Sunday, June 30, 2013
Sejarah baru-KP BTN rasmi PIBG! |
KAEDAH politik yang paling
baik dan sempurna bagi mendapat perhatian ataupun kepercayaan pemimpin tertinggi
adalah dengan kaedah mengampu ataupun dalam bahasa politik disebut juga sebagai
`menjilat’ dengan mengemukakan apa sahaja cerita yang pemimpin seronok dengar,yang
boleh menghiburkan pemimpin dan pekerjaan sebegini merupakan satu pekerjaan
yang baik malah dalam sejarah kepimpinan Melayu,watak ini disebut sebagai
PenglipurLara.
Ketika PM Najib sedang
berduka akibat hampir hilang kuasa dalam PRU13,golongan penjilat ini pastinya
merancang cerita-cerita yang paling baik dan sebagai PenglipurLara PM
Najib,mereka tentunya berusaha untuk mencari jenaka yang paling baik yang boleh
membuatkan PM Najib tersenyum serta bergelak ketawa sekembali beliau dari
Tanzania nanti.
Lantaran itu PanglipuLara-PenglipurLara
PM Najib yang dilantik dengan Gred JUSA atas nama Pengarah Strategik iaitu
Sahlan Ismail(jawatan ini sama kelasnya dengan Rafizi Ramli si Jambu Anwar atau
mungkin kita boleh andaikan Sahlan ini pula Jambu PM Najib) dan kawan-kawan
seperti Ahmad Fairus yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Strategik serta Raja Arif Ketua Pengarah Biro Tata Negara pun memulakan cerita
bahawa kononnya ada gerakan dan ancaman
daripada akar umbi untuk menolak kepimpinan PM Najib.
Mereka mulakan cerita
kononnya jika mereka dibuang atau tidak dilantik orang-orang dari kalangan
mereka,gerakan akar umbi ini akan menyebabkan PM Najib benar-benar tumbang
menjelag PAU nanti dan barangkali PM Najib yang merasa seram dengan
cerita-cerita begini terus melantik Shalabn,Ahmad Fairuz dan mengekalkan Raja
Arif di Biro Tata Negara.
Soalnya apa keperluan
mengwujudkan Jabatan Strategik di pejabat Perdana Menteri itu? Adakah kerana PKR
ada jabatan itu dan PM Najib juga perlu untuk mengadakannya?Atau PM Najib sudah
tidak percaya kepada struktur parti yang sedia ada?
Setelah selesai cerita-cerita
seram,PenglipuLara-PenglipurLara ini mula mencari bahan cerita untuk
disampaikan kepada PM Najib bagi mendapatkan wang dan supaya mereka harus
kelihatan sentiasa penting di mata PM Najib. Apa yang mereka harus jilat,kena
pula ada yang beritahu bahawa PM Najib seperti suka di`jilat’ dan mereka ini
mulakan cerita tentang politik kampus.
Skrip ampu dan jliat mereka
sampaikan kepada PM Najib bahawa PM Najib perlu berikan perhatian walaupun yang
sepatutnya bertanggungjawab terhadap Pilihanraya Kampus adalah Kementerian
Pelajaran dan kumpulan PenglipurLara ini tanpa ada adab sopan serta malu alah
dengan menggunakan nama pejabat Perdana Menteri menyusun gerakan dengan
membelakangkan Muhyiddin Yassin,Razali Ibrahim dan mereka ini cuba menjadi
jaguh mengendalikan operasi Pilihanraya Kampus di seluruh Negara.
Kumpulan PenglipurLara ini cuba `jilat’ PM Najib dengan cerita-cerita
sebegini dan cuba membuktikan bahawa mereka lebih hebat daripada semua orang
lain dan dengan angkuhnya kumpulan menggunakan nama `Atas Arahan PM Najib’,mereka
cuba bermain politik kononnya jika PRO Aspirasi yang mereka taja menang dalam
Pilihanraya Kampus ini,PRU14 BN akan menang besar dan bila mendengar sahaja
`nyanyian’ serta `jilatan’ PenglipurLara ini,PM Najib akan tersenyum serta
menelan bulat-bulat racun yang disua oleh kumpulan penglipurlara ini.
Dan sebab itulah kini
kumpulan Penglipurlara ini menggunakan Raja Arif sebagai Penglipur Lara Kelas
Kedua yang sentiasa mencanang kepada semua orang bahawa beliau selalu berjumpa
dengan PM Najib sedangkan hakikatnya kalau dikira dengan sebelah tangan pun
tidak habis berapa kali beliau jumpa PM,Raja Arif sedang cuba menjadikan supaya
orang percaya beliau adalah hebat dan cuba mempengaruhui semua orang dengan
modul jentera pro aspirasi yang sedang beliau rancang.
Mereka berdua tahu apa yang baik untuk Kuala Besut |
Pilihanraya Kecil Kuala
Besut merupakan satu lagi bahan baru kepada kumpulan PenglipuraLara ini dan
mereka bagaikan mendapat durian runtuh untuk mereka-reka cerita bagi
menghiburkan PM Najib dan bila sahaja diistiharkan kerusi itu kosong ekoran
kematian ADUNnya,hari Sabtu yang lepas,Raja Arif antara utusan pertama turun ke
Kuala Besut kononnya berjumpa bakal calon dan beliau seolah-olah sebagai orang
yang paling berpengaruh dari Putrajaya turun bertemu dengan salah seorang AJIK
UMNO Bahagian Besut,kononnya watikah pengesahan calon akan menyusul dan kata
beliau `kawang janji kawang akan beritahu ke PM,supaya demo akan jadi
calong"..Natang!
Ini merupakan satu tindakan
yang paling biadap serta kurang ajar dari seoarang Ketua Pengarah,beliau
menampilkan bahawa beliau seolah-olah orang yang diutuskan oleh PM Najib untuk
membuat keputusan kerana sesiapa juga yang akan jadi calon,sesiapa juga berhak
menilai dan memberi pandangan tetapi tindakan ego dan lagak kurang ajar Raja Arif
ini boleh mengundang padah. Apakah pejabat PM Najib ingin tanggung di atas
sebarang keputusan rakyat akibat dari perbuatan panglipulara ini?
Atau apakah ini satu lagi
tindakan sabotaj dan khianat berkategori tinggi yang sedang disusun oleh
operator Anwar dari dalam BN kerana suka atau tidak,Terengganu ada Menteri Besar
yang perlu dirujuk dan dihormati dan inilah gerak kerja Raja Arif yang dulu turun
berjanji dengan kawan-kawan bahawa mereka akan jadi calon tapi bila tidak dapat,mereka
ini mula khianat pada parti dan Menteri Besar Terengganu lebih tahu tentang
ini.
Menteri Besar Terengganu
tentu tidak lupa Bgaimana Raja Arif himpunkan Terengganu Civil Service (TCS) di
sebuah hotel sebelum PRU13 bagi tujuan sabotaj dan bagaimana orang yang
merancang sabotaj ini dan dikatakan membantu pembangkang tiba-tiba turun ke
Kuala Besut untuk membantu Barisan Nasional?
Panglipulara sebagaimana
Raja Arif ini akan balik bercerita pada PM Najib bahawa BTN akan laksanakan
berbagai-bagai operasi untuk PRK Kuala Besut seperti mana OPS1M yang akhirnya
jadi tempat Raja Arif main Golf.
Ini antara OPS1M di KualaBesut nanti.. |
Sebenarnya untuk menang
Menteri Besar Terengganu lagi tahu cara dan kaedah. dan salah satu kaedah yang
harus dilaksanakan sekarang adalah JANGAN sesekali membenarkan Raja Arif turun
dan berkampung di Kuala Besut dan JANGAN benaran BTN yang semakin mengarut ini
turun di Kuala Besut untuk laksanakan operasinya dan kalau Menteri Besar benarkan
juga,tunggulah petakanya kerana majal seorang Ketua dan percayalah juga selepas
ini akan ada lagi siri lawatan ke luar negara oleh Pegawai-Pegawai BTN
PM Najib harus serius untuk
mempertahankan kemenangan DUN Kuala Besut dan MB Terengganu harus tahu kaedah
dan jangan benarkan walaupun sekali gerakan mengarut ini berlaku dalam PRK Kuala
Besut nanti.Usah lagi seronok dengar cerita daripada Panglipulara yang sememangnya
sedan mencari bahan untuk menghiburkan
semata-mata supaya mereka selesa mendapat imbuhan bulanan.
PM Najib harus berlaku adil
kepada semua agensi-agensi lain yang lebih bijak menyusun,mengatur dan melaksana
program bagi mempastikan kemenangan dan berlaku adil juga kepada semua orang yang sememangnya
mempunyai keikhlasan untuk menyelamatkan Terengganu daripada kedudukan yang
kritikal dan bukannya meletakkan manusia seperti Raja Arif yang mula bercakap `Kuala
Besut adalah medan terbaik untuk tukar MB Terengganu,untuk gantung Dewan
Undangan Negeri dan memberi kelebihan kepada pembangkang..’ Ingat Raja Arif,kita
tahu apa sahaja gerakan dan perbuatan anda!
PM Najib harus berlaku adil
dan jangan sesekali meletakan kepercayaan kepada org yang begitu gembira bila
DUN Kuala Besut kuala kosong sebagaimana mana Anwar ibrahim gembira dan apakah
pm tahu yang turut gembira bila DUN ini adalah panglipulara-penglipurlara PM
sendiri?
Jika PM Najib terus ketawa
mendengar cerita-cerita mereka,sebenarnya PM Najib sedang menunggu masa untuk
menangis selepas ini dan buktinya sentuhan Raja Arif untuk kawan panglipularanya
di Pokok Sena terhumban ke jamban bila Sahlan kalah ditangan Mahfuz Omar malah
dimana-mana ada sentuhan Raja Arif dan juga BTN,semua kalah da nada yang
mengatakan bahawa kekalahan itulah matlamat sebenar Raja Arif dan itulah tugas
utama Raja Arif,menjadi duri dalam daging kepada BN.
Apakah PM Najib juga mahu BN
kalah kerana gerakan dari dalam atau PM Najib sudah mula takut dengan Anwar
ibrahim...?Apakah PM Najib juga sudah terpengaruh dan terperangkap dengan segama
macam ampu serta `jilat’ dari Sahlan dan Raja Arif?Dan tidak pernah terjadi
dalam sejarah BTN,Ketua Pengarahnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan juga sedang mengintai jawatan Ketua Bahagian Kuala Nerus..Wallah
hualam..!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: