Friday, October 5, 2012

Najib laksanakan impian rakyat!

BAJET 13 yang dibentangkan PM Najib tidak dinafikan sebagai bajet terbaik dari kerajaan untuk rakyat walaupun cuba dan sedang  diberikan tanggapan buruk oleh pembangkang malah disifatkan juga oleh Nik Aziz sebagai menjauhkan takwa rakyat terhadap Allah SWT.

Bajet 13 merangkumkan segala kebimbangan rakyat selama ini dan dijawab serta disusun dengan penuh berhembah oleh kerajaan membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap beberapa dilemma yang sedang rakyat tanggung dan semua pihak menganggap inilah Bajet paling terbaik Negara untuk rakyatnya.

Ada pula yang secara sinis membandingkan kedua-dua bajet tersebut dan menyifatkan Bajet 13 yang PM Najib bentangkan adalah anugerah terbilang dari Allah sedangkang Bajet pembangkang umpama segulung kertas tisu tandas semata-mata.

 yang digunakan Membandingkan Bajet 13 Barisan Nasional untuk rakyat dengan Bajet pembangkang yang masih bertunjangkan mimpi-mimpi yang tidak pasti,Bajet kerajaan jelas hala tuju serta masa depannya sedangkan Bajet pembangkang menjurus kepada keruntuhan sebuah Negara ataupun memperdaya rakyat dengan ceritera-ceritera palsu yang dirangka secara onar serta putarbelitnya.

Namun adakah Bajet 13 yang PM Najib bentangkan ini penentu kemenangan dua pertiga pada PRU13 nanti?Adakah rakyat menerima semua pengistiharan dalam Bajet tersebut dengan penuh rasa syukur serta berterima kasih kepada kerajaan?Malah ada juga pemerhati politik mengulas,dengan Bajet yang begini terbaik yang pernah dibentang dan Barisan Nasional masih gagal juga mendapat dua pertiga majorit di Parlimen,ada yang tida kena dan majal sedang berleluasa dalam kepimpinan PM Najib.

Sebagai Perdana Menteri,Najib sudah melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebaik-baiknya menguruskan nasib serta masa depan rakyat dalam Negara ini namun usaha Najib ini akan terbantut sekiranya masih ada lagi kepimpinan baik dalam kerajaan maupun diperingkat agensi dan juga parti serta parti komponen yang Najib pimpin terus berpeluk tubuh dan membiarkan Najib sendirian bergerak memberikan penerangan kepada rakyat,Bajet sebegini baik akan terus diptarbelitikan oleh pembangkang.

Bajet 13-rakyat perlu diberikan penjelasan lengkap..
Otak serta pemikiran rakyat yang terus diputarbelitikan oleh pembangkang dan mereka mula memberikan tekanan demi tekanan kepada kepimpinan Najib akan menjadikan rakyat lalai,mamai dan kekal diperbodohkan oleh pembangkang sekiranya semua pemimpin termasuk Menteri,Timbalan Menteri,agensi-agensi kerajaan serta kepimpinan empat peringkat parti yang sedang memerintah ketika ini menyerahkan kepada rakyat semata-mata untuk membuat perbandingan antara Bajet kerjaan dan bajet pembangkang.

 Kita simpati dengan PM Najib yang terkial-kial sendirian mengurskan hal ehwal rakyat sedangkang yang lain-lainnya sedang sibuk mengatur serta melobi untuk menjadi calon pilihanraya termasuklah pegawai-pegawai PM Najib sendiri manakala Menteri ataupun Timbalan Menteri sedang berkira-kira untung nasib mereka dalam PRU13 nanti.

Sekiranya mereka ini meletakkan tembolok dan hawa nafsu masing-masing sebagai keutmaan,Bajet 13 ini hanyalah sekadar satu anugerah semata-mata dan bukannya perancangan terbilang Barisan Nasional malah akan memberikan ruang yang lebih besar kepada pembangkang untuk terus memanipulasikan pemikiran rakyat.

Semua pihak harus berganding bahu dan tenaga turun ke akar umbi bertemu rakyat memperjelaskan dasar kerajaan sedia ada dan memperjelaskan juga betapa kotor dan busuknya bajet pembangkang yang jelas bajet yang dibacakan oleh Anwar itu hanyalah sebuah cerpen yang dikhayalkan isi kandungannya oleh orang yang cukup bijak berimaginasi.

Bajet 13 ini juga bukan penentu kepada kemenangan besar dalam PRU13 nanti kerana Barisan Nasional bukan sahaja berdepan dengan cabaran pembangkang tetapi campurtangan kuasa-kuasa asing untuk meruntuhkan Negara ini juga menjadi cabaran yang harus ditangani oleh semua pemimpin,itupun kalau mereka ini sayang kepada rakyat dan negaranya.

Bajet sampah yang bakal masuk mata rakyat..!
Dengan beberapa pendedahan demi pendedahan,pembangkang berjaya mengalihkan perhatian kerajaan serta rakyat darpada terus membicarakan sola Bajet 13 dan lebih menumpukan untuk menjawab tentang Soros,Suaram dan berbagai-bagai lagi yang mana isu membabitkan keselamatan Negara  seperti ini harus diserahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Pembangkang memasang perangkap dan Anwar yang hebat dengan muslihat serta tipu helahnya berjaya mengalihkan semua perhatian termasuklah kes liwatnya,video China Doll dan Anwar Berjaya apabila rakyat masih menerima beliau sebagai pemimpin walaupun belaiu jelas pemimpin yang tidak bermoral.

Anwar bukan sahaja disokong oleh rakyat malah masih diagungkan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan mungkin masih dijadikan idola oleh sesetangan pemimpinyang ada dalam cabinet Najib walaupun jelas dan terbukti Anwar adalah pengkhianar serta penderhaka kepada agama,bangsa dan Negara.

Semua pihak harus seragamkan penerangan serta tindakan bagi mengekang segala tindakan sila serta jahat yang sedang dilakukan oleh pembangkang ketika ini supaya majority rakyat di luar yang masih cintakan Negara ini,sayangkan agamanya tidak terpalit sama dengan keghairahan serta kerakusan sebahagian rakyat  lain yang mahu meruntuhkan kerajaan yang sedang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam ketika ini.

1 comments:

warkahpenafikir said...

Ingatan yang jelas...Ok bang Rafi..tegur2 kepada mereka...undi BN!!salam dari Arwis.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers