Monday, September 24, 2012

Kurangkan bercakap,ambil tindakan!
SUDAH sampai masanya Pengerusi,Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR),Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berhenti bercakap dan menggunakan media  untuk mempertahankan kredebiliti SPR yang selama ini diserang serta difitnah oleh pembangkang terutama sekali Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution.

Aziz Yusuf sudah terlalu banyak bercakap dan seperti sudah jadi orang politik.Ketegasan ketua atau pemimpin bukan dilihat daripada percakapan semata-mata tetapi adalah mengambil tindakan untuk melindungi badan-badan yang mereka wakili.

Kita melihat SPR ini sudah menjadi seperti satu badan politik sedangkan mereka sebenarnya adalah sebuah badan bebas yang perlantikan mereka dipersetujui serta disahkan oleh DYMM YDP Agung namun mereka ini seperti hilang taring serta bisanya apabila berjaya diperangkap oleh pembangkang untuk mengikut rentak dan tari kumpulan yang sekian lama menyerang kredbiltii SPR ini.

Kita melihat seolah-olah SPR ini tidak ada kuasa untuk mengheret mereka yang selama ini memfitnah SPR hingga setiap kali ditohmah,Aziz Yusuf terpaksa menjawabnya melalui media massa yang mana sepatutnya SPR telah mendakwa Saifuddin Nasution ini di mahkamah kerana SUA PKR ini berterusan memfitnah,memperlekeh serta mempersendakan suruhanjaya itu.

SPR menjawab dengan fakta-faktanya manakalah Siafuddin ataupun pembangkang lain terus dengan auta mereka bagi mengeliru serta menghasut rakyat untuk turut sama mencerca SPR dan kalaulah Aziz Yusuf merasakan menggunakan akhabr atau media lain boleh menyelesaikan masalah,ternayat Aziz silap.

Mustahil sebuah Suruhanjaya seperti SPR ini tidak mempunyai kuasa-kuasa tertentu termasuklah membuat laporan polis di atas segala fitnah yang dilemparkan terhadap suruhanjaya itu apatah lagi SPR bukan sekali difitnah malah berulang-ulang kali yang dilihat seolah-olah SPR ini sebuah badan yang tidak bermaruah hingga boleh dipijak semahu-mahunya oleh pembangkang. Dan sampai bila SPR mahu mereka difitnah begini?

Saifuddin akan terus fitnah SPR!
SPR seperti tiada kekuatan dan hanya bersandarkan kepada penafian semata-mata dengan mendedahkan bukti-bukti bahawa apa yang dilemparkan oleh pembangkang selama ini adalah fitnah semata-mata dan penafian beginti tidak akan menyelesaikan segala gerakan terancang untuk memalukan SPR kerana politik pembangkang yang penuh putar belit boleh melupuskan segala bukti yang SPR berikan.

Kita mahu SPR bertindak lebih jauh bagi menjaga kredebilti badan tersebut dengan mengheret sesiapa sahaja yang memfitnah mereka ke mahkamah kerana sebagai sebuah badan bebas yang diberikan tanggungjawab daripada PRU pertama hingga ke PRU 13 nanti,mereka harus dilihat bebas dengan bermaruah.Untuk itu SPR perlu bertindak berdasarkan undang-undang Negara yang sedia ada.

Manakala Saifuddin,andainya beliau meragui ketelusan SPR dalam mengendalikan Pilihanraya di Negara ini,beliau tidak perlu bertanding dalam pilhanraya nanti  ataupun sebagai menghukum segala keceluparan serta kebiadapan Saifuddin Nasuition terhadap SPR, SPR menarik diri daripada menguruskan pencalonan ataupun pilihanraya melibatkan Saifuddin ataupun menggunakan kuasa yang ada yang diberikan kepada SPR untuk tidak menerima Saifuddin sebagai calon pilihanraya.

Kita percaya SPR ada peraturan atau kuasa-kuasa tertentu yang boleh menghukum ahli-ahli politik yang biadap seperti Saifudin ini dan sekiranya SPR tidak menggunakan apa sahaja peruntukan ataupun undang-undang yang sedia ada,kita yakin suruhanjaya ini akan senasib dengan badan-badan lain yan sebelum ini telah dikeji dan diperlekehkan oleh pembangkang.

8 comments:

Unknown said...

Saifudin bangang

Jijan Mali said...

setuju....seret saja penfitnah-penfitnah tu ke muka pengadilan. Mereka semua pengkhianat negara!!!

Anonymous said...

puas orang kuat SPR bersilat menepis segala tuduhan,sudah sampai masanya gunakanlah saluran undang-undang bagi menangkis segala tuduhan terhadap SPR,

Anonymous said...

betul tu! gunakan peruntukan undang2 yg ada untuk mengheret orang2 gila spt saifudin nasution ke muka pengadilan. oh ya, lupa pulak orang2 gila mana boleh diheret ke mahkamah. dia ada lesen besar untuk buat apa2 saja yg disukainya!

tokgaru said...

This means that if Pakatan Rakyat wins the 13th General Election and forms the Federal Government in Putrajaya, for the next five years from 2012/2013 to 2017/8, the implementation of hudud will not be part of the Pakatan Rakyat Federal Government policy or programme unless all the three PR parties can reach a consensus on it. This position is very clear, simple and straightforward.

Firstly, the number of Muslim MPs, as it stands, still falls short of the two-thirds majority required to amend the constitution.

After the 2008 GE, for Peninsular Malayhsia, there were 107 Muslim MPs, i.e. 65 MPs from BN and 42 MPs – a far cry from the two-thirds majority of 148 MPs required to amend the constitution.
(petikan dari blog Lim Kit Siang @ 20.9.2012)

Pertanyaan saya. Adakah orang2 Pas ada baca posting ini. Mungkin ada baca tapi tak faham kerana dalam bahasa orang putih.

Saya nak bagi tahu kepada orang Pas. Lim Kit Siang bukan tak sokong nak laksana Hudud tapi dia kata MP islam tak cukup 2/3 macam mana nak buat Hudud.

Saya nak tambah lagi. Lim Kit Siang secara simbolik nak bagi tahu kepada orang Pas, dia tak dapat nak undi sokong Hudud kerana dia belum jadi islam lagi. Maksud dia kalau nak buat juga Hudud kena lah tunggu dia masuk islam dulu. Faham ....

Cakap nak buat Hudud jangan lah ikut sedap mulut saja. Tak habis2 duk bohong orang2 melayu kampong kata, " Umno tolak Hudud, Umno tolak hukum Allah ". Puak2 melayu kampong yang tak berapa cerdik perlembagaan pun percaya habis, pastu mereka pula duk jaja rata surau dan mesjid kata, " kita wajib tolak Umno kerana Umno menolak hukum Allah ".

Dah faham kut.

Anonymous said...

JIKA BUKTI DAH ADA .. APA LAGI. MAHKAMAH LAH TEMPAT PALING SESUAI. JAGANKAN SAIFUDDIN, ANUAR PUN GEMENTAR. EH...SPR BACA KE BLOG NI ?

Anonymous said...

<a href="http://n9kini.com/khairy-tangkis-dakwaan-bn-zalimi-negeri-ditadbir-pembangkang/>Khairy tangkis dakwaan BN zalimi negeri ditadbir pembangkang. Layari www.n9kini.com</a>

Anonymous said...

Masalahnya SPR tidak mempunyai pasukan pendakwa hebat...semua peguam di bawah peguam negara makan gaji buta..tiada efisyen dan xbertanggungjawab..

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers