Wednesday, January 26, 2011

Raja Arif Raja Ali- KP BTN
AKHIRNYA seperti yang ditulis sebelum ini,dalam blog ini juga, Biro Tata Negara (BTN) akan mempunyai seorang Ketua Pengarah yang baru menggantikan Dato Saghul Hamid yang mula bersara pada Mac 2011 ini.Perlantikan Raja Arif Raja Ali memecah tradisi perlantikan dan menepati ramalan yang mana selama ini perlantikan untuk ke jawatan ini bukan daripada kalangan pemegang-pemegang jawatan dalam politik

Nama Raja Arif ini telah tersebar luas sebelum ini juga dikatakan mempunyai hubungan yang cukup erat dan tersendiri dengan Dato Ahmad Maslan,Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga Dato Sahlan Nasution,Setiausaha Politik Perdana Menteri.Apakah perlantikan ini kerana hubungan ini?

Raja Arif kini bertugas di UMT dan pernah menjadi Pengarah BTN Terengganu serta bekas Setiausaha Sulit Kanan  kepada Dato Tengku Mahmood Paduka Raja satu ketika dulu malah baru-baru ini berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO membahaskan usul agama.

Entah darimana dan bagaimana kriteria atau KPI pemilihan ini dibuat hanya Ahmad Maslan,Sahlan dan Perdana Menteri Najib sahaja yang tahu tetapi daripada sumber yang layak dipercayai Raja Arif dipilih hanya kerana hubungan baik antara beliau dengan Idris Jusuh,dikatakan juga sebagai orang kuat bekas Menteri Besar Terengganu itu.Beliau juga AJK Bahagian Kuala Nerus serta Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Kuala Nerus dan juga Timbalan Ketua Penerangan Bahagian.

Apakah Perdana Menteri Najib menerima pakai dan memberikan persetujuan melantik Raja Arif ini hanya berpandukan kepada pandangan orang sekelilingnya sahaja ataupun turut mengambil pandangan daripada agensi-agensi berkaitan ataupun individu yang lebih mengenali tahap kesetiaan Raja Arif kepada pemimpinnya,agama,bangsa dan Negara.Atau hanya kerana Raja Arif petah bercakap sewaktu membahaskan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO itu?Ucapannya di Perhimpunan UMNO itu juga langsung tidak membayangkan beliau mampu mengemudikan BTN

Ataupun beliau dilantik hanya kerana cadangan Ahmad Maslan ataupun Sahlan?Ataupun dalam negara ini tidak ada calon lain dan hanya Raja Arif sahaja yang layak hingga terpaksa membawa masuk kembali bekas Pengarah BTN Selangor dan Terengganu ini?

Kita bimbang Biro Tata Negara ini akhirnya akan menjadi Biro Tutuh Negara apabila biro ini dipimpin dengan modus oprandi yang akhirnya boleh menjerat kerajaan untuk tumbang menyembah bumi kerana seorang Ketua Pengarah harus meletakkan keutamaan,kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan yang sedia ada dan juga Perdana Menteri yang sedang memerintah.Mereka tidak boleh ada dua Ketua.

Kita masih bersangka baik terhadap perlantikan ini tetapi kita mahu dalam masa yang sama kerajaan harus berwaspada dengan taktik-taktik baru usaha membawa masuk golongan-golongan ataupun individu yang masih berhubung baik dengan Anwar Ibrahim yang sedang mencetuskan huru hara dalam politik Negara ketika ini.

Taktik-taktik ini sedang dibudayakan dengan hebat dan dipimpin oleh orang-orang tertentu yang mengaku baik dengan Perdana Menteri,perancangan mereka cukup rapi dan bagi mereka gerakan untuk menggembalikan semula bekas-bekas penyokong Anwar Ibrahim ke dalam jabatan-jabatan tertentu harus dilakukan secepat mungkin demi mencapai cita-cita peribadi mereka walaupun terpaksa mengorbankan rakyat dan para pejuang parti termasuklah Perdana Menteri sendiri.

Sasaran terbaru kumpulan ini adalah  sebagai contoh adalah menggantikan Ketua Pengarah JASA dengan calon pilihannnya.Ini juga sebahagian daripada usaha untuk meletakkan individu-individu yang kononnya mahu mereformasikan kerajaan ini bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berharapan baru.

Kalangan bekas-bekas penyokong Anwar ini cukup mudah memainkan peranan untuk mempamerkan setia,taat dan akur di depan Perdana Menteri tetapi keikhlasan dan kejujuran mereka ini harus ditelek sebaiknya supaya mereka tidak menjadi api dalam sekam ataupun duri dalam daging kepada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri,Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional.

Sebagai bekas Pengarah BTN, difahamkan Raja Arif mempunyai kumpulan usrah tersendiri dengan Pengarah-Pengarah BTN yang seangkatan dengannya yang telah pun bersara atau berhenti daripada jawatan masing-masing setelah Anwar dipecat daripada UMNO dan dipenjara enam tahun kerana penyalagunaan kuasa dan Raja Arif adalah antara pendokong visi,misi serta matlamat perjuangan Anwar sebelum ini.




4 comments:

C L J said...

Kelak kalau tumbang pokok itu janganlah disalahkan akarnya kerana anai anai dan kekulat memang sedia mereputkan akar akar itu.

Anonymous said...

BTN PASCA-KETUA PENGARAH BARU
BAGI yang belum tahu, perkhidmatan Shagul Hamid Abdullah sebagai Ketua Pengarah BTN hanya tinggal beberapa sahaja lagi. Perkhidmatan beliau tidak disambung, antara cakap-cakap yang popular disebabkan kumpulan Ex-Anwar yang bermati-matian melobi supaya beliau tidak disambung. Ini satu permainan yang sangat bahaya kepada Kerajaan BN, kerana PRU yang semakin dekat sepatutnya pertimbangan menukar KP baru BTN tidak dibuat. Saya rasa PM telah diberikan nasihat yang tidak tepat.
Walaupun Shagul bukan ahli UMNO tetapi beliau adalah seorang yang paling kuat mempertahankan kerajaan BN, paling kuat mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.
Sebab kedua, khabarnya gangguan-gangguan timbul akibat campurtangan orang politik yang mahukan BTN mengikut kehendak parti orang politik tersebut khususnya yang mulia. Sebagai jabatan yang sumber kewangannya daripada peruntukan kerajaan, BTN tidak seharusnya dipergunakan oleh mana-mana orang politik untuk kepentingan politik dia. Mereka-mereka ini tidak sedar sedang menyukarkan perjuangan PM Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Pada saya yang berada di luar BTN, tetapi amat rapat dengan BTN, tanpa Shagul menyebabkan beberapa unit rangkaian yang penuh misteri dan rahsia yang digerakkan oleh Shagul hancur dan musnah. Keadaan ini akan memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat kerana operasi luar biasa yang dikemudikan oleh Shagul dan teamnya di luar BTN sudah pasti akan lumpuh. Sekarang pun ianya sudah tidak bergerak, kelihatannya. Contoh terdekat, apa sudah jadi Pilihanraya Kampus? Pro-Aspirasi tewas di UIA, UM, UKM dan hampir di semua universiti awam dimasuki pro-mahasiswa, sebabnya mudah, antaranya Cawangan Mahasiswa & Remaja BTN lumpuh di pasca ini.
Perlukah operasi-operasi itu didedahkan? Pada saya tak perlu, cukup secara umum bunga-bunga bahasa, modus operandi mereka di peringkat paling grassroote amat-amat berjaya malah MKN, JASA, Research, Jabatan Penerangan malah pihak SB pun tidak secekap unit-unit rahsia ini, khususnya dalam menjaga keutuhan Kerajaan Persekutuan. Perlukah disebutkan kejayaan oleh team ini, rasanya tidak perlu. Bukankah ia rahsia besar, kepada PM ya mungkin.

Anonymous said...

Team ini sangat-sangat berpengalaman, luar biasa, cekap menggunakan apa sahaja, dan sesiapa sahaja, malah sehingga berjaya menumbangkan sebuah kerajaan negeri pun. Mereka berlindung di sebalik bunga anggun, di sebalik kumbang muda dan kumbang tua. Mereka berada di sebalik gambar kaku, gambar bergerak, helaian yang berterbangan dan karyawan besar jua. Mereka menerobos tingkat yang paling tinggi atau rendah, mempunyai team penyelidikan yang ampuh, cukup hebat, kerana mereka ada ‘orang yang betul pada masa yang betul’. Orang-orang ini amat luar biasa, Shagul yang pernah berkursus di Romania telah menunjukkan kejayaannya. Apakah kejayaan itu, maybe boleh disebutkan, jika pasukan ini tidak bergerak barangkali PR semakin kuat. Ataupun, barangkali sudah menjadi kenyataan 16 September 2008 itu. Kerajaan BN berhutang budi dengan Shagul dan teamnya. Anda tidak percaya, ya memang tidak perlu percaya, kerana tidak mungkin didedahkan di dalam tulisan ini.

Risiko? Tetap ada, ada antara mereka hilang pekerjaan kerana kerja-kerja ini tidak diketahui tidak dirasai oleh managernya pun. Ada yang terpaksa berhutang berjuta ringgit kerana mempertahankan Kerajaan Persekutuan BN, dan peliknya kerajaan BN tidak begitu membantu masalah-masalah seperti ini. Bukankah ia satu perjuangan. Mereka yang bermulia duduk di atas kerusi empuk dan bercakap empuk itu, tidak pun tahu hal-hal seperti ini, walaupun satu masa mereka ini mengangkat muka sendiri, kononnya merekalah punya kerja. Jawabnya, sial, ah biarlah!
Apakah akan jadi kepada BTN selepas Shagul? Semua orang sudah tahu penggantinya Raja Ariff Raja Ali merupakan ahli UMNO yang aktif, merupakan AJK Bahagian, pernah berucap di Perhimpunan Agong UMNO tahun 2010. Inilah yang dimahukan oleh orang politik ini? Dia mahukan BTN digunakan sepenuhnya untuk kepentingan politiknya. Maka, itulah diambil orang politik, ahli UMNO pula tu! Maka BTN selepas Shagul ialah BTN yang 100% digunakan oleh UMNO.

Anonymous said...

Raja Ariff semua orang tahu adalah orang kuat Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, bekas Pengarah BTN Terengganu semasa BTN di bawah kuasa mutlak Anwar. Bagi saya, BTN di bawah Ketua Pengarah totally ahli UMNO totok akan menjadi rosak teruk, akan menjadi sebuah agensi kerajaan yang 100% melaksanakan program-program UMNO dan orang politik itu khususnya yang mulia. Mereka ini adalah simpatis-simpatis Anwar, sebab itu sesama mereka kurang berperang cakap. Anda perasan ker tak? Pernah anda dengar Anwar membelasah orang-orangnya di dalam BTN yg sekarang sudah menjadi timbalan menteri?
Kepada yang gembira dengan penyingkiran Shagul, kebimbangan BTN akan menerima hentaman yang lebih dahyat selepas 1 Mac 2011 akan menjadi lebih besar. Kesilapan paling besar sudah dilakukan. DAP, Malaysiakini, Malaysiainsider, Anwar, PKR, PR kini mempunyai alasan paling besar untuk menyerang BTN sekarang! Kepada warga BTN selamat berjuang.
Pemerhati Dari Bulan.
Penang Road.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers