Friday, May 17, 2013
Kemana mereka mahu bawa negara dan UMNO? |
SEGALANYA telah selesai
serta terjawab dan PM Najib telah pun membentuk kabinet beliau untuk penggal
baru, penggal yang terbina hasil dari percaturan politik baru dan penggal pemerintahan
yang akan menyaksikan senario yang lagi baru serta sekalung tahniah kepada PM Najib
atas kebijaksanaan yang ditampilkan dengan barisan kabinet berimbang pada kali
ini, kabinet yang mengambil kira pelbagai sudut.
Meskipun ada yang kata bahawa
kabinet Najib ini lebih kepada mahu memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai
Presiden parti menjelang pemilihan UMNO nanti dan bukan satu gambaran untuk
mengekalkan ataupun memperkasakan survival UMNO bagi mendepani cabaran massa namun
untuk ketika ini semua pihak perlu berlapang dada untuk sekurang-kurangnya 100
hari melihat kemana negara dan UMNO melalui pembentukan kabinet ini.
PM Najib lebih tahu apa yang
ingin beliau capai dengan pembentukan kabinet ini dan siapa yang beliau telah
amanahkan sama ada sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri, PM Najib lebih tahu hasil yang mahu
dicapai dalam PRU14 akan datang dan Inilah masa yang akan menguji kekuatan dan
kebijaksanaan beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.
Namun wajah PM Najib masih
lagi tidak ceria sebagaimana sebelum PRU 13, sugulnya wajah PM Najib sejak
pembentukan kerajaan sehinggalah ke majlis mengangkat sumpah jawatan kabinet dan
barangkali PM Najib masih lagi dihantui dengan ucapan-ucapan manis dan laporan-laporan
yang diterima sebelum PRU13 baru-baru ini,malangnya segala ucapan dan laporan yang
beliau terima tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk mandat besar melalui
pilihan raya dan barangkali sugulnya wajah PM Najib itu kerana beliau telah
diperdaya dengan segala laporan-laporan yang retorik.
Inilah cabaran yang akan
cuba diatasi oleh PM Najib melalui kabinet barunya. kabinet yang menggalas
harapan untuk memberikan perkhidmatan dan dapat membentuk minda rakyat agar
melihat kerajaan BN sebagai penyelamat, pelindung dan sebuah kerajaan yang dapat
memayungi rakyat sehingga PRU14 dan rakyat akan memberikan sokongan dalam
bentuk undi dan mandat yang lebih besar dari PRU13.
Sebab itu kita perlu mulakan
rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada PM Najib kerana menterjemahkan hasrat
dan denyut nadinya melalui senarai ahli kabinet baru ini malah penghargaan
kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang diberikan jawatan Menteri seimbang dengan
sumbangan kedua-dua negeri ini terhadap kemenangan BN dan terpatri dalam
sejarah Negara, seramai lebih 14 Menteri dan Timbalan Menteri dari Sabah dan
Sarawak dilantik dan ini merupakan kurniaan yang tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa.
Sememangnya perlu diakui
bahawa apa juga keputusan PM ianya tetap gagal memuaskan hati semua orang tetapi
sebagai permulaan untuk menghadapi cabaran baru, ini adalah satu gambaran yang
amat baik dan tidak ada lagi watak-watak yang boleh dianggap bebanan kepada PM
Najib sama ada dikalangan yang dikekalkan ataupun muka baru.
Darah muda yang menyertai
kabinet juga dikalangan yang di lihat mempunyai trek rekod yang baik, sudah
pasti diharap mampu membawa hasrat dan idea PM Najib terutama kepada generasi X
dan Y,golongan ini jugalah yang dikatakan menjadi penyumbag besar sehingga BN
gagal mencapai target 2/3.
Namun kabinet kali ini juga
harus berindak secara kolektif untuk menjayakan agenda transformasi PM Najib
dan agenda 1Malaysia perlu dinilai semula kaedah dan method penghayatannya,
"New destination call for new map". PM Najib melalui kabinet ini
wajib merangka `road map’ yang baru untuk 'win over' pemikiran dan persepsi
khususnya kepada golongan muda dan golongan bukan Melayu khususnya kaum Cina
yang PM Najib tanya sebelum ini `Cina mahu apa lagi’.
Minggu ini mungkin pelbagai `post
mortem’ akan di bentangkan oleh banyak pihak kepada PM Najib tentang apa yang
berlaku terhadap keputusan PRU13 yang lepas dan kita percaya serta penuh yakin
bahawa bedah siasat yang kadang kala masih lagi mencari `kambing hitam’ untuk
dipersalahkan tanpa mengakui hakikat kelemahan dan macam-macam lagi.
Malah ada sekumpulan penjawat
awam juga sedang membuat analisa dan `post mortem’ di Melaka (akan di dedahkan
kemudian kerana agensi ini adalah yang pertama meraikan kegagalan BN untuk
mendapat 2/3 dengan menghantar pegawai-pegawai secara beramai-ramai ke Bandung,
Jakarta, Beijing dan Guangzhow selepas sahaja keputusan PRU13).
Namun sama ada ingin
meletakkan punca kepada pengundi luar, pengundi Cina, pengundi muda dan
pengundi di kawasan luar bandar, kesemuanya ini adalah orang yang jumlahnya akan
bertambah untuk PRU14 akan datang dan jumlah pertambahan mereka jika kesemuanya
menyokong pembangkang akan menyebabkan BN akan kehilangan kuasa,hilang
segala-galanya.
Oleh itu, amat diharap
kabinet ini adalah kabinet yang akan mengagaskan Gerakan Nasional untuk
menghadapi dan memenangi pemikiran dan persepsi golongan yang telah dinyatakan
dan Kementerian yang ada hubungan langsung dengan kumpulan yang dinyatakan di
atas perlu terkehadapan dalam menyatakan dasar dan memberi perkhidmatan malah
di sinilah memerlukan kekuatan seseorang yang bergelar Menteri yang mengetuai
kementerian berkaitan.
Melihat kepada komposisi yang telah diumumkan
menyerlahkan kekuatan apa yang PM Najib inginkan dari setiap Menteri kabinetnya
kerana pembentukan minda golongan pengundi muda, pengundi bandar, pengundi luar
dan kaum Cina bukan hanya boleh dibuat dalam masa PRU, ianya perlu bermula dari
sekarang dan PM Najib serta para panglimanya tidak perlu berhiba terlalu lama
ataupun mengambil peluang untuk bercuti di luar negara.
Bagaimana ini haru dilakukan?
Ianya memerlukan transformasi dalam dasar yang bukan hanya membentuk minda
tetapi mengajar tentang pendidikan politik kepada rakyat khususnya generasi
muda,ini yang harus digarap secara komperehensif di samping Kementerian dan Jabatan-Jabatan
lain meningkatkan tahap perkhidmatan,tahap intigriti dan tahap pencapaian masing-masing.
TSMY terus menjadi tulang belakang DSN.. |
Sejarah mengajar kita bahawa
perkhidmatan yang baik, penyaluran bantuan yang berganda dan pemberian pelbagai
insentif bukan lagi syarat utama menjadi pilihan rakyat kerana yang lebih
penting adalah rakyat perlu diajar dan di dedahkan dengan pendidikan politik yang
memerlukan bukan hanya kecerdikan untuk memahami tetapi memerlukan kebijaksanaan
untuk mentafsir dan emosi untuk menghayati, di sinilah memerlukan kaliber serta
karismatik seseorang Menteri yang mengetuai kementerian yang mengandungi
pelbagai agensi, terutamanya agensi psywar.
Kenapa ini ditekankan? Menjadi pra syarat
wajib kepada setiap Menteri membentuk warga kementerian dan agensi memahami
agenda PM Najib ini kerana zaman pegawai kerajaan tidak menghayati falsafah
negara dan gerakan nasional perlu dihentikan malah mat malang kepada kerajaan
yang memiliki kakitangan yang hanya tahu cukup bulan, keluarkan duit gaji dan
mengharapkan pelbagai insentif tetapi tidak menghayati kehendak 'goverment of
the day',segak berpakaian dengan pangkat dan gred jawatan yang tinggi di
Putrajaya, tetapi bila balik kampung diTerengganu turut menjadi talibarut dan penghasut
agar membenci kerajaan dan pemimpin tertentu.
Setiap Menteri dan
kementerian jangan hanya menjadikan KPI berdasarkan jumlah wang peruntukan yang
diberikan oleh kerajaan dan ukuran kejayaan pula hanyabergantung kepada jumlah
yang digunakan sahaja kerana menjadi kemestian setiap kementerian mengira
jumlah wang yang dibelanjakan sama ada untuk apa-apa tujuan dengan jumlah undi
yang kementerian masing-masing boleh sumbangkan untuk kekuatan kerajaan BN.
Janganlah bila sudah bergelar
Menteri, terpengaruh dengan slogan` kita harus profesional dan di lihat
profesional’ walhal itu adalah slogan `dummy’ untuk secara tidak langsung
bersimpati kepada pembangkang dan sebab itulah selaras dengan pembentukan
kabinet baru ini ianya harus menjadi iltizam kepada semua Menteri bahawa
perkara utama adalah memcucibersihkan pemikiran pegawai-pegawai Kementerin
masing-masing agar memahami matlamat kerajaan dan tegaskan bahawa mereka adalah
sebahagian pelaksana dasar yang bukan hanya memberi perkhidmatan tetapi turut
membina pemikiran.
Menteri-Menteri akan terus
menghadapi masalah jika pegawai-pegawai di bawah mereka tidak dapat dijadikan
agen bagi membina minda masyarakat, malah sebahagian Ketua jabatan yang diberi
amanah, bertindak seolah-olah lebih bijak dan hebat dari Menteri dan disebabkan
dosa ketua jabatan, akhirnya penjawat awam bawahan menghukum kerajaan, malah
ada yang sanggup berceramah di pentas pembangkang seperti berlaku di Perak.
Tahap penghormatan kepada
ahli kabinet ini kadangkala diletakan dibawah tapak kaki oleh pegawai-pegawai
Kementerian ataupun agensi dan jika PM Najib ataupun Menteri-Menteri ini terus
terpedaya dengan laporan dan persembahan menarik data-data tanpa mentafsir
agenda besar PM Najib, maka akan wujud semulalah kementerian dan agensi kerajaan
yang kaku, beku dan layu.
Menteri-Menteri kabinet
perlu memahami sepak terajang dan permainan politik penjawat awam dan kerana
tidak memahaminyalah akhirnya ada Ketua Jabatan agensi kerajaan yang dalam
PRU13 lepas hanya berkempen untuk seorang calon sahaja, barangkali mencuba
nasib kalau- kalau ada dahan berpaut selepas PRU13,, cuba PM Najib siasat dan
kenal pasti Ketua Jabatan yang musibat ini.
Jelas ada Ketua jabatan yang
gagal membaca signal dan petunjuk yang ada, ketua jabatan yang syok sendiri
dengan budget yang diberi sehinggakan boleh diguna oleh pegawai-pegawai untuk
melancong malah ketika memohon peruntukan,pasti kertas kerja dikemukakan dan
pasti tidak ada pun peruntukan untuk melancong tetapi barangkali kerana memang
merancang untuk tidak menang besar, maka lebihan boleh digunakan untuk membeli
hati dan jiwa pegawai-pegawai sebagai persediaan, agar jika Ketua Jabatan itu
di tukar atau di minta menamatkan perkhidmatan, pegawai-pegawai yang telah
dibeli hati dan jiwa akan turun memprotes.
Kepada PM Najib, amat sekali diharapkan bukan
hanya kepada anggota-anggota kabinet, tetapi pegawai kerajaan yang mengetuai
kementerian, jabatan dan agensi juga perlulah diberi perhatian untuk
`dibersihkan’ dari terus mengotorkan kementerian dan agensi kerana tidak cukup dengan mempunyai Menteri yang
hebat tetapi tidak disokong oleh Ketua-Ketua Jabatan, kementerian dan agensi yang
juga hebat dan boleh mentafsir agenda PM Najib. Malah mereka kadang=kadang
menjadi musang berbulu ayam,gunting dalam lipatan.
Kepada semua Menteri,
jadikanlah amanat PM Najib itu sebagai satu permulaan untuk melihat wajah PM
kembali ceria dan binalah warga kementerian masing-masing dengan falsafah yang
digariskan oleh semangat Perlembagaan Persukutuan serta intailah ruang yang ada
biar sekecil mana sekali pun untuk digunakan dalam membentuk semangat cintakan
negara dan ingin diwariskan negara yang aman ini dalam keadaan yang tetap baik
kepada anak cucu kita
Kepada warga kementerian, jabatan dan agensi, terimalah
Ketua baru ini dengan berlapang dada dan sambutlah kedatangan mereka dengan
keikhlasan perkhidmatan dan bersikap jujurlah dengan diri sendiri,usahlah terus
menjadi api dalam sekam dan bersikap telunjuk lurus kelingking berkait dan ingatlah
bila bala di datangkan oleh Tuhan akibat sikap kufur kita kepada nikmat Allah,
ianya datang tidak berpilih-pilih,semua akan terkena termasuk kita semua.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: