Wednesday, August 18, 2010
ANGKUH sungguh Nazir Razak mencerca Dasar Ekonomi Baru.Di depan masyarakat Cina dalam Kongres Ekonomi Cina beliau tergamak menyelar DEB ini hanya semata-mata mahu menarik perhatian golongan Cina.Nazir lupa barangkali yang beliau seorang Melayu dan DEB itu diwujudkan untuk membantu orang-orang Melayu dan bukannya orang-orang seperti Nazir.

Istilah`bastardisation’ yang lahir dari mulut Nazir Razak yang tidak pernah mengenal erti kemiskinan.kelaparan dan kebuluran merupakan satu istilah yang cukup mengecewakan dan apakah DEB ini telah melahirkan `anak-anak haram’ dalam semua bidang yang mereka terokai.Itukah maksud sebenar Nazir di sebalik ucapannya hingga hampir 500 orang Cina bertepuk tangan kerana Nazir sanggup menghina bangsanya sendiri?

Apakah kontraktor-kontraktor Melayu yang lahir daripada polisi DEB ini adalah kontraktor-kontraktor anak-anak haram seperti yang Nazir maksudkan? Apakah Nazir faham secara menyeluruh mengapa polisi DEB ini dibentuk?Bagaimana buruk sekalipun DEB ini dpandang oleh anak-anak bangsawan seperti Nazir, DEB inilah yang melahirkan ramai usahawan-usahawan Melayu walaupun peratusnya tidak setinggi mana.

Baik yang berada di dalam kerajaan ataupun yang menyokong kerajaan dan akhirnya memilih untuk menentang kerajaan mereka ini sebenarnya telah mengecapi nikmat DEB ini.Walaupun mereka akhrinya memilih untuk menikam kerajaan daripada belakang  tetapi DEB inilah sebenarnya yang telah menukar corak hidup mereka daripada dibelenggu kemiskinan hingga bebas sepenuhnya,menjadi jutawan dan kaya raya.

Bagaimana kita boleh bayangkan anak kepada bekas Perdana Menteri dimana bapanya yang merencanakan dasar atau polisi ini tergamak menggunakan perkataan yang sedemikain rupa dan sebenarnya Nazir tidak tahu apa-apa pun tentang dasar ekonomi yang selama ini dijadikan tempat Melayu berpaut.Nazir bercakap tentang sesuatu yang tidak pernah menyentuh jiwanya.

Siapa Nazir untuk bercakap tentang DEB ini?Nazir bukan anak peneroka,beliau tidak pernah ke sekolah berkaki ayam,tidak pernah tinggal di ruma flat berbelas tingkat dan beliau lahir dengan sudu emas di mulutnya.Nazir tidak pernah mengenal erti susah dan kepayahan malah beliau tidak layak sama sekali untuk bercakap tentang kemiskinan rakyat kerana beliau tidak pernah melaluinya.Tiba-tiba sahaja Nazir menjadi insan yang hipokrit.

DEB ditubuhkan adalah untuk membantu golongan miskin yang bercita-cita tinggi untui memajukan diri.Dasar ini diwujudkan untuk membantu golongan yang disebutkan diatas tadi.Nazir jangan bongkak,kemewahan yang beliau perolehi hari ini hanya kerana beliau anak Tun Razak.Nazir tidak akan berpeluang memduduki jawatan tertinggi dalam Public Bank sebelum CIMB sekiranya Cina yang menguasai bank tersebut tidak mengambil kira Nazir sebagai anak bekas Perdama Menteri Malaysia.Nazir perlu muhasabah diri

Nazir perlu memahami DEB itu secara lebih jelas,tuntas dan mengkritik DEB perlu dengan rasa jujur dan bertanggungjawab dan bukannya menggunakan DEB itu untuk mempopularkan diri ataupun mengambil kesempatan untuk memberikan ruang kepada pembangkang menempelak kerajaan dan usaha arwah bapanya.

Nazir perlu ingat,DEB dibentuk bukan untuk membantu anak-anak beliau,anak-anak Najib,Hishamuddin ataupun Tun M ataupun anak-anak orang yang sudah kaya raya tetapi DEB ini adalah untuk golongan petani,pesawah.peladang dan sekelompok Melayu yang harus diberikan peluang untuk bersama dalam pembangunan ekonomi Negara dan mengecapi nikmat sebagai Warganegara Malaysia.

Keceluparan mulut Nazir merupakan satu penghinaan kepada orang-orang Melayu yang mendapat faedah ataupun munafaat daripada hasil penggubalan ataupun perlaksanaan dasar tersebut.Walaupun Nazir ingin menjadi Cina di depan masyarakat Cina tetapi beliau tidak boleh menjadikan Melayu sebagai kambing hitam bagi mempopularkan dirinya ataupun membantu mengangkat sokongan Cina terhadap abangnya Perdana Menteri Najib.Cina memang suka bila ada Melayu yang menghina Melayu.

Dalam suasana orang-orang Melayu yang didera dengan sikap kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dengan orang-orang Cina dan India kenyataan yang Nazir luahkan ini juga satu `bomerang’ kepada orang-orang Melayu sendiri yang semakin hilang pembelaannnya daripada kerajaan.Apakah Nazir juga memasang impian untuk meruntuhkan kerajaan ini?

Nazir terlalu buta dengan sejarah DEB.Bila orang buta seperti Nazir bercakap tentang DEB maka jadilah orang buta yang cuba meneka tentang warna yang disentuhnya dan sebagai seorang Melayu (barangkali) Nazir perlu mencari teks DEB ini supaya lidahnya tidak terlalu lancang menghina dasar Ekonomi Baru ini.Nazir kena cerminkan dirinya sebelum mahu menjadi jaguh DEB.

3 comments:

Anonymous said...

Biasa lah geng2 UMNO memang suka berpura2...munafiq lah katakan...depan cina hentam melayu
depan melayu hentm cina...sama dgn abang dia lah..

Anonymous said...

PADAN LAH MUKA UMNO .......BIASA LAH ABANG dot...dot...dot ADIK PUN dot...dot...dot YANG ORANG PANGGIL ""BIG FAT MAMA"" PUN dot...dot...dot.
hehehe TUNGGU PR 13 JE LAH BECOZ "WE ARE SICK WITH THIS GOVERMENT" KAPAL BEE END AKAN KARAM BUAT SELAMA-LAMA NYA ATAS KUASA RAKYAT YANG TAK AKAN DAPAT DI PERBODOHKAN LAGI OLIH dot.. dot...dot
BETUL TAK DATO SANGGAH......JGN KATA TAK BETUL DATO BULAN PUASA NIE..... YANG BETUL DI BETULKAN YANG BEE END/UMNO BUAT TAK BETUL BELASAH DATO.....

Anak Melayu63 said...

takkan dua komen je...ni yang malas nak campur dan ulas...tapi hati sakit...
apa kata pm...apa kata pegawai2 pm...apa kata pemimpin2 umno dan bee end...siapa nak siar komen yang jujur dan ikhlas...siapa nak buat artikel ulas hal nazir...ada berani ke...tok janggut je yang berani kot...
inilah penyakit yang najib kena cepat bagi ubat...rakyat tahu rakyat akan sakit hati dan hati sakit...kalu najib berani tegur dan perbetulkan maka ianya pencapaian yang boleh dianggap berani...

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers