Tuesday, July 27, 2010
SYABAS TV3 yang dalam Buletin Utamanya sejak minggu lalu dengan berani membongkar penglibatan Kalimullah Hassan seorang wartawan dan hartawan dalam usaha untuk menggagalkan Datuk Seri Najib dari menjadi Perdana Menteri dan kemudiannya memburukkan kerajaannya.
Secara profesional Kalimullah telah menafikan penglibatannya dengan Malaysian Insider dan kekayaannya dari bantuan kerajaan Malaysia tetapi siasatan tidak hanya harus ditumpukan di bidang ini sebaliknya mestilah dilihat gerakan bawah tanah yang dilakukannya sejak dia menjadi penasihat kepada NST.
Sebuah Kementerian Dalam Negeri yang cekap tentunya mempunyai simpanan bukti tentang peranan Kalimullah yang menyebabkan ramai wartawan Melayu meninggalkan NST sejak Kalimullah menjadi penasihatnya dan menggantikan mereka dengan wartawan wartawan yang tidak bersifat Malaysian untuk menjalankan usaha menentang dasar-dasar nasional, memainkan isu Dasar Ekonomi Baru, menggugat kedudukan Islam sebagai Agama Rasmi dan lain lain isu sensitif termasuk kartun Nabi Muhammad.
Yang lebih tahu dalam pekara ini ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin, Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa TV3 Datuk Kamaruzzaman, bekas Ketua Pengarang Berita Harian Datuk Hishamuddin dan juga beberapa orang di tingkat empat. Mereka boleh membantu siasatan terhadap Kalimullah.
Kebijaksanaan Kalimullah memainkan jurnalisme untuk mencapai matlamatnya sedikit demi sedikit dalam suasana kebebasan yang diberikan oleh bekas Perdana Abdullah Badawi menyebabkan rakyat tidak nampak sabotaj yang dilakukannya yang telah mencedera parahkan, memporak-perandakan dan meruntuhkan asas pembangunan dan perpaduan negara yang dibangunkan sejak merdeka.
Masa itu kesedaran timbul di kalangan para nasionalis dalam UMNO tetapi teguran mereka tidak berkesan dan tidak dihiraukan.
Lee Kuan Yew gagal untuk melakukan sabotaj terhadap dasar asas negara ini ketika Singapura berada dalam Malaysia tetapi telah berjaya dilakukan oleh Kalimullah dan rakan rakannya yang berjaya menyeludup dan menguasai media di Malaysia. Dengan kedudukan dan pengaruh Kalimullah,NST, The Sun dan The Star telah berkonspirasi melakukan jenayah politik.
Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya hanya menerima bulat-bulat penafian Kalimullah bahawa dia tidak terlibat dengan Malaysia Insider yang ditubuhkian hampir serentak dengan pemberhentiannya dan rakan-rakan wartawannya dari NST dan The Star, Brendranparia meninggalkan NST dan Wong Sulong meninggalkan Star untuk menyertai sebuah syarikat PR kepada Koridor Selatan yang berada di belakang Malaysian Insider.
Kajian terhadap berita dan rencana yang sensitif kepada masyarakat Malaysia dan juga pendekatan NST dalam mempromosikan Malaysian Malaysia mestilah dilihat semula oleh Kementerian Dalam Negeri untuk membuktikan bahawa NST telah menjadi anasir subversif melakukan sabotaj terhadap dasar negara.
Haruslah diingatkan kembali sejarah pendek Kalimullah disingkirkan hanya beberapa hari sahaja selepas beliau dilantik menjadi pegawai akhbar Timbalan Menteri Perdana Ghafar Baba kerana disyaki sebagai ejen Singapura tetapi beliau telah dapat menyusup semula ke dalam kerajaan sebagai ejen Anwar Ibrahim yang bermula dengan membantu Abdulah Badawi pada pilihan raya 2004.
Kita berharap TV3 terus menjalankan tanggungjawabnya kepada bangsa dan negara dengan mendedahkan semua kerosakan yang telah dilakukan oleh Kalimullah ke atas dasar-dasar negara ini yang telah diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga usaha pemulihannya yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak beliau mengambil alih kuasa negara. Peranan licik Malaysian Insider dalam hal ini tidak boleh dinafikan lagi.
Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin sebagai sepupu kepada Datuk Seri Najib mesti berani untuk membuka fail baru terhadap Kalimullah untuk membasuh dosanya kerana mendengar nasihat Kalimullah untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengangkat keris yang sekali gus telah memberikan impak seolah-olah UMNO menggunakan lambang keganasan.
Hishamuddin mestilah membasuh dosanya sebelum Mesyuarat Agung UMNO yang akan datang jika tidak mahu menerima suatu keadaan yang akan menyukarkannya.
Tuesday, July 13, 2010
MARUAH kepimpinan Noh Omar sebagai Menteri Pertanian dan juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor makin tercabar.Tatkala Noh sedang berdepan dengan kurang berkayakinan kepimpinan UMNO lain di Selangor sehingga tercetus kononya Satim Diman akan melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan, di Kementerian Pertanian,Industri Dan Asas Tani, Noh juga terpaksa berdepan dengan sikap tidak bertanggungjawab pegawai-pegawai yang beliau lantik untuk membantu kerja-kerja sebagai Menteri.Cakap-cakap kedai kopi, baik di kaki lima ataupun dihotel-hotel besar sudah mula mempersoalkan kewibawaan serta kedudukan Noh sebagai seorang Menteri dan juga ahli poltik, kerakusan pegawai-pegawai beliau membolot segala kerja-kerja atau kontrak kementerian sudah mula menjadi buah mulut ramai.
Pegawai-pegawai Noh dilihat lebih sudu dari kuah,lagak dan gaya masing-masing seolah-olah memperlihatkan bahawa ketua mereka itu akan kekal sepanjang hayat di kerusi Menteri Pertanian itu sedangkan kedudukan Noh ketika ini cukup kritikal.
Kehidupan peribadi mereka rasanya belum waktu dipersoalkan, Mereka mengawal segalanya dari kerja kontrak sebesar hama sehinggalah sebesar gajah. Malah ada kontraktktor sudah tidak malu alah lagi menuding jari bahawa lepas pandang Nohlah yang menjadikan imej dia tercalar sehingga timbul khabar yang Noh akan di sisihkan daripada menganggotai cabinet PM Najib. Noh tahu sebabnya dan terlalu peribadi untuk didedahkan disini.
Soal Noh tahu atau tidak, itu bukan persoalannya tetapi kerakausan pegawai-pegawainya ini bebannya tetap tergantung atas bahu Noh,Noh perlu bertanggunjawab sepenuhnya dan Noh tidak boleh mengekal untuk berkata tidak tahu dalam soal kontrak khemah yang diberikan kepada kawannya untuk setiap program Kementerian termasuklah program MAHA,MINI MAHA dan kontraktor khemah yang dimaksudakn ini cukup kaya raya sehingga menutup peluang kontaktor-kontraktor lain untuk mencari peluang di kementerian itu.Itu belum terungaki cerita Haji Shafie,Haji Malek,Saiful,Habibah,Suhaimi Sahdan dan beberapa orang lagi dan kita ada dokumen untuk membuktikan campurtangan langsung mereka dalam soal yang kita anggap sebagai pengkhianatan kepada amanah yang Noh Omar berikan kepada mereka..
Dan tidak hairanlah bukan sahaja blog ini yang mendedahkan malah sudah ada beberapa blog lain menyerang kepimpinan Noh yang sedang diperalatkan oleh pegawai-pegawainya ini. Bila timbul sahaja masalah kepimpinan Noh sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, nama-nama inilah yang dikatakan menjadi punca sehingga Noh diloihat gagal memimpin UMNO Selangor dan kegagalan Noh ini juga mahu atau tidak kesannya tetap terpalit kepada PM Najib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu.
Noh juga tidak boleh menolak bulat-bulat untuk mengatakan tidak tahu di atas pemberian kontrak baja,benih padi dan juga beras kerana ianya turut melibatkan pegawai-pegawai Noh sehinggakan ada yang menuding jari mengatakan salah seorang-Ketua Pemuda yang telah pun berhenti berkhidmat dengan Noh menjadikan MARDI seolah-olah agensi milik keluarganya.Kalangan orang-orang tertentu yang hidup disekiling Noh membolot segalanya.Cakap-cakap sebegini makin terus menjejaskan kredibilti dan kedudukan Noh sebagai seorang pemimpin dan kita tidak mahu UMNO Selangor turut terpalit dengan masalkah-masalah yang ditimbulkan termasuklah soal-soal peribadi yang mula hangat juga dibualkan ketika ini.
Kalau Noh mahu dikatakan gagal di Selangor,beban kegagalan itu tidak boleh disandarkan kepada Noh secara sendiri kerana pihak lain juga turut bertanggungjawab membantu beliau untuk mengemudikan UMNO di negeri itu tetapi kegagalan Noh mengawal anak-anak buahnya adalah kegagalan peribadi yang Noh perlu tanggung dan beertindak untuk menyingkirakan mana-mana parasit yang dilihat boleh menjejaskan kedudukan Noh di mata PM dan terutama sekali di mata rakyat.
Hingga ada yang mengatakan mesyuarat tender selesai jam dua belas, jam dua oetang sudah ada syraikat yang menunggu untuk mengambil keputusannya dan ada juga yang mengatakan tender baru dibuka hari Jumaat tetapi hari Isnin sudah dibuat pembahagian-pembahagian zon untuk tender pembekalan baja.Noh harus bertanggungjawab dan bertindak di atas kerakusan dan penyalahgunaan kuasa serta kedudukan pegawai-pegawainya.
Kita tidak mahu mempersoalkan kemampuan kewangan Setiausaha Sulit Kanannya yang menghawini seorang artis baru-baru ini tetapi selama lebih kurang lapan bulan tidak ada mesyuarat antara pegawai-pegawai Noh termasuklah Susk,Sus,PTTK dan juga pegawai-pegawai khas lain membuktikan wujudnya masalah dalaman yang cukup serius antara mereka dan memungkinkan Noh menganggap bahawa komunikasi antara pegawai-pegawai ini sebagai satu perkara yang tidak mustahak untuk mengenalpasti kerja-kerja beliau sebagai seorang Menteri.Laporan siapa yang Noh gunapakai?
Ramai juga yang bertanya,apa fungsi ataupun peranan yang dimainkan oleh Setiausaha Politik beliau sehinggakan Noh menjadi sasaran kemarahan yang bukan sedikit daripada Ketua-Ketua bahagian UMNO di Selangro dan juga seluruh malaysiaNor sedang berdepan dengan gerakan-gerakan keterlaluan pegawai-pegawai beliau di kementerian malah ada yang menyifatkan bahawa sebagai Menteri, Noh telah gagal untuk menasihatkan sehinggakan terbit kebencian ketara pegawai-pegawai kementerian terhadap kepimpinan Noh.
Tulisan ini tidak berniat setakat ini untuk mendedahkan dengan lebih banyak lagi kepincangan serta penyelewengan dan salah laku pegawai-pegawai Noh Omar namun sekiranya tidak ada tindakan susulan daripada Noh sendiri sebagai seoranag Menteri yang bertanggungjawab, kita akan dedahkan kelompok dan nama-nama orang –orang yang terlibat menguasai sepenuhnya kerja kementerian dan bukan sahaja dalam soal benih padi,beras,baja,kehemah tetapi juga akan mendedahkan secara terperinci lawatan Noh ke Australia yang melibatkan transaksi pembelian lembu ataupun pemajakan ladang-ladang ternakan di sana.
Dalam saat UMNO sedang berhempas pulas untuk mengembalikan Selangor ke tangan Barisan Nasional, semua pihak tidak boleh berbuat silap.Semua pihak harus dilihat bersih dan mampu menggembalikan keyakinan serta kepercayaan kepada rakyat dan Noh Omar harus mengambil tanggungjawab yang cukup bijak serta berhemah dan sekiranya beliau gagal menangani masalah-masalah yang sedang berlaku di kementeriannya, kita bimbang Noh juga akan dituduh sebagai turut bersubahat dengan pegawai-pegawainya untuk membolot dan memamah hasil yang sepatutnya dibahagikan sama rata kepada rakyat di bawah.Terpulang kepada Noh Omar!
Thursday, July 8, 2010
ATAS dasar prinsip,perbezaan fahaman politik dan kepentingan kerajaan serta tanggungjawab moral,Ketua Pegawai Ekskutif Proton, Syed Zainal wajib melepaskan kedudukannya di syarikat yang berkaitan dengan kerajaan itu. Beliau tidak ada pilihan dan dengan pendiriannya yang jelas menyokong gerakan PAS. Syed tidak layak dan jijik untuk terus berada di kerusi itu.
Malah beliau sendiri pernah mengakui bahawa beliau bukan seorang penyokong BN dan kerajaan tetapi dengan terus mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini ternyata menyerlahkan lagi sikap lepas pandang dan tidak bertanggungjawabnya kerajaan hingga sanggup membiarkan musuh politiknya berkuasa dan bermaharajalela.
Meskipun beliau dikatakan pernah berjanji unjtuk tidak mencampuradukan antara kepentingan politik beliau dengan syarikat tersebut, Proton adalah anak syarikat yang berkaitan dengan kerajaan dan kerajaan ketika ini adalah Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.Seseorang yang bukan menyokong kerajaan bukan sahaja Syed Zainal tetapi semua itu tidak layak untuk berada di dalam kerajaan hari ini.
Tetapi dalam masa yang sama juga beliau telah memperalatkan Badan Kebajikan Dan Dakwah Proton untuk menyerapkan fahaman serta idealogi PAS apabila pernah mengundang Badrol Amin untuk menyampaikan ceramah dan memperlekehkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin olah PM Najib.Dan ramai lagi tokok-tokoh pembangkang diundang untuk menyampaikan ceramah dan tazkirah di dalam program yang dianjurkan oleh badan itu.
Banyak lagi bukti-bukti lain yang menyokong tulisan ini dan kita percaya,sampai waktunya akan terbongkar atau terdedah wajah sebenarnya Syed Zainal yang selama ini memunggah rezeki daripada kepimpinan kerajaan yang sering dicerca oleh parti yang beliau dokong.
Dari sudut moralnya ternyata Syed Zainal adalah api besar dalam kepimpinan PM Najib dan tindakan beliau mengetuai syarikat berkaitan kerajaan itu dan dalam masa yang sama menyerang kepimpinan BN secara diam-diam membuktikan betapa tidak bermoralnya CEO ini. Sila PM Najib tunjukan beliau jalan keluar.
Kita mungkin boleh bersetuju apabila beliau mengatakan tidak mencampuradukan fahaman ataupun pendirian politik dengan kedudukannya tetapi belaiu harus sedar bahawa Proton adalah milik kerajaan, mahu atau tidak beliau perlu mengakui bahawa beliau bukan seorang tokoh tetapi lebih berupakan musang yang berbulu ayam.
Pemilihan beliau sebelum ini pun telah mengguriskan hati ramai tokoh-tokoh yang berkaliber dalam UMNO namun atas nama kepentingan bersama,diterima juga Syed ini seadanya tetapi malang beliau telah memperalatkan Proton serta menjadi nadi kepada penyaluran segala maklumat berkaitan Proton kepada pembangkang.
Tun Dr Mahathir sebagai Penasihat Proton harus mengambil inisiatif untuk menasihatkan kerajaan bagi menggugurkan CEO sebelum ianya menjadi barah yang boleh merosakan seluruh struktur Proton dan kerajaan. Dan kita percaya bukan GLC ini sahaja yang didokong oleh penyokong pembangkang tetapi beberapa GLC lain juga telah dikenalpasti bahawa penerajunya adalah bukan penyokong kerajaan,musuh dalam selimut,gunting dalam lipatan.
Sepanjang Syed Zainal mengetuai Proton ini terlalu banyak kerosakan dan pengaiban diberikan kepada kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib ini dan PM digesa untuk bertindak sewajarnya tanpa ada pilihan untuk menyingkirkan Syed Zainal dan digantikan dengan mana-mana tokoh yang berkemampuan untuk memacu Proton dengan lebih jauh lagi.UMNO atau BN tidak kurang tokoh-tokoh hebat lain dan kalau perlukan,kembalikan semula Tengku Mahalel ke jawatan itu.
Malah dengan terus mengekalkan Syed Zainal sehingga ke hari ini pun merupakan satu dosa yang cukup besar kepada orang-orang UMNO atau Barisan Nasional kerana telah terbukti bahawa Syed zainal hanyalah mempergunakan Proton itu semata-mata serta penghinaan kepada ahli-ahli UMNO yang selama ini bertungkus lumus mempertahan parti tetapi yang mendapat keuntungan dan pulangan adalah orang-orang yang tidak pernah tahu bersyukur seperti Syed Zainal ini.
Dengan tindakan beliau yang memecat beberapa kakitangan Proton yang menyokong kerajaan membuktikan bahawa beliau mempunyai agenda tersendiri untuk menguasai pemikiran seluruh kakitangan Proton itu supaya menolak kerajaan dan memberikan sokongan penuh kepada PAS dan pakatan pembangkang yang lain
Kita juga menuntut PM Najib membuat rombakan besar-besar terhadap kepimpinan semua GLC sebelum kepimpinan tertinggi mereka menjadi cacing yang menjolok mata.Cukuplah kerajaan selama ini dikhianati dan membiarkan Syed Zainal ini terus kekal sebagai CEO akan membuktikan bahawa sememangnya kerajaan memang suka dikhianati.
Thursday, June 17, 2010
KESILAPAN paling besar Perdana Menteri Najib lakukan adalah melanjutkan kontrak Sidek Hassan sebagai Ketua Setiausaha Negara.Beliau hari ini dilihat sebagai liabaliti yang cukup membebankan pentadbiran Perdana Menteri apabila pegawai-pegawai dan sebahagian besar kakitangan kerajaan mula mempersoalkan krebiliti dan intergriti beliau sebagai KSN.
Malah beliau yang mengisi kerusi KSN selepas Tan Sri Shamsudin Osman mula dipersoalkan sejauh mana iklhlas dan komitmennya untuk membantu PM Najib mengukuhkan kerajaan dan Barisan Nasional secara consensus dan menyambung semula kontrak beliau sebagai KSN sebaik sahaja PM Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia, semua pihak menganggap tindakan tersebut bukan sahaja tidak menguntungkan Najib malah tidak mampu membantu UMNO dan Barisan Nasional.
Kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang tidak senang dengan corak pentadbiran KSN ini mula memainkan peranan membocorkan banyak rahsia-rahsia kerajaan yang berkaitan dokumen-dokmen penting kerajaan kepada pembangkang dan tidak hairanlah pembangkang memperolehi data-data ataupun maklumat lengkap kerana inya dibekalkan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang berpaling tadah.
Tindakan KSN juga yang terlalu mencampuri pentadbiran Menteri-Menteri di semua kementerian juga dilihat sebagai satu campurtangan yang tidak sepatutnya berlaku malah beliau telah meletakkan kedudukan KSU di setiap kementerian kuasa mereka melebihi daripada Menteri yang dilantik untuk mengetuai kementerian berkenaan.Seperti yang pernah dituliskan sebelum ini, KSN menjadikan Menteri hanya selayak budak pencari fail.
KSN dilihat terlalu cenderung menyokong gerakan pembangkang dan maklumat rasmi kerajaan yang dibiarkan keluar terlalu mudah tanpa pengawasan hingga mampu dimiliki oleh pembangkang membuktikan bahawa tatakerja KSN tidak mampu mengawal kakitangannya yang secara terbuka menentang Barisan Nasional,kerajaan yang memerintah ketika ini. Dan penentangan kakitangan ini juga bertitik tolak daripada sikap KSN itu sendiri yang mentadbir mengikut acauannya semata-mata tanpa mahu mempeduikan orang lain.
Ianya bermula dari sikap serta tindak-tanduk Sidek yang banyak mempengaruhi kalangan kakitangan kerajaan dan mereka ini dpercayai adalah antara punca yang akan memusnah legasi kepimpinan BN selepas PRU13 nanti.
Kebencian mereka di atas keputusan Najib mengekalkan Sidek sebagai KSN menjadikan sebahagian besar daripada mereka ini berpaling tadah membenci kepimpinan Najib dan menjadi sumber maklumat kepada pihak pembangkang sekaligus merupakan kumpulan terbaru yang menentang kepimpinan daripada dalam.
Sebab itu kita tidak hairan bila beberapa dokumen-dokumen penting bocor di sana sini dan kerajaan pimpinan PM Najib diselar sebagai kerajaan yang tidak peka kepada kepentingan nasional dengan meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas pentadbiran Negara.Sementelahan pula Sidek Hassan juga berasal dari Pekan dan adakah keputusan mengekalkan ini kerana unsure-unsur kroni yang kononnya mahu dihapuskan oleh PM Najib.
Tidak cukup dengan KSN yang disifatkan sebagai Maharaja Baru dalam kepimpinan PM Najib, keputusan Perdana Menteri mengekalkan Nor Mohamed Yaacob sebagi Menteri juga menjadi kebencian yang amat sangat kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, mereka menyifatkan Nor Yaacob menyuburkan gejala rasuah dalam kementerian dan pembocoron maklumat tentang pembangunan Lapangan terbang Sungai Besi dan Pengkalan TUDM juga datang daripada pejabat beliau.
Dua Pegawainya telah ditangkap kerana disyaki menerima rasuah tetapi dalam masa yang sama, Nor Yaacob dilihat seperti melepaskan tangan enggang mengambil tanggungjawab bahawa keterlibatan mereka dalam gejala rasuah adalah berpunca daripada sikap keterbukaan beliau.Menteri Di Jabatan Perdana menteri ini bukan sahaja ti8dak berguna untuk rakyat di Pulau Pinang tetapi turut tidak berguna untuk seluruh rakyat Malaysia dan mengekalkan beliau dalam kabinet menjadikan beliau adalah sebahagian lagi pemimpin UMNO yang tidak terpuji sikapnya.
Selama ini BN mampu bertahan untuk memerintah Negara kerana mendapat sokongan padu daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan tetapi dengan sikap kerakusan kuasa Sidek Hassan yang digunakan kononnya sebagai menyahut arahan Perdana Menteri, sudah terlalu sukar untuk meredakan kebencian mereka terhadap KSN dan mangsa daripada kebencian itu adalah BN, kerajaan yang sedang memerintah Negara ini.
PM Najib harus berbuat sesuatu sekiranya beliau tidak mahu dicatatkan dalam sejarah sebagai Perdana Menteri BN yang terakhir dan sebagi punca kepada musnahnya empayar UMNO dan Barisan Nasional.Kontrak perlantikan KSN ini harus dikaji semula dan masih ramai lagi muka-muka baru yang menghargai,menyayangi serta menyanjungi kerajaan BN boleh diketengahkan daripada terus mengekalkan KSN ini yang kita sifatkan sebagai musang berbulu ayam.
Masa untuk bertindak masih belum terlewat.
Wednesday, June 16, 2010
SIAPAKAH di belakang syarikat 1 Malaysia Development Berhad ( 1MDB)? Nama syarikat ini mula timbul dan hangat diperkatakan apabila PM Najib mengumumkan Lapangan terbang Sungai Besi akan dibangunkan sebagai salah satu hub termoden dalam Negara. Dan syarikat ini katanya telah diluluskan untuk membangunkan kawasan yang lebih daripada 100 ekar itu dengan nilai empat (4) billion ringgit.
( Jho Low- anak Cina yang dikatakan kawan baik anak lelaki Perdana Menteri)
Sudah ramai yang mempersoalkan tindakan kerajaan itu dan ada yang menyifatkan keputusan kerajaan untuk tunduk kepada permohonan syraikat ini kerana ada tangan-tangan ghaib yang menyokong supaya diluluskan kepada syraikat ini meskipun ada tiga syarikat konglemerat Melayu yang turut memberikan tawaran untuk membangunkan kawasan tersebut.
Kita difahamkan bahawa syarikat milik Tun Daim, Syed Mokhtar Bukahry dan TIA pernah memajukan cadangan untuk membangunkan kawasan tersebut tetapi ditolak oleh kerajaan namun kesediaan kerajaan untuk memberikan projek pembangunan lapangan terbang ini kepada 1MDB mula diragui ketelusannya dan menyifatkan langkah kerajaan ini benar-benar mengejutkan serta penuh misteri.
Malah sudah ada yang mendakwa secara langsung dan turut dibahaskan dalam sidang Parlimen bahawa di belakang syarikat ini adalah Teak Jho Low, anak muda Cina yang berumur dalam lingkungan 29 tahun dan tidak pernah mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Namun beliau menggunakan hubungan baik beliau dengan anak lelaki Rosmah dan kisah hidup mewahnya telah dipaparkan secara meluas di media dalam dan luar Negara.
Gerakan yang sedang dimainkan oleh anak muda Cina ini cukup merbahaya dan dengan mempotraitkan dirinya sebagai seorang lelaki mewah yang sedang berdamping dengan anak lelaki Rosmah boleh memberikan serta mengundang fitnah daripada rakyat. Bagaimana anak seorang Perdana Menteri boleh berkawan rapat dengan kaki arak,,playboy dan hidup berfoya-foya sedangkan tidak ada sebarang latar belakang perniagaan di miliki anak muda Cina ini.
( Iklan yang menimbulkan kontraversi dan didakwa telah dibayar oleh Jho Low)
( Iklan yang menimbulkan kontraversi dan didakwa telah dibayar oleh Jho Low)
Adakah dia seorang `power broker’ yang sedang memperalatkan anak lelaki Perdana Menteri ini untuk kepentingan peribadi beliau dan rangkaiannya? Untuk ketika ini jawapan kepada persoalan ini masih belum ternoktah.
Dalam perkembangan berkaitan, syarikat 1MDB katanya telah ditubuhkan secara tergesa-gesa bagi mendapatkan projek pembangunan ini dan disebutkan juga bahawa seorang Datuk yang ada hubungan dengan Jho Low ini sebagai penaja kewangan untuk pembangunan projek ini setelah mereka berjaya memperolehi projek untuk pembangunan tanah di tapak bekas Penjara Pudu dan juga KTM.
Persoalan mula timbul,adakah kerana kesan campurtangan pihak keiga sehingga kerajaan meluluskan tanah tersebut untuk dibangunkan sedangkan ada kenyataan daripada Menteri Pertahanan sebelum ini bahawa lapangan tersebut akan kekal seperti sediakala tanpa berhasrat untuk membangunkan dengan apa-apa sahaja projek pembangunan dalam masa terdekat ini.
Malah ada juga yang mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat yang tidak mempunyai pengalaman diberikan kelulusan untuk membangunkan tanah tersebut dan kalau benarlah andaian, syarikat ini ditubuhkan hanya untuk mendapatkan projek tersebut, adakah wujud rasuah dan penyelewengan?
Pun bagaimana seorang anak muda seperti JhoLow yang langsung tidak berpengalaman dan tidak pernah terbabit dalam projek-projek seperti ini diberikan peluang untuk memiliki pembangunan yang bernilai empat puluh ribu juta itu dan apakah kerana beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan anak lelaki Rosmah dan pernah meraikan isteri Perdana Menteri di atas kapal mewah dimana pernah terjumpa barangan berharga sebelum ini.maka dia menjadi pilihan untuk membangunkan kawasan itu?
Keputusan yang diumumkan oleh PM Najib diakhir mesyuarat kabinet itu memberikan kejutan kepada banyak pihak dan keterlibatan secara langsung anak beliau dgn Jhow Low sudah mula menimbulkan fitnah bahawa ada kumpulan-kumpulan tertentu di sekeliling keluarga Perdana Menteri ini sedang mengambil peluang untuk mempengaruhi bagi memperolehi sesuatu yang berkepentingan sendiri tanpa mempedulikan sensitiviti rakyat terbanyak.
Kalau benar juga syarikat Malton yang berperanan di sebalik penggunaan hubungan antara Jho Low dengan anak PM ini maka akan membuktikan kepada masyarakat di luar sini bahawa kumpulan ini bukan sahaja berniat untuk mengaut keuntungan peribadi tetapi dalam masa yang sama sedang berusaha untuk mencemarkan nama baik PM dan isteri. Adakah PM Najib terlepas pandang dalam soal ini?
Salah seorang orang kuat syarikat Malton, Dato Desmond dikatakan mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan isteri Perdana Menteri manakala Jho Low juga adalah kalangan keluarga beliau dan setiap kali anak cina ini pulang ke Malaysia, beliau dijemput dengan kereta rasmi dan singgah di rumah perdana menteri dahulu sebelum pulang ke Pulau Pinang.Inilah cakap-cakap yang sedang hanta kedengaran ketika ini dan cakap=cakap ini kalau terbukti ada benarnya, maka sekali lagi memberikan tamparan yang cukup hebat kepada keluaga Perdana Menteri.
Tidak cukup dengan nama Datin Cindy, Mumtaz Jaafar dan terbaru Flora Ong, nama Rosmah diheret dalam semua yang membabitkan keperluan keputusan segera kononnya itu adalah arahan daripada isteri Perdana Menteri sedangkan ada yang mendakwa bahawa isteri Perdana Menteri tidak pun terlibat secara langsung atau tidak dalam sebarang keputusan kerajaan dan Perdana Menteri. Saya pernayh mendedahkan dalam tulisan saya sebelum ini.
Apakah 1MDB ini merupakan syarikat gabungan nama-nama ini dan apakah nama-nama ini sedang mengambil kesempatan atas nama gagasan 1 Malaysia sebagaimana nama Islam Hadhari digunakan sewenang-wenangnya bagi mengaut untung satu pihak?
Masalah pembangunan di tanah Lapangan terbang Sungai Besi dan Pengkalan Tentera Udara ini juga harus ditangani sebaiknya oleh kerajaan dan sebarang keputusan yang silap ianya bukan sahaja memberikan kesan kepada Perdana Menteri malah akan turut menyinggung perasaan rakyat di mana ketika ini sudah ada rakyat memprotes, berapa banyak lagi tanah-tanah yang sepatutnya kekal milik Melayu dan Negara terlepas kepada kaum Cina.
Cukuplah tanah tapak Penjara Pudu dan Keretapi Tanah Melayu terlepas kepada Malton, jangan pula tanah lapangan terbang ini juga terlepas ke tangan orang yang sama sebagaimana tanah Kampung Baru yang sedang diintai oleh SP Setia dan Mah Seng ini.
Kita mohon kerajaan berhat-hati dalam soal ini dan kerajaan kita tuntut untuk tidak berbuat silap bagai kesekian kalinya.Kekalkan sahaja tanah Lapangan terbang Sungai Besi dan pengakalan TUDM ini seperti sediakala dan kalau pun mahu dibangunkan, serahkanlah kepada mana-mana GLC untuk membangunkannya.
Saturday, June 12, 2010
SIAPA Mumtaz Jaafar?Siapa pula Ghazali Saibo yang sering dilihat keluar masuk pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Sahlan?Kalangan pemerhati politik sudah mula bercakap tentang nama ini.Bisik-bisik kedai kopi sudah mua menjaja nama ini yang dikatakan begitu berpengaruh dalam menentukan tender,penempatan pegawai-pegawai termasuklah sesiapa yang ingin dilantik untuk mengetuai syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC).
Malah ada juga yang menyifatkan mereka ini adalah broker politik yang memainkan peranan cukup licik dan tersingikirnya nama Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji juga dikatakan kerana pengaruh tangan-tangan ghaib yang dimiliki oleh nama-nama yang disebutkan.Pun mereka ini jugalah yang dikatakan menjadi kata pemutus sebelum sebarang keputusan di buat.
Nama ini juga dikatakan telah menjadi satu liabliti baru kepada Perdana Menteri sekiranya beliau tidak bertindak dengan kadar segera bagi menangani supaya tidak timbul tuduhan yang PM Najib membenrakan orang-orang yang tidak berkaitan mengaut untung peribadi dengan menggunakan nama Perdana Menteri.
Persoalannya, adakah Perdana Menteri tahu peranan yang mereka mainkan ini? Adakah PM Najib merestui segala tindakan mereka sedangkan Ghazali Saibo hanya dekat dengan SUPOL beliau dan Mumtaz pula mesra gila dengan isteri Perdana Menteri yang kebetulannya ada kaitan dengan Yayasan Kebajikan Athlet Negara (YAKEB)). Dan kenapa tiba-tiba Mumtaz, bekas pelari pecut negara tiba-tiba menjadi satu nama penting di sekeliling Pejabat Perdana Menteri.
Apakah juga SUPOL Perdana Menteri juga turut terlibat dengan percaturan-percaturan yang dimainkan oleh Ghazali Saibo dan juga Mumtaz Jaafar ini?Siapa mereka ini hingga mereka berperanan begitu besar dan penting sehinggakan SUPOL atau Perdana Menteri sendiri terpaksa akur kepada kehendak mereka.
Adakah mereka ini pegawai yang dilantik ataupun jenis-jenis ulat yang mencari peluang dengan bertebaran di pejabat Perdana Menteri itu?Apakah juga SUPOL Perdana Menteri mengetahui dengan lebih jelas peranan yang dimainkan oleh Ghazali ini dan memberikan restu kononnya bagi pihak Perdana Menteri. Dan sesiapa yang pernah berurusan dengan pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri akan sentiasa melihat kelibat Ghazali ini.
Ghazali Saibo ini dikatakan pernah menguasai Aziz Shamsuddin sewaktu bergelar Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan hubungan beliau hari ini dengan SUPOL PM. Dato Sahlan begitu akrab dan di mana sahaja, kelibat mereka dilihat sering bersama. Malah ada yang mendakwa beliau menguasai Pejabat Setiauasa Politik ini dan sentiasa mempengaruhi Pejabat Perdana Menteri dalam membuat sebarang keputusan termasuklah yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tindak tanduk mereka ini perlu PM Najib bendung sebelum kebencian pemimpin dan ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan PM Najib kerana mereka ini telah dikatakan menggunakan sekatan untuk pemimpin-pemimpin atau bekas-bekas pemimpin UMNO untuk berurusan dengan pejabat Perdana Menteri dan kalau benar apa yang dikatakan mereka ini juga mengambil komisin-komisin tertentu, jelaslah mereka ini sedang ligat memperalatkan hubungan mereka dengan pejabat Perdana Menteri untuk kepentingan peribadi dan secara tidak langsung memberikan tanda buruk kepada kepimpinan PM Najib yang sedang berusaha untuk memulihkan imej di mata rakyat ketika ini.
Walaupun kedengarannya seperti cakap-cakap di kedai kopi namun bak kata orang tua, masakan pokok bergoyang kalau tidak ditup angin dan temu janji beberapa pemimpin ataupun bekas pemimpin dengan Perdana Menteri perlu melalui proses tapisan ataupun saringan mereka ini sebelum kebenaran diberikan dan sekiranya melibatkan keputusan ataupun tender-tender prorek-projek tertentu, mereka ini jugalah yang meguasainya dengan melantik syrarikat-syarikat korni yang ada kaitan ataupun mereka mempunyai kepentingannya.
Mumtaz Jaafar pula dikatakan mengambil kesempatan menggunakan hubungan baiknya dengan isteri Perdana Menteri untuk mengaut keuntungan peribadi dan sering menggunakan nama isteri Perdana menteri itu dalam urusan-urusan yang berkaitan dan apakah tindakan Mumtaz ini diketahui oleh isteri atau PM sendiri ataupun Mumtaz adalah `duta’ yang diutus khas untuk bertindak atas arahan mereka?
PM Najib perlu melihat segala ini dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya benar mereka menggunakan pejabat Perdana Menteri dan hubungan baik dengan SUPOL supaya ianya tidak menjadi virus baru kepada kepimpinan PM Najib dan lebih mengecewakan lagi, ada juga tuduhan yang mendakwa bahawa SUPOL PM juga terlibat dalam pengambilan komisin-komisin ini.
PM Najib harus berlapang dada dan terus berjiwa besar dan jangan sesekali membiarkan nama-nama ini bermaharajalela di pejabatnya.
Friday, May 28, 2010
Samy Vellu dilihat tidak mungkin berganjak daripada kerusi Presiden MIC meskipun beliau telah memberikan janji akan berundur pada 2012 dan apa gunanya beliau berundur dengan secara sukarela seandainya ketika itu BN sudah hjlang segala-galanya.Bentuk politik konvensional Samy Vellu ini terlalu mudah dibaca dan penyingkiran beberapa orang ahli CWC termasuk Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan secara jelas memperlihatkan Samy telah mempelopori pemerintahan kuku besi dala m MIC dan semua kepimpinan lain seakan tunduk dan tidak berani menentang sebarang keputusan yang beliau laksanakan.
Kemunculan anak beliau yang ternyata biadap serta kurang ajar memberikan signal yang cukup jelas bahawa Samy sebenarnya sedang bercita-cita untuk menabalkan anaknya sebagai Presiden MIC namun budak hingusan yang baru setahun jagung dalam politik negara ini memilih untuk membela dan mempertahankan bapanya daripada bertanggungjawab terhadap kemerosotan undi India terhadap BN.
Langkah Vell Parri memakan diri dan terpaksa beralas kata kononnya beliau tidak pernah bercita-cita besar dalam politik MIC dan akan berundur diri setelah bapanya tidak lagi memegang jawatan Presiden.Namun sebenarnya setelah bapanya menambah garam ke luka BN, Vell Parri turut mengoyak luka tersebut dengan lebih terbuka.
Kegilaan anaknya dan keceluparan T.Mohan,Ketua Pemuda MIC yang menyerang UMNO boleh diibarat sebagai mahu mahu menggigit tangan orang yang selama ini memberikan mereka segala kemewahan dan hidup MIC selama ini termasuk pemimpinnya adalah atas ehsan BN sebagai menghormati konsep perkongsian kuasa.Jelas mereka telah menunjukkan belang sebagai sebuah lagi parti yang tidak mengenang budi.
T.Mohan juga memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang pendek akal.Ugutannya untuk membawa keluar MIC daripada komponen di sambut dengan senyuman dan kita percaya sekiranya ugutah itu benar, maka akan ada komponen BN yang menyembelih lembu sebagai tanda penghormatan kepada keputusan yang bakal dibuat nanti.Mereka meraikan saat yang dinantikan.
Ahli-ahli UMNO pasti bersorak riang dengan pengunduran MIC itu selagi Samy menjadi Presidennya kerana selama ini liabaliti yang membahu atas bahu UMNO dan BN telah tiada dan duri dalam daging akhirnya berjaya dicabut keluar. Samy harus mengakui dan insaf bahawa masyarakat India terbanyak sudah mula benci,muak dan mual dengan corak kepimpinan beliau itu dan Samylah yang menjadi punca kepada kemerosotan undi kaum India kepada Barisan Nasional. Tapi Samy tidak mahu menrima hakikat ini.
Samy,Vell Pari dan T.Mohan tidak perlu menuding jari kepada sesiapa. Mereka ini harus mengakui kelemahan diri dan menginsafi bahawa kepimpinan Samy Vellu sudah tidak relevan lagi kepada masyarakat India dan kepada BN secara keseluruhannya.Menyalahkan orang lain terutamanya UMNO merupakan satu tindakan terdesak untuk menutup kelemahan MIC kerana pengalaman PRU12 2008 seharusnya menjadi penanda aras kepada Samy untuk yakin bahawa dia sebenarnya ikan yang sudah berkepala busuk dalam MIC dan juga BN.
MIC tidak cukup mengharapkan V.Mugilan melalui penubuhan GAS ( gerakan Anti Samy) untuk mendesak Samy meninggalkan kerusi Presiden tetapi seluruh kepimpinan pusat MIC seharusnya berpakat dan berkerjasama untuk memberikan kata dua kepada Samy demi survival parti itu sendiri dalam BN, itupun kalau mereka masih berminat untuk menjadi sebahagian daipaada komponen Barisan Nasional
PM Najib juga seharusnya mempunyai pendekatan agar Samy ini tidak selamanya menjadi duri dalam daging kepada BN.Beliau seharunya mempunyai mekanisme tersendiri untuk merubah keputusan Samy yang mahu berundur 2011 atau 2012 supaya meninggalkan kerusi itu lebih awal kepada Pemangkunya kerana sebarang cacat yang berlaku kepada MIC, kesannya adalah kepada BN dan padahnya kepada kedudukan PM Najib untuk terus bertahan dan memerintah Negara selepas PRU13 nanti.
Samy sudah tidak ada masa. Bab kata Tun M, berhentilah sebelum orang menjadi benci..eloklah Samy berundur diri atau dipaksa melepaskan kerusi...
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Gempar!! Monyet Terlepas Dalam Dewan Parlimen.10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah13 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-








