Monday, August 18, 2014
![]() |
| Apa agenda Shahrizat usulkan seorang lagiNaib Presiden Wanita? |
TERSENYUM simpul kita bila
memerhatikan perjalanan Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang sedang berlangsung di setiap hujung
minggu ketika ini dan lagi menarik bila Wanita UMNO begitu bersungguh-sungguh mengusulkan
supaya UMNO menyediakan satu lagi jawatan Naib Presiden di kalangan Wanita secara
lantikan walaupun Ketua Wanita telah secara automatik bertaraf Naib Presiden parti.
Kita tidak tahu apa tujuan
sebenarnya Wanita UMNO mengusulkan jawatan itu secara percuma begini sedangkan pada hakikatnya pertandingan
jawatan-jawatan utama dalam parti tidak mengkhususkan kepada lelaki semata-mata
tetapi Wanita dan juga Puteri UMNO termasuk Pemuda UMNO Malaysia boleh
menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan bukan sahaja Naib Presiden
tetapi dibolehkan bertanding Timbalan Presiden ataupun Presiden,itupun jika
mereka mempunyai cukup sokongan seperti yang dibenarkan dalam proses menawarkan
diri untuk turut bertanding.
Wednesday, April 23, 2014
![]() |
| Rafizi sanggup bunuh bangsa sendiri? |
PENDEDAHAN MP Pandan Rafizi
Ramli tentang geran yang baru dipohon oleh NSE Resource (M) Sdn Bhd membuktikan
betapa buruk dan jijiknya serta membuktikan bahawa sanggup berbuat apa sahaja demi menjayakan rancangan jahat dan bangsat beliau dengan
menohmah serta memanipulasikan syarikat berkenaan dengan menuding jari kononnya
keterlibatan secara langsung PM Najib dalam isu yang beliau sedang hangat beliau gunakan
sekarang ini.
Tindakan beliau juga
merupakan satu tindakan yang cukup terdesak untuk memancing undi melalui
pertandingan partinya dan memperlihatkan beiau ketandusan isu sehingga sanggup
berbohong kononnya beliau mempunyai kredibilti untuk menyerang PM Najib dan
syarikat berkenan.
Rafizi juga memilih
perenggan-perengan tertentu dalam surat yang beliau dedahkan bagi memberikan
gambaran berlaku penyelewengan serta rasuah bilamana syraikt tersebut memohon
geran daripada MOSTI.
Saya berkesempatan bertemu
dengan pihak yang ada kaitan dengan syarikat ini dan berikut saya catatkan
penjelasan awal bagi menjawab segala pembohongan MP Pandan ini yng ternyata
sebenarnya beliau sedang berusaha untuk membunuh syarikat yang 100 peratus
milik Bumiputra ini
Tuesday, April 22, 2014
![]() |
| Jangan Najib runtuhkan apa yang Tun Razak bina.. |
SAYA tidak peduli dan akan
terus menulis tentang Biro Tata Negara kerana kepimpinan mereka makin melampau
dan pendekatan pengurusan tertinggi makin menjijikkan dan secara
terang-terangan sedang menipu PM Najib dan seluruh rakyat Malaysia dan setiap
kali blog ini menyiarkan artikel tentang BTN pasti akan ada panggilan telefon
daripada tokoh-tokoh yang akan bersetuju dengan pendedahan dan minta terus
mendedahkan dan tidak kurang ada juga yang minta saya berhenti menulis tentang
BTN dan bertanya apa sebenarnya masalah saya dengan Raja Arif atau nama
glamournya RARA (macam penyanyi ataupun pelakon) dimana katanya beliau mempunyai lesen untuk bercakap dan
mendakwa semua orang suka bila dia bercakap dan beliau menganggap orang yang
tidur sewaktu beliau bercakap adalah orang bengong (itu sedutan ucapan RaRa di
London sewaktu bertemu beberapa orang pelajar Malaysia sambil-sambil bercuti untuk
bertemu anaknya dengan menggunakan dana kerajaan).
Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah ada masalah
peribadi dengan RaRa ini malah saya pernah berjumpa, berbincang hingga ditawarkan berbagai-bagai kemudahan untuk membantu beliau tapi bukan persoalan peribadi yang saya ingin
atau perjuangkan tetapi persoalan masa depan negara, bangsa dan agama yang
mana saya tahu BTN memiliki ruang untuk membantu dan melaksanakannya namun telah dirosak dan
dijahanamkan bila Raja Arif dipilih sebagai Ketua Pengarah BTN.
Thursday, April 10, 2014
![]() |
| Kasihan Razali! |
SAYA pada mulanya bercadang
mahu` tutup buku’ atau cuci tangan untuk tidak lagi menulis tentang Biro Tata Negara ini
kerana sekian lama saya mendedahkan berbagai-bagai kepincangan dalam
BTN,berdepan dengan cicak mengkarung seperti Raja Arif,Mokhtar dan Hanafi yang telah jelas perlantikan mereka merugikan
masa depan agama,bangsa dan negara tapi PM Najib masih tetap buat pekak badak
dan cicak mengkarung ataupun cengkerik ini tetap juga berkeliaran di BTN
walaupun mereka kadangkala menjadi pelesit yang sedang memakan darah organisasi
bernama BTN ini.Mereka ini terus kebal dan membebalkan orang lain.
Namun setelah mendengar
penjelasan YB Dato Razali Ibrahim Timbalan Menteri di JPM yang mengawalselia
BTN ketika di tanya tentang Program BTN dan modul-modul latihan BTN sekarang
ini menyebabkan tangan terus gatal untuk menulis dan fikiran terus di hujani
pelbagai bayangan tentang peneraju BTN yang namanya Raja Arif dan kita tidak
boleh salahkan Razali kerana memberi jawapan yang begitu bombastik Mr Loba Loba
kerana pasti jawapan itu telah disediakan oleh Raja Arif kepada Timbalan Menteri
namun kepada Razali belajarlah daripada kes ini agar di masa-masa akan datang beliau
tidak dilihat seakan-akan diperbudak-budakkan.
Wednesday, March 12, 2014
TANGGAL 31 Julai 2008,
Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail
meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ketika itu Wan
Azizah memberikan dua sebab kenapa beliau meletakkan jawatan.
Pertama bagi membolehkan
suaminya Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kedua
memberi laluan kepada Anwar bagi membolehkan usaha menawan Putrajaya
dipercepatkan.
Inilah sahaja alasan
diberikan ketika itudan bagi menutup alasan semata-mata kerana suami, Wan
Azizah menjaja usaha menawan Putrajaya demi membangkitkan keghairahan sekutu
pembangkang PAS dan DAP untuk digula-gulakan agar bersama-sama dengan Anwar dan
berbondong-bondong rakyat Permatang Pauh tertipu dengan alas an yang diberikan
oleh Wan Azizah.
Monday, February 24, 2014
![]() |
| Gerakan memperdayakan Najib! |
Namun begitu kita tidak menafikan
bahawa masih ramai yang begitu bersemangat untuk memastikan BN menang bagi
menghalang Anwar daripada menjadi MB Selangor kerana mereka tahu bala atau
malapetaka besar sedang menanti sekiranya pemimpin yang tidak bermoral ini
menang dan dilantik sebagai MB Selangor dan orang-orang yang mahu BN menang ini adalah
orang-orang yang tidak berprofil tingi,yang tinggal di Gua Musang,Lenggong,Hulu
Selangor dan lain-lain kampung maupun bandar serta orang-orang yang melihat PRK dalam kacamata yang tulus
ikhlas membawa roh perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.
Mereka inilah yang akan
datang berkampong dan akan bergerak dari rumah ke rumah berkempen untuk
memastikan Anwar Ibrahim akan dimalukan di Kajang dan perancangannya untuk
menjadi MB akan terkubur begitu sahaja,.mereka ini semua akan tinggalkan
keluarga dan anak-anak dikampung dan akan berjuang biarpun bukan UMNO yang
bertanding tetapi kerana kematangan politik yang mereka faham iaitu demi masa depan anak cucu,agama
dan negara bukannya kerana wang imbuhan berjuta.
Sunday, February 9, 2014
![]() |
| Kajang- permulaan menumbangkan Najib! |
PANDANGAN dan nasihat
telahpun diberikan kepada PM Najib supaya mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Kajang yang jelas telah mencabul
prinsip demokrasi malah PRK Kajang bukan sekadar untuk mengisi tembolok nafsu
serakah Anwar Ibrahim namun lebih jauh dari itu adalah bertujuan untuk
melaksanakan satu gerakan bagi menumbangkan PM Najib sebagai Perdana Menteri
Malaysia.
Mengambil kira sejarah lampau
bilamana Anwar mengarahkan isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk
satu PRK dan selepas daripada itu kedudukan Pak Lah mula goyang hingga akhirnya
dengan tekanan dalaman Pak Lah berundur untuk digantikan dengan Najib.
PM Najib boleh berfikir
kenapa DUN Kajang dipilih daripada 44 DUN yang ada di Selangor dan kita pasti
Anwar telah merancang sesuatu serta menyakini bahawa sesiapa sahaja calon yang
ditawarkan oleh BN,mereka tidak mampu untuk menumbangkan Anwar.
Dan kalau BN tidak akan
menang,untuk apa menyertai PRK Kajang itu?Kalau merasakan itu pencabulan,untuk
apa BN turut sama mencabul prinsip itu sepertimana PKR mencabulinya. MCA pun
tidak perlu bersungguh untuk menyertai kerana yang lebih penting kepada mereka
sekarang ini adalah menggembalikan semula MCA ke landasan yang betul setelah
berubah pucuk pimpinan mereka.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Gempar!! Monyet Terlepas Dalam Dewan Parlimen.10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah13 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-






