Tuesday, January 18, 2011
Wanita terus jadi alat kepada PAS.Calon ini mangsa terbaru.
HANYA Normala Sudirman, calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N05 DUN Tenang yang menaruh harapan untuk menang. Malangnya sentimen yang sama tidak dikongsi oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Berdasarkan ceramah pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Lim Kit Siang,Wan Azizah dan Hadi Awang, ternyata PAS sudah menerima kekalahan di Tenang, tetapi mengharapkan dapat mengurangkan majoriti UMNO Barisan Nasional berbanding keputusan Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

Ternyata itu tidak dapat dikongsi oleh Normala kerana beliau telah meletakkan jawatannya sebagai guru di sekolah kerajaan seminggu setelah SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya kecil, jika ada. Dia juga tidak dibantu dengan masa depan suaminya, yang dikatakan juga seorang guru di sekolah kerajaan dalam DUN Tenang, sebagai guru yang memuat turunkan video yang mendakwa Pengarah Pendidikan Johor berkempen di sekolahnya di DUN Tenang ke dalam YouTube.

Bila ditanya wartawan di dalam sidang akhbar selepas pengumuman calon malam semalam, Normala tidak dapat menjelaskan apakah isu yang akan dibawanya, sebaliknya berkata terpaksa berbincang dengan jentera PRK PAS.

Selepas diperkenalkan sebagai calon, Normala diberi ruang untuk ‘berbicara’ dengan penyokong Pakatan Rakyat yang berjumlah tidak lebih 1,500 orang di Pekan Labis, malangnya Normala gagal mengambil peluang itu untuk beriteraksi dan menimbulkan kemesraan di antara beliau dan bakal pengundinya.

Mendengar ceramah Normala,tidak disalahkan sebahagian penyokong di situ yang mula beransur-ansur meninggalkan perkarangan Dataran Pacak Pekan Labis itu walaupun bakal calon PAS itu masih rancak berceramah.

Isi ceramahnya kosong dan sekadar mengimbaukan kembali memori ‘pemidato’ di sekolah menengah yang sedang berusaha bersungguh-sungguh dengan gaya pidato budak-budak sekolah untuk merebut Hadiah Pidato Piala Perdana Menteri.

Gaya ‘pidato’nya seakan kita melihat seorang pelajar perempuan dengan memakai blazer sedang berdegar-berdegar bertutur dengan irama-irama dan lenggok-lenggok yang direka-reka di atas pentas sekolah.

Malangnya semalam bukan pentas sekolah. Semalam adalah pentas politik yang seperti diwar-warkan oleh Lim Kit Siang sebagai pentas yang akan menentukan masa depan politik Malaysia.

Tetapi, Normala jauh lari dari realiti politik Malaysia. Beliau tidak lebih seperti seorang pemidato amatur dan seorang guru yang cuba menyumbat maklumat ke dalam otak anak-anak muridnya. Silapnya, yang hadir semalam bukan anak muridnya tetapi bakal majikannya. Yang hadir semalam ialah bakal pengundi yang mahu memilih seorang balaci yang dapat dikerah untuk memperjuangkan hak mereka di pentas politik.

Maka jika harapan untuk memenangi DUN Tenang bagi Pakatan Rakyat kini di sandang oleh Normala, benarlah kata  Lim Kit Siang semalam,

“Bukan senang mau menang di Tenang. Penteng (penting) nya kita boleh kasi kurang itu BN UMNO punya majoriti. Itu sudah menang!”

Di dalam PRU ke 12, calon UMNO BN menang dengan majoriti  2,492 undi. Calon PAS ketika itu memperolehi 3,875 undi dan rata-rata undi tersebut diperolehi dari peti-peti undi majoriti pemilih berketurunan cina. Jika benar Pakatan Rakyat mahu mengurangkan majoriti UMNO BN di DUN Tenang dalam PRK ini, mereka telah tersalah perhitungan. Normala bukan calon yang tepat untuk tugasan tersebut.

Mungkin benar juga perkhabaran yang mengatakan Normala hanyalah calon Kambing Hitam disebabkan tiada pimpinan PAS Johor yang mahu menjadi mangsa di Tenang.

Pertembungan di Tenang sebenarnya ialah pertembungan antara MCA dan DAP. Besar kecik majoriti yang akan diperolehi oleh UMNO BN bergantung kepada persaingan MCA dan DAP. Sayangnya, Normala adalah tugas sukar untuk DAP.

Mungkin Lim Kit Siang boleh berkata, “bukan susah mau kalah di Tenang. Yang penteng (penting) kita kasi letak itu calon yang gerenti tarak boleh jual sama orang cina…”
Dan itu sudah berlaku.

Sekarang kita tunggu dan lihat calon UMNO Barisan Nasional pula.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers