Wednesday, June 22, 2011

Pilih salah satu-jangan tamak!
KITA teringat cerita Israq Mikraj bila Nabi s.a.w tengok manusia yang letak beban dibahu tetapi berjalan pun tidak larat dan menambah lagi beban dibahunya dan Nabi s.a.w tanya Jibrail kenapa berlaku begitu dan Jibrail jawab,itulah manusia yang sudah pun terbeban dengan amanah namun sanggup menambah lagi beban lain dibahunya.

Inilah contoh manusia yang tamak dan apa yang berlaku pada Mesyuarat Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Pontian harus dijadikan teladan oleh mana-mana pemimpin UMNO supaya sedar diri.tidak tamak dan memegang pada janji dan paling mengecewakan apa yang berlaku di Persidangan Perwakilan  Tahunan UMNO Bahagian itu mengalami satu titik hitam dalam sejarah UMNO apabila seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak hadir, satelah menjanjikan hadir  tanpa sebab yang munasabah untuk merasmikan mesyuarat tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu yang juga seorang Duta bertaraf Menteri bukan sahaja dilihat telah berbohong kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian Pontian tetapi juga mencerminkan betapa beliau tidak ada komitmen terhadap parti yang beliau sendiri dokong dan sekaligus mengkhianati kepercayaan bukan sahaja ahli UMNO dalam Pontian tetapi memalukan UMNO secara keseluruhnnya.

Usaha mempengaruhi Ketua UMNO Bahagian Pontian dibuat oleh Setiausaha Politik beliau setelah tidak ada mana-mana Bahagian UMNO lain mengundang beliau untuk merasmikan mesyuarat Bahagian  yang sedang berlangsung ketika ini dan UMNO Bahagian Pontian bersetuju untuk memberikan ruang kepada Jamaluddin Jaris merasmikan bahagian tersebut walaupun pada mulanya mereka berhasrat mengundang tokoh lain.

Namun malangnya apabila tiba hari yang dijanjikan, beliau sibuk dengan aktiviti golf di Kuala Lumpur Golf Club, beliau masih memberikan janji akan hadir untuk merasmikan mesyuarat tersebut tetapi sehingga selesai mesyuarat itu,bayang tokoh ini langsung tidak nampak.

Betullah mesyuarat boleh dilaksanakan tanpa kehadiran beliau dan tidak ada apa-apa kesan kepada perjalanan mesyuarat itu tetapi sebagai sebuah pertubuhan Melayu yang terkenal dengan budaya meraikan tetamu,segala persiapan dibuat untuk menyambut tokoh tersebut yang bukan sahaja Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO tetapi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, ibarat kenduri kahwin tetapi pengantinnya lari.

 Bayangkanlah dimana Ketua Bahagian UMNO Pontian Dato Ir Hasni Mohamad mahu  letakkan maruahnya setelah dimalukan sebegitu rupa?Tergantung megah kain pemidang di atas pentas nama perasminya tetapi akhirnya yang tinggal hanya kain pemidang sahaja?Tergamak beliau memalukan Ketua Bahagian yang mana beliau juga adalah seorang Ketua Bahagian dan bayangkanlah kalau beliau sendiri berada di tempat Ketua Bahagian itu?Bagaimana perasaan beliau?

Persoalannya kalau beliau merasakan komitmen lain seperti main golf itu lebih penting daripada tanggungjawabnya merasmikan UMNO Bahagian Pontian,mengapa beliau memberikan persetujuan untuk hadir?Relevankah kalau beliau boleh mengatakan terlupa sedangkan beliau telah dimaklumkan oleh Ketua UMNO Bahagian itu sendiri sebelum dan dihari mesyuarat itu akan berlangsung.

Sikap jamaludin Jarjis ini boleh memberikan persepsi yang buruk terhadap UMNO yang sedang melalui pelbagai pelan tranformasi yang digagaskan oleh Presiden UMNO Dan JJ harus mengakui bahawa tindakan atau mungkir janji yang beliau buat terhadap UMNO Pontian ini bioleh memusnahkan kredibilti beliau bukan sahaja sebagai seorang Duta tetapi sebagai ahli UMNO yang tidak ada komitmen ataupun bertanggungjawab terhadap parti.

Ir Hasni Mohamad seorang Ketua UMNO Bahagian yang bermasalah dengan Timbalannya Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengaitkan dia rapat dengan Perdana Menteri. Sudah pasti ketidakhadiran Jamalludin Jarjis itu member keuntungan politik kepada Ahmad Maslan yang boleh menggunakan isu itu sebagai berkata ‘aku yang minta datuk JJ jangan datang’ bagaimana jika berlaku begitu?Yang pasti akan berlaku begitu.



1 comments:

Anonymous said...

JJ power broker!

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers