Tuesday, July 27, 2010
SYABAS TV3 yang dalam Buletin Utamanya sejak minggu lalu dengan berani membongkar penglibatan Kalimullah Hassan seorang wartawan dan hartawan dalam usaha untuk menggagalkan Datuk Seri Najib dari menjadi Perdana Menteri dan kemudiannya memburukkan kerajaannya.




Secara profesional Kalimullah telah menafikan penglibatannya dengan Malaysian Insider dan kekayaannya dari bantuan kerajaan Malaysia tetapi siasatan tidak hanya harus ditumpukan di bidang ini sebaliknya mestilah dilihat gerakan bawah tanah yang dilakukannya sejak dia menjadi penasihat kepada NST.

Sebuah Kementerian Dalam Negeri yang cekap tentunya mempunyai simpanan bukti tentang peranan Kalimullah yang menyebabkan ramai wartawan Melayu meninggalkan NST sejak Kalimullah menjadi penasihatnya dan menggantikan mereka dengan wartawan wartawan yang tidak bersifat Malaysian untuk menjalankan usaha menentang dasar-dasar nasional, memainkan isu Dasar Ekonomi Baru, menggugat kedudukan Islam sebagai Agama Rasmi dan lain lain isu sensitif termasuk kartun Nabi Muhammad.

Yang lebih tahu dalam pekara ini ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin, Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa TV3 Datuk Kamaruzzaman, bekas Ketua Pengarang Berita Harian Datuk Hishamuddin dan juga beberapa orang di tingkat empat. Mereka boleh membantu siasatan terhadap Kalimullah.

Kebijaksanaan Kalimullah memainkan jurnalisme untuk mencapai matlamatnya sedikit demi sedikit dalam suasana kebebasan yang diberikan oleh bekas Perdana Abdullah Badawi menyebabkan rakyat tidak nampak sabotaj yang dilakukannya yang telah mencedera parahkan, memporak-perandakan dan meruntuhkan asas pembangunan dan perpaduan negara yang dibangunkan sejak merdeka.

Masa itu kesedaran timbul di kalangan para nasionalis dalam UMNO tetapi teguran mereka tidak berkesan dan tidak dihiraukan.

Lee Kuan Yew gagal untuk melakukan sabotaj terhadap dasar asas negara ini ketika Singapura berada dalam Malaysia tetapi telah berjaya dilakukan oleh Kalimullah dan rakan rakannya yang berjaya menyeludup dan menguasai media di Malaysia. Dengan kedudukan dan pengaruh Kalimullah,NST, The Sun dan The Star telah berkonspirasi melakukan jenayah politik.


Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya hanya menerima bulat-bulat penafian Kalimullah bahawa dia tidak terlibat dengan Malaysia Insider yang ditubuhkian hampir serentak dengan pemberhentiannya dan rakan-rakan wartawannya dari NST dan The Star, Brendranparia meninggalkan NST dan Wong Sulong meninggalkan Star untuk menyertai sebuah syarikat PR kepada Koridor Selatan yang berada di belakang Malaysian Insider.

Kajian terhadap berita dan rencana yang sensitif kepada masyarakat Malaysia dan juga pendekatan NST dalam mempromosikan Malaysian Malaysia mestilah dilihat semula oleh Kementerian Dalam Negeri untuk membuktikan bahawa NST telah menjadi anasir subversif melakukan sabotaj terhadap dasar negara.

Haruslah diingatkan kembali sejarah pendek Kalimullah disingkirkan hanya beberapa hari sahaja selepas beliau dilantik menjadi pegawai akhbar Timbalan Menteri Perdana Ghafar Baba kerana disyaki sebagai ejen Singapura tetapi beliau telah dapat menyusup semula ke dalam kerajaan sebagai ejen Anwar Ibrahim yang bermula dengan membantu Abdulah Badawi pada pilihan raya 2004.

Kita berharap TV3 terus menjalankan tanggungjawabnya kepada bangsa dan negara dengan mendedahkan semua kerosakan yang telah dilakukan oleh Kalimullah ke atas dasar-dasar negara ini yang telah diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga usaha pemulihannya yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak beliau mengambil alih kuasa negara. Peranan licik Malaysian Insider dalam hal ini tidak boleh dinafikan lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin sebagai sepupu kepada Datuk Seri Najib mesti berani untuk membuka fail baru terhadap Kalimullah untuk membasuh dosanya kerana mendengar nasihat Kalimullah untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengangkat keris yang sekali gus telah memberikan impak seolah-olah UMNO menggunakan lambang keganasan.

Hishamuddin mestilah membasuh dosanya sebelum Mesyuarat Agung UMNO yang akan datang jika tidak mahu menerima suatu keadaan yang akan menyukarkannya.

1 comments:

Anonymous said...

SALAM TOK JANGGUT...........

MEMANG BENAR PUN APA YG DIKATAKAN KALIMULLAH TU TOK.....JANGAN LAH MENEGAKAN BENANG YG BASAH TOK.....
TOK PUNYA ''PINK LIPS'' TUNGGU MASA JE UNTOK KARAM.....TOK NAK IKUT KARAM SEKALI KE?

CONTOH TERBARU CM 30TAHUN DIMALUKAN DI LONDON---TU TANDA2 KAPAL NAK KARAM TOK.....

APA2 PUN ''''KUASA RAKYAT DLM PR13.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers