Sunday, June 2, 2013
Rosmah dijadikan kambing hitam! |
USAI PRU13 tidak pula timbul
ataupun dikaitkan nama Rosmah Mansor menjadi punca kegagalan Barisan Nasional
memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen ataupun Rosmah dituding sebagai orang yang
bertanggungjawab hingga Selangor gagal dirampas kembali dan rata-rata kritikan
tidak pula meletakkan Rosmah sebagai punca segalanya.
Baik daripada kenyataan Tun
Daim,tulisan ZAM maupun Kadir Jasin serta rata-rata penganalisa politik tidak
ada seorang pun yang menybut bahawa Rsomah Mansor menjadi punca kepada semua
itu kerana hampir empat tahun dan mungkin lebih dari itu lagi sejak PM Najib
menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri nama Rosmah menjadi begitu busuk
hasil hinaan serta kejian kawan maupun lawan dan ketika itu nama Rosmah begitu
hina sekali dipandangan mata ramai.
Bila membaca analisa yang
dibuat kononnya oleh orang-orang yang hebat dalam bidang poltiik tempatan
ataupun antarabangsa,tidak ada sebaris pun nama Rosmah dikaitkan tetapi sebelum
PRU13 nama Rosmahlah meniti dari bibi ke bibir sebagai orang yang boleh
menghancurkan politik PM Najib dan juga kegagalan Barisan Nasional hingga ada
yang berani mengatakan BN bakal tumbang kerana isteri Najib adalah Rosmah.Apa sahaja Rosmah lakukan semua tidak kena dimata mereka..
Betul, kita setuju mulut
manusia tidak boleh ditutup tapi bayangkanlah bertahun-tahun nama Rosmah dicerca
dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran oleh musuh-musuh politik dan juga
penyokong Barisan Nasional,berbagai peristiwa Rosmah dijadikan isu politik dan
berbagai-bagai kejadian dikaitkan dengan Rosmah dengan bertujuan bukan sahaja
memalukan Rosmah tetapi memberikan tekanan kepada perjalanan politik PM Najib
menyusun parti serta mengurus Negara.
Setiap perbuatan Rosmah
dikritik hebat kononnya boleh menjadi liabaliti kepada Najib dan kerajaan,setiap
tindakan maupun langkah Rosmah sentiasa
dijejaki bagi mencari peluang menyerang Najib dan kerajaan tetapi bila keluar
sahaja keputusan PRU13 ternyata semua pihak mengakui bahawa bukan Rosmah yang
salah,Rosmah bukan isu tetapi isunya adalah PM Najib menerima nasihat yang
salah daripada Penasihat-Penasihat yang mengelilingi beliau,baik di peringkat
agensi,War Room ataupun diperingkat R&D beliau.
Sekian lama para pengkritik
berdosa mengaitkan Rosmah, menuduh Rosmah, memperlekehkan usaha Rosmah melalui
program PERMATA dan apakah dengan keputusan PRU13 ini tidak timbul keinsafan di
hati sesiapa pun yang pernah mencerca baik secara berdepan atapun di belakang
Rosmah untuk memohon maaf kerana menjangkakan BN akan kehilangan kerajaan
kerana beliau isteri Perdana Menteri.
Terlalu ramai yang berdosa
memburuk serta mengeji Rosmah dan kita harap di sudut hati Rosmah ketika ini
beliau telah memaafkan orang-orang tersebut ataupun menyerahkan kepada Tuhan
untuk membalasnya.
Ternyata Rosmah hanya
dijadikan kambing hitam oleh pihak yang tidak senang dengan gerakan
kemasyarakatan yang beliau laksanakan dan dalam saat Najib sedang membina
kekuatan,Rosmah dijadikan papan bidak bagi mengalih tumpuan rakyat dan `kedegilan’ Rosmah untuk tidak mempedulikan
segala serangan peribadi dihadapkan kepadanya membuktikan hari ini kegagalan BN
dalam PRU13 bukan kerana beliau isteri Perdana Menteri tetapi Penasihat-Penasihat
suaminya yang menjadi punca kepada segala kegagalan yang sedang didebatkan
sekarang ini.
Rosmah
harus mengucapkan terima kasih kepada keputusan PRU13 ini kerana sehingga hari
ini namanya telah `dibersihkan’ oleh pengkritik politik yang juga pernah
mengkritik beliau sebelum ini dan semua orang harus mengakui sesiapa sahaja
yang mempunyai Penasihat-Penasihat yang berpewatakan sebagaimana yang PM Najib
ada hari ini,Perdana Menteri mana sekalipun akan berdepan dengan masalah
apabila penasihat-penasihatnya gila pangkat,jawatan,darjah serta pingat dan
bukannya memeikirkan bagaimana mahu menjadi PM Najib dan parti lebih kukuh
serta mampu mengurus persepsi rakyat.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
12 comments:
KEPUTUSAN PRU13-ADAKAH ROSMAH JUGA BERSALAH?YANG TAHU JAWAPAN SABENAR ADALAH DIA SENDIRI,SEKIRA ADA YANG TERLIBAT ADA ATAU TIADA TERLIBAT ALLAH YANG TAHU.WALLAHUALLAM.
Betul tu tok janggut,penasihat2 PM harus ditukar dgn segera,orang2 yg jaga war room tu pun harus disiasat dan ditapis kreadibiliti mereka..harap2 PM buat keputusan dgn segera demi kestabilan politik di Malaysia
Assalamualaikum Tok Janggut,
Terima kasih atas satu artikel yang menarik.
Sebenarnya, keputusan PRU 13 mungkin akan lebih baik jika beberapa perkara dilakukan oleh DS Rosmah:
1. Tudung
Saya tahu ada di antara blogger yang isteri, tunang atau awek tak pakai tudung. Tetapi, itu urusan peribadi anda, anda bukan Najib ataupun Anwar, itu antara anda dan Tuhan anda.
Tetapi, DS Rosmah adalah isteri PM. Sebenarnya, orang tidak peduli ttg cincin, ttg Altantuya dsb. Ya atau betul, kita tidak nampak, tetapi tudung dan rambut orang nampak.
Bayangkan, kerana tudung Wan Azizah, Anwar dianggap tidak bersalah walaupun beribu dosa dengan bukti nyata kita tgk terang2 did depan mata.
Wan azizah membuktikan dia adalah muslimat dan isteri solehah hanya kerana tudungnya. Biar betapa jijik perbuatan yang dia lakukan, org takkan percaya hanya kerana dia bertudung.
Tidakkah DSR kasihan melihat ramai penyokong UMNO yang mati kutu apabila dihenjut pembangkang terutamanya PAS hanya kerana tudung? Hanya kerana sehelai kain, akan segala jasa DSR diiktiraf. Biarlah DSR melakukan haji, umrah, tahajjud, sedekah dan segalanya, tetapi hanya kerana sehelai kain, semua amalan itu tertolak.
JIka DSR tidak kasihan dengan penyokong UMNO, kasihanilah suami anda, DS Najib. Sekarang ini,setiap satu undi adalah bernilai, tidak seperti zaman dulu yang mana majoriti YB UMNO dan BN, 20-30K. Zaman itu sudah berlalu Datin Seri. Every vote counts. Adakah terlalu payah untuk meletakkan sehelai kain itu di rambut DS? Adakah DSR lebih rela menjadi isteri ketua pembangkang dari memakai sehelai kain?
Imej DS yang tidak bertudung mewakili tanda UMNO yang degil dan tidak mahu berubah. Orang melayu cukup pelik tetapi mudah untuk diyakini. Buatlah pembangunan, program transformasi berjela-jela, mereka tidak hargai semua itu, tetapi sibuk dengan sehelai kain di kepala pemimpin dan isteri pemimpin UMNO.
2. DS Rosmah harapnya berhenti berdiam diri. Setiap fitnah lawanlah dengan saman.Zaman hero melayu yang sabar dengan pukulan samseng sudah berakhir.
Rakyat sekarang mempunyai persepsi, berani kerana benar.
Jadi, harapnya DSR tidak teragak2 untuk saman saja sesiapa yg fitnah DSR. Jangan hanya tersenyum dan biarkan fitnah ini berleluasa. Cukuplah zaman bloggers menjadi peguambela percuma di blog dan forum mempertahankan Datin Seri. Berilah peluang kepada firma2 guaman di luar sana tugas ini.
Jika menang kasi saja sama PERMATA, rumah anak yatim dsb. Tapi saman tetap saman.
Dengarlah rintihan kami, you do your part, we do our part.
T kasih
aduh pe la malasah lu orang semua nie...pe salah DS ROSMAH nie?dia hanya seorang isteri PM sahaja..tapi kenapa dia dilibat kan dalam hal negara?sedangkan dia tak pernah masok campur dalam hal negara...pebangkang mmg tak reti duduk diam lau pow da kalah...pe ke bangang nya otak2 lembu pebangkang nie...!!!
dari dulu dah tau yg Rosmah tak bersalah pun..tapi nak buat mcm mna pembangkang nie membabi buta je dok menuduh Rosmah tak tntu pasal! skrg bru nak sedar ke.. kegagalan BN dalam PRU13 haritu bkn sebab Rosmah pun tp tetapi disebabkan oleh Penasihat-Penasihat suaminya yang menjadi punca kepada segala kegagalan yang sedang didebatkan sekarang ini. harap lps nie tak dek lagi dah orang yang membabi buta dok menudauh dan mengata Rosmah tak tntu hala..!
Masyarakat melayu boleh di beli dengan nilai sehelai tudung? Tolonglah ...
Salam,
Saya begitu terharu dengan permintaan/saranan Mahacu.
Bukan banyak yang kami minta cuma sehelai kain sahaja, sesuatu yang ke arah kebaikan dan mencari keredaan Allah adalah wajib untuk kita sokong. Memang benar, susah untuk kami orang kebanyakan ini untuk kami mejawab isu ini, kalau cincin atau altantuya mudah kami jawab, kau ada bukti sila buat laporan polis. Lebih baik diam, kita jangan buat kerja Allah, kerana Allah Maha Mengetahui. Perkara yang nyata hendaklah segera diperbetulkan...... kak ros jagalah aurat demi Allah
Ini adalah tektik Dr Mahathir untuk menekan Najib melepaskan jawatan.Sama seperti Pak Lah ditekan 1 ketika dulu. Cuma bezanya ialah segala tekanan sekarang dibuat oleh budak suruhan Mahathir iaitu Daim dan Sanusi. Jika najib berundur maka Mahyudin akan menjadi PM dan Zahid akan menjadi TPM. Untuk pemilihan UMNO Mahyudin Presiden, Zahid Timbalan dan Shafie serta Hisahmudin akan kekal sebagai naib. 1 kerusi naib akan diisi oleh Mukhriz. Dengan demikian secara tidak langsung kedudukan Khairy akan ketinggalan dibelakang Mukhriz.Kedudukan Zaid sebagai TPM hanya unutk sementara sahaja. Apabila pemilihan UMNO sudah dan Mukhriz berjaya menduduki kerusi Naib, maka Mahathir akan memulakan episod baru unutk menekan Zahid pula berundur. Zahid sama sekali bukan budak kesayangan Mahathir. Ini kerana semasa Zahid menjadi Ketua Pemuda Umno, Zahid pernah menbuat kejutan dengan membangkitkan isu kroni. Ketika itu Zahid merupakan orang kanan Anuar.Setelah Zahid berundur maka Mahyudin akan melantik salah seorang naib unutk menjadi TPM. Orang nya adalah Mukhriz. Bergitu bijak Mahathir mengantur strategi unutk anaknya menjadi PM.
DiMalaysia asal pakai tudung, baiklah tu walaupun terang2 menyokong perbuatan maksiat, menyokong agenda merosakan Islam, merosakkan akidah umat Islam, menyokong mengunakan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan hatta menyokong pertumpahan darah sesama Islam sekali pun 'sekurang2nya dia pakai tudung'.
Walau pun kita tak nafikan pakai
tudung adalah hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. tapi adakah ajaran Islam hanya terhad pada memakai tudung. Kalau seorang penzina boleh diterima kerana itu 'dosa antara dia dengan Tuhan' kalau peliwat boleh diterima kerana itu 'dosa antara dia dengan Tuhan', kenapa tidak boleh terima wanita yang tak pakai tudung, bukan kah itu dosa antara dia dengan Tuhan!! Kalau nak dibandingkan dosa2 yang disebutkan diatas, dosa tak pakai tudung tidak termasuk dalam dosa yang mengundang kemurkaan Allah hingga menyebabkan Allah turunkan azab dan bala yang boleh menghancurkan sesebuah negara. Seperti yang berlaku pada kaum Nabi Luth. Begitu juga dengan zina...apabila zina berleluasa dikalangan umat Islam disesebuah kampong atau negara, Allah akan turunkan azab dan bala pada kampong atau negara itu. Ini yang berlaku diMalaysia, dimana zina dan budaya kaum Nabi Lut telah berleluasa tapi ustaz2 dan 'ulama'2 masih sibuk dengan tudung?? Ada juga yang terang2 menyokong peliwat!!
Sebagai orang Islam, kita pun tak boleh terima wanita yang berpakaian tidak sopan tapi Datin Rosmah dan isteri2 menteri2 yang lain, walaupun tak bertudung, mereka tetap berpakaian sopan. Adakah kita tolak sumbangan dan bakti mereka pada masyarakat terutama golongan yang memerlukan hanya kerana mereka tidak bertudung? Apakah kita nak tolak seorang pemimpin yang tidak ada masalah moral, yang mempunyai kecekapan dan kemahiran untuk mentadbir negara dan mampu memperjuangkan Islalm dan membela nasib umat Islam hanya kerana isteri2 mereka tidak memakai tudung?? Please lah Islam is more than that. Islam is about justice and compassion yang saya nampak tak ada dalam masyarakat Islam diMalaysia
Segala perbuatan kita mestilah kerana Allah, kalau Datin Rosmah pakai tudung hanya kerana nak dapat undi, maka hanya itu saja yang dia dapat, mungkin pun tidak. Biarlah kita buat sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah bukan keredhaan manusia. Kita sepatutnya mendoakan agar mereka yang banyak berbakti dan berkhidmat untuk kesejahteraan umat Islam diberi taufik dan hidayah agar mereka menjadi seorang Muslim yang lebih baik supaya Allah terus melindungi Malaysia dari musuh2 Islam agar apa yang berlaku dinegara2 Islam lain tidak berlaku diMalaysia.
Walau apa pun Allah telah beri kemenangan pada UMNO. Allah telah pilih Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tidak ada siapa yang boleh tolak Qadak dan Qadar Allah.
Alhamdullilah. Allah masih sayangkan Malaysia.
Pemerhati dari seberang.
Aku tak faham betul la dengan rakyat malaysia ni. Apa kena mengena Rosmah dengan keputusan PRU13? Dia hanya seorang ISTERI kepada PM. Bukan seorang penasihat PM ke apa. Yang patut dipersalahkan adalah penasihat-penasihat PM. Jangan le mudah terpedaya dengan fitnah-fitnah bangang pembangkang ni.
aku rasa ds rosmah tak ada kena megena pasal pru 13.. dia sebagai isteri kepada perdana memteri yang pertanding suami dia bukannya dia
BUKANNYA BERSEBAB PRU 13 ROSMAH YANG DIPERSALAHKAN DIA SEBAGAI ISTERI KEPADA NAJIP BUKANNYA PENASIHAT SUAMI DIA PUNCANYA SEKARANG ADALAH PENASIHAT-PENASIHAT PM SENDIRI YANG MEMJADI MASAALAH...