Friday, October 15, 2010
ENTAH dimana silapnya.Mungkin niat Tengku Adnan itu baik tapi tidak kena tempatnya.Menyerang sayap parti sedangkan beliau adalah Setiausah adalah sesuatu yang cukup tidak bijak.Sesuatu yang cukup luar biasa untuk sebuah organisasi.Tindakan itu juga seperti membuka pekung di dada,menyelak kain sendiri dengan mempamirkan segala kudis yang ada untuk dipertontonkan kepada orang ramai.
Malah kenyataan balasnya yg menuding siapa makan cili dia terasa pedas juga tidak mencerminkan sikap beliau sebagai seorang yang matang dalam politik dan juga wibawa atas jawatannya sebagai Setiausaha Agung UMNO.
Ramai pihak tempelak Tengku Adnan.Ramai pihak tidak senang,kesal dan kecewa dengan kenyataan yang dihamburkan itu dan ada juga pihak yang mendakwa bahawa Tengku telah hilang intergriti sebagai Setiausaha Agung UMNO apabila beliau mengambil kesempatan di jamuan Adilfitri Pemuda,Puteri Dan wanita mendedahkan kepada umum,ahli dan kepada musuh kemelut yang dikatakan melanda dua sayap utama UMNO itu.Tujuannya hanya beliau yang tahu.
Masalah sayap-sayap UMNO itu mungkin tidak sebesar mana tetapi kepada media yang anti UMNO dan kerajaan akan mengambil kesempatan memanipulasikan kenyataan tersebut untuk menambahburukkan lagi keadaan dan sekaligus mencetuskan kekalutan berterusan pada sayap-sayap tersebut.
Kerahsiaan UMNO yang sepatut beliau pegang atas sifat jawatannya telah menjadi tiris dan terus membuka peluang kepada kawan dan lawan untuk menyerang UMNO dan juga kedua sayap itu.Malah sikap lepas laku beliau yang menggunakan media bukanlah medan terbaik untuk membetulkan apa sahaja termasuklah parti tetapi kenaytaan itu lebih memburukkan keadaan bila Setiauasaha Agung sendiri yang membuka segala pekung yang ada,mendedahkan segala kepincangan yang ada.
Apakah tidak cukup ruang sebagai Setiausaha Agung untuk menegur kepimpinan Puteri dan Pemuda dalam setiap mesyuarat yang beliau hadiri dan kegagalan beliau untuk memperbetulkan permasalahan yang timbul dalam sayap parti sekaligus akan dilihat sebagai gagalnya seorang Setiausaha untuk berfungsi sebaiknya atau dengan kata lain mencerminkan kelemahan beliau sebagai seorang pentadbir.
Apakah kerana terlalu lama menjadi Setiauasa Agung Tengku hilang kematangannya dalam mengendalikan isu-isu yang timbul dikalangan Pemuda dan juga Puteri?Apakah membuka pekung sendiri ini adalah prinsip UMNO Berubah sepertti yang Presiden mahukan dan diterjemahkan dalam bentuk sebegini pula oleh Setiausaha Agung?
Kenyataan Tengku Adnan itu juga secara tidak langsung memperlihatkan kegagalan beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO yang sepatutnya menjaga tertib organisasi dan tidak menggunakan media untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di dada beliau apatah lagi sayap Pemuda dan Wanita itu beliau turut bertanggungjawab untuk mempoerbetulkan segala kepincangan ataupun sebarang masalah yang timbul.
Kita juga percaya dalam usaha Pemuda ataupun Puteri untuk memperkasa ataupun merapatkan barisan kepimpinan mereka, tindakan Ku Nan mengeluarkan kenyataan itu cukup melukakan.walaupun Khairy Jamaluddin menerima dengan hati terbuka tetapi Rosnah Rashid Shirlin sudah membayangkan kekecewaan beliau dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung itu.
Kalau diumpamakan sebagai bapa. Ku nan sebenarnya telah gagal mendidik `anak-anak’nya itu sehingga terpaksa menggunakan media untuk menegur masalah anak-anaknya itu sedangkan masalah-masalah yang timbul masih boleh diselesaikan dengan berbagai cara yang lain tanpa menggunakan media untuk memperkecil ataupun memperlekehkan peranan `anak-anaknya’ itu.
Dan adakah inya juga merupakan seorang bapa yang baik apabila menguar-uarkan kelemahan anak-anak itu kepada orang ramai. Membuka pekung ini biasanya akan berdepan dengan dua keputusan. Satu mungkin boleh dicari penawar untuk mengubatinya ataupun menambahkan lagi jangkitan penyakit kepada pekung-pekuang tersebut.
Kegagalan paling nyata Setiausaha Agung dalam soal ini ialah saluran membincangkan masalah itu bukan saluran terbaik dan boleh menambahkan lagi persepsi buruk kepada sayap-sayap itu dan juga kepada organisasi UMNO secara keseluruhan.Tanggungjawab Setiauasa Agung adalah mentadbir parti sejajar dengan arahan Presiden dan bukannya mendedahkan segala urusan tadbir itu kepada media kecualilah Presiden juga bersubahat dan membenarkan segala kepincangan parti di dedahkan kepada umum.
Kita masih ingat apabila Ku Nan diserang oleh PENAWAR sehingga mendesak beliau melepaskan jawatan Setiausaha Agung UMNO apabila beberapa tindakan beliau dilihat seperti tidak menguntungkan UMNO sehingga beliau dianggap liabaliti kepada parti tertua orang-orang Melayu ini malah tindakan beliau yang berkonfrantasi dengan satu NGO Melayu iaitu PERKASA juga dilihat tidak kena pada tempatnya sedangkan UMNO itu ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib dan masa depan orang-orang Melayu tapi Ku Nan mengambil pendirian menyerang kepimpinan NGO itu sehingga mengguriskan banyak hati orang-orang Melayu yang menjadi ahli NGO tersebut.
Ada catatan sejarah yang mungkin dilupakan bahawa penubuhan UMNO itu sendiri pada awalnya didokong oleh pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu yang bersatu demia menubuhkan sebuah parti politik namun hari ini kerana mahu tunduk kepada komponen-komponen yang mungkin tidak senang dengan agenda perjuangan Ngo. Ku Nan memilih untuk bersama dengan puak chauvinis, menentang,menghina dan mengaibkan Ngo Melayu itu sedangkan jelas agenda atau matlamat penubuhan Perkasa berbeza dengan manifestasi UMNO itu sendiri.
Cukuplah kita meludah ke langit.Perjuangan menegak Negara bangsa perlu dilakukan secara berhemah bak tarik rambut dalam tepung.kalau sudah kekeringan idea dan tidak mampu lagi menangani mekanime perubahan,kesetiaan dan kecintaan kepada parti, semua orang tahu jalan keluarnya bagaimana.,jangan kita jadi seperti jari menuding, satu jari dituding kepada orang lain, sembilan lagi menuding kepada diri sendiri.Dan kita sama sekali tidak mahu musang ditugaskan menjaga reban ayam.
Sunday, October 10, 2010
MELAKA cipta sejarah lagi dalam kontek pemberian darjah kebesaran kepada individu ataupun tokoh-tokoh yang dikenalpasti untuk menerimanya.Satu ketika negeri ini pernah mencipta sejarah dgn pemberian darjah sehingga mencecah hamper seratus orang tapi hari ini darjah kebesaran negeri Melaka dilihat sudah seperti tidak bernilai apabila tersenarai seorang pemimpin yang menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian untuk menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.
Memang benar urusan ataupun keputusan untuk mengurniakannya terpulang kepada Kerajaan Negeri dengan perkenan Sultan,Raja ataupun TYT walaupun mereka mahu memberikannya kepada peminta sedekah ataupun pelacur jalanan sekalipun namun kemuliaan darjah itu perlu dipandang sebagai sesautu yang berharga dan mempunyai nilai tersendiri untuk dipakaikan kepada pemakainya.
Dalam masa yang sama penilaian terhadap seseorang itu perlu dilakukan berdasarkan sumbangan dan peranannya di negeri tersebut serta tidak mempunyai kelansungan kepentingan politik jangka masa atau meraih sokongan semata-mata.Jangan hanya kerana silap langkah dan penerimaan, masyrakat akan mencebek atau mencemuh anugerah-anugerah atau darjah daripada sesebuah negeri itu.
Kita sedikit terkilan apabila pemimpin parti politik di salah sebuah bahagian ini yang sedang berdepan dengan tuduhan moral dan salahlaku seks dianugerahkan darjah kebesaran itu dan penganugerahan ini seakan-akan memberikan pengikhtirafan kepada sesiapa sahaja yang melakukan salah laku seks baik terhadap isteri orang,janda yang masih dalam edah ataupun ibu-ibu tunggal yang mengharapkan bantuan ataupun anak-anak gadis yang diperdaya dengan segala janji-janji manis.
Masyarakat yang mengetahui latar belakang pemimpin ini mula memandang serong di atas pengurnian tersebut dan mula menganggap anugerah darjah tersebut bukan berdasar merit tetapi lebih kepada pengurniaan secara suka-suka dan terpulang kepada siapa yang mahu diberikan walaupun pengurniaan tersebut tidak menepati kemuliaan yang sepatut ada di atas pemberian itu.
Kerajaan Negeri Melaka maupun pejabat TYT Melaka seharusnya peka supaya darjah yang datang dari negeri itu tidak dipandang hina oleh masayrakat luar namun dengan memberikannya kepada Ketua Bahagian ini, nyata dan sahihlah betapa besar mana dan bernilai atau tidak anugerah tersebut.
Pemberian itu juga janganlah berdasarkan kepada sokongan semata-mata tetapi perlu ada pihak lain yang menyiasat latar belakang bakal penerimanya kerana kesannya amat besar apabila orang yang tidak sepatutnya menerima darjah tetapi tetap diberikan juga. Ini akan memalukan pemberi darjah dan negeri itu.Pemberian darjah kebesaran ini bukan seperti kita main congkak ataupun kunda-kundi.
Kita melihat bagaimana beberapa buah negeri seperti Johor dan Selangor menarik balik anugerah-anugerah yang diberikan ataupun menggantung anugerah atau darjah itu sekiranya penerimanya berdepan dengan tuduhan jenayah ataupun salah laku yang lain tetapi ada sedikit perbezaan dengan darjah yang diberikan oleh Negeri Melaka (hari ini) kerana ianya dilihat seperti mengenepikan masalah moral dan lebih meletakkan sokongan sebagai garis penentu akhir untuk disahkan penerimanya. Jangan menghina anugerah tersebut hanya kerana ada kepentingan lain.
Kita difahamkan Ketua Bahagian ini sampai merayu-rayu mohon diberikan anugerah tersebut dan tidak cukup menggunakan sokongan daripada Negeri sendiri, sanggup merayu kepada pemimpin Negara supaya beliau diberikan darjah tersebut dan apa pentingnya darjah itu kepada beliau.Adakah dengan darjah tersebut akan lebih mudah lagi untuk beliau melaksanakan atau memuaskan nafsu serakahnya yang tidak pernah memilih mangsa itu?
Besar sangatkah anugerah Dato atau Datuk itu kalau kehidupan peribadi penuh dengan segala dosa dan noda?Dan kita tidak terfikir bahawa ada juga pihak lain yang sanggup bersubahat untuk menutup salah laku ini dan adakah mereka menganggap bahawa terlibat skandal seks dengan isteri orang,janda yang masih dalam edah ataupun ibu-ibu tunggal yang naïf itu tidak perlu difikirkan ataupun diambil tindakan dalam menerima permohonan ataupun borang yang dihantar kepada pejabat Kerajaan negeri?
Demia menjaga maruah dan nilai darjah tersebut,kita menuntut kerajaan negeri mengkaji semula keputusan itu dan kalau perlu tarik balik kept=utusan yang telah dibuat kerana kita tidak boleh menrima pendosa,yang menyelewengkan tugas dan tanggungjwaba sebagai pemimpin memakai apa sahaja gelaran dan dan dalam masa yang sama, satu siasatan perlu dilakukan terhadap Ketua Bahagian ini kecuali semua pemimpin bersetuju untuk menutup segala salah laku ini dan membiarkan mangsa-mangsa yang terlibat menanggung sakit dan malu sendirian.
Ekoran daripada ini, sesaiapa sahaja jangan bimbang untuk terlibat dalam apa sahaja skandal kerana darjah kebesaran negeri sedanag menanti mereka.
Wednesday, September 29, 2010
PENGAKUAN ibu tunggal ini cukup menggemparkan. Beliau mendakwa telah menjadi mangsa kepada sikap buaya darat salah seorang Ketua UMNO Bahagian.Nasib malangnya datang bertimpa-timpa, lain yang beliau harap,lain jadinya, bantuan yang dipinta,sekujur tubuh jadi taruhannya.
Apalah daya seorang wanita yang tidak bermaya seperti dia untuk menghalang tindakan ganas seorang lelaki dan apalah daya untuk beliau menolak kemahuan seks Ketua bahagian tersebut kerana dibimbangi beliau akan ditinggalkan sendirian di luar negara.
(Wanita malang ini diperdaya Ketua Bahagian)
Semuanya bermula daripada sebuah perkenalan yang disengajakan kerana belaiu memerlukan modal untuk memulakan perniagaan dan sebagai rakyat biasa tempat yang paling sesuai untuk menaruh nasib untung adalah kepada Ketua Bahagian tersebut.Beliau mengakui bahawa beliau sedar bahawa Ketua Bahagian ini sering mengambil kesempatan tetapi atas keyakinan hanya kerana beliau ibu tunggal, dia juga berkeyakinan nasib malang yang pernah menimpa beberapa orang mangsa sebelum ini tidak mungkin terulang ke atas dirinya.
Mereka bertemu dalam pertemuan yang diatur antara rakyat dan pemimpin dan wanita malang ini menceritakan masalahnya untuk mengembangkan perniagaan tetapi tidak cukup modal, beliau merayu kerjasama dan pertimbangan pemimpin ini untuk membantunya dan beliau merasa bangga tanpa was was bahawa bantuan yang akan diberikan itu akhirnya memaksa dia menggadai tubuh dan maruahnya apabila Ketua Bahagian tersebut sanggup membantunya melalui pinjaman TEKUN.
Wanita malang ini memasang angan-angan untuk berjaya seperti ibu tunggal yang lain atas bantuan kerajaan dan parti yang beliau sokong tapi malangnya datang bertimpa apabila beliau diajak untuk menemani Ketua Bahagian ini keluar negeri dengan alasan untuk mengisi boring permohonan dan wanita malang yang lurus bendul ini tidak mengsyaki apa-apa menurututi permintaan tersebut namun sesampainya di salah sebuah hotel, dia mendakwa telah diminta habuan seks bagi mempercepatkan permohonan itu.
Berbagai janji dan pujuk rayu dan wanita ini tidak ada pilihan selain menyerahkan tubuhnya untuk diratah oleh Ketua bahagian yang sudahpun telanjang bulat di depan matanya.bak katanya ``apalah daya saya untuk menghalangnya, saya berada di luar Negara dan andainya saya menolak kegilaan seksnya itu, saya berkemungkinan akan ditinggalkan sendirian dii sebuah Negara yang saya tidak punyai sesiapa.”
Kisah wanita malang ini telahpun jadi sebutan tetapi lebih malang lagi, baik pemimpin tempatan ataupun atasan tidak mengambil tindakan ke atas Ketua bahagian tersebut dan ini disifatkan juga oleh wanita ini sebagai satu persubahatan daripada pihak tertentu untuk menganiyai dirinya dan belaiu telah nekad untuk mendedahkan segalanya serta bersedia untuk berdepan dengan Perdana Menteri sekiranya dipanggil berbuat demikian.
“Saya tidak menyangka dia sanggup menipu saya.mengambil kesempatan atas kesulitan saya.saya tidak percaya, saya boleh jadi mangsa dia seterusnya walaupun saya diberitahu bahawa dia memang seorang lelaki hidung belang dan suka mengambil kesempatan.Selama ini saya hormatinya sebagai pemimpin di tempat saya tetapi rupanya dia pemimpin berwajah setan,” dakwa wanita malang ini yang saya rahsiakan namanya untuk peringkat ini.
“Pemimpin sebegini tidak sepatutnya berada dalam mana-mana parti sekalipun.Parti boleh rosak dan dipandang hina.Cukuplah saya jadi mangsa, saya tidak mahu ada lagi mangsa lain selepas saya.Saya tidak mahu isteri orrang,anak dara orang serta ibu-ibu tunggal seperti saya ini diambil kesempatan oleh beliau yang menggunakan jawatan sebagai Ketua bahagian itu<’ dakwa wanita ini lagi yang nyata sudah nekad pendirian dan ketegasannya untuk membongkar salah laku seks Ketua Bahagian ini.
“Saya tahu maruah saya tercemar dengan pendedahan ini tetapi saya rela, biar saya seorang jadi korban seksnya dan saya berdoa selepas ini tidak ada lagi mangsa lain dan saya juga yakin aklan ada mangsa-mangsa lain akan buat pendedahan yang sama kalau mereka ini benar-benar sayangkan parti dan memperjuangkan agama,bangsa dan Negara,” dakwanya lagi.
Wanita ini bercerita lanjut.Kadang-kadang beliau mengesat airmatanya tapi diwajahnya ada tabah tersendiri walaupun dia sedang berdepan dengan satu kuasa yang memungkinkan dia akan menerima beban atau tekanan.
Kisah kegilaan seks Ketua Bahagian ini khabarnya sudah sampai kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri tersebut tetapi sehingga kini pelaku masih bebas dan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa sebagai Ketua dan bak kata wanita ini seperti di atas tadi, dia akan menggunakan saluran apa sahaja untuk mendedahkan segala keburukan daripada pemimpin yang beliau sifatkan sebagai manusia bertopengkan syaitan.
“Sepatutnya ahli dan pemimoin atasan malu mempunyai pemimpin seperti ini dan beliau harus disiasat dan diambil tindakan sejajar dsengan segala perbuatannya,” kata wanita ini lagi yang juga mendakwa bernasib baik kerana keguguran hasil persetubuhan rela dalam paksa dengan Ketua Bahagian tersebut.
“Saya juga pelik, beliau katanya akan mendakwa saya kalau saya dedahkan segala perbuatannya terhadap saya.Sepatutnya saya yang bercakap begitu, mungkin kerana saya ini wanita kampong yang sekolah tidak tinggi mana, dia cuba mengugut serta memperbodohkan saya.
“Sudahlah dia menyetubuhi saya, janji asal nak bantu saya untuk dapat pinjaman sampai sekarang ini saya tak tahu kesudahannya,” dakwa wanita ini lagi.
Wanita ini juga melahirkan rasa kesalnya kerana tidak ada pembelaan daripada ahli jawatankuasa bahagian itu walaupun dia telah menemui beberapa orang untuk membantu beliau menyelesaikan masalahnya dan mengadu apa yang telah Ketua Bahagian itu lakukan terhadap dirinya.
Laporan lanjut dan lebih terpeinci akan menyusul….
Wednesday, September 22, 2010
ENTAH dimana silapnya Lagu Rasmi Willayah Persekutuan yang berjudul Maju Dan Sejahtera akan ditukar dengan lagu lain yang baru dicipta oleh komposer Pak Ngah.Lagu ini dulunya dirasmikan oleh DYMM YDP Agong dan dipersetuju oleh kabinet zaman Pak Lah tetapi selepas empat tahun lagu ini digunapakai sebagai lagu rasmi Wilayah Persekutuan, Menteri Wilayah Persekutuan yang baru ini tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk menukar lagu tersebut.
Apa sekalipun alasannya di sebalik penukaran lagu ini ternyata ianya akan menimbulkan banyak masalah terutama sekali kepada pelajar-pelajar sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan yang telah menghafal lagu ini selama empat tahun tetapi tiba-tiba lagu lain pula yang akan mereka nyanyikan pada tahun 2011 nanti.
Berapa lama pula masa akan diambil oleh pelajar sekolah dan guru-guru untuk menghafal lagu baru ini dan adakah bila berganti Menteri yang lain, lagu yang baru ini juga di tukar?Dan bezakah lagu ciptaan Datuik Wah Idris ini dengan lagu baru ciptaan Pak Ngah nanti danini juga merupakan satu penghinaan terhadap karya Wah Idris sebagai seorang composer terkenal?Inikah cara kita melayani hasil karya penggiat seni tempatan kita?
Soalnya pula adakah pertukaran lagu ini dipersetujui melalui satu kutipan suara atau referendum seluruh warga Wilayah Persekutuan ataupun diputuskan oleh satu pihak sahaja sehingga sewenang-wenangnya menukar lagu tersebut tanpa memikirkan kesan yang harus ditanggung oleh rakyat di Wilayah Persekutuan ini?
Sepatutnya Majlis Guru-Guru Besar,PIBG dan segala yang berkaitan dalam menggunakan lagu ini dipanggil untuk mendengar pendapat sebelum sebarang keputusan dibuat dan kita berpendapat penukaran lagu ini merupakan satu penghinaan kepada keputusan yang telah pun dibuat oleh kabinet sebelum ini dan juga penghinaan kepada KDYMM YDP Agong yang merasmikan lagu tersebut dan kalau lagu itu tidak sesuai kenapa sebelum ini diluluskan?atau ada agenda lainkah di sebalik penukaran lagu ini?Kalau PM Najib yang cadangkan lagu ini ditukar kenapa sebelum ini menerima keputusan kabinet?
Jangan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada dimana kuasa yang patut dipergunakan untuk kepentingan ramai tetapi hanya digunakan untuk kepetingan individu serta memuaskan nafsu serakah sendiri semata-mata.Kerja lain lebih mustakan daripada isu lagu ini. Dan kita percaya majority rakyat di negeri ini menolak cadangan penukaran ini tetapi apalah daya rakyat untuk menentang penguasa yang sedang berkuasa.
Mustahak sangatkah penukaran lagu ini kalau mahu dibandingkan dengan berbagai-bagai masalah yang tidak selesai dalam Wilayah Persekutuan ini? Dan adakah menjadi satu dasar baru dalam Negara kita ini apabila bertukar sahaja Menteri di mana-mana Kementerian, mereka juga akan menukar dasar,polisi atau keputusan yang telah pun dibuat oleh Menteri-Menteri sebelum ini?
Lagu hanya penyedap telinga tetapi masalah-masalah berbangkit seperti perumahan awam,setinggan,poltik dan sosio ekonomi itu yang lebih penting untuk dilaksanakan dasar dan keputusannya daripada menjadikan lagu Wilayuah Persekutuan ini lebih penting daripada masaklah rakyat.
Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik sepatutnya melihat agenda rakyat yang lebih penting daripada segala-galanya dan sekaligus memperkenalkan dasar-dasar baru demi kepentingan rakyat di negeri ini secara keseluruhan dan bukannya menjadikan perkara-perkara remeh itu sebagai penting sehingga gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap keperluan dan kehendak rakyat sepenuhnya.
Raja Nong Chik tidak perlu bersusah payah turun melawat longkang pecah atau parit tersumbat kerana tugas-tugas ini dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beliau cuma harus memastikan DBKL tuntas melaksanakan segala tanggungjawab itu.
Sehingga hari ini tidak ada satu pun dasar yang beliau perkenalkan sejak dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan pembangunan Little India di Brickfield (sebagai contoh)bukan keputusan beliau malah banyak lagi yang sedang dilakukan hari ini adalah mewarisi kepimpinan sebelum ini.
Sebagai seorang Menteri, Raja Nong Chik harus kaya dengan idea-ieda baru dan berfungsi dengan akal dan fikiranya dengan dibantu oleh DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membangunkan kota metropolitan ini sejajar dengan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandara terbaik dunia dan bukannya hanya berperanan di bawah telunjuk pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas perlantikan beliau. Sehingga hari ini tidak ada satu pun bukti kejayaan Raja Nong Chik sebagai Menteri.
Beliau sehingga kini langsung tidak diuji dan teruji sebagai seorang pemimpin pelapis baru di Wilayah Persekutuan ini. Beliau gagal dalam isu penjualan rumah yang didakwa akan dilakukannya dalam tempoh enam bulan, gagal menangani hingga kini isu Kampung Baru dan sedang berdepan dengan cemuhan rakyat apabila kenyataannya sering flip flop.
Raja Nong Chik harus membuktikan bahawa beliau adalah pilihan yang tepat untuk bertanggungjawab sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan bukannya menjadi seperti tikus yang membaiki labu.Buatlah kerja yang menguntungkan rakyat dan parti.janganlah berbuat sesuatu yang sentiasa mengelirukan.dan menyusahkan.Kalau harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama yang baik..
Thursday, September 16, 2010
NURUL IZZAH, MP Lembah Pantai mula menyerang kepimpinan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah dan juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.Semakin hari semakin banyak pembongkaran penyelewengan yang dilakukan oleh Raja Nong Chik ini didedahkan oleh beliau.Serangan Nurul kali ini memungkinkan akan membongkar banyak lagi penyelewengan yang selama ini tidak didedahkan.
Meskipun ada beberapa pihak dllihat cuba menutup segala pendedahan yang beliau lakukan namun umum sudah mula menarik perhatian kepada apa yang beliau dedahkan itu.Raja Nong Chik pula dilihat semakin tergelincir dari landasan perjuangan serta tanggungjawab dan tidak amanah dalam memperjuangkan nasib dan hak orang-orang Melayu di Wilayah Persekutuan dan juga UMNO Wilayah Persekutuan.
Paling terbaru apabila beliau dedahkan isu pembahagian sebanyak 93 tapak atau lot penjaja di Masjid India sempena bulan Ramadhan baru-baru ini dan mendesak Raja Nong Chik mendedahkan kepada siapakah lot-lot tersebut diberikan sehingga menimbulkan ketegangan di kalangan penjaja dan peniaga kecil dalam Wilayah Persekutuan.Malah telah ada suara yang menuduh raja Nong Chik dan DBKL menipu dalam pemberian lot-lot tersebut dengan meletakkan kepentingan politik peribadinya dalam isu tersebut.
Walaupun bulan Ramadhan telah meninggalkan kita beberapa hari yang lalu namun ianya tidak mampu menutup mulut kalangan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu yang meluahkan rasa kecewa,marah dan kebencian teramat sangat kepada pimpinan Kementerian Wilayah Persekutuan yang tidak mengamalkan sistem tidak telus,berkepentingan politik dan peribadi semasa menguruskan masalah penjaja yang timbul ketika bulan Ramadhan itu.Cabutan undi hanya sekadar pelengkap semata-mata.
Krisis keyakinan orang Melayu terhadap Raja Nong Chik dan kepimpinannya semakin hari semakin terserlah dan tindakan serta keputusannya dalam isu penjaja Melayu semakin menambahkan parah dan membuktikan kegagalan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan kita percaya ada usaha yang sedang dibuat oleh kalangan penjaja sendiri untuk mendesak PM Najib merombak dan mengugurkan pasukan kepimpinan dalam Kementerian Wilayah Persekutuan termasuklah menukar Menterinya yang dilihat langsung gagal berfungsi untuk kepentingan dan masa depan Melayu dan UMNO di Wilayah Persekutuan.
Orang UMNO sendiri pun semakin hari semakin galak mencerca Raja Nong Chik yang disifatkan sebagai tidak layak untuk menduduki kerusi tersebut dan berbagai gelaran menjijikan diberikan kepada Raja Nong Chik termasuklah budak suruhan PM yang dibalas jasanya oleh PM semata-mata dan bukannya kerana kebolehan atau kewibawaan memimpin.
Isu lot VIP mencabar kepimpinan beliau dan kita percaya MP Lembah Pantai mempunyai senarai kepada siapakah lot-lot itu diberikan.Lot-lot tersebut dikatakan telah diberikan kepada VIP tertentu dan disifatkan juga Persatuan Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan dalam memorandumnya kepada PM Najib sebagai telah dirompak yang mengakibatkan 40 orang penjaja yang berniaga bertahun-tahun di kawasan tersebut mengalami kerugian.
Malah sesuatu yang cukup luar biasa kerana kebiasaannya setiap lot-lot yang diberikan kepada mana-mana penjaja sekalipun adalah melalui proses cabutan undi yang dilakukan setiap tahun oleh DBKL tetapi kali ini lot-lot tersebut dikatakan telah diberikan secara kelulusan oleh Raja Nong Chik selaku menteri Wilayah Persekutuan dan ada pihak telah pun mendedahkan bahawa hampur keseluruhan lot-lot yang berjumlah 93 itu diberikan kepada orang-orang yang dipilih daripada UMNO Bahagian Lembah Pantai.
Bagi menangkis segala tuduhan ini, Raja Nong Chik dituntut untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan dan mendedahkan kepada umum siapakah sebenarnya yang memperolehi lot-lot tersebut namun sehinggalah satu memorundum di hantar oleh Persatuan Penjaja hingga kini tidak ada satu pun jawapan daripada pihak Kementerian termasuklah daripada Raja Nong Chik sendiri.
Sekiranya benar tuduhan tersebut, Raja Nong Chik mencipta sejarahnya yang tersendiri dan melakukan penyelewengan kuasa yang tidak boleh dimaafkan dan sekalgus menafikan hak-hak penjaja yang sekian lama mencari rezeki di tapak sebanyak 93 lot itu dan lagi mendukacitakan sekiranya benar 93 lot itu diberikan kelulusan tanpa undian kepada rakan-rakan politik daripada Bahagian Lembah Pantai, tindakan ini cukup memalukan. Beranikah Raja Nong Chik menafikan bahawa sebahagian besar lot-lot tersebut telah dijual kepada pihak lain dengan harga ribuan ringgit ?Adakah kepimpinan Raja Nong Chik mula mencota system pentadbiran cekik darah terhadap penjaja kecil yang mencari rezeki setahuin sekali ini?
Apa relevannya pula pemberian 16 tapak penjaja dianugerahkan kepada syraikat Jackel yang merupakan pemborong besar permaidani yang juga mempunyau gedung yang cukup besar di Jalan Masjid India itu kerana sebelum ini tidak ada satu pun keputusan seperti ini dibuat dan ini merupakan satu lagi keputusan Menteri Wilayah yang paling tidak bijak kecuali ada pihak yang mempunyai kepentingan di atas syarikat pemborong permaidani ini.
Memang wajarlah kemarahan yang ditimbukan oleh Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan terhadap kepimpinan Menteri Wilayah ini sehingga mendorong mereka mengadu nasib kepada PM Najib untuk membantu mereka dan tindakan ini tidak pernah berlaku terhadap mana-mana Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini.Tidak cukup dengan itu mereka berdemonstrasi di depan jebata DBKL.
Barangkali tertampar dengan tindakan persatuan ini, maka satu persatuan lain turut menghantar memorandum untuk menyokong tindakakan yang dibuat oleh Menteri Wilayah itusehingga menimbulkan ketegangan di kalangan penjaja kerana jelas ada adu domba politik yang berkepetingan tertentu.Dan sudah mula kedengaran sekarang ini bahawa tindakan ini disokong dan didesak oleh Menteri Wilayah,Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai cara menutup malu apabila Bahrim Razak mengadu kepincangan kepimpinannya kepada PM Najib.
Malah turut diperkatakan juga bilamana ada satu Pengerusi Persatuan yang memperolehi hampir 300 lot tapak jualan sempena bulan puasa lalu di seluruh Kuala Lumpur dan kita percaya kelulusan ini diberikan yang berkemungkinan ada unsur-unsur lain .Cuma kita harap unsur-unsur itu tidak bersumberkan rasuah dan penjaja melayu memperolehi keuntungan dan bukannya keuntungan itu dikaut oleh Pengerusi Persatuan itu sahaja.
Janganlah ada kemungkinan lot-lot tersebut dijual pula kepada penjaja lain tetapi ini bukan merupakan satu perkara mustahil.
Bayangkanlah kalau satu lot itu Pengerusinya memperolehi RM1,000, darablah dengan jumlah lot yang diperolehi itu.Biasanya bulan Ramadhan bukan sahaja penjaja yang untung, orang tengah seringkali juga memperolehi keuntugan yang berlipat ganda sebab itulah ada yang sanggup menaja perjalanan dan penginapan kepada pihak-pihak tertentu untuk keluar Negara.Kita amat berharap lot-lot itu diperolehi dengan cara undian juga dan bukannya dengan cara rasuah..!
Malang sungguh nasib penjaja Melayu yang selama ini bila datangnya bulan Ramadhan sering diharapkan sebagai bulan rezeki tetapi rezeki mereka dicantas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Sebahagian besar mereka adalah penyokong kerajaan dan mengharapkan kerajaan membantu tetapi malangnya pemimpin yang mereka harapkan akhirnya menjadi pepat di luar namun rencung di dalam.
Tahniah sekali lagi Raja Nong Chik dan DBKL kerana telah mencipta sejarah baru dalam menangani isu yang ditimbulkan oleh Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan. Kementerian telah meletakkan kepetingan penjaja-penjaja ini di tahap paling rendah kerana mereka lebih memikirkan untung dan kepentingan politik..Jackal,Starbuck dan Dewan Perniagaan lebih beruntung daripada orang-orang Melayu yang selama ini mengharapkan penambahan rezeki setahun sekali dalam bulan Ramadhan.
Tahniah sekali lagi Raja Nong Chik dan DBKL kerana telah mencipta sejarah baru dalam menangani isu yang ditimbulkan oleh Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan. Kementerian telah meletakkan kepetingan penjaja-penjaja ini di tahap paling rendah kerana mereka lebih memikirkan untung dan kepentingan politik..Jackal,Starbuck dan Dewan Perniagaan lebih beruntung daripada orang-orang Melayu yang selama ini mengharapkan penambahan rezeki setahun sekali dalam bulan Ramadhan.
Saturday, September 4, 2010
SIAPAKAH yang mengambil untung bila meletus perang memorandum antara Bahrim Razak dan Rosli Sulaiman Siapakah di belakang mereka? Kalaulah mereka di peralatkan, siapa pula tuan yang menjadikan salah seorang daripada mereka sebagai perkakas yang memungkinkan ada yang untung ataupun menyalakan api dendam sesama sendiri.
Salahkah tindakan Bahrim yang mempertahankan ahli persatuan setelah pendapatan terjejas lantaran gedung-gedung besar juga turut diberikan peluang untuk meraih petak dalam kadar yang begitu banyak di Jalan Masjid India sempena Ramadhan ini sedangkan peluang berniaga sebegitu cuma datang setahun sekali.
Kita tahu tangan siapa di belakang JAKEL yang diberikan lot niaga oleh DBKL sempena bulan puasa sedangkan sebelum ini petak niaga hanyalah diberikan kepada peniaga-peniaga ataupun penjaja kecil sahaja dan DBKL sebelum ini hanya mengosongkan sahaja kawasan di depan gedung-gedung besar ini untuk mengelak kesesakan.
Apakah kerana memorandum yang dihantar oleh Bahrim kepada PM Najib merupakan satu tamparan kepada Menteri Wilayah Persekutuan.Adakah kerana pertemuan Bahrim dengan PMNajib setelah Bahrim berusaha untuk bertemu dan berharap Menteri Wilayah Persekutuan menyelesaikan masalah penjaja di Wilayah Persekutuan dianggap sebagai membelakangi atau memalukan kedudukannya sebagai Menteri Wilayah sehingga satu pihak lagi diwujudkan untuk membasuh arang yang terconteng dimuka.
Kemunculan Memorandum Rosli Sulaiman,Persatuan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan untuk membantah memorandum tersebut dilihat ada yang tidak kena dan apa tujuan Presiden Penjaja ini berbuat demikian sedangkan perjuangan Bahrim itu bukan bukanlah bersifat individu tetapi lebih memastikan seluruh ahli Persatuan Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu di Wilayah Persekutuan yang dipimpinnya mendapat hak yang sepatutnya.
Dalam soal ini Rosli sepatutnya menyokong tindakan Bahrim itu dan bukannya cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan.Malah sudah ada pihak yang beranggapan memo kedua yang dihantar itu mempunyai agenda lain yang tersembunyi dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu sebabnya.
Pendirian kita cukup jelas, seandainya wujud pertemuan dan masalah ini diselesaikan di peringkat Menteri Wilayah Persekutuan dan juga DBKL, Bahrim yang terkenal dengan kelantangan dalam perjuangan membela nasib penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan yang sebahagian besarnya adalah penyokong kerajaan, Bahrim tidak akan bertindak sejauh ini iaitu menghantar memo kepada PM Najib dan juga mengistihar perang terbuka dengan Menteri Wilayah itu. Jelas wujud karenah birokrasi ataupun pihak kementerian telah tunduk kepada arahan tangan-tangan ghaib yang berselindung di sebalik nama gedung-gedung besar itu.
Persoalan yang timbul, kenapa Bahrim harus bertemu PMNajib? Apakah Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan tidak ada kemampuan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Bahrim ini? Ataupun Menteri Wilayah Persekutuan ini menganggap segala kepincangan yang Bahrim dedahkan itu tidak wajar diambil tindakan? Barangkali pihak beliau tidak menyangka Bahrim akan sampai di depan muka Perdana Menteri untuk mengadu dan memohon campurtangan PM bagi menyelesaikan masalah penjaja dan peniaga yang beliau wakili itu dan untuk apa seorang Menteri Wilayah Persekutuan sekiranya masalah-masalah seperti ini tidak mampu diselesaikan.
Apakah kerana rasa marah,malu dan tercabar dengan tindakan Bahrim itu maka satu pihak lain harus digunakan untuk membunuh perwatakan Bahrim sebagai Presiden dengan memutarbelitkan segala fakta dan bukti yang ada?
Adalah amat memalukan kepada kepimpinan kementerian bila persatuan yang selama ini didokong oleh sekumpulan penjaja memprotes keputusan Menteri dan datuk Bandar dan juga merupakan satu penghinaan kepada tanggungjawab sekiranya masalah-masalah berbangkit harus diselesaikan dengan hanya canpurtangan peribadi Perdana Menteri sendiri.
Melihat kepada tuntutan yang dibuat oleh Bahrim atas nama persatuannya itu, ianya dilihat ada kewajaran kerana tindakan DBKL memberikan kebenaran kepada gedung-gedung besar untuk turut mendapatklan lot jajaan telah menutup peluang yang bukan sedikit kepada penjaja dan peniaga lain kerana hak mereka sebelum ini dinafikan oleh keputusan yang dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar .
Sepintas lalu dilihat akan wujud ketegangan antara Persatuan Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan dan juga Persatuan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan apabila memo kedua yang dihantar itu dilihat lebih menyerang kepimpinan dan keperibadian Bahrim.Soalnya adakah ini merupakan satu konspirasi pihak-pihak tertentu untuk menggulingkan Bahrim sebagai Presiden dan adakah Rosli sedang mengintai jawatan itu?Mengapa pula dibantah memo Bahrim itu sedangkan memo itu menyuarakan hasrat dan kebimbangan serta kekecewaan mereka bila tindakan DBKL makin menutup peluang niaga yang sedia ada.
Baik atau buruknya tindakan Bahrim dipandang mata, sebagai Presiden beliau melalui proses yang panjang, menentang dan ditentang untuk jawatan itu dan Bahrim bersedia berdepan dengan apa sahaja tentangan dan beliau berjaya. Beliau lebih tahu apa yang tersirat dan tersurat di sebalik tindakan Menteri dan DBKL dan lebih tahu karenah dan kegilaan penjaja apabila hak dan rezeki mereka cuba disekat oleh pihak yang berkepentingan peribadi.
Dan kalaulah memo kedua yang dihantar oleh Rosli kepada PM Najib itu dibuat kerana campurtangan Raja Nong Chik, kita boleh anggap ini sebagai tindakan ataupun campurtangan yang cukup memalukan dan bakal menyaksikan pertembungan antara kepentingan politik dan kepentingan pihak penjaja serta peniaga-peniaga kecil dalam Wilayah Persekutuan.
Kita percaya ada pihak yang sedang cuba mengambil untung daripada pertelingkahan ini. Apa pun perang antara Raja Nong Chik dan Bahrim atau Bahrim dan Raja Nong Chik telah bermula. Api perang ini harus dipadamkan awal dan jangan pula ada pihak yang sedang menahan lukah dipergentingan.
Antara Rosli dan juga Bahrim, hanya mereka yang tahu agendanya dan apa sekalipun agendanya jangan sama sekali dikorbankan nasib dan masa depan lebih enam belas ribu Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu di Wilayah Persekutuan ini. Jangan benarkan diri untuk dijadikan alat ataupun perkakas bagi kepentingan politik orang lain.Paling penting juga, baik Raja Nong Chik, Rosli ataupun Bahrim, janagn sesakli politikkan isu yang dibangkitkan dan seharusnya ada mekanisme bagi memperbetulkan segala niat.
Wednesday, September 1, 2010
KITA tidak nafikan bahawa ilmuwan Islam berselisih pandangan tentang hukum bukan Muslim masuk ke masjid. Ada yang membenarkan secara mutlak. Ada juga yang melarangnya secara mutlak. Begitu juga ada ulama yang membezakan antara masjid di tanah haram dengan tanah halal.
Jika masyarakat kita selesa dengan mazhab al-Syafi'e, saya bawakan di sini kenyataan seorang pendokong mazhab ini iaitu Al-Imam al-Nawawi di mana beliau menyatakan bahawa mazhab al-Syafie mengharuskan bagi bukan Islam masuk ke semua masjid kecuali di masjid al-Haram dan sekitarnya (yakni di tanah haram Mekah).
Bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke tanah haram Mekah, ada pun selain dari Mekah diperbolehkan dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam.
Kata al-Imam al-Nawawi lagi: "Dan sekiranya bukan Islam itu dalam keadaan berhadas besar, bolehkah dia berdiam di dalam masjid? Ada dua pandangan, dan yang paling shahih adalah dibenarkan." (lihat Majmu' Syarh al-Muhazdzab, karya al-Imam al-Nawawi 19/437).
Adapun firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis, maka mereka tidak dibenarkn mendekati masjid al-Haram selepas tahun ini". (surah al-Taubah, 9:27)
Bukan bererti zahir najis tubuh mereka, sebaliknya larangan memasuki masjid al-Haram kerana perbuatan mereka yang suka mempraktikkan adat-adat Arab jahiliyyah seperti bertawaf dalam keadaan telanjang. Bahkan larangan ini khusus untuk masjid al-Haram dan tanah haram Mekah secara umumnya.
Perlu diingatkan para ulama telah bersepakat; bukan Islam dibenarkan untuk masuk ke masjid kerana keperluan seperti inginkan bantuan atau mendengar dakwah Islam. Dan hal ini perlu mendapat keizinan daripada pemerintah Islam.
Al-Syeikh Soleh al-Munajjid yang merupakan ulama terkenal di Saudi Arabia merangkap penyelia bagi laman web soal jawab Islam terkenal, iaitu www.islamqa.com, menyatakan: "Ada pun masuknya bukan Islam untuk sekadar lawatan melihat masjid dan bersama-sama dengan mereka para wanita yang tidak menutup aurat, membawa kamera, serta masuknya mereka ke masjid tanpa penghormatan, maka hal ini merupakan perkara mungkar lagi tercela. Tidak boleh membenarkan mereka masuk." (no. fatwa: 9444).
Saya katakan, sedangkan Nabi pernah menghalau seorang wanita yang bersuami kerana memakai wangian ketika datang ke masjid. Bahkan Nabi menyuruh wanita tersebut pulang dan mencuci wangian itu (riwayat Ibnu Khuzaimah).
Jelas, larangan Nabi SAW kerana dibimbangi wangian tersebut mengganggu penumpuan jemaah masjid, apatah lagi memasuki masjid dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Sewajarnya kita memberi penghormatan kepada masyarakat tempatan yang agak sensitif dengan isu seperti ini. Setiap adat yang tidak bercanggah dengan syariat, perlu dihormati.
Kaedah fiqh jelas menyatakan bahawa "al-'aadah muhakkamah' iaitu adat yang tidak menyanggahi hukum syarak harus dipraktikkan. Dan perkara ini perlu dirujuk kepada pemerintah Muslim.
Memang Nabi SAW pernah membenarkan deligasi dari kabilah Thaqif masuk ke masjid sedangkan mereka itu bukan Islam (riwayat al-Thobrani). Begitu juga Tsumamah bin Utsal yang masuk ke masjid sebelum memeluk Islam (riwayat al-Bukhari).
Bahkan masjid di zaman Nabi SAW dibuka untuk semua manusia agar dakwah Islam dikenali dan diterima. Deligasi atau individu bukan Islam diberi peluang untuk memasuki masjid agar dapat melihat akhlak dan kebaikan Islam seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk menerima dakwah Islam.
Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima 'gelaran' negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.
Sedangkan apabila orang Islam yang berlainan parti ingin memberi sumbangan dan bantuan, masing-masing menolak kerana takut parti yang bertentangan dapat meraih populariti. Subhanallaah. Inikah sikap Muslim dengan saudaranya sendiri?.
Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi yang diketuai oleh al-Syeikh Abdurrazzaaq 'Afifi (pada ketika itu) telah mengeluarkan fatwa tentang hal ini: "Pihak ahli majlis fatwa telah bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali." (lihat Keputusan Fatwa no: 28, tarikh, 21 Syawal 1400H)
Dua perkara yang perlu ditekankan di sini adalah; pertama bagi pihak yang meminta bantuan, mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak melanggar dasar-dasar dan prinsip-prinsip Islam. Kedua, bagi Muslim yang berkemampuan, janganlah terlalu memilih untuk membantu. Difokus kepada partinya, diabaikan lawannya. Begitu juga sikap ingin glamour dan popular perlu dihapuskan daripada jiwa kita.
Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram. Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah. Cuba bayangkan jika suasana bersedekah ini dipraktikkan oleh umat Islam, nescaya kita mampu mencipta perpaduan yang kukuh lagi utuh. Lihatlah, jika kita mengabaikan umat Islam, bukan Islam dipuji manakala Muslim dicaci.
Saya tidak nafikan bahawa umat Islam wajib melindungi hak-hak bukan Islam di negara ini kerana mereka adalah ahlul dzimmah (yang dilindungi kerana perjanjian).
Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah. Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Gempar!! Monyet Terlepas Dalam Dewan Parlimen.10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah13 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-









