Saturday, May 11, 2013
Jangan Najib dipatuk kali kedua.. |
MEMBACA kenyataan PM Najib bahawa beliau akan
menjadi Perdana Menteri kepada semua kaum, bangsa dan agama serta semua rakyat
Malaysia telah jelas menggambarkan kebesaran jiwa beliau sebagai pemimpin dan
barangkali dengan tekad "cannot change the past, but can make the
future" beliau akan melangkah dengan penuh azam yang hanya beliau yang
tahu.
Beliau mungkin telah
mendapat maklum balas tentang apa respon rakyat terhadap senarai calon-calon BN
untuk PRU13 yang lepas sehinggakan akar umbi menjadikan salah satu bahan
jenaka. antaranya "winnerble, recycle, adjustable dan win cable" lalu
menjadikan graf populariti PM Najib terus merudum dengan pengumuman itu.
Kini rakyat sedang menunggu-nunggu
apakah pula senarai kabinet beliau? Apakah sekali lagi graf populariti PM Najib
akan makin merudum atau apakah `line up’nya nanti akan menjadi titik graf
"critcal path" ini akan melonjak dan PMNajib akan mendapat sokongan padu
untuk menerajui kerajaan bagi tempoh 5 tahun sehingga PRU 14 tahun 2018? Atau
menjadi kayu pengukur untuk suara-suara nakal akar umbi mula mengusik kedudukan
PM dalam Perhimpunan Agong UMNO nanti, kita harap tidak begitu.
Suara-suara nakal akar umbi
ini telah mula berkira-kira mengibaratkan jawatan Perdana Menteri sepeti CE0
syarikat yang diberi peruntukan paling besar membuat pelaburan dengan harapan
akan mendapat keuntungan yang paling lumayan tapi rupa-rupanya CE0 telah gagal
malah menyebabkan kerugian, maka ia menjadi sebab alasan CE0 ini harus memikul
tanggungjawab kerugian.
Itu tamsil yang kurang tepat
dan berhemah, namun tiada siapa yang boleh menghalang apa juga tafsiran dan
analogi akar umbi dan sebab itulah dalam membentuk `line up’ kabinet PM tidak
boleh lagi dilihat tergesa-gesa, mendapat nasihat yang salah dan tunduk kepada
desakan yang sekali lagi istilah 'RECYCLE' dan 'adjustable' akan menjadi
dendangan akar umbi.
PM sudah sepatutnya
membayangkan kehendak rakyat terbanyak dan siapa yang akan mereka hadapi dalam
parlimen. Tanpa menyentuh siapa dan apa yang PM Najib akan buat untuk parti-parti
komponen kerana hanya beliau lebih tahu dan pastinya rakyat ingin
melihat kabinet yang bersih, kabinet yang segar dan kabinet yang betul-betul
memahami denyut Nadi Rakyat malah segala ungkapan ini tidak harus lagi sekadar
retorik kerana kita tahu sebelum ini PM banyak dinasihatkan oleh orang-orang yang
hanya retorik.
PM Najib juga harus bijak
membaca buah catur lawan yang kita tahu bukan calang-calang seperti Anwar,
Azmin, Hj Hadi dan menyenaraikan tokoh pembangkang yang hebat seperti Tian
Chua, Sivarasa, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang pasti akan cuba membentuk
pembangkang yang paling hebat dalam sejarah politik Malaysia yang akan terus
menghidupkan semangat perkauman, gejala rasuah dan urus tadbir yg baik,
intigriti dan lain-lain, PM tidak akan berjaya mengurus dengan baik kalau
anggota jemaah kabinet adalah orang-orang yanglemah dan dilihat tidak bersih
dan sudah terpalit dengan persepsi yang tidak baik.
Pemimpin UMNO yang menang
seperti Anuar Musa, Isa Samad, Shahidan Kassim malah ramai lagi, mungkin sudah
sesuai berada dlm kabinet untuk berhadapan dgn rakyat.PM harus bersyukur nama-nama
itu berada dalam parlimen, namun ianya dirasakan cukup sesuai sebagai 'backbencer'
yang akan mempertahankan kerajaan dan parti.Jamaluddin Jarjis perlu diberikan jawatan Menteri kerana kerja kerasnya selama ini, Farid Redzuan perlu dikekalkan kerana berjaya dengan media baru manakala semua Setiausaha Politik PM Najib perlu dikekalkan kerana merekalah BN berjaya menambah kerusi UMNO...!
UMNO sememangnya tidak kurang
pemimpin yang hebat. Janganlah ketika hendak diangkat sebagai ahli kabinet,
UMNO masih terikat dengan 'ikatan parokial' jawatan parti dan bakal kemimpinan
UMNO dimasa akan datang. Janganlah bayangan bakal MT, jawatan tertinggi UMNO
dalam pemilihan akan datang yang menjadi perhitungan. Apa makna percaturan
kepimpinan UMNO yang hebat tapi akhirnya UMNO di tolak dalam PRU 14 dan lantaran itu
ahli kabinet ini adalah untuk berhadapan dengan rakyat terbanyak, bukannya untuk
menghadapi Perhimpunan Agong UMNO.
PM semestinya lebih bijak
dan hadam dengan setiap gerak langkah pemimpin UMNO kerana ada diantaranya memang
hebat berhujah dan bertindak dalam ruang UMNO sahaja dan ada antara mereka yang
dilihat tidak bijak menyusun kedudukan dalam UMNO, tetapi sememangnya berjaya
mengurus dan diterima dengan baik oleh rakyat seperti Mustafa Mohamad.
Ada diantara yang telah diuji
oleh PM Najib sebagai wakil orang muda. Jawatan khas diberikan di pejabat PM
sebagai Pegawai Khas yang kononnya jaga hal ehwal org muda, wujud 'parlimen
belia', tapi ternyata dengan kedudukan dan segala ruang yangg diberi juga telah gagal menarik sokongan orang muda
sehingga antara faktor tragedi PRU 13 ini disebabkan pengundi muda. Apakah
watak seperti Irmohizam itu akan diangkat sebagai anggota kabinet?
Kita yakin PM tahu
segalanya dan pembentukan kabinet dengan merujuk kepada UMNO, Presiden UMNO akan melihat
siapa dalam UMNO yang lebih layak. Kepimpinan tertinggi parti, pemimpin sayap seperti
Ketua Pemuda, Ketua Puteri, wakil Wanita dan sesiapa lagi yang sememangnya
telah terbukti berkesan, proaktif dan diterima.
Jika sememangnya PM ingin
membuat tranformasi dalam parti,barangkali inilah kesempatan terbaik PM membuat
pemilihan kabinet wakil daripada UMNO dan pada mereka yang terpilih, jika tiada
jawatan tinggi dalam parti, janganlah anggap pemilihannya itu akan menyebabkan
beliau akan mula melawan Ketua Bahagian UMNO, mula membayangkan jawatan Majlis
Kerja Teringgi, bahkan mula mengimpikan jawatan Ketua Puteri, Pemuda, Wanita dan
lain-lain jawatan dalam parti.
Usahlah bebankan fikiran PM Najib dengan usaha melobi melalui perlbagai
kabel dan kepada pelobi-pelob juga jika ada, janganlah ruang hubungan baik dengan PM
digunakan untuk menaikan orang-orang yang tidak sepatutnya semata-mata kerana
ingin menahan lukah di pergentingan dan meraih keuntungan.
Kita berilah ruang paling
banyak kepada PM untuk beristikarah memilih siapa yang mampu 'deliver' dan
'perform' seluruh gagasan PM. Kita biarkan PM Najib tentukan berasaskan cabaran-cabaran
mendatang yang menjadi penentu hidup mati BN, kita restui pilihan PM itu dengan
doa dan harapan PM akan berjaya menjadi pemimpin yang amat berjaya dengan aset-aset
yang ada, bukannya PM yang akan terus terpalit dgn liabiliti yang dia terpaksa
bawa bersama untuk tempuh 5 tahun lagi.
Apa juga keputusan PM Najib itulah
yang wajib diterima.Sesekali marilah kita renung peringatan Allah dalam Surah Al-Pajr ayat 15 dan 16 iaitu `Dalam
pada itu,manusia tidak menghiraukan balasan akhirat. Oleh yang demikian, maka
kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhan dengan pangkat, kemuliaan dan
dimewahkan hidupnya, dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur. Serta
berkata dengan sombongnya "Tuhan ku telah memuliakan aku" dan sebaliknya
apabila diujui oleh Tuhannya dengan disempitkan rezekinya, ia tidak bersabar
bahkan ia resah gelisah serta merepek serta berkata "Tuhanku telah
menghina diri ku"
Kebijaksaan politik
(Political Wisdom) PM Najib amat dituntut, beliau harus bangkit sebagai mana
Allahyarham Ayahanda beliau bangkit setelah peristiwa 13 Mei sehingga di angkat
sebagai Bapa Pembangunan. PM Najib melalui detik politik yang hampir sama
dengan Allahyarham Ayah beliau. Jadi kebijaksaan Tun Razak yang mengalir
dalam tubuh beliau,bisikan-bisikan keramat Allahyarham dalam mengemudi negara,
pasti terngiang dan harus menjadi inspirasi untuk beliau juga bangkit mengemudi
negara ini.
Ujian daripada PRU13 dan
cabaran-cabaran itu harus diambil kira dalam membentuk kabinet malah warisan
daripada legasi lama tidak harus dijadikan alasan lagi untuk terus berhadapan
dengan suasana baru. Beliau kini harus tampilkan yang terbaik berasaskan trek
rekod perkhidmatan, trek rekod moral, trek rekod penerimaan rakyat dan lain-lain.
Kini 88 kerusi Parlimen
milik ahli parlimen UMNO, masing-masing merasakan mereka layak dilantik sebagai
ahli kabinet tanpa muhasabah diri berapa
banyak 'baggage' yang di bawa bersama. Manakala yang kalah pula berkira-kira
untuk dilantik sebagai Senator dan kini masing-masing meninggalkan gelanggang yang
menghantar mereka ke Parlimen, meninggalkan majlis sembahyang hajat dan kenduri
kesyukuran, membawa rombongan ke Kuala Lumpur dengan membawa harapan untuk
dilihat oleh PM sebagai ahli kabinet.
Namun siapa juga yang akan
dilantik, PM Najib perlu faham senario Pru 14. Dengan parokial yg sama, untuk
Pru 14 angka 222 masih menjadi angka penentu. Kegagalan 2/3 menyebabkan tiada
persempadanan semula. Cabaran Pru 14 makin kritikal dengan fokus kepada faktor
kegagalan BN hari ini iaitu undi kaum Cina dan golongan muda. Lantaran itu
kementerian yang ada kaitan dengan orang muda secara terus seperti Kementeria
Belia, KPT, Kementeria Pelajaran dan agensi-agensi seperti MARA dan lain-lain
memerlukan sentuhan yang dinamik dalam pembentukan minda rakyat.
Kementerian yang berkait dengan
segala prasarana 'broadcasting' dan Penerangan ianya memerlukan lebih daripada
sekadar sentuhan ajaib tetapi perlu kepada pemahaman pemikiran dan 'need'
rakyat. Kementerian berkaitan dengan Keselamatan, memang memerlukan bukan sekadar
'political will', tetapi kepada kefahaman menyelamatkan negara.
Jadi pemilihan untuk setiap
ahli kabinet yang akan di letakkan ditempat-tempat seperti disebut, ianya
memerlukan kepada 'politicall analisis' dan 'political wisdom' daripada seorang
pemimpin besar seperti PM Najib yang tidak akan tergoda hanya kerana lirikan
mata, lunak suara, tunduk mencium tangan dan bijak membuat pulut kuning, hebat
mengumpul manusia ketika PM turun kawasan, tetapi adalah pemimpin yang ikhlas
membawa denyut Nadi PM kepada denyut Nadi Rakyat mengolah bahasa PM untuk
difahami oleh rakyat, membaca fikiran PM untuk di sambut dengan gerak kerja
oleh rakyat.
Begitu jugalah dalam mengisi
dan menstruktur jawatan-jawatan penting di agensi-agensi yang seiring membantu
sama ada menjadi sokong yang membawa rebah atau sebaliknya. Zaman pejabat PM di
penuhi dengan orang yang turut mengisi cita-cita untuk diangkat sebagai
pemimpin politik seharusnya telah berakhir. Pegawai-pegawai PMO adalah org yg bekerja untuk PM dan
bukannya membina empayar untuk kepentingan peribadi.
Agensi-agensi strategik
tidak harus lagi diisi oleh orang yang hanya tahu memalu gendang ditepi
gelanggang, meniup serunai yg mengasyikan, mengajak PM untuk sentiasa PM Najib
rasa selesa dengan majlis-majlis 'ceremony' yang terancang segala tipu muslihat
dan seluruh sampah di letakkan dibawa tikar.
Kabinet baru nanti biarlah
kabinet yang akan menggerakkan seluruh jentera kerajaan yang akan bekerja untuk
memberi perkhidmatan pada rakyat sehingga rakyat akan rasa menyesal atas apa yg
mereka lakukan dlm Pru 13, kabinet ini akan menjadikan penanda aras kejayaan
negara yang membuat rakyat mengembalikan semula kuasa 2/3 dlm Pru 14, kabinet
ini biarlah dapat dirasakan "wow faktor" dan terkeluar dari mulut
rakyat, inilah yg kita nanti-nantikan dan inilah sebenarnya tranformasi dan
'New Branding' kerajaan Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
10 comments:
JOKE OF THE DAY!!!!!
Lim Kit Siang - MP for 21 days!!!!
Kik Kik Kik Kik
KOKS - Kick Out Kit Sial
Bagaimana pula dgn Tan Sri Shahrir Samad ,satu2nya MP UMNO yg berjaya di bandar.
ini masanya untuk najib lantik his dream team for better Malaysia. lantikla yg boleh memberi khidmat terbaik dan jujur untuk semua rakyat. mungkin dari MP atau juga dari luar (senatorship). kita harus sokong dan jangan ada lantikan dari tekanan.
nak ingatkan yang shahrir samad yang naikkan harga minyak ke rm2.70/seliter selepas pru 12.
Cadangkan Shahril Samad Menteri Dalam Negeri!!
Cadangkan Shahril Samad Menteri Dalam Negeri!!
Masalah beribu ribu pembeli rumah di tipu pemaju pemaju perumahan dah berbelas tahun berlaku najib nak rezab menteri perumahan kepada cina lagi ke?
Yg menang..tahniah..tp bagaimana pula calon yg dh di umumkan winabble candidate dan watikah dh di serah lepas tu di tarik balik. Ada berlaku di pahang dan selangor. Adakah tempat utk mereka? Mohon PM menggunakan kebijaksanaannya membentuk kabinet beliau.
Mintak-mintaklah janganlah dipilih jenis Ahli Parlimen yang jenis lembik dan dayus. Mintak-mintak janganlah diambil calon yang kalah dan diberi jawatan senator menjadi menteri. Silap-silap PRU depan kita menghadapi masalah yang sama. Pihak pembangkang ini jangan diberi peluang dan ruang. Mujurlah Saifuddin Abdullah kalah. Pemimpin sebegini tiada ruang dalam UMNO!
pilih yg ada vision dan boleh bekerja untuk bangsa, agama dan Negara. avoid recycled minister. give opportunities to fresh faces and even bring in outsiders macam Idris jala. Ingat jadi YB bukan bermakna jadi menteri.