Tuesday, June 25, 2013

Gunalah kewarasan yang ada..


KEJAYAAN  seseorang manusia dalam apa juga bidang kebiasaannya kerana mereka itu menguasai formula kejayaan dan fasih tentang formula yang dipelajari. Apatah lagi jika bidang yang diceburinya adalah bidang yang profesional.Untuk seseorang menjadi engineer yang baik, maka formula fizik adalah asas utama yang perlu dihadam seperti untuk kuasa mekanik dan kuasa adalah kerja yang dilakukan per unit kuasa. 

Maka formula untuk kuasa ialah P=DdE\dt yang mana P ialah kuasa, E ialah tenaga atau kerja dan T ialah masa.Itulah formula asas untuk menjadikan seseorang itu berjaya dalam kerjaya profesional. Begitu juga untuk berjaya dalam bidang akuantan, kemahiran menguasai sifir matematik seperti 5+5=10, 5x2=10 sangatlah diperlukan. 

Kalau seseorang itu membaca sifir matematik dengan mengatakan 5+5=100 sudah pasti dia manusia yang mengalami halusinasi yang cukup hebat dan tempat orang sebegitu semestinya di Hospital Bahagia.
 
Apatah lagi jika kerjaya dalam bidang akademik, untuk berjaya dan membolehkan mereka dilantik sebagai Naib Canselor universiti, bukan hanya mahir tentang formula, tetapi perlu mengajar orang tentang formula dan menulis artikel dan journal bagi menyakinkan seluruh manusia tentang formula dan sifir yang baru dicipta.



Sehingga kini,tidak ada seorang pun jurutera yang berjaya tanpa memiliki kelulusan dalam bidang kejuruteraan dengan mengusai formula fizik, tidak ada seorang akauntan pun yang berjaya tanpa kelulusan dan menguasai sifir matematik. 


Namun begitu, semua sifir yang kami baca di atas tidak sah laku dalam kerjaya politik. Seorang politikus yang terbaik ianya perlu memiliki sifir dan formula tersendiri dan hanya orang politik yang bijak dan mahir mampu mengamalkannya.


Biarpun kelulusannya seseorang itu hanya sekadar darjah enam sekolah atap bocor, tetapi dia masih boleh mempunyai cita-cita untuk bergelar Perdana Menteri. Apatah lagi jika ahli politik itu yang akademiknya sempat berguru di Harvard dan Oxford. Jadi apakah sifir dan formula politik untuk mencipta kejayaan berlipat kali ganda dalam arena politik?


Seorang ahli politik yang berjaya mereka tidak perlu mengenal sifir matematik. Mereka juga tidaklah dipaksa untuk membaca buku biologi mahupun fizik. Hadis dan ayat Quran pun mereka hanya perlu hafal beberapa potong ayat sebagai pembuka bicara dalam ceramah mahupun ucapan perasmian pecah tanah. 


Ilmu yang perlu ahli politik mahirkan dalam diri adalah bagaimana kaedah untuk memanipulasikan manusia dengan keadaan semasa. Politikus akan tampak hebat bergaya bila bijak membaca kehendak manusia dan mahir pula membaca suasana semasa.


Sebenarnya dalam kancah politik tidak perlu kepada istilah transformasi sebagai mana yang UMNO umumkan, tidak perlu kepada sebarang perubahan dan mencipta kaedah baru. Buatlah dasar dan polisi macam mana sekali pun seorang politikus berupaya menerobos semua halangan dan peraturan dan akan sentiasa kelihatan betul serta benar selagi manusia dan keadaan menerimanya. Tidak ada istilah 'legally wrong' dan 'morraly wrong', selagi ahli politik bijak mengurus manusia dan keadaan, semuanya pasti 'legally right' dan 'morraly right'.


Formula asasnya mudah dalam politik. Sifir yang pertama adalah ampu sana dan ampu sini atau dengan kata lain jilat atas jilat bawah. Siapa yang perlu diampu? Pastinya pemimpin tertinggi dalam hiraki parti. (kalau di peringkat bahagian, Ketua Bahagian, kalau di peringkat negeri, Pengerusi Badan Perhubungan, kalau peringkat nasional, tentulah Presiden) namun paling mudah, teruslah menjilat Presiden, secara automatik semua peringkat lain akan tunduk dengan akur dan menerima kita walaupun dengan terpaksa.BACA SELANJUTNYA…

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers