Monday, February 4, 2013
Mereka sedang diperalatkan! |
EDAH PRU13 semakin hampir dan
makin kelihatan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sedang menjuarai isu,mendekati
rakyat malah seluruh pimpinan BN mula bergabung tenaga memberikan tekanan
kepada pembangkang,menangani isu,persepsi serta fitnah yang bertahun-tahun
dilemparkan oleh pembangkang.
Saat pembangkang
terkial-kial menepis isu kalimah Allah yang mereka sedang persendakan,dendam
Nik Aziz hingga membawa kepada pemecatan Nasharudin sebagai ahli Majlis
Syura,kebangkitan rakyat seluruh Negara yang mula menyedari tipu helah
pembangkang serta kegilaan DAP yang masuk campur dalam segala urusan parti yang
bergabung dengan mereka,UMNO terus memacu serta memperkasakan komitmen membela
rakya,agama,bangsa dan negara.
Namun dalam masa yang
sama,BN jangan sesekali terlepas pandang dengan gerakan senyap daripada
pembangkang apatah lagi memperkecilkan segala usaha mereka untuk menumbangkan
BN kerana PRU13 sahajalah peluang yang ada kepada pakatan pembangkang untuk
menumbangkan kerajaan sedia ada kerana mereka sedar mereka tidak akan
berpeluang lagi selepas ini.
Sesekali BN harus berpaling
ke belakang kerana pembangkang mempunyai strategi fitnah politik yang berseni dan tersendiri
malah dengan bantuan daripada seluruh pengkhianat agama,bangsa dan Negara.kita
yakin pembangkang sedang menyusun strategi untuk membantut segala usaha
penerangan UMNO kepada rakyat yang selama ini terpedaya dengan tipu helah
mereka.
Kelicikan Anwar dan
kuncu-kuncunya termasuklah Nik Aziz,Hadi Awang,Karpl Singh.Lim Guang Eng serta
Lim Kit Siang harus dijadikan keutamaan oleh pimpinan BN kerana mereka ini
terbukti pakar dalam membina kilang-kilang fitnah serta menggerakkannya untuk
terus mengelirukan rakyat dan kita percaya semakin hampir dengan PRU13,mereka
akan semakin menggila menabur racun dan fitnah di kalangan rakyat jelata.
Anwar sedar bahawa partinya
tidak mungkin menang dan beliau dia tidak akan menjadi PM melalui mana-mana PRU
sekalipun dan beliau cuma berharap PRU13 sahaja yang akan menentukan untung
nasibnya dalam kitaran politik tanahair.
Anwar yang di`remote’ oleh
tangan-tangan ghaib harus mencuba dengan segala daya dengan melancarkan
serangan secara konsisten bagi menghakis keyakinan rakyat terhadap agensi-agensi
kerajaan seperti PDRM, Institusi Kehakiman,
SPRM, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Negeri termasuklah
SPR adalah bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap sistem
dinegara ini.
Serangan terhadap
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia pasti akan ditingkatkan kononnnya mahu rakyat
menuduh SPR tidak menjalankan sistem pilihanraya yang adil dan saksama dan kita
percaya pembangkang sedang menyusun strategi bagi menjadikan PRU13 kali ini
adalh satu pilihnaraya paling buruk dalam sejarah tanahair dan berkemungkinan
besar rakyat yang buta mata hati mereka akan diheret ke jalanraya bagi
membantah kekalahan mereka nanti.
Kita lihat bagaimana
kumpulan pengkhianat Negara ini bergerak mencari sokongan,tidak cukup dengan
agensi kerajaan,mereka turut menyerang GLC,GOC dan syarikat gergasi dimiliki
kerajaan lain seperti Petronas, Felda, Khazanah
Holding malah badan seperti PTPTN serta
AES juga di cabuli kononnya kerajaan menzalimi
rakyat dan mengaut untung daripada mereka.
Anwar tahu, jika mengharapkan
pilihan rakyat, semestinya rakyat telah mula sedar pembohongan beliau terhadap seluruh bangsa dalam Negara ini termasuklah
Cina, India,Melayu dan seluruh bangsa di Sabah serta Sarawak pun telah sedar
bahawa Anwar adalah `sesumpah’ politik yang sentiasa berubah mengikut keadaan
sepertimana di depan Cina, Anwar berjanji dengan pelbagai kemewahan seperti
peluang perniagaan dan kesamarataan dalam semua bidang,, di depan India, Anwar
berjanji menaikkan taraf hidup kaum itu malah didepan Melayu pula, beliaulahdilihat
pejuang agama,bangsa dan negara terulung.
Dalam masa edah PRU13 ini,kita
yakin dan percaya isu seperti Altantunya, Scorpene, NFC, RCI dan beberapa
isu terdahulu akan di rebus serta di perhangatkan semula untuk tujuan mencalarkan
imej PM dan keluarganya.Pimpinan BN harus bersedia untuk menangkis serangan
berbau fitnah ini.
Inilah yang disebutkan
sebelum ini strategi Blitzkrieg yang mereka gunakan iaitu mengumpul sebanyak
mana isu dan fitnah dan mereka akan gunakan apabila tiba masa yang sesuai dan
Anwar serta pasukannnya mempunyai kepakaran menyusun bagi melaksanakan gerakan
rekayasa fitnah terhadap BN dan juga PM
Najib.
Beberapa siri demonstrasi
dan pehimpunan jalanan adalah antara strategi menghasut rakyat untuk bangkit
menentang kerajaan dan Revolusi Warna yang disebutkan sebelum ini serta perhimpunan
yangg menggunakan lambang tertentu yang di pelopori barat telah manjadi acuan
pembangkang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa sistem negara ini perlu di
ubah.
Anwar dan pemikirnya dari luar negara melalui
NGO tertentu yg memiliki dana tanpa had menyusup masuk ke dalam negara melalui gerakan
mahasiswa dan badan bukan kerajaan yang kononnya berjuang atas dasar kebebasan
sedangkan mereka ini adalah alat kepada kuasa lain yang terancang untuk
mengubah rejim di sesebuah negara.
BN tidak boleh memberi muka
serta memandang ringan terhadap orang seperti Anwar ini yang merupakan
politikus yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat peribadi dan
yakin serta percayalah, anwar akan
membuat sesuatu diluar kotak pemikiran kita termasuklah menangis ataupun
bersumpah bahawa beliau bukan peliwat ataupun penzina
Tidak mustahil peristiwa kematian Benazir Bhuto
akan menjadi `grand design' kepada anwar untuk menagih undi simpati daripada
rakyat dan jangan terkejut sekiranya Anwar akan menjadikan peristiwa Wan Azizah
ditembak sebagai kaedah terakhir mendapatkan sokongan dan mengajak rakyat
bangkit.
Moga rakyat menjadikan PRU13
sebagai kesempatan terakahir menolak kegilaan politik pembangkang dan juga medan mempertahankan Negara ini daripada
terus di peralatkan oleh kuasa asing.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
6 comments:
suma dlm poket anwar...kalu menang nasib,kalu kalah comfirm tak bertanding lepas nih..
Artikal LIBAS EKOR PARI ini tiada jalan lagi Anwar Juboq nak tepis. STJ kena malah wajib mencari dan menyelongkar semua agensi Kerajaan yang punyai saki baki, serdak serdak dan habok habok hingga ka debut debu yang ada elimen Anwar juboq niiihhhh... sepaya mereka tidak lagi dapat bergerak sabotaj Kerajaan dari dalam.
Setakat ini yang dah lama kita tahu dalam BTN yang mana KP nya ialah proAnwar tok tok, yang STJ dah hantam cukup cukup, biar dia balik ligat di Kuala Nerus jika dia terlalu berhajat nak jadi Ahli Parlimen.
..sudah terhantok baru terngadah.. begitu lah nasib org melayu bila kuasa politik mereka hilang kpd cina2 kapiaq dan hindu2 paria.. semua ini akan berlaku dgn bantuan dari golongan melayu yg munapig yg didalangi peliwat tegar negara serta kebodohan moosidol & hadi boroi berpolitik.. taqbir!..
DON'T JUST STAND AND WATCH, PLEASE DO SOMETHING BEFORE ITS TOOOOO LATE.
Kalau PM masih lagi berdegil, nampaknya PM kita bersedia untuk menerima kekalahan dlm pru getir nanti. Sampah sarap dalam kerajaan dan agensi strstegik seperti jasa, kemas, btn dan mkn perlu di bersihkan. Umum tahu bahawa raja arif adalah tahi anwar yg dibiarkan terapung di arus perdana. Raja arif tidak pernah akui sekalipun bahawa anwar bersalah.
MASALAHNYA MAKLUMAT2 MACAM NI SAMPAI ATAU TIDAK PADA PM.SAYA MOHON AGAR STJ MENCARI SESEORG YG RAPAT DENGAN PM DAN MAMPU BAWA STJ BERJUMPA PM UNTUK STJ MEMBENTANGKAN PENDAPAT DAN HASIL KAJIAN STJ PADA DS NAJIB.MASA MAKIN SUNTUK DAN PASTINYA GERAKAN SENYAP ANWAR INI TELAH MULA BERKERJA.