Saturday, June 12, 2010
SIAPA Mumtaz Jaafar?Siapa pula Ghazali Saibo yang sering dilihat keluar masuk pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Sahlan?Kalangan pemerhati politik sudah mula bercakap tentang nama ini.Bisik-bisik kedai kopi sudah mua menjaja nama ini yang dikatakan begitu berpengaruh dalam menentukan tender,penempatan pegawai-pegawai termasuklah sesiapa yang ingin dilantik untuk mengetuai  syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC).


Malah ada juga yang menyifatkan mereka ini adalah broker politik yang memainkan peranan cukup licik dan tersingikirnya nama Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji juga dikatakan kerana pengaruh tangan-tangan ghaib yang dimiliki oleh nama-nama yang disebutkan.Pun mereka ini jugalah yang dikatakan menjadi kata pemutus sebelum sebarang keputusan di buat.

Nama ini juga dikatakan telah menjadi satu liabliti baru kepada Perdana Menteri sekiranya beliau tidak bertindak dengan kadar segera bagi menangani  supaya tidak timbul tuduhan yang PM Najib membenrakan orang-orang yang tidak berkaitan mengaut untung peribadi dengan menggunakan nama Perdana Menteri.

Persoalannya, adakah Perdana Menteri  tahu peranan yang mereka mainkan ini? Adakah PM Najib merestui segala tindakan mereka sedangkan Ghazali Saibo hanya dekat dengan SUPOL beliau dan Mumtaz pula mesra gila dengan isteri Perdana Menteri yang kebetulannya ada kaitan dengan Yayasan Kebajikan Athlet Negara (YAKEB)). Dan kenapa tiba-tiba Mumtaz, bekas pelari pecut negara tiba-tiba menjadi satu nama penting di sekeliling Pejabat Perdana Menteri.

Apakah juga SUPOL Perdana Menteri juga turut terlibat dengan percaturan-percaturan yang dimainkan oleh Ghazali Saibo dan juga Mumtaz Jaafar ini?Siapa mereka ini hingga mereka berperanan begitu besar dan penting sehinggakan SUPOL atau Perdana Menteri sendiri terpaksa akur kepada kehendak mereka.

Adakah mereka ini pegawai yang dilantik ataupun jenis-jenis ulat yang mencari peluang dengan bertebaran di pejabat Perdana Menteri itu?Apakah juga SUPOL Perdana Menteri mengetahui dengan lebih jelas peranan yang dimainkan oleh Ghazali ini dan memberikan restu kononnya bagi pihak Perdana Menteri. Dan sesiapa yang pernah berurusan dengan pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri akan sentiasa melihat kelibat Ghazali ini.

Ghazali Saibo ini dikatakan pernah menguasai Aziz Shamsuddin sewaktu bergelar Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan hubungan beliau hari ini dengan SUPOL PM. Dato Sahlan begitu akrab dan di mana sahaja, kelibat mereka dilihat sering bersama. Malah ada yang mendakwa beliau menguasai Pejabat Setiauasa Politik ini dan sentiasa mempengaruhi Pejabat Perdana Menteri dalam membuat sebarang keputusan termasuklah yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindak tanduk mereka ini perlu PM Najib bendung sebelum kebencian pemimpin dan ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan PM Najib kerana mereka ini telah dikatakan menggunakan sekatan untuk pemimpin-pemimpin atau bekas-bekas pemimpin UMNO untuk berurusan dengan pejabat Perdana Menteri dan kalau benar apa yang dikatakan mereka ini juga mengambil komisin-komisin tertentu, jelaslah mereka ini sedang ligat memperalatkan hubungan mereka dengan pejabat Perdana Menteri untuk kepentingan peribadi dan secara tidak langsung memberikan tanda buruk kepada kepimpinan PM Najib yang sedang berusaha untuk memulihkan imej di mata rakyat ketika ini.

Walaupun kedengarannya seperti cakap-cakap di kedai kopi namun bak kata orang tua, masakan pokok bergoyang kalau tidak ditup angin dan temu janji beberapa pemimpin ataupun bekas pemimpin dengan Perdana Menteri perlu melalui proses tapisan ataupun saringan mereka ini sebelum kebenaran diberikan dan sekiranya melibatkan keputusan ataupun tender-tender prorek-projek tertentu, mereka ini jugalah yang meguasainya dengan melantik syrarikat-syarikat korni yang ada kaitan ataupun mereka mempunyai kepentingannya.

Mumtaz Jaafar pula dikatakan mengambil kesempatan menggunakan hubungan baiknya dengan isteri Perdana Menteri untuk mengaut keuntungan peribadi dan sering menggunakan nama isteri Perdana menteri itu dalam urusan-urusan yang berkaitan dan apakah tindakan Mumtaz ini diketahui oleh isteri atau PM sendiri ataupun Mumtaz adalah `duta’ yang diutus khas untuk bertindak atas arahan mereka?

PM Najib perlu melihat segala ini dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya benar mereka menggunakan pejabat Perdana Menteri dan hubungan baik dengan SUPOL supaya ianya tidak menjadi virus baru kepada kepimpinan PM Najib dan lebih mengecewakan lagi, ada juga tuduhan yang mendakwa bahawa SUPOL PM juga terlibat dalam pengambilan komisin-komisin ini.

PM Najib harus berlapang dada dan terus berjiwa besar dan jangan sesekali membiarkan nama-nama ini bermaharajalela di pejabatnya.

7 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Datuk,

Satu pendedahan yang menarik. Tahniah.

Anonymous said...

MEMANG DUA-DUA NIE "SUMBAT"

Anonymous said...

PERPATAH MELAYU ADA BERKATA "DUA-DUA EKOR NIE LEBIH SUDU DARI KUAH"......
DUA LANGAU YG BUSUK.......

Anonymous said...

Hantu Raya Bin Hantu Bulu...

Anonymous said...

Depa dah sedar belum?

Anonymous said...

Satu pendedahan yg berani dan kalau benar merupakan satu tamparan yg hebat kpd pm najib yg saya percaya ikhlas dan bersungguh sungguh dlm usahanya membentras rasuah dan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kpd rakyat.Sebenarnya cerita cerita tentang mereka berdua ini,saya sendiri ada mendengarnya tapi tidak berani dan mengiakannya takut buat dosa kering sahaja.Saya benar benar berharap apa yg didedahkan tidak,bukan kerana saya kenal mereka berdua ini tetapi kerana jika lapuran tok janggut sahih maka segala usaha pm najib akan berkecai.Saya minta pm najib mengambil serius tulisan tok janggut ini dan lakukan siasatan supaya kebenaran boleh diperolehi.Mereka yg mengenali mumtaz jaafar pun tertanya tanya,apakah rahsia kejayaan dan kekayaan yg diperolehinya secara mendadak?Bukan cemburu hanya curious.

Anonymous said...

Semua orang tahu bahawa Mumtaz tu orang kuat Rosmah Mansor, PM Najib bolih tersungkur disebabkan mereka berdua ni.. Rosmah jugak kenalah jaga nama laki awak tu, awak tu bukan menteri nak kesana kemari menggunakan wang kerajaan (rakyat).

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers