh PM Najib untuk membuat keputusan kerana sesiapa juga yang akan jadi calon,sesiapa juga berhak menilai dan memberi pandangan tetapi tindakan ego dan lagak kurang ajar Raja Arif ini boleh mengundang padah. Apakah pejabat PM Najib ingin tanggung di atas sebarang keputusan rakyat akibat dari perbuatan panglipulara ini?


Atau apakah ini satu lagi tindakan sabotaj dan khianat berkategori tinggi yang sedang disusun oleh operator Anwar dari dalam BN kerana suka atau tidak,Terengganu ada Menteri Besar yang perlu dirujuk dan dihormati dan inilah gerak kerja Raja Arif yang dulu turun berjanji dengan kawan-kawan bahawa mereka akan jadi calon tapi bila tidak dapat,mereka ini mula khianat pada parti dan Menteri Besar Terengganu lebih tahu tentang ini.


Menteri Besar Terengganu tentu tidak lupa Bgaimana Raja Arif himpunkan Terengganu Civil Service (TCS) di sebuah hotel sebelum PRU13 bagi tujuan sabotaj dan bagaimana orang yang merancang sabotaj ini dan dikatakan membantu pembangkang tiba-tiba turun ke Kuala Besut untuk membantu Barisan Nasional?


Panglipulara sebagaimana Raja Arif ini akan balik bercerita pada PM Najib bahawa BTN akan laksanakan berbagai-bagai operasi untuk PRK Kuala Besut seperti mana OPS1M yang akhirnya jadi tempat Raja Arif main Golf.


Ini antara OPS1M di KualaBesut nanti..
Sebenarnya untuk menang Menteri Besar Terengganu lagi tahu cara dan kaedah. dan salah satu kaedah yang harus dilaksanakan sekarang adalah JANGAN sesekali membenarkan Raja Arif turun dan berkampung di Kuala Besut dan JANGAN benaran BTN yang semakin mengarut ini turun di Kuala Besut untuk laksanakan operasinya dan kalau Menteri Besar benarkan juga,tunggulah petakanya kerana majal seorang Ketua dan percayalah juga selepas ini akan ada lagi siri lawatan ke luar negara oleh Pegawai-Pegawai BTN


PM Najib harus serius untuk mempertahankan kemenangan DUN Kuala Besut dan MB Terengganu harus tahu kaedah dan jangan benarkan walaupun sekali gerakan mengarut ini berlaku dalam PRK Kuala Besut nanti.Usah lagi seronok dengar cerita daripada Panglipulara yang sememangnya sedan mencari bahan untuk menghiburkan semata-mata supaya mereka selesa mendapat imbuhan bulanan.


PM Najib harus berlaku adil kepada semua agensi-agensi lain yang lebih bijak menyusun,mengatur dan melaksana program bagi mempastikan kemenangan dan berlaku adil juga kepada semua orang yang sememangnya mempunyai keikhlasan untuk menyelamatkan Terengganu daripada kedudukan yang kritikal dan bukannya meletakkan manusia seperti Raja Arif yang mula bercakap `Kuala Besut adalah medan terbaik untuk tukar MB Terengganu,untuk gantung Dewan Undangan Negeri dan memberi kelebihan kepada pembangkang..’ Ingat Raja Arif,kita tahu apa sahaja gerakan dan perbuatan anda!


PM Najib harus berlaku adil dan jangan sesekali meletakan kepercayaan kepada org yang begitu gembira bila DUN Kuala Besut kuala kosong sebagaimana mana Anwar ibrahim gembira dan apakah pm tahu yang turut gembira bila DUN ini adalah panglipulara-penglipurlara PM sendiri?


Jika PM Najib terus ketawa mendengar cerita-cerita mereka,sebenarnya PM Najib sedang menunggu masa untuk menangis selepas ini dan buktinya sentuhan Raja Arif untuk kawan panglipularanya di Pokok Sena terhumban ke jamban bila Sahlan kalah ditangan Mahfuz Omar malah dimana-mana ada sentuhan Raja Arif dan juga BTN,semua kalah da nada yang mengatakan bahawa kekalahan itulah matlamat sebenar Raja Arif dan itulah tugas utama Raja Arif,menjadi duri dalam daging kepada BN.


Apakah PM Najib juga mahu BN kalah kerana gerakan dari dalam atau PM Najib sudah mula takut dengan Anwar ibrahim...?Apakah PM Najib juga sudah terpengaruh dan terperangkap dengan segama macam ampu serta `jilat’ dari Sahlan dan Raja Arif?Dan tidak pernah terjadi dalam sejarah BTN,Ketua Pengarahnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan juga sedang mengintai jawatan Ketua Bahagian Kuala Nerus..Wallah hualam..!

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers