Friday, May 28, 2010
BARISAN NASIONAL terutama sekali UMNO yang menjadi parti tunjang atau tulang belakang komponen ini sudah tidak boleh berlembut lagi dengan karenah kepimpinan MIC terutama sekali Samy Vellu. BN sudah tidak boleh terus membela biawak hidup dalam komponen tersebut apatah lagi  dalam saat satu lagi komponen BN iaitu MCA sedang berdepan dengan krisis keyakinan masyarakat Cina terhadap parti itu
.

Kemelut baru yang dicetuskan oleh Samy Vellu ini tidak boleh dipandang ringan.Kesan kepada pengukuhan BN yang juga sedang berdepan dengan krisis  keyakinan rakyat ini, tingkah laku pemimpin MIC ini harus dibendung supaya ianya tidak menjadi virus yang boleh  menambahkan luka Barisan Nasional yang akan berdepan dgn PRU 13 nanti.

Samy Vellu dilihat tidak mungkin berganjak daripada kerusi Presiden MIC meskipun beliau telah memberikan janji akan berundur pada 2012 dan apa gunanya beliau berundur dengan secara sukarela seandainya ketika itu BN sudah hjlang segala-galanya.Bentuk politik konvensional Samy Vellu ini terlalu mudah dibaca dan penyingkiran beberapa orang ahli CWC termasuk Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan secara jelas memperlihatkan Samy telah mempelopori pemerintahan kuku besi dala m MIC dan semua kepimpinan lain seakan tunduk dan tidak berani menentang sebarang keputusan yang beliau laksanakan.
Kemunculan anak beliau yang ternyata biadap serta kurang ajar memberikan signal yang cukup jelas bahawa Samy sebenarnya sedang bercita-cita untuk menabalkan anaknya sebagai Presiden MIC  namun budak hingusan yang baru setahun jagung dalam politik negara ini memilih untuk membela dan mempertahankan bapanya daripada bertanggungjawab terhadap kemerosotan undi India terhadap BN.
Langkah Vell Parri memakan diri dan terpaksa beralas kata kononnya beliau tidak pernah bercita-cita besar dalam politik MIC dan akan berundur diri setelah bapanya tidak lagi memegang jawatan Presiden.Namun sebenarnya setelah bapanya menambah garam ke luka BN, Vell Parri turut mengoyak luka tersebut dengan lebih terbuka.
Kegilaan anaknya dan keceluparan T.Mohan,Ketua Pemuda MIC yang menyerang UMNO boleh diibarat sebagai  mahu mahu menggigit tangan orang yang selama ini memberikan mereka segala kemewahan dan hidup MIC selama ini termasuk pemimpinnya adalah atas ehsan BN sebagai menghormati konsep perkongsian kuasa.Jelas mereka telah menunjukkan belang sebagai sebuah lagi parti yang tidak mengenang budi.
T.Mohan juga memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang pendek akal.Ugutannya untuk membawa keluar MIC daripada komponen di sambut dengan senyuman dan kita percaya sekiranya ugutah itu benar, maka akan ada komponen BN yang menyembelih lembu sebagai tanda penghormatan kepada keputusan yang bakal dibuat nanti.Mereka meraikan saat yang dinantikan.
Ahli-ahli UMNO pasti bersorak riang dengan pengunduran MIC itu selagi Samy menjadi Presidennya kerana selama ini liabaliti yang membahu atas bahu UMNO dan BN telah tiada dan duri dalam daging akhirnya berjaya dicabut keluar. Samy harus mengakui dan insaf bahawa masyarakat India terbanyak sudah mula benci,muak dan mual dengan corak kepimpinan beliau itu dan Samylah yang menjadi punca kepada kemerosotan undi kaum India kepada Barisan Nasional. Tapi Samy tidak mahu menrima hakikat ini.
Samy,Vell Pari dan T.Mohan tidak perlu menuding jari kepada sesiapa. Mereka ini harus mengakui kelemahan diri dan menginsafi bahawa kepimpinan Samy Vellu sudah tidak relevan lagi kepada masyarakat India dan kepada BN secara keseluruhannya.Menyalahkan orang lain terutamanya UMNO merupakan satu tindakan terdesak untuk menutup kelemahan MIC kerana pengalaman PRU12 2008 seharusnya menjadi penanda aras kepada Samy untuk yakin bahawa dia sebenarnya ikan yang sudah berkepala busuk dalam MIC dan juga BN.
MIC tidak cukup mengharapkan V.Mugilan melalui penubuhan GAS ( gerakan Anti Samy) untuk mendesak Samy meninggalkan kerusi Presiden tetapi seluruh kepimpinan pusat MIC seharusnya berpakat dan berkerjasama untuk memberikan kata dua kepada Samy demi survival parti itu sendiri dalam BN, itupun kalau mereka masih berminat untuk menjadi sebahagian daipaada komponen Barisan Nasional
PM Najib juga seharusnya mempunyai pendekatan  agar Samy ini tidak selamanya menjadi duri dalam daging kepada BN.Beliau seharunya mempunyai mekanisme tersendiri untuk merubah keputusan Samy yang mahu berundur 2011 atau 2012 supaya meninggalkan kerusi itu lebih awal kepada Pemangkunya kerana sebarang cacat yang berlaku kepada MIC, kesannya adalah kepada BN dan padahnya kepada kedudukan PM Najib untuk terus bertahan dan memerintah Negara selepas PRU13 nanti.
Samy sudah tidak ada masa. Bab kata Tun M, berhentilah sebelum orang menjadi benci..eloklah Samy berundur diri atau dipaksa melepaskan kerusi...

2 comments:

Anonymous said...

Samay Vellu adalah antara racun yg ada dalam BN.Masih ada Samy, BN mcm pikul biawak hidup,,

Anonymous said...

Sampai bila BN nak biarkan Samy ni menyusahkan semua komponen?

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers