Monday, September 24, 2012
Kurangkan bercakap,ambil tindakan! |
SUDAH sampai masanya
Pengerusi,Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR),Tan Sri Abdul Aziz Yusuf
berhenti bercakap dan menggunakan media untuk mempertahankan kredebiliti SPR yang
selama ini diserang serta difitnah oleh pembangkang terutama sekali Setiausaha
Agung PKR,Saifuddin Nasution.
Aziz Yusuf sudah terlalu
banyak bercakap dan seperti sudah jadi orang politik.Ketegasan ketua atau
pemimpin bukan dilihat daripada percakapan semata-mata tetapi adalah mengambil
tindakan untuk melindungi badan-badan yang mereka wakili.
Kita melihat SPR ini sudah
menjadi seperti satu badan politik sedangkan mereka sebenarnya adalah sebuah
badan bebas yang perlantikan mereka dipersetujui serta disahkan oleh DYMM YDP
Agung namun mereka ini seperti hilang taring serta bisanya apabila berjaya diperangkap
oleh pembangkang untuk mengikut rentak dan tari kumpulan yang sekian lama
menyerang kredbiltii SPR ini.
Kita melihat seolah-olah SPR
ini tidak ada kuasa untuk mengheret mereka yang selama ini memfitnah SPR hingga
setiap kali ditohmah,Aziz Yusuf terpaksa menjawabnya melalui media massa yang
mana sepatutnya SPR telah mendakwa Saifuddin Nasution ini di mahkamah kerana
SUA PKR ini berterusan memfitnah,memperlekeh serta mempersendakan suruhanjaya
itu.
SPR menjawab dengan
fakta-faktanya manakalah Siafuddin ataupun pembangkang lain terus dengan auta
mereka bagi mengeliru serta menghasut rakyat untuk turut sama mencerca SPR dan
kalaulah Aziz Yusuf merasakan menggunakan akhabr atau media lain boleh
menyelesaikan masalah,ternayat Aziz silap.
Mustahil sebuah Suruhanjaya
seperti SPR ini tidak mempunyai kuasa-kuasa tertentu termasuklah membuat
laporan polis di atas segala fitnah yang dilemparkan terhadap suruhanjaya itu
apatah lagi SPR bukan sekali difitnah malah berulang-ulang kali yang dilihat
seolah-olah SPR ini sebuah badan yang tidak bermaruah hingga boleh dipijak
semahu-mahunya oleh pembangkang. Dan sampai bila SPR mahu mereka difitnah
begini?
Saifuddin akan terus fitnah SPR! |
SPR seperti tiada kekuatan
dan hanya bersandarkan kepada penafian semata-mata dengan mendedahkan
bukti-bukti bahawa apa yang dilemparkan oleh pembangkang selama ini adalah
fitnah semata-mata dan penafian beginti tidak akan menyelesaikan segala gerakan
terancang untuk memalukan SPR kerana politik pembangkang yang penuh putar belit
boleh melupuskan segala bukti yang SPR berikan.
Kita mahu SPR bertindak
lebih jauh bagi menjaga kredebilti badan tersebut dengan mengheret sesiapa
sahaja yang memfitnah mereka ke mahkamah kerana sebagai sebuah badan bebas yang
diberikan tanggungjawab daripada PRU pertama hingga ke PRU 13 nanti,mereka harus
dilihat bebas dengan bermaruah.Untuk itu SPR perlu bertindak berdasarkan
undang-undang Negara yang sedia ada.
Manakala Saifuddin,andainya
beliau meragui ketelusan SPR dalam mengendalikan Pilihanraya di Negara ini,beliau
tidak perlu bertanding dalam pilhanraya nanti ataupun sebagai menghukum segala keceluparan
serta kebiadapan Saifuddin Nasuition terhadap SPR, SPR menarik diri daripada
menguruskan pencalonan ataupun pilihanraya melibatkan Saifuddin ataupun
menggunakan kuasa yang ada yang diberikan kepada SPR untuk tidak menerima
Saifuddin sebagai calon pilihanraya.
Kita percaya SPR ada
peraturan atau kuasa-kuasa tertentu yang boleh menghukum ahli-ahli politik yang
biadap seperti Saifudin ini dan sekiranya SPR tidak menggunakan apa sahaja
peruntukan ataupun undang-undang yang sedia ada,kita yakin suruhanjaya ini akan
senasib dengan badan-badan lain yan sebelum ini telah dikeji dan diperlekehkan
oleh pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
8 comments:
Saifudin bangang
setuju....seret saja penfitnah-penfitnah tu ke muka pengadilan. Mereka semua pengkhianat negara!!!
puas orang kuat SPR bersilat menepis segala tuduhan,sudah sampai masanya gunakanlah saluran undang-undang bagi menangkis segala tuduhan terhadap SPR,
betul tu! gunakan peruntukan undang2 yg ada untuk mengheret orang2 gila spt saifudin nasution ke muka pengadilan. oh ya, lupa pulak orang2 gila mana boleh diheret ke mahkamah. dia ada lesen besar untuk buat apa2 saja yg disukainya!
This means that if Pakatan Rakyat wins the 13th General Election and forms the Federal Government in Putrajaya, for the next five years from 2012/2013 to 2017/8, the implementation of hudud will not be part of the Pakatan Rakyat Federal Government policy or programme unless all the three PR parties can reach a consensus on it. This position is very clear, simple and straightforward.
Firstly, the number of Muslim MPs, as it stands, still falls short of the two-thirds majority required to amend the constitution.
After the 2008 GE, for Peninsular Malayhsia, there were 107 Muslim MPs, i.e. 65 MPs from BN and 42 MPs – a far cry from the two-thirds majority of 148 MPs required to amend the constitution.
(petikan dari blog Lim Kit Siang @ 20.9.2012)
Pertanyaan saya. Adakah orang2 Pas ada baca posting ini. Mungkin ada baca tapi tak faham kerana dalam bahasa orang putih.
Saya nak bagi tahu kepada orang Pas. Lim Kit Siang bukan tak sokong nak laksana Hudud tapi dia kata MP islam tak cukup 2/3 macam mana nak buat Hudud.
Saya nak tambah lagi. Lim Kit Siang secara simbolik nak bagi tahu kepada orang Pas, dia tak dapat nak undi sokong Hudud kerana dia belum jadi islam lagi. Maksud dia kalau nak buat juga Hudud kena lah tunggu dia masuk islam dulu. Faham ....
Cakap nak buat Hudud jangan lah ikut sedap mulut saja. Tak habis2 duk bohong orang2 melayu kampong kata, " Umno tolak Hudud, Umno tolak hukum Allah ". Puak2 melayu kampong yang tak berapa cerdik perlembagaan pun percaya habis, pastu mereka pula duk jaja rata surau dan mesjid kata, " kita wajib tolak Umno kerana Umno menolak hukum Allah ".
Dah faham kut.
JIKA BUKTI DAH ADA .. APA LAGI. MAHKAMAH LAH TEMPAT PALING SESUAI. JAGANKAN SAIFUDDIN, ANUAR PUN GEMENTAR. EH...SPR BACA KE BLOG NI ?
<a href="http://n9kini.com/khairy-tangkis-dakwaan-bn-zalimi-negeri-ditadbir-pembangkang/>Khairy tangkis dakwaan BN zalimi negeri ditadbir pembangkang. Layari www.n9kini.com</a>
Masalahnya SPR tidak mempunyai pasukan pendakwa hebat...semua peguam di bawah peguam negara makan gaji buta..tiada efisyen dan xbertanggungjawab..