Monday, May 27, 2013


MEMBACA akhbar-akhbar utama sejak akhir-akhir ini berbagai-bagai pihak menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap  Red Bean Army dan ini  seolah-olah negara ataupun kerajaan baru tersedar kewujudan kumpulan seperti ini yang sedang hebat mengadu domba serta mengelirukan rakyat.


Hakikat ini menjadikan seakan-akan pelik tapi benar bahawa adakah betul kerajaan baru tahu tentang kewujudan kumpulan pengkhianat ini atau sudah tahu tapi menjadi perkara remeh untuk diambil tahu oleh kerajaan dan pelbagai pihak lagi sedangkan segala gerakan untuk mengkhianati Negara telah pun didedah ataupun ditulis oleh bloger-bloger pro kerajaan secara percuma dan tidak dibayar seperti bayaran yang diterima oleh Red Bean Army itu yang diupah untuk menumbangkan kerajaan.



Pendedahan demi pendedahan telah dibuat melalui pelbagai tulisan, tetapi tidak ada siapa yang melihat ini sebagai sesuatu yang serius sehinggalah kesannya sama-sama boleh dilihat melalui keputusan PRU13 baru-baru  ini dan jika benar perkara ini PM Najib baru tahu, amat malanglah kepada beliau kerana kegagalan pasukan risikannya yang gagal melaporkan tentang aktiviti `team' yang dibiayai jutaan ringgit oleh pembangkang ini.


Lebih malang lagi kerana PM Najib  sememangnya mempunyai rangkaian kerja yg diketahui hebat yang berpengkalan di Pejabat PM atau memang ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai dan kakitangan pejabat  PM Najib sehinggakan maklumat ataupun gerakan ini boleh terlepas pandang.(Mungkin masing-masing sibuk nak susun strategi sebagai calon walaupun semua kalah dan kini galak pula menyusun strategi untuk kembali semula ke pejabat PM). ).



Red Bean Army tiba-tiba menjadi tersohor dan gah dengan kejayaan mereka yang hampir menumbangkan kerajaan BN melalui PRU13 dengan kempen hasutan mereka dan kejayaan mereka menggerakkan gerakan telah menidakkan kemenangan 2/3  BN di Parlimen dan terus cuba menghasut rakyat menjatuhkan BN melalui gerakan jalanan dan dalam pada itu,apakah tidak ada pihak yang kini tersenyum sendiri kerana beban kesalahan dan kegagalan mereka kini telah diletakkan sepenuhnya kepada  Red Bean Army.


Ada orang-orang tertentu sedang tersenyum puas kerana kegagalan dan  perancangan mereka memasang jarum yang menusuk dari dalam langsung tidak disedari dan betapa bangganya mereka melaporkan bahawa punca kegagalan ini adalah kerana kehebatan dan strategi Reed Bean Army sedangkan gerakan jahat mereka dari dalam tertutup rapat….


PM Najib jangan sekali lagi tertipu dengan mainan, perancangan dan laporan yang beliau terima selepas PRU13, memang tidak ada siapa yang boleh nafikan tentang propaganda Red Bean Army tetapi bagaimana dengann faktor-faktor lain yang telah di dedahkan berkali-kali tetapi tidak ada siapa yang menganggap laporan itu juga penting malah sangat penting!


Bagaimana dengan pendedahan tentang permainan sesetengah Ketua Jabatan strategik seperti BTN yang dilihat semakin menjadi duri dalam daging kepada PM Najib?Najib tahu atau tidak bahawa  BTN telah gagal menjalankan fungsinya,gagal  menjalankan amanah dan tanggungjawab yang PM Najib sandarkan kepada agensi strategik ini?Apakah KP BTN masih lagi ingin mencanangkan kepada PM bahawa BN bernasib baik melantik beliau sebagai KP  kerana jika bukan beliau,, BN telah pun hilang kuasa? Persoalan ini bukan persoalan peribadi tetapi menjadi hakikat bahawa agensi strategik yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Razak ini telah gagal diperkasakan misi serta visinya dan Raja Ariflah pemusnahnya.

Tidak ada sesiapa pun ingin mempertikaikan kuasa PM Najib melantik sesiapa sahaja untuk mengetuai jabatan kerajaan kerana itu memang kuasa PM tetapi perlantikan Raja Arif atau lebih suka dikenali sebagai RARA  ke BTN, bolehlah dianggap antara perkara  paling "sial" dan membawa sial  kepada PM Najib dan tidak ketelaluan jika dianggap, gerakan nasional dan kesedaran kepada rakyat terus terhenti dengan kemasukan beliau sebagai Ketua Pengarah,Biro TataNegara.


Lagak bongkaknya sebagai pengamal mazhab Dale Carnagie memulakan tugas dengan mengatakan bahawa Anwar Ibrahim bukan musuh dan tidak perlu pegawai-pegawai BTN bercakap ataupun menyerang Anwar malah mungkin bagi Raja Arif, BTN bukannya agensi yang boleh memberi sumbangan kepada politik sebaliknya BTN hanya agensi yang menjual serta menjaja produk 1Malaysia dan sebab itulah barangkali logo korporat BTN ditukar dan digantikan dengan logo 1Malaysia.Inilah permulaan kepada kemandulan BTN.




Memulakan langkah memasuki semula BTN  dengan lagak  angkuh  dan bongkaknya menafikan apa sahaja yang telah dibuat oleh Ketua-Ketua Pengarah sebelum ini seolah-olah semua Ketua Pengarah sebelumnya adalah bodoh dan semua ini dilafazkan dengan kata-kata sindiran dan bahasa badan yang menunjukkan isyarat memasuki semula BTN dengan membawa dendam kesumat yang amat jahat.

Permulaan yg mula mendapat tepukan gemuruh daripada pencacai yang hanya mementingkan tembolok masing-masing dan bagaikan anjing yang tersepit Meneruskan tugas awal dengan membuang pegawai-pegawai kanan daripada legasi lama yang lebih faham tentang ancaman keselamatan dan soal politik kerana bimbang agenda tersiratnya nanti akan bocor kepada pihak luar dan mendapat tentangan. Kesian apa yang berlaku kepada Abd Wahab Jusoh.



Ghairah Raja Arif sebagai Ketua Pengarah dimulakan  dengan menggunakan wang yang banyak yang diberikan kepada BTN untuk tujuan melatih rakyat memahami aspirasi nasional tetapi dalam masa yang sama cukup bijak memperdayakan pejabat PM sehinggakan tidak dapat melihat apa yang tersirat disebalik  wajah anak kampung yang di kutip semula oleh Idris Jusoh setelah terpelanting dari tampuk kuasa kerana memuja Anwar dalam peristiwa 1999. 

Rupa-rupanya  biarpun pernah diberi peluang kedua oleh pimpinan UMNO dan BN kerana dosanya turut dikatakan terlibat menumbangkan kerajaan BN di Terengganu pada 1999, peluang kedua itu tidak pernah menginsafkan beliau danl angkah awal di BTN ialah menggunakan jutaan ringgit peruntukan BTN  untuk membawa masuk consultant Dale Carnalgie yang turut memuja Anwar sebagai ` trainer` yang melatih pegawai-pegawai supaya melupakan soal tanggungjawab politik sebaliknya semua memfokuskan kepada pembinaan diri sendiri.

Tanpa disedari pegawai-pegawai BTN seakan terbuai dengan teori-teori `self development’ ini sehingga terlupa tugasan mereka menjaga dan mengawalselia politik Negara dan ratusan ribu pula digunakan untuk mencetak buku-buku yang kononnya menjadi rujukan kepada konsep 1Malaysia dengan kata-kata `ini arahan PM’ hatta sanggup mencetaknya di percetakan milik Institut Kajian Dasar (IKD) tempat lubuk rujukan Anwar dan tindakan ini menjadi halal kerana satu ungkapan sahaja “ini arahan PM”.


Kempen Raja Arif hanya di Pokok Sena,kelibatnya tiada di Pekan
Selain itu, KP BTN ini juga dikatakan membawa masuk kumpulan ABIM secara terancang walaupun tahu sebahagian mereka itu adalah pemikir Anwar dengan memberikan Gred gaji yang luarbiasa walaupun ada diantaranya dibantah oleh UMNO. 

BTN juga menyalurkan dana puluhan ribu kepada ABIM Sabah yang diakui oleh KP BTN sendiri (tidak termasuk yang sulit) dan membiayai gerakan operasi PRU13 di kawasan orang ABIM bertanding termasuk  Pokok Sena yang kalah dengan bergaya. Walaupun orang UMNO membantah, KP BTN persetankan semua itu kerana beliau antara orang yang berada di` corridor of power’ dan dilaungkan dimana-mana bahawa beliau orang yang sentiasa dipanggil untuk mengadap PM Najib dan Rosmah Mansor {ada peristiwa menarik beliau dengan Rosmah Mansor,harap Raja Srif tidak lupa sewaktu majlis makan malam).

 

Bukan hanya dilihat memandulkan gerakan BTN untuk menjelaskan isu-isu negara kepada rakyat, BTN juga seakan-akan memperlekehkan serangan blogger dan tidak pernah yakin kemampuan cybertroopers dalam arena politik negara dan ketika PM Najib dengan  tegas mengatakan bahawa PRU13 adalah peperangan di alam maya, KP BTN dalam forum anjuran RTM pula, dengan bodoh sombongnya seakan-akan memperlekeh dan menafikan pandangan PM Najib dan sebab itu agaknya PM Najib baru tahu tentang Red Bean Army kerana KP BTN tidak pernah percaya.


KP BTN dilihat hanya memfokuskan untuk gerakan pengukuhan diri beliau dengan Menteri, dengan Setiausaha Politik,Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan kerana kejayaan ini menjadikan seolah-olah beliau kebal dan bebas berbuat apa sahaja dan merasakan beliau adalah setanding dengan Menteri-Menteri kabinet dan sebab itulah beliau akan perlekehkan apa sahaja yang datang dari orang yang bukan satu jemaah dengannya meskipun orang itu lebih kanan dan lebih hebat dari beliau,mungkin perlekehkan orang lain ini adalah ajaran dari Dale Carnalgie.


.


Pokok Sena tapi Sahlan tumbang juga..
Banyak pihak merasakan dan yakin bahawa beliau dilihat  api dalam sekam dan seolah-olah orang yang di 'plant' oleh Anwar untuk menumbangkan PM Najib dari dalam dan sebab itulah tiada serangan terhadap BTN sejak anak Raja ini ditahtakan di BTN dan kekuatan hubungan beliau dengan Pejabat PM digunakan sepenuhnya untuk bertindak apa sahaja malah dikhabarkan bahawa pandangan daripada YB Timbalan Menteri yang mengawalselia BTN langsung tidak diendah dan digunapakai bahkan seakan-akan Timbalan Menteri itu musuh beliau.



Kedudukan beliau sebagai  KP BTN seakan-akan menjadi  penentu kepada segala-galanyanya, dari menyenarai nama calon, bacaan sikap (walaupun hanya atas kertas) dan lain-lain,PM Najib harus dengar,ikut serta patuh malah beliau tidak percaya kepada "lead agency" yang ditubuhkan dan memperlekehkan pandangan agensi lain.


 Di Terangganu secara diam beliau cuba mencatur politik Terengganu dengan mengadakan berbagai-bagai gerakan sulit tanpa pengetahuan MB Terenganu dengan niat supaya MB sekarang ini ditukar dan akhirnya kerana gerakan songsang beliau,apa yang berlaku kepada Terengganu dalam PRU13 yang lepas. Apakah Ahmad Said tahu semua ini?(Kita dedahkan kemudian)


Apa yang berlaku di BTN adalah kegagalan satu agensi membaca signal dan denyut nadi rakyat kerana pengurusan dibawah KP BTN seakan-akan sengaja menggagalkan untuk memberi laluan Anwar menjadi Perdana Menteri. Sikap "PM bos saya tetapi Anwar adalah idola" inilah sebenarnya yang terjadi dan kegagalan ini bukan kerana kebodohan tetapi satu orkestra yang sedang dimainkan secara terancang dan dirancang oleh agen Red Bean Army dari dalam.


Cuba lihat semula apa yang Raja Arif buat sepanjang berada di BTN? Antara yang mesti beliau lakukan adalah lawatan ke Eropah berkali-kali, atas tujuan apa? Jumpa pengundi muda? Berapa ramai? Apakah menggunakan duit sendiri seperti yang Haji  Mokhtar PA System suarakan kepada  Pegawai-Pegawai BTN bila di persoalkan blogger dan Pengarah sendiri?Keadaan ini sama seperti OPS1M di padang golf Terengganu,berbagai jawapan diberi untuk menutup pekong yang semakin membusuk.


Berapa banyak wang BTN digunakan demi Sahlan?
Membawa masuk team Dale Carnalgie yang secara tersirat doktrin pemuja Anwar, membawa masuk ahli-ahli ABIM sebagai rujukan utama dan memberikan dana kepada gerakan ABIM, apakah itu tidak bermakna membawa masuk agen Anwar ke dalam kerajaan? Menghentikan serangan terhadap Anwar, apakah tidak memberi keuntungan kepada pembangkangi? Menjadi jurujual kepada produk atau konsep 1Malaysia, sejauh mana diterima? Berkempen untuk "orang" KP yang bertanding, berapa ramai yang menang? Membuat OPSIM (walupun di padang golf dalam edah PRU) dan OPKUM semasa PRU, berapa banyak kawasn yang menang kerana  bergantung kepada bantuan dan kepakaran BTN?


Bahkan sebaliknya jentera BN dimana-mana tempat sebenarnya kecewa dengan peranan dan sumbangan BTN yg diwakili oleh pegawai-pegawai kepercayaan Raja Arif yang membawa doktrin `cash is king’ tetapi bila ditanya peruntukan, jawapannya tiada peruntukan dan yang menariknya selepas PRU13 berbondong-bondong pegawai-pegawai  BTN melancong ke luar negara seiring dengan minat KP BTN yang  selalu ke luar negara. Tahniah!.


Kita percaya selepas ini minat baru pegawai-pegawai BTN pastinya bermain golf dan kini sudah ramai yang mula berkira-kira untuk beli kelengkapan Golf dan menjadi ahli kelab-kelab golf di seluruh negara.


Oleh itu disamping semua pihak mendesak kerajaan bertindak terhadap Red Bean Army, seharusnya kerajaan juga diminta bertindak kepada orang-orang tertentu yang secara nyata menjadi agen kepada pembangkang,menjadi gunting dalam lipatan dan duri dalam daging.


Semua orang tahu yang mengukuhkan kedudukan KP BTN ini adalah kerana hubungan baik beliau dengan Syed Naquib Al-Attas satu nama besar yang PM Najib hormati. Lantas apabila dilantik sebagai KP BTN, anak murid kepada Syed Naquib iaitu Prof Wan Mat Nor terus dilantik sebagai Felo Kehormat BTN, sebagai tanda 'membalas budi'.


 Namun PM kena ingat,apa yang dilakukan ini bukan arahan dan perancangan daripada Syed Naquib, ini barangkali tidak lebih daripada dendam seorang yang memuja Anwar dan jauh disudut hati tetap inginkan Anwar  menjadi PM kerana beliau sedang menunggu waktu untuk berkata, DSAI BOS SAYA, DSAI JUGA ADALAH IDOLA SAYA!.


Biarpun kita tahu mungkin ikatan dengan orang-orang tertentu kuat dengan hubungan peribadi jangan sesekali PM Najib jadikan alasan untuk membiarkan mereka ini  terus-terusan mengkhianati kerajaan kerana PM Najib harus kasihan kepada rakyat terbanyak yang memang mengharapkan kejayaan besar BN tapi usaha mereka gagal kerana  ada orang di tampuk kuasa yang merancang untuk menggagalkannya. 

Sebesar mana sekali pun nama itu,jika BN boleh bertegas mengambil tindakan terus memecat ahli yang sabotaj parti, pasti kerajaan juga wajib mengambil tindakan terhadap pengkhianat dalam kakitangan kerajaan apatah lagi di jawatan utama.


Kepada PM, kita masih ingat ucapan beliau "Berubah atau Rebah", Biro Tatanegara  juga perlu berubah dari segi pengurusan, modul dan pendekatan dan jika secara konsensus kita bersetuju bahawa PRU14 akan datang perlu fokus kepada generasi muda, ini memberi makna bahawa rakyat yang berumur 17 tahun dari sekarang  akan menjadi pengundi kali pertama untuk PRU14. 


Generasi ini memerlukan sentuhan BTN yang perlu ditugaskan memberi kefahaman tentang Negara, Ancaman dan kedudukan Perlembagaan dan sentuhan ini perlu dikembalikan semula dan bukannya sentuhan kecundang oleh Raja Arif dan gerakan ini tidak mungkin akan berlaku selagi BTN di bawah pengurusan Raja Arif.Gerakan ini tidak akan berjaya selagi Raja Arif,Hanafi `Abu Nawa'] dan Mokhtar PA Sistem menguruskannya.


Jika kita mengharapkan Gerakan Red Bean Army  disekat melalui tindakan undang-undang, akan lahir lagi ribuan Red Bean Army menentang kerajaan kerana mereka mempunyai dana kewangan yang mencukupi  apatah lagi dengan sokongan Luar Negara yang mereka terima.


'Attack is the best defence' dan BTN juga jika digerakan dengan betul dan faham tentang ancaman negara, boleh bertindak balas dalam menghadapi serangan ini dan syaratnya pengurusan BTN harus orang yang percaya dengan situasi ini, bukannya yang memperlekehkan kenyataan yang sedang berlaku kerana berpegang dengan mazhab yang hanya beliau yang tahu, mazhab yang akhirnya Anwar Ibrahim berkuasa walaupun Anwar bukan Perdana Menteri.

9 comments:

Anonymous said...

tukar je la raja arif..dua kali diberi peluang, BTN nampak lesu..dia dah buang orang 'lama' gamaknya..

Anonymous said...

tukar lah..dah dua kali diberi peluang BTN nampak 'lesu'..tergamak dia tendang keluar orang lama BTN..tidak patut berada dalam BTN si raja arip ni..huhuhu

Anonymous said...

PM need to think outside the box ... kena cari tuan syed kut.

Kenapa recycle yg lama ?

Anonymous said...

PM Najib tahu ke cerita ni

Anonymous said...

NAK BUAT CEMANA..NAJIB MMG TAK LEH PAKAI..SEMUA PEKARA IKUT CAKAP PUNAHSIHAT..PIKIR SENDIR TARAK..DARI ZAMAN PAK LAH MCM TU

PAK LAH - SY PM SEMUA KAUM
NAJIB - SY PM SEMUA KAUM

TUN M - SAYA PM MALAYSIA

CAYA LAH TUN M!!

Anonymous said...

SYABAS TOK JANGGUT!! PENDEDAHAN YANG BERANI. BERANI KERANA SAYANGKAN UMNO.
SELAMAT BERJUANG UNTUK UMNO.

Anonymous said...

Transformasikan BTN....Jangan sampai dah terhantuk baru terngadah

Anonymous said...

TOK janggut sangat berani dedahkan keadaan sebenarnya dlm BTN
Tapi persoalan ialah kenapa PM masih juga buta? Jawapan nya - jangan jangan No 1 ni juga agen? karut? Cuba kaji baik baik. Think out of the usuql box la.

Carlos Santiago said...

tukar semua lagi bagus

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers