Sunday, June 30, 2013
Sejarah baru-KP BTN rasmi PIBG! |
KAEDAH politik yang paling
baik dan sempurna bagi mendapat perhatian ataupun kepercayaan pemimpin tertinggi
adalah dengan kaedah mengampu ataupun dalam bahasa politik disebut juga sebagai
`menjilat’ dengan mengemukakan apa sahaja cerita yang pemimpin seronok dengar,yang
boleh menghiburkan pemimpin dan pekerjaan sebegini merupakan satu pekerjaan
yang baik malah dalam sejarah kepimpinan Melayu,watak ini disebut sebagai
PenglipurLara.
Ketika PM Najib sedang
berduka akibat hampir hilang kuasa dalam PRU13,golongan penjilat ini pastinya
merancang cerita-cerita yang paling baik dan sebagai PenglipurLara PM
Najib,mereka tentunya berusaha untuk mencari jenaka yang paling baik yang boleh
membuatkan PM Najib tersenyum serta bergelak ketawa sekembali beliau dari
Tanzania nanti.
Friday, June 28, 2013
![]() |
Adakah mereka ini Hakka? |
SEJAK tahun 1400 atau
mungkin lebih awal lagi bangsa Melayu menjalinkan hubungan yang cukup erat
dengan kerajaan Maharaja Cina yang diketuai oleh Laksmana Cheng Ho daripada
Kaum Hui yang beragama islam dan keutuhan hubungan ini tidak pernah tercalar ataupun binasa semangat perkongsian antara
Melayu dan Cina walau dalam apa keadaan sekalipun.
Cina
adalah satu bangsa yang
amat besar dan dalam bangsa Cina wujud berbagai-bagai suku kaum seperti
Kantonis,FuChow,Hainan tetaoi bangsa Melayu menerima dengan tangan terbuka
kemasukan suku
kaum ini ke negara Malaysia kerana hasil hubungan baik yang terjalin sekian
lama itu.
Tuesday, June 25, 2013
![]() |
Gunalah kewarasan yang ada.. |
Maka formula
untuk kuasa ialah P=DdE\dt yang mana P ialah kuasa, E ialah tenaga atau kerja
dan T ialah masa.Itulah formula asas untuk
menjadikan seseorang itu berjaya dalam kerjaya profesional. Begitu juga untuk
berjaya dalam bidang akuantan, kemahiran menguasai sifir matematik seperti
5+5=10, 5x2=10 sangatlah diperlukan.
Kalau seseorang itu membaca sifir matematik
dengan mengatakan 5+5=100 sudah pasti dia manusia yang mengalami halusinasi
yang cukup hebat dan tempat orang sebegitu semestinya di Hospital Bahagia.
Apatah lagi jika kerjaya
dalam bidang akademik, untuk berjaya dan membolehkan mereka dilantik sebagai
Naib Canselor universiti, bukan hanya mahir tentang formula, tetapi perlu
mengajar orang tentang formula dan menulis artikel dan journal bagi menyakinkan
seluruh manusia tentang formula dan sifir yang baru dicipta.
Wednesday, June 19, 2013
![]() |
Razali jangan diperbudakkan..! |
BIARPUN PM Najib masih lagi tidak seceria dulu tapi kita
tahu bahawa semuanya kini telah stabil dan ukuran untuk melihat kestabilan ini
cukup mudah.,konotasinya amat jelas apabila agensi yang kononnya mengikut kata Ketua
Pengarah Biro Tata Negara (BTN) paling berpengaruh telah selesai menghantar
sebahagian besar Pegawai-pegawai mereka ke luar negara dan terakhir bercuti ke
luar Negara adalah Timbalan Ketua Pengarah Latihan (TKPL) dan ini memberikan
makna negara sedang stabil dan tidak ada
mana-mana agensi yang berbuat demikian melainkan BTN,sama ada percutian
itu mendapat kelulusan pihak Ketua
Setiausaha Negara atau tidak,itu semua
tidak penting kerana yang lebih penting BTN harus meraikan kemenangan BN dengan bergaya.
Namun apa yang lebih penting sekarang ini pula BTN sekali lagi akan mula bergerak sebagai agensi yang paling awal bertindak untuk
melaksanakan apa-apa saranan PM Najib ekoran keputusan PRU13 yang lalu dan BTN
perlu membuktikan kepada PM Najib bahawa Ketua Pengarahnya yang akan mula-mula
sekali menjadi penjilat tegar agar kedudukan
beliau sebagai Ketua Pengarah BTN tidak terusik dan Raja Arif tentu yakin
dengan kedudukannya apatah lagi mentor beliau Shahlan Ismail yang tewas di
Parlimen Pokok Sena diangkat menjadi Pengarah Strategik PM Najib.Satu kombinasi
orang-orang sakit.
Tuesday, June 11, 2013
![]() |
Bersaralah Ghani!Cukup-cukuplah tu! |
APA sahaja sentuhan daripada
pemimpin dan orang Melayu hariini sudah menjadi salah dan tidak betul kepada
kelompok ultra kiasu dalam negara kita dan tanpa melihat kedudukan mereka dalam
ruang perlembagaan,kumpulan ini sering mencari sebab untuk bertindak di luar batas undang-undang.
Setelah gagal dalam
percubaan yang diangap nekad untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan UMNO dan
orang Melayu dengan mahu mengantikan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri Malaysia dibantu bersama PKR dan PAS, kini kumpulan ini cuba bermain
api dengan sekali lagi cuba menjentik institusi Raja-raja Melayu,menghina Nabi
Muhammad SAW dan berbagai-bagai lagi.
Institusi Agong sebagai
lambang kedudukan orang Melayu dan Agama Islam mula dipermainkan walaupun ada
hadis yang menyatakan Raja ini adalah bayangan Allah di muka bumi dan apakah ini
permainkan individu malah kita pasti ada tangan-tangan ghaib yang menjadi konduktor kepada orkestra
besar yang sedang dimainkan secara tersusun begini.
Monday, June 10, 2013
![]() |
PM Najib sedang diuji...! |
SEBAHAGIAN rakyat kini
sedang memerhati barisan kabinet Najib yang dilantik setelah BN masih diberi
peluang kedua oleh Allah SWT walaupun berdepan dengan tsunami Cina untuk
memerintah Negara,kabinet yang pada sesetengah orang tidak ada yang luar
biasa melainkan PM Najib terpaksa membentuk kabinet berasaskan kouta serta
keputusan PRU13 dan sama ada kabinet itu benar-benar menggembirakan PM Najib
atau tidak, persoalan itu hanya beliau yang
tahu.
Namun kepada PM Najib dan kepada
semua yang dilantik,sesekali mereka harus mengimbau sejarah kepimpinan yang
telah ditunjukan Allah melalui Rasulullah S.A.W sebagai contoh yang terbaik
kerana pada diri Baginda,biarpun Baginda maksum dan penuh dengan mukjizat tetapi
bila Allah memilih beliau sebagai pemimpin,Allah juga telah memilih orang-orang
yang sentiasa duduk bersama dengan beliau sebagai `SETPOLl,SUSK,SUS‘ dan yang
lain-lain baik sebagai Pembantu ataupun Penasihat.
Tuesday, June 4, 2013
![]() |
Pilihlah tebu jangan terpilih teberau..! |
PERJALANAN politik kepada
sesetengah orang politik kini sudah berada di penghujungnya bila
berakhirnya PRU13 bila ahli yang memasang angan-angan dipilih sebagai calon
tetapi tidak disenaraikan dan terus pula memasang angan-angan untuk dilantik ke
jawatan Senator tetapi gagal juga dan terus lagi memasang angan-angan untuk
dilantik sebagai Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Perdana Menteri dan Menteri
kabinet malah kini ramai sedang berusaha melobi untuk turut berada di beranda
kuasa ahli kabinet kerana ramai yang
tahu bahawa bila duduk di beranda kuasa ini ianya boleh dijadikan batu loncatan
untuk banyak perkara.
Lantaran itulah ramai yang
sanggup menebal muka dan menyiapkan `resume’ untuk dibawa ke pejabat PM Najib
bagi dinilai dan dilantik sebagai SUPOL meskipun pada hakikatnya dalam PRU13 baru-baru ini mereka inilah (walaupun tidak semua) yang turut
menjadi tali barut pembangkang dan orang
yang sabotaj calon BN kerana tidak terpilih
menjadi calon di kawasan-kawasan tertentu dan ini bukan satu rahsia kepada akar umbi tetapi masih tidak malu untuk terus
menipu Perdana Menteri agar dilantik
sebagai Setiausaha Politik.
![]() |
Semua pihak harus bersatu pertahankan Terengganu! |
TAHNIAH kepada Ahmad Said kerana terus diberikan mandat
serta mendapat kepercayaan untuk terus memimpin kerajaan dan parti di
Terengganu dan perlantikan beliau pastinya bersandarkan satu kepercayaan serta
keyakinan yang membawa berbagai-bagai harapan dan sarat dengan segala agenda
yang tersurat serta tersirat.
Meneliti keputusan PRU13, BN
Terengganu cuma memperolehi kelebihan 2 kerusi
untuk Dewan Undangan Negeri dan hanya menang empat kerusi daripada lapan
kerusi Parlimen sememangnya sesuatu yang menarik dan lagi tambah menarik
kerana akibat daripada keputusan itu polimik sesama kita yang tidak
pernah berkesudahan, seolah-olah semua beban akibat daripada keputusan tersebut hanya Ahmad Said atau pun
Menteri Besar yang perlu tanggung, begitulah dibuat dan kambing hitam dicari.
Sunday, June 2, 2013
![]() |
Rosmah dijadikan kambing hitam! |
USAI PRU13 tidak pula timbul
ataupun dikaitkan nama Rosmah Mansor menjadi punca kegagalan Barisan Nasional
memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen ataupun Rosmah dituding sebagai orang yang
bertanggungjawab hingga Selangor gagal dirampas kembali dan rata-rata kritikan
tidak pula meletakkan Rosmah sebagai punca segalanya.
Baik daripada kenyataan Tun
Daim,tulisan ZAM maupun Kadir Jasin serta rata-rata penganalisa politik tidak
ada seorang pun yang menybut bahawa Rsomah Mansor menjadi punca kepada semua
itu kerana hampir empat tahun dan mungkin lebih dari itu lagi sejak PM Najib
menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri nama Rosmah menjadi begitu busuk
hasil hinaan serta kejian kawan maupun lawan dan ketika itu nama Rosmah begitu
hina sekali dipandangan mata ramai.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
2136318
Bila Keris Di Asam Limau

- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-