Friday, August 6, 2010
SUDAH berbaris pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim di zahirkan baik secara tersirat atau tersurat namun masih ada rakyat yang bermatian mempertahankannya.Malah setiap kali Anwar buka sahaja mulut,perkataan pertama yang terbit dari mulutnya adalah cerita-cerita bohongnya yang melalaikan rakyat sehingga rakyat terpegun dan terpedaya dengan segala pembohongannya itu.

Bohong sudah macam jadi darah daging Anwar sejak akhir-akhir ini.Tipu muslihatnya berangkai-rangkai.Beliau manipulasikan seluruh keadaan dan kelemahan rakyat untuk menjayakan cita-cita politiknya tanpa mempedulikan apa yang akan berlaku pada nasib bangsa,agama dan Negara ini. Mempergunakan kelebihannya berpidato atau pun berhujah dengan retorik kepalsuan,Anwar semakin yakin bahawa rakyat sudah tunduk dan berada di bawah kakinya dan boleh diperlakukan dengan apa sahaja.

Sebab itulah ada yang melihat Anwar membina kekuatan politiknya berasaskan kedangkalan pemikiran rakyat yang ada dalam Negara ini.Lantaran itu beliau tidak segan silu untuk menjaja segala cerita-cerita bohongnya dengan mengharapkan simpati rakyat semakin bertambah kuat dan kukuh kepada diri beliau.Kepalsuan Anwar semakin hari semakin terserlah dan bila kita menjejaki setiap episode politiknya. Sudah nyata dan jelas bahawa Anwar adalah sebesar-besarnya ahli politik munafik yang pertama kali Malaysia lahirkan.

Lihat sahaja penipuan hubungannya dengan gerakan Yahudi,dalam masa beliau menafikan kononnya beliau tidak ada hubungan langsung namun dalam masa yang sama beliau memperggunakan segala pengaruh rakan-rakan Yahudi yang ada untuk menekan kerajaan supaya menggugurkan kes liwatnya dengan Saiful yang sedang dibicarakan sekarang ini.Rupanya dialah barua Yahudi sebenarnya.


Kes liwat ini juga Anwar sedang cuba mengalihkan perhatian rakyat untuk tidak membicarakan kes ini dengan mengambil pendekatan menyerang hubungan antara Saiful dengan salah seorang Timbalan pendakwaraya. Di sini Anwar sedang menyusun lagi cerita-verita bohong untuk mengelirukan rakyat dan kita percaya ada rakyat yang akan percaya bahawa Anwar memang sengaja dikonspirasikan untuk menghalang beliau menggapai tampuk kuasa.

Anwar sedang berusaha untuk menyakin rakyat bahawa beliau bukan seorang peliwat tetapi kepada yang masih ingat penghakiman yang dibuat dalam kes Anwar-Sukma satu ketika dulu, Hakim berpendapat bahawa wujud hubungan liwat antara Anwar dengan adik angkatnya Sukma Darmawan namun kepintaran lidahnya berbohong dan menutup bukti, rakyat semakin lupa apa yang berlaku ketika itu.Rakyat percaya yang Anwar tidak meliwat Sukma.

Ini tidak termasuk lagi hubungannya dengan Azizan,Munawar Anes dan beberapa orang lagi yang diketahui secara langsung oleh Ustaz Taib Azamuddin(ketika itu Imam Besar Masjid Negara) tapi malangnya Ustaz Taib Azamuddin, MP Baling sampai hari ini tidak berani bersuara untuk membongkar segala kemungkaran dan pembohongan Anwar ini.Apakah muslihat politik lebih penting daripada kemusnahan pemikiran rakyat yang sedang Anwar racuni ketika ini? ( Siri pembohongan Anwar ini boleh dilayari melalui anwarpembohong.blogspot.com)

Anwar sedang lipatgandakan usaha-usaha pembohongannya yang memungkinkan juga supaya beliau dilihat lebih suci dan mulia daripada para malaikat dan sahabat-sahabat Nabi.Barangkali juga beliau sedang ingin melabelkan bahawa beliau adalah pejuang Islam sejati sedangkan hakikatnya beliaulah antara punca kepada keruntuhan moral agama,bangsa dan Negara ini.

Benar, untuk menyelamatkan diri dan menghalang seluruh keturunannya dicerca masyarakat sepanjang hayat,Anwar harus sempurnakan segala matlamatnya dengan apa cara sekalipun.Beliau sudah tidak ada rasa segan dan malu untuk menipu rakyat ataupun menipu Tuhan sekalipun dan dengan berpakat bersama DAP dan juga PAS,Anwar berkeyakinan tinggi untuk menumbangkan kerajaan yang ada hari ini bagi menubuhkan regim baru pemerintahannya yang bertunjangkan Negara Republik.Kononnya dialah Perdana Menteri itu.

Keyakinan Anwar cukup tinggi apatah lagi apabila beliau melihat rakyat sudah semakin keliru,sudah semakin sesat hasil daripada jajaan cerita-cerita bohongnya selama ini dan rakyat sudah mula menolak kebenaran dengan lebih mempercayai segala kepalsuan.Kebodohan rakyat inilah yang Anwar pergunakan secukupnya kerana Anwar tahu masanya sudah terlalu singkat untuk beliau menutup segala kebejatan moralnya dan beliau cuma ada hanyalah masa untuk menghasut rakyat yang sedang mabuk serta mamai dengan segala teori-teori retoriknya.Anwar sudah menjadi kafir kepada bangsanya sendiri.

Beliau sanggup dijadikan alat oleh DAP dan dikudakayukan oleh PAS dan baginya perpecahan Melayu dan bangsa ini yang kononnya beliau perjuangkan satu ketika dulu bukan lagi sesuatu yang penting untuk diselamatkan. Beliau harus menyelamatkan dirinya dan membuktikan kepada dunia luar yang membiayai dan menyediakan dana politiknya bahawa beliau mampu meruntuhkan kerajaan yang ada hari ini dan bersedia untuk membuka ruang seluasnya bagi Negara ini dijajah dalam bentuk penjajahan baru. 


Rakyat buta ini semua dan menutup mata dan telinga untuk menerima kebenaran bahawa Anwar hanyalah alat dan paling tepat adalah agen keruntuhan sebuah Negara bangsa.Rakyat semakin hari semakin bodoh hasil daripada kelicikan politik Anwar Ibrahim dan disokong pula oleh Nik Aziz yang mempergunakan segala bentuk nas dan hadis untuk menghalalkan apa sahaja tindakan Anwar. DAP tersenyum bangga melihat pemimpin Melayu yang sedang memperbodohkan bangsa mereka sendiri.

Rakyat yang percaya kepada kebenaran dan pembuktian harus bangkit untuk menolak pemimpin hipokrit dan munafik seperti Anwar ini dan sekaligus perlu bangun untuk memberikan pengajaran berguna kepada beliau supaya berhenti berbohong dan menerima takdir bahawa Anwar bukanlah seorang pemimpin yang layak untuk memimpin umat dan Negara ini.Selayaknyalah Anwar dipimpin semula untuk menunjukkan jalan ke Sungai Buluh.

1 comments:

Anonymous said...

TUNGGU JER LAH PR13 BE END AKAN KARAM DENGAN PM 1MALAYSIA NYA......
BIG FAT MAMA/FIRST LADY JUGA AKAN KARAM ATAS KUASA RAKYAT....

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers