Thursday, May 31, 2012

Biadap dan kurang ajar..!
KEDAULATAN Raja-Raja Melayu yang menjadi payung rakyat di Tanah Melayu ini semestinya dipertahankan bukan sekadar kenyataan media semata-mata tetapi ianya perlu lebih tegas dengan tindakan undang-undang sebagai pengajaran agar ianya tidak menjadi ikutan pada mereka yang suka mengambil kesempatan.

“Janganlah kita terlalu lemah lembut dalam soal ini (penderhakaan) terhadap Raja-Raja kita dan janganlah sampai bukan bangsa Melayu yang tidak tahu adab dan adat turut sama dengan alasan tuu...orang Melayu pun boleh cakap pasal dia punya raja, tarak apa pun...tarak masuk penjara pun...” kata kawan-kawan ketika bersembang dengan Kawan di Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru.

Isunya ialah pembidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000 dan dikritik secara terbuka oleh bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin melalui twitter yang anggap duit sebanyak itu boleh dibelanjakan untuk bantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin.

Kritikan Nizar itu mendapat reaksi Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim yang menempelak Nizar kerana membuat kritikan tanpa kajian.

Isu itu timbul dan menjadi perbualan dikalangan orang-orang politik malah mendapat komen-komen yang agak 'kurang sopan' di laman-laman blog. Facebook dan twitter.

Penulis hanya pasang telinga, kalangan tukang sembang ada yang kata, “kebiadaban dan keceluparan Nizar itu amat keterlaluan, inilah unsur pengajaran yang hendak diajar oleh seorang Melayu pada generasi muda hari ini supaya boleh tegur sapa saja termasuklah Raja-Raja Melayu”

“Kalau tidak ada satu pengajaran untuk mentaati Raja-Raja Melayu maka tidak hairanlah di masa depan akan ada lebih ramai 'Nizar' dan ketika itu nasi sudah jadi bubur”

Semalam juga telah dimaklumkan dah ramai buat 'report' polis pasal Nizar tu dan Kawan juga dah baca kenyataan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif dah tubuh pasukan petugas untuk siasat Nizar di bawah Akta Hasutan.

Para sahabat yang mengulas isu itu berharap akan ada satu perlaksanaan tindakan tegas sebagai pengajaran pada semua pihak dan pingat Datuk Seri itu ditarik balik.

Kita hanya boleh tunggu apa rakyat Johor terutama pembesar negara yang berkuasa terutama dari negeri Johor nak buat.

10 comments:

Anonymous said...

dia ni dah tahap binatang!

Unknown said...

Nizar ada masalah mental, berkali kali cuba buat kenyataan derhaka terhadap institusi diraja. mungkin dia ada sejarah tersendiri, walau apa pun alasannya.. tindakan itu tidak wajar~ http://paperwaris.blogspot.com/2012/05/derhaka-lagi-nizar-lilin-tuduh-tmj-main.html#.T8g48VKXo6A

Anonymous said...

Tak perlu marah sama Nizar gila tu..oleh kerana kepimpinan paklah amat baik dan bersih terlus, bebas nak bersuara , bebas semuanya, nizar ni boleh jadi MB itu aja..dia da gila kuasa mcm mantan banduan sg buloh tuuu

Anonymous said...

setuju sgnt...harap istana perak peka dan dgr luahan rakyat bawahan ni. harap dpt tarik balik gelaran dato seri.

Anonymous said...

Apa nak hairan,nizar memang keturunan kominis.Yang penting imej PAS di Johor telah tercalar.Jgn mimpi lah nak tawan johor beb....berasap la si Din Pudu...berangan nak jadi MB Johor...piii mampus lah PAS

Anonymous said...

Sembah derhaka...soal bohong, fitnah dah jadi cara hidup Nizar. Apa sangat Sultan, ayat Allah pun dia putar belit. Jd marilah kita doa agar Allah beri hidayah kpdnya

Anonymous said...

nizar ni kacukan cina.

tak hairan.

Anonymous said...

kalau dia datang johor buat ceramah MAKAN SEPATU AKU DULU

joe42 said...

Nizar Biol!

Anonymous said...

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAHKTA

Daulat Tuanku!!!Daulat Tuanku!!!
Daulat Tuanku!!!

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers