Wednesday, June 19, 2013


Razali jangan diperbudakkan..!

BIARPUN PM Najib masih lagi tidak seceria dulu tapi kita tahu bahawa semuanya kini telah stabil dan ukuran untuk melihat kestabilan ini cukup mudah.,konotasinya amat jelas apabila agensi yang kononnya mengikut kata Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) paling berpengaruh telah selesai menghantar sebahagian besar Pegawai-pegawai mereka ke luar negara dan terakhir bercuti ke luar Negara adalah Timbalan Ketua Pengarah Latihan (TKPL) dan ini memberikan makna negara sedang stabil dan tidak ada mana-mana agensi yang berbuat demikian melainkan BTN,sama ada percutian itu  mendapat kelulusan pihak Ketua Setiausaha Negara  atau tidak,itu semua tidak penting kerana yang lebih penting BTN harus meraikan kemenangan BN  dengan bergaya.
 
Namun apa yang lebih penting sekarang ini pula  BTN sekali lagi akan mula bergerak sebagai agensi yang paling awal bertindak untuk melaksanakan apa-apa saranan PM Najib ekoran keputusan PRU13 yang lalu dan BTN perlu membuktikan kepada PM Najib bahawa Ketua Pengarahnya yang akan mula-mula sekali  menjadi penjilat tegar agar kedudukan beliau sebagai Ketua Pengarah BTN tidak terusik dan Raja Arif tentu yakin dengan kedudukannya apatah lagi mentor beliau Shahlan Ismail yang tewas di Parlimen Pokok Sena diangkat menjadi Pengarah Strategik PM Najib.Satu kombinasi orang-orang sakit.



Sebab itulah menjadi suatu perkara yang pelik,tiba-tiba KP BTN yang selama ini cukup angkuh, memperlekehkan semua orang bahkan menafikan apa sahaja yang telah dibuat oleh Ketua-Ketua Pengarah sebelum ini tiba-tiba bercakap dan membuat keputusan supaya modul dan pendekatan BTN ditukar dan apakah modul dan pendekatan sebelum ini gagal? Tidakkah sebelum ini  beliau dengan bangganya melaporkan bahawa pendekatan dan modul BTN pimpinan beliaulah yang paling berjaya? Apakah kini Raja Arif ingin menjilat ludahnya kembali tetapi untuk hidup usahkan ludah,yang lain pun mungkin sanggup dijilatnya.


Tapi malang kepada BTN bila orang yang diberi tanggungjawab merangka modul ialah Hanafi,Timbalan Ketua Pengarah Latihan yang juga dipangil sebagai Abu Nawas ini.Apa yang Hanafi tahu tentang modul untuk membina manusia dan pasti rujukan beliau ialah kitab-kitab karangan ABIM sebagai bahan rujukan dan cuba tanya Pegawai-pegawai  apakah ada modul yang dirangka oleh Hanafi ini yang diterima oleh mereka yang  berhadapan dengan manusia sebenar atau Hanafi Abu Nawas ini masih berhalusinasi dengan zamannya 20 tahun yang lalu?

Ubahlah modul macam mana sekali pun,ABIM tetap menjadi rujukan,pindalah pendekatan macam mana pun,sebenarnya mereka tetap percaya bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri dan sekiranya kumpulan manusia yang sakit ini terus memimpin BTN,Anwar tetap bergembira dan PM Najib pula kena sentiasa berwaspada. Cuba perhatikan, adakah BTN dihentam ataupun dikritik oleh pembangkang sejak akhir-akhir ini ataupun sejak Raja Arif dilantik Ketua Pengarah?


Dan selepas PRU13 ,BTN ini rupa-rupanya telah mendapat Menteri baru dan perubahan modul ini bukan lagi sentuhan Menteri tapi atas `keinsafan’ Raja Arif dan Hanafi, Menteri yang mengawalselia BTN juga dari Johor sepertimana Mat Maslan yang BTN bertanggungjawab membuat kajian sokongan dalam PRU13 baru-baru tapi Parlimen Muar tidak termasuk dalam kajian tersebut kerana Razali Ibrahim bukan dari rangkaian ABIM.


Sebelum ini Raja Arif merasa lega kerana Ahmad Maslan tidak lagi bertanggungjawab pada BTN dan pada raja Arif,Ahmad Maslan adalah budak yang tidak tahu tentang  politik dan latihan dan mereka dalam banyak perkara tidak sehaluan walaupun Ahmad Maslan antara yng menyokong perlantikan Raja Arif tapi akhirnya Ahmad Maslan marah serta kecewa kerana Raja Arif,Mokhtar PA System dan Hanafi Abu Nawas tetap berpegang kepada mazhab Anwar yang yakin serta percaya Anwar akan jadi Perdana Menteri.


Kini bila Razali Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO yang dilantik sebagai Timbalan Menteri dan diberikan tugas serta tanggungjawab mengawalselia BTN,sekali lagi Raja Arif dikatakan dengan angkuhnya menganggap Razali Ibrahim juga  seorang budak dan merasakan bahawa beliau lebih hebat dan peristiwa Ketua Pengarah BTN tidak menghormati Menteri ataupun Timbalan Menteri akan berulang kembali.


Dalam masa yang sama,Raja Arif cuba mencari naqib yang baru dan beliau melihat Idris Jusuh sebagai orang yang boleh beliau bernaung dan gunakan dan Idris Jusuhlah yang mengutip beliau sewaktu Raja Arif hilang punca di Terengganu.


Kita harap Idris tidak terpedaya dengan Raja Arif
Sebab itulah antara Menteri yang paling awal Raja Arif dan Hanafi buat kunjungan hormat ialah Idris Jusuh dan mereka ini membawa kertas cadangan untuk Pilihanraya Kampus dan iita berhak ketawa berdekah-dekahmelihat telatah pegawai tinggi BTN ini kerana dalam PRU13 yang lepas,mereka terbukti telah gagal memberikan sumbangan (kalau di Jepun mereka ini sudah patut bunuh diri) dan kini bukan main lagi terhegeh-hegeh cuba tunjukan kepada Menteri dengan harapan PM Najib pun tahu mereka yang menyediakan modul untuk Pilihanraya Kampus. Kita berharap Idris Jusoh tidak tertipu dengan lenggok kata dan badan Raja Arif ini.


Masih segar dalam ingatan saya  bagaimana,BTN dengan angkuhnya merasakan mereka terbabit dlm membant untuk BN mencapai sasaran 2/3 tapi lihatlah apa yang terjadi dan kita tahu melalui BTN,berapa banyak maklumat yng bocor kepada pembangkang pada setiap perjumpaan di Jalan Bellamy dan kita yakin Razali Ibrahim tidak lupa tak lupa kes ini bila beliau dilantik untuk mengawal gerakan Pilihanraya Kampus sebelum ini bagaimana BTN mengkhianati beliau dengan mendedahkan maklumat tertentu dan Razali Ibrahim perlu tahu BTN sebahagian besarnya adalah orang-orang Anwar Ibahim.



Bapa KP tapi anaknya penyokong tegar PKR!
Atau pun sebenarnya ada hal lain Raja Arif dengan Idris Jusoh?Mungkin ada hal yang lebih besar,mungkin Raja Arif sebenarnya cuba menawarkan rangkaian BTN di seluruh negara untuk dijadikan jentera kempen Idris Jusoh bertanding Majlis Kerja tertinggi UMNO atau  Raja Arif akan menggunakan kedudukan dan memperalatkan BTN untuk  tujuan memenangkan orang-orang tertentu ?PM Najib kena berhati-hati kerana inilah modus operandi Anwar sewaktu dalam kerajaan dulu dan Raja Arif salah seorang operator untuk kerja-kerja politik kotor sebegini.Kita benar-benar berharap agar Idris Jusoh tidak mudah tertipu dengan permainan politik orng seperti Raja Arif dan kumpulannya.


Lihatlah betapa angkuh dan ghairahnya Ketua Pengarah BTN  ini bergerak,mungkin bukan hanya Idris Jusoh,bahkan ramai lagi Menteri-Menteri yang beliau akan cuba tawarkan bantuan kononnya untuk mengukuhkan BNtetapi sebenarnya untuk gerakan kempen MT dan dalam masa yang sama beliau juga sudah dikatakan menawarkan diri untuk bertanding menentang Nasir Ibrahim Fikiri sebagai Ketua Bahagian Kuala Nerus dan dikatakan juga beliaulah antara yang menjadi punca Nasib tewas kerana sebelum ini beliau begitu yakin akan dipilih sebagai calon Parlimen Kuala Nerus.


Ketika suasana negara dan kerajaan perlukan pengukuhan untuk berhadapan dengan cabaran baru,KP BTN  masih tidak lagi berpijak di bumi nyata dan ketika PM Najib melakukan lawatan ke Jakarta  dan berkesempatan bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia bagi memperjelaskan suasana poitik negara,Raja Arif pula mengambil langkah lebih jauh dengan merancang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di London dan sekitarnya.


Sudah jelaskah kedudukan negara pada rakyat dalam negara dijelaskan oleh BTN?Berapa ramai yang telah menghadiri program kendalian BTN selepas PRU13 dan kini kerana PM Najib bertemu pelajar di Indonesia,maka BTN  terus mengambil keputusan ke England? Atau ada apa-apa yang tersirat sebenarnya?Selagi simpan Raja Arif dan Timbalan-Timbalannya berkuasa di BTN,baik tutup sahajalah BTN tu...dan teringat pesan orang-orang tua.jangan dilantik sepsis beruk menjadi pemimpin...!Fikirkanlah..


11 comments:

Anonymous said...

pgunting dalam lipatan?

Hitam Pedu said...

Assalamualaiku Datuk saya amat tertarik dengan pandangan Datuk yang bernas..mohon link bolg http://malaysiatransformasi.blogspot.com

blogs sanggah tok janggut sudah dalam link saya.

Terima kasih tok.

Anonymous said...

Dato Najib kena letak orang yang boleh dipercayai untuk mengetuai BTN sekirannya BTN ingin dikekalkan lagi. BTN yang ada sekarang masih terdapat saki baki penyokong tegar Anuar Ibrahim. Peranan mereka tidak mendatang apa apa sumbangan terhadap PM. Indah khabar dari rupa sahaja.

Anonymous said...

Memang Datuk Raja Ariff ni kaki mengampu, baru2 ini terbang ke Turki kerana unjukk rasa di Medan Taksim...dan dan katanya beli au adalah penyokong kuat President Iran yang baru...Syiah pulak anak raja ni..

Harimau Kumbang said...

Raja apa....RAJA KAPUR...!!

Anonymous said...

Malah datuk Raja Ariff ni pulak tu anak raja yang bakal tuntut tahta kesultanan negeri Terengganu pulak, katanya dia dah pasang peguam yg sama bela anuar Ibrahim utk tuntutan tahta ni...memang bengung anak raja ni...kalutnya BTN ni...

Anonymous said...

Bahaya syiah ni. Macamana BTN dah jadi syiah...

Anonymous said...

Tohok ke laul la ore lagu nih boh

Portal Berita Perak said...

Lawati portal www.bperak.com untuk mendapatkan pelbagai isu semasa luar dan dalam negeri. Terima kasih. Portal Berita Perak.

Jaffar MOHD YUNOS said...

Assalamualaikum, saya salah saorang daripada peserta kumpulan pertama kursus BTN 1973 di pertak kkb. utk mengembalikan btn kpd perjuangan teras membina bangsa dan utk meneutraliskan keangkuhan KP dan teamnya yg anwarinas saya cadangkan/sarankan timb. menteri menubuhkan alumni peserta kursus dan k.tangan btn sejak 1973
sekian ikhlas dari saya

Batang Pisang said...

saya rasalah kalau susah sangat elok saudara semua pakat2 jumpa najib minta dia lantik ANWAR IBRAHIM je jadi KP BTN sbb payah sangat semua org dengki walau sapa PM lantik...

Kut Bubuh ANWAR confirm semua pihak bertegah satu hati kasi LAWAN itu ANWAR IBRAHIM... strategik tu beb...

Alang2 asyik rebut jawatan... yg akhirnya bawa jahanam UMNO+BN dan kerajaan sekarang... baik JAHANAMKAN TERUS dengan bagi ANWAR IBRAHIM jadi KP BTN... amacam???

ke ko antalah resume kat DS Najib dgn surat kata kau lah terpaling layak jadi KP BTN... biar DS Najib pertimbangkan...

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers