Monday, January 4, 2010

DALAM semua orang Islam melahirkan bantahan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Kristian Herald Chatolic termasuklah Timbalan Presiden PAS, Nik Aziz pula mengambil  laluan songsang dengan menyokong keputusan mahkamah tersebut dan mencabar pula ulama untuk berdebat dengan beliau tentang kewajaran keputusan mahkamah itu.

Tindak tanduk Nik Aziz yang  semakin menyeleweng dan tidak mencerminkan aspirasi seluruh umat Islam sekali lagi membuktikan wujud perpecahan dalaman yang ketara antara kepimpinan PAS Pusat dengan beliau dan tindakan terbaru Nik Aziz ini mula membayangkan apakah Nik Aziz masih relevan dalam konteks perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai Ad Din dan juga atas kapasitinya yang dianggap ulamak oleh ahli-ahli PAS yang taksub dengan corak pakaiannya.

Apabila Nik Aziz mengambil keputusan untuk menyokong penggunaan kalimah tersebut-sudah wujud dua keadaan berbeza dalam PAS.Keangkuhan Nik Aziz mempertahankan keputusan mahkamah itu dilihat sebagai satu manifestasi kedangkalan beliau untuk memahami rasa serba salah dan kekecewaan seluruh umat Islam dalam Negara ini. Membayangkan seolah-olah hanya dia yang berilmu agama kalau mahu dibandingkan dengan saf kepimpinan PAS yang lain dan juga ulamak-ulamak lain dalam Negara ini.

Seringkali membasahi mulutnya dengan ungkapan dan kata-kata keji  yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang mengaku ulamak, tidak hairan apabila dia mula menyokong sebarang perbuatan keji termasuklah menceroboh agama Islam melalui perkataan Allah ini kerana biasanya orang yang keji sahaja yang sanggup menyokong sebarang perbuatan keji yang berlaku.

Kita yakin dan percaya sekiranya mahkamah kekal dengan keputusan yang dibuat ianya akan mengulangi satu lagi sejarah berdarah dalam negara ini dan beberapa tindakan susulan yang dibuat selepas Hakim Bicara membuat keputusan bakal mendepani negara dengan satu lagi kemelut agama yang berterusan dan sekaligus meletakkan hubungan antara penganut agama Kristian dan Islam dalam keadaan runcing serta merbahaya.

Walau dalam apa sahaja keadaan baik yang membenarkan atau tidak dan dengan kesediaan Nik Aziz untuk bersekongkol dengan golongan yang menantang Islam, kegelisahan dan kemarahan orang-orang Islam makin ketara dan dalam masa yang sama sudah aada kumpulan tertentu dalam PAS sudah mula mencurigai niat Nik Aziz di sebalik persetujuannnya supaya perkataan Allah dibenarkan penggunaannya oleh orang Kristian.Kejujuran Nik Aziz memperjuangkan dan memartabatkan Islam sebagai agama yang syumul sudah boleh dipertikaikan.

Bahana daripada perpecahan melampau kerana perbedaan fahaman politik akhirnya membuka ruang kepada penganut agama lain untuk mencabar kesatuan Islam, menghina serta memperlekehkan perkataan Allah dan sekaligus mencabar Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetuji sejak Negara ini merdeka.

Sikap dan pendirian Nashruddin agak kontras dengan pendirian Khalid Samad, Dzulkifli Ahmad dan Nik Aziz sendiri dan dalam masa yang sama Presiden PAS, Hadi Awang mengambil sikap berdiam diri dan pendirian beliau dalam soal ini dituntut- adakah PAS selama ini melacurkan Islam untuk kepentingan politik ataupun benar-benar ikhlas memperjuangkan PAS dalam kerangka pembinaan sebuah Negara Islam yang benar dan tulus.

Penganut agama Kristian jangan sesekali mendabik dada kerana ternyata mereka akan terpaksa membayar harga yang mahal dari kemenangan mereka di Mahkamah Tinggi kerana umat Islam tidak akan berdiam diri dan melihat perkataan Allah itu digunakan secara wewenangnya.

Seandainya mereka menghargai, menghormati serta menerimapakai keputusan cabinet  sdan menjunjung Perlembagaan Persekutuan serta arahan daripada kementerian Dalam Negeri, hubungan antara kedua agama Islam dan Kristian akan terjalin erat serta harmoni.

Tetapi sekiranya mereka berdegil dan angkuh meraikan apa yang mereka perolehi hari ini, seperti yang dinyatakan peristiwa ala Natrah bakal berulang kembali malah tindakan mahkamah yang tidak mengambilkira penguatkuasaan enekmen di sepuluh buah negeri  sebelum membuat keputusan membatalkan arahan daripada Kementerian Dalam Negeri seperti mencabar kesabaran dan sikap tolenrasi umat Islam selama ini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers