Thursday, July 26, 2012

Lajim pengkhianat parti...
ATAS alasan apa sekalipun tindakan Lajim Ukin yang akan meninggalkan UMNO adalah tindakan paling biadap,jahat,kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair yang dipamerkan oleh beliau sekailgus membuktikan bahawa beliaulah pembeot parti yang paling hina kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama sebelum ini.

Sikap berpaling tadah Lajim Ukin di saat beliau masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagia Beufort membuktikan bahawa beliau meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada mempertahankan maruah UMNO serta Barisan Nasional.

Lajim yang mengaku pejuang tetapi takut kalah dan sebelum kalah 29 haribulan Julai nanti beliau akan mengumumkan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.Beliau begitu yakin BN akan tumbang dan ibarat kata pepatah,dahan belum patah cuma baru bergoyang,Lajim sudah menjadi seperti beruk melompat mencari dahan lain.

Lajim Ukin sudah pun menghantar jemputan kepada rakan-rakan beliau untuk hadir di majlis Berbuka Puasa di rumahnya di Beufort dan turut dihadiri oleh Hadi Awang,Lim Kita Siang serta Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2012 nanti.Kali ini Lajim sudah tidak berteka teki lagi apabila segala ugutan dan tekanan diberikan kepada Perdana Menteri tidak dipedulikan kerana pada tarikh itu jugalah beliau akan mengistiharkan keluar UMNO untuk menyertai pembangkang.

Biarpun Lajim ada sejarah lompatnya namun lompatan di saat UMNO dan BN sedang bersiap sedia untuk mendepani PRU13 cukup jahat serta paling tidak bermoral dilakukan oleh ahli politik veteran seperti beliau kerana dalam saat mahu berperang Lajim menukar kem dan menggunakan senjata yang diberikan UMNO dan BN untuk membunuh rakan-rakan beliau dalam UMNO dan BN.

Lajim juga boleh kita sifatkan sebagai pemimpin penipu kerana sebelum ini apabila ditanya adakah beliau akan menyertai PKR menolak kenyataan tersebut tetapi rupa-rupanya beliau menggunakan kedudukannya sebagai MT UMNO,Timbalan Menteri dan MP Beufort adalah untuk mengugut kepimpinan pusat serta negeri supaya tunduk kepada segala desakannya.

Tindakan Lajim ini juga dikatakan berpunca daripada keyakinan beliau bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan kalah dalam PRU13 nanti bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh Malaysia dan sebagai persiapan awal, untuk meneruskan survival politik beliau,beliau akhirnya memilih untuk meninggalkan rakan-rakan yang lain dalam UMNO dan Barisan Nasional untuk menyelamatkan dirinya sendiri dan faktor kononnya perjuangan beliau adalah untuk rakyat Sabah hanyalah rekaan politiknya semata-mata.

Malah Lajim juga bertindak sedemikian kerana termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim yang akan melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya pembangkang berjaya menumbangkan BN dalam PRU13 nanti dan tidak cukup dengan itu Lajim juga dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Anwar (besar sungguh cita-cita politik Lajim ini).Elok jugalah Lajim diperbodohkan oleh Anwar,dulu di Sarawak pun Baru Bian dijanjikan Ketua Menteri Sarawak tapi akhirnya Baru Bian angkat sumpah di depan gambar Anwar sahaja.

Lajim yang selama ini kita anggap bijak bermain politik tetapi sejak menukar buah pinggangnya,beliau jadi terlalu mudah untuk diperbodohkan dan UMNO serta BN diyakini tidak akan meratap hiba dengan kehilangan parasit seperti Lajim ini dan lebih memudahkan UMNO dan BN membuat pembersihan dalam parti. 

Untuk PRU13,PM dan Musa Aman harus mengenalpasti pemimpin yang setia pada parti dan tidak meninggalkan medan perjuangan walau dengan apa cara sekalipun untukk dipilih sebagai wakil BN ataupun UMNO dalam PRU nanti.

Huduh dan busuknya lagi permainan politik Lajim ini walaupun dalam masa beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri,beliau masih mampu menebalkan muka menjaja jawatannya termasuklah bertemu dengan Nik Aziz di Kelantan baru-baru lalu dan kalau betullah dia bermaruah serta berwibawa sejurus selepas meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian Beufort,dia mengosongkan pejabatnya tetapi beliau masih menggunakan taktik ugut dan mendesak Perdana Menteri untuk tunduk kepada 21 desakannya termasuklah mahu Musa Aman mengosong kerusi Ketua Menteri Sabah dalam masa 15 hari.

Kita percaya dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Lajim terhadap parti dan kerajaan ketika ini,maka akan pecah berderailah segala kerakusan Lajim dan tidak pelik kalau dilihat sikap rakus dan tamaknya mengejar jawatan Ketua Menteri,beliau juga rakus menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan ataupun sebelum ini pernah menjadi Menteri di beberapa Kementerian dalam kerajaan Negeri Sabah serta Ketua Merinyu Projek di Jabatan Ketua Menteri Sabah sewaktu menyandang ADUN Klias.

Malah ada yang mendakwa Lajim Ukin lebih korupsi daripada semua pemimpin dari Sabah dan pemerhati politik tidak hairan apabila laporan daripada SabahKini.Net yang mendedahkan hubungan kontrak serta projek dengan Shafie Afdal.Apa pula hubungan Shafie dengan Lajim ini?Mengapa nama Shafie ditimbulkan sedangkan projek-projek tersebut adalah berbentuk tender terhad yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan tidak ada kaitan dengan Shafie.Mengapa nama Shafie ditimbulkan?Adakah ada agenda lain dipihak Lajim yang turut mahu membunuh karekter Shafie sebagai Menteri Pusat?

Shafie diheret dan dituduh bersekongkol dengan tindakan Lajim ini terutama membabitkan projek Pembangunan Luar Bandar bernilai RM150 juta, Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta namun Lajim memekak kononnya kedudukan beliau sebagai MP Beufort tidak dibantu oleh Kerajaan Pusat.

Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah kerana difahamkan sebagai 'Projek Top-Up' sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).

Projek HQ.191/2011(F) bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011 dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.

Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada 30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.

Semua projek Kerajaan Persekutuan ini dikaitkan dengan Lajim dan belum terdedah lagi beberapa penyelewengan sewaktu Lajim menjawat Menteri Pertanian Sabah satu ketika dulu dan mereka ini semua sedang menunggu pengistiharan rasmi Lajim keluar dari UMNO dan dipercayai Sabah terutama sekali di Beufort akan bergegar kisah Lajim Ukin,pembelot serta pengkhianat yang mencipta sejarah ini.

Kita tidak tahu mengapa nama Shafie diheret dalam tindakan Lajim serta beberapa orang lagi inidan kita amat berharap semua itu fitnah dan kita juga harap pemberian projek oleh Kementerian Kewangan kepada suku sakat ataupun Lajim sendiri bukanlah umpan untuk memalukan Najib serta Musa Aman tetapi adalah kerana kemampuan syarikat itu dan kita juga berharap siasatan SPRM tidak menemukan keterlibatan Lajim dalam kes rasuah termasuklah projek Sisa Pepejal di Kementerian Lajim sebelum ini.

Kita tunggu episod seterusnya Lajim Ukin ini…adakah beliau akhirnya akan seperti dulu sujud dan minta ampun serta maaf kepada Pairin Titingan kerana mengkhianti parti itu dan bila kena tipu dengan Anwar,beliau juga akan sujud dan minta maaf dalam bentuk yang sama terhadap PM Najib serta Musa Aman.

10 comments:

Anonymous said...

Apa nak dihairankan bang, dulu dialah yang jadi faktor menyebabkan PBS tumbang dan BN dapat semula menjadi kerajaan di Sabah. (dasar katak!!)

Sasaban said...

Rasanya, ramai penduduk beaufort yg sudah cenderung ke arah pembangkang. Tp, dgn penghijrahan lajim, tiada lagi perasaan serba salah memilih pembangkang. Hakikatnya, lajim hanyalah faktor kedua, sedangkan faktor utama adalah kebencian sebahagian besar rakyat terhadap Musa Aman.

Anonymous said...

Sememang nya lajim di hantar ke pihak pembangkang untuk menghancurkan parti pembangkang dari dalaman.

Anonymous said...

buat ajelah PRU13 cepat-cepat..jgn dok tangguh lama sgt..biar rakyat tentukan sapa nak pilih...TAPI yang penting mestilah dibuat dengan adil dan telus...SPR tolong jgn jadi pecacai...bertindak biarlah adil, sama rata..beradu secara gentleman...ini tidak..asyik nak bagi menang pihak tu aje...rakyat tak bodoh macam dululah....

Anonymous said...

Apapun, biarlah.. masing-masing ada hak untuk memilih. Cuma orang melayu kena ingat, masuk PR ertinya menjadi kuda tunggangan DAP. Sanggupkah kita lihat negara hancur bak Singapura? Baca2 lah buku sejarah. Jgn asyik nak salahkan UMNO/BN sahaja...mereka pun manusia. Kalau pemimpin silap, dalam UMNO/BN sendiri kita ada cara utk betulkan. Bukan dgn cara tukar parti dan jadi pengkhianat negara.

Anonymous said...

SATU PERGI RAMAI YG DATANG. DIA LOMPAT DIA PUNYA PASAL. YANG TINGGAL TIRU MACAM SAYA DIPECAT PUN SAYA SETIA DGN UMNO.

Anonymous said...

BAGUSLAH DIA LOMPAT SEKARANG DARI PADA DAH DEKAT PRU 13..SEKURANG KURANGNYA BN ADA MASA UNTUK MEMBAIKI KEADAAN.BUKAN SENANG NAK BUBAR PARLIMEN,DS NAJIB KENA KAJI BETUL2 KEADAAN PARTI,KEADAAN EKONOMI,SOKONGAN RAKYAT..

Unknown said...

UMNO xprlukan pmimpin yg gila kuasa mcm dia ni..dia perjuang demi kpntngan politik dan poket dia jer..UMNO prlukan pejuang rakyat,bkn pejuang tamak mcma lajim ni..kita sama2 tgk nasib dia ngan pmbgkang nnti...xsgka ak org yg pndai mcm dia pun blh termakan ngan janji2 palsu anuar..

Anonymous said...

PERGI MAMPUS DENGAN LAJIM UKIN. ADA TAK MENOKOK, HILANG TAK MENGURANG..BIAR DIA MATI DALAM KEADAAN PALING HINA...DASAR ANJING!!

Bro Yusri said...

biasalah dalam politik Malaysia yg materialistik ..kes lompat2 & tubuh parti baru sebab nak jadi ketua ...

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers