Wednesday, February 13, 2013


Najib dikelilingi musang berbulu ayam..
SUHU dan suasana  politik Malaysia barangkali sudah masuk ke edah atau frasa terakhir sebelum menjelang PRU 13 dan terlalu banyak sudah analisis diberikan oleh pelbagai pihak terhadap pelbagai kemungkinan  keputusan dan apa yang bakal berlaku pasca PRU ke 13 nanti.



Pelbagai andaian itu timbul berasaskan apa yang sedang berlaku sama ada isu semasa,plan gerakkerja dan helah-helah politik yang sedang tersusun di bilik gerakan dan `war room’ masing-masing dan saat ini semua pihak yang akan menyertai proses demokrasi dalam negara ini telah membuat congakan masing-masing terhadap kemungkinan-kemungkinan  yang bakal berlaku.


BN, daripada Pengerusi sampailah kepada jentera paling rendah jawatannya dalam struktur pilihanraya pasti yakin bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti dan begitu juga dengan Pakatan Pembangkang,dari Anwar sehinggalah pencacai yang paling rendah tarafnya juga mengatakan bahawa Putrajaya bakal jadi milik mereka.


Namun realiti politik perlulah difahami dengan baik dan matang oleh semua malah proses demokrasi melalui PRU ke 13 dalam negara masih lagi menawarkan 222 kerusi Parlimen untuk di pertandingkan dan setiap pihak yang bertanding perlu memperolehi 148 kerusi untuk berdiri megah sebagai kerajaan yang kuat menguasai 2/3 majoriti dan bukti kepada dunia bahawa ini adalah pilihan rakyat.


Gunalah pelbagai strategi untuk mengekal dan meraih sokongan sehinggalah pengundi akan memilih siapa yang akan layak memerintah.dan kepada BN gunakanlah kesempatan yang masih ada ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa  BN harus  terus disokong demi negara ini. 


Jika tidak digunakan ruang dan peluang yang ada,maka penyesalannya nanti akan berterusan ke anak cucu bahkan nama NAJIB akan terus dikeji dan selagi ruang dan peluang yang ada untuk mempertahankan apa yang ada hari ini,PM Najib harus gunakan segalanya bersesuaian dengan pesanan pujangga lama `jemurlah kain sewaktu hari masih panas’.


Realiti politik haruslah difahami dan dihadamkan dengan baik dan gerak kerja mencari sokongan perlu kepada kesungguhan dan kebijaksanaan kerana persoalan sokongan politik tetap 1 kepala hanya boleh menyumbang 1 undi. 


Analisis ramai pihak menunjukkan bahawa sekarang BN telah pun mempunyai kerusi-kerusi yang putih dan cuma perlu fokus untuk mendapat dan memastikan  2/3 majoriti sahaja dan gerak kerja kini tertumpu untuk` win over  beberapa kawasan lagi. 


Tanpa menyebut nama-nama kawasan terbabit,hasil analisa mendapati setiap kawasan parlimen itu mempunyai putara  60,000 orang pengundi berdaftar dan dari jumlah itu kebiasaannya cuma 85% akan keluar mengundi manakala 15% pula tidak akan keluar mengundi dan jumlah pengundi adalah sekitar 51,000 orang. 


Manakala dari jumlah ini, 70% (35,700) kebiasaaanya telah menentukan  pilihan mereka maka tinggal 30% atau 15,300 orang lagi yang perlu di perhatikan tabiat undi mereka.


Dari jumlah ini 15,300 orang kebiasaannya, 5,000 terdiri daripada pengundi luar, 5.000 terdiri daripada pengundi atas pagar manakala bakinya 5,300 adalah pengundi yang kali pertama mengundi.(20% kebiasaanya mengundi ikut kebiasaan keluarga). 


Meneliti contoh ini maknanya jentera BN perlu memusatkan fokus mereka kepada kumpulan sasar yang betul untuk memenangi pilihan raya dan strategi yang betul kepada kumpulan sasar yang betul perlu menjadi “motto kerja” kepada jentera BN,bukan lagi kepada program-program dalam bentuk “ceremony” dan perlu dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar.


Inilah fokus  sebenar jentera BN  saat ini.,fokus yang memerlukan komitmen yang sama daripada pelbagai peringkat dan penjawat parti, agensi dan orang perseorangan yang ingin menyelamatkan akidah, agama, bangsa dan Negara dari dikhianati oleh kegilaan pembangkang.


Matlamat kemenangan 2/3 perlu disatukan dibawah satu matlamat demi untuk menyelamatkan agama,bangsa dan Negara demi anak cucu di masa akan datang dan bukannya untuk pangkat,kuasa,kedudukan,peluang perniagaan dan lain-lain dan Inilah yang perlu disatukan oleh PM Najib agar jentera menjadi kumpulan yang hanya mempunyai “collective intent”,collective responsibilities” dan “collective values”


Selebihnya pihak pimpinan PM perlu memperkukuhkan mekanisme pertahanan agar semua gerak kerja dan keputusan bersama oleh kerajaan dan parti dipatuhi tanpa sebarang keraguan bukan hanya oleh parti BN tetapi juga seluruh jentera kerajaan. 


Kerana jika tidak diberi perhatian inilah antara virus yang akan merosakkan seluruh momentum dan gerak kerja PM yang sememangnya tidak mahu menjadi PM BN terakhir dalam sejarah negara.


Paling penting adalah pengumuman PM bahawa Jawatankuasa Disiplin yang akan dilantik di kalangan orang yang tidak dikenali akan memantau semua gerak kerja parti disemua peringkat amat-amat melegakan dan disambut baik oleh akar umbi yang tak rela lagi melihat calon BN kecundang akibat khianat sesama sendiri. 


Jawatankuasa ini sudah pastinya akan berkhidmat dengan jujur,amanah,tidak memilih bulu dan yang paling penting bijak mencari dan memberi takrifan sabotaj dan khianat?

Cuma timbul persoalan bagaimana pula dengan sabotaj dan khianat daripada bukan di kalangan ahli  parti, tetapi berpeluang dan berniat untuk khianat dan sabotaj BN? Apa pula mekanisme dan takrifan yang harus diberi?  


Sebagai contoh tindakan daripada individu berpengaruh yang mengetuai satu agensi kerajaan dan menggunakan agensi itu untuk tidak memberi kerjasama malah dilihat jelas memandul dan menghalang gerak kerja  memastikan BN menang?


Apakah perkara-perkara yang sedang berlaku di Biro Tata Negara (BTN) sekarang tidak boleh di takrif sebagai sabotaj BN dan kerajaan? Menukar kakitangan dan pegawai saat pilihan raya atas alasan keperluan semasa, itu bukan sabotaj BN? 


Dale Carnagie-agenda untuk siapa sebenarnya?
Membawa masuk kumpulan trainer “dale carnagie” atas alasan ingin tingkatkan kemahiran pegawai,sedangkan semua trainer yang mengajar `high impact presentation’ langsung tidak dihalang untuk sentiasa juga meratib nama Anwar Ibrahim sebagai ` role model’ pemimpin yang baik `,presenter’ yang berkesan yang secara psikiloginya sentiasa mengulang-gulang nama Anwar,adakah itu bukan sabotaj BN?


Apakah mengukuh kembali gerakan USRAH di Rumah Meranti JKR736 Jalan Bellamy dengan mewajibkan semua pegawai hadir dan dikendalikan oleh ABIM itu juga bukan sabotaj BN?


Walaupun jelas dan nyata bahawa ABIM menjelang PRU 13 ini menjulang Azizah dan Anwar melalui anugerah Saidatina KhatiJah, BTN masih lagi menyalurkan dana dalam bentuk program dan tunai ,itu bukan sabotaj BN atau saja-saja menghabaiskan dana BTN? 


BTN cuba menghalang nama-nama besar bertanding di kawasan-kawasan Parlimen tertentu sebaliknya menghantar nama di kalangan mereka atau rangkaian ABIM atau bekas pegawai BTN sebelum 1999 itu bukan sabotaj BN?Tidak memberikan kerjasama yang baik kepada gerak kerja yang disusun oleh Ketua Penerangan UMNO.Ahmad Maslan, itu bukan sabotaj BN? 


Selepas ini BTN akan memindahkan sebahagian Pengarah Negeri dan dipusatkan di ibupejabat di bawah seliaan orang ABIM,itu bukan sabotaj BN?Tidak membenarkan nama Anwar Ibrahim disebut sebagai pengkhianat dan pengancam keselamatan Negara, itu bukan sabotaj BN?Membenarkan cakera padat ceramah Anwar digunakan sebagai bahan LDK oleh pegawai bernama Shonetah Terang di Sabah itu bukan sabotaj BN?


Saat semua agensi sedang fokus laksanakan gerak kerja membantu BN, BTN sedang fokus buat gerak kerja kenaikan gred pegawai(untuk kumpulan ABIM) dengan menggunakan KSN dan CUEPACS,  itu bukan sabotaj BN? Malah banyak lagi aktiviti-aktiviti BTN yang ternyata tidak seirama dengan agensi-agensi pusat yang lain saat ini sememangnya amat diragui,apatah lagi kini BTN tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya kepada “lead agency’. 


Adalah menjadi harapan kita semua, PM jangan hanya melihat yang akan sabotaj parti ini hanya di kalangan ahli parti sahaja malah tindakan tegas juga perlu di ambil terhadap mana-mana agensi dan penjawat awam yang ternyata menjadi api dalam sekam dan duri dalam daging kepada kerajaan dan BN. 


Kasihan kepada rakyat dan akar umbi yang pasti akan bekerja bermati-matian untuk kemenangan 2/3 namun terhalang kerana manusia-manusia yang menyokong kerajaan  hanya di depan  PM setelah diberi pangkat dan kuasa  sebaliknya  masih tetap berimamkan Anwar  Ibrahim dan tetap berhasrat menabalkan idola mereka itu sebagai PM sebagaimana telah dibuktikan oleh ABIM dan orang-orang  hasil usrah mereka di tempat-tempat strategik dalam kerajaan. 


Pernyataan secara simbolik sokongan kepada Anwar dan Azizah telah dapat dilihat secara terbuka bila  ABIM merasakan Azizah lebih layak menerima Anugerah Khas Syaidatina Khatijah kalau mahu dibandingkan dengan Rosmah Mansor kerana sememangnya itu adalah matlamat untuk mengangkat kembali darjat dan maruah Anwar dan Azizah menjelang PRU13.


Anugerah untuk Wan Azizah menghina Rosmah
Itulah strategi halus mereka untuk meraih sokongan,menggunakan isteri untuk meraih simpati dan sekaligus juga gerakan ABIM dan ahli usrahnya ini sebenarnya ingin menyindir Rosmah Mansur. Patutlah terdengar juga suara-suara sumbang (harap ini tidak betul) Raja Arif juga antara orang yang kuat bantai dan komen Rosmah bila Rosmah menyertai PM ke Gaza. 


Cuba tanya KP BTN, apa gerak kerja yang dibuat oleh BTN untuk menafikan semua fitnah terhadap Rosmah?Setakat ini juga tidak ada sebarang gerak kerja dari BTN untuk `back-up’ sebarang isu yang mengaitkan Rosmah.


Alasannya mudah, BTN hanya akan menjual 1Malaysia,nama Rosmah langsung tidak ada dalam senarai gerak kerja BTN walaupun dalam usrah-usrah pegawai di Rumah Meranti milik BTN,jelas ABIM tetap akan bekerja mengalahkan kerajaan BN yang zalim, membazir(dengan merujuk kepada Rosmah) tanpa mengambil kira Anwar salah atau tidak,tetapi BN perlu dikalahkan. 


Agaknya BTN tidak berminat menjadi `backbencer’ ini  kerana Rosmah belum lagi hadir program `dale carnagie’ dan usrah ABIM itu yang menyebabkan BTN tidak menjadikan nama Rosmah sebagai nama popular tidak sebagaimana Azizah yang merupakan lepasan usrah dan “dale carnagie” dan sebab itulah penampilannya  lebih memberi kesan sehingga diangkat menjadi penerima anugerah Syaidatina Khatijah.


Anwar telah pun mengumumkan bahawa jika mereka kalah,demokrasi di Malaysia akan disuburkan sebagaimana “Arab spring” sebagaimana banyak pendedahan telah dibuat sebelum ini. 


Sememangnya gerak kerja politik Anwar sudah dijangka dan PM Najib bukan tidak tahu siapa musuh yang sedang beliau hadapi dan disinilah kebijaksaan beliau dituntut dalam menyelesaikan segala kemelut-kemelut yang sedang  berlaku kerana Anwar tidak akan mengalah dengan mudah dan sememangnya menjalankan gerak kerja dengan prinsip Machievelli “matlamat menghalalkan cara”.


Kerana beliau,orang Melayu sudah berpecah belah, PAS juga sudah hancur,kerana beliau berapa ramai mahasiswa yang gagal di universiti, bahkan Anwar boleh buat apa sahaja dengan membelakang semua undang-undang dan Perlembagaan. 


Percayalah jika kita terus membenarkan mekanisme `Arab Spring’ ini bergerak dan hidup segar, arab spring yang beliau sebut ketika ditemuramah di Austaralia ini pastinya akan menggugurkan PM dari Putrajaya dan masih ingatkah kita demonstrasi bersiri setiap Sabtu 1999? Siapa yang turut menggerakannya?

Abim masih jadi lubuk perkaderan Anwar Ibrahim
Siapakah yang mengarahkan pegawai-pegawai  BTN menghadiri setiap Sabtu dan merusuh di Dewan Merdeka?  Cuba Tanya KP BTN,Raja Arif?Cuba tanya Mokhtar Sulaiman,cuba tanya Hanafi Harun,cuba tanya Shahlan Ismail SETPOL PM Najib siapakah orang paling aktif dan mengetuai kumpulan menyebar gambar Anwar mata lebam di Terengganu? 


Siapakah yang berterusan mengarahkan jurulatih BTN seluruh negara menjadi agen penyebar risalah di masjid-masjid, menjadi pakar provokasi dalam perhimpunan dan sebahagian jurulatih itu masih hidup dan masih bernaung dibawah Raja Arif. Apakah tragedi itu sekali lagi sedang dirancang? 


PM kena ingat bahawa kejatuhan pemimpin dunia termasuklah di zaman Rasul SAW adalah kerana orang-orang sekeliling beliau dan kita tidak mahu kerana PM Najib terlepas pandang akhirnya beliau tersungkur di PRU13 nanti.


Kita tidak mahu PM Najib mengulangi kesilapan Tun Mahathir sebagaimana pengakuan beliau, bahawa bukan tidak ada orang yang sampaikan apa yang Anwar dan kuncu-kuncunya telah buat,`tapi saya sendiri yang tak percaya kerana di depan saya dia pandai berlakon. Bahkan sesiapa yang sampaikan keburukan pasal Anwar,saya akan marah sehinggalah saya sendiri menyiasat dan jumpa bukti-bukitinya..’


Kepada PM Najib, usah ulangi kekesalan Tun M itu. Berbuatlah sesuatu  dan MUSNAHKANLAH SEMUA PETUALANG SERTA PENGKHIANAT MENJELANG PRU13 NANTI.

3 comments:

Anonymous said...

Baik sebagai perkongsian pendapat dan maklumat. Apa pun saya percaya
PM lebih arif dalam perkara ini. Tentang btn lebih kearah abim, peringkat atasan perlulah menjelaskan perkara ini dan kenapa perlu berlawanan dengan kehendak kerajaan BN.

Unknown said...

Salam tuan.

Mohon dipaut blog kami,
http://parlimensembrongp153.blogspot.com/

Terima kasih.

Adi Jaggat said...

Salam perjuangan, mohon jasa baik tuan utk pautkan blog sy di blog list tuan,
melayublues.blogspot.com

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers