Thursday, July 8, 2010
ATAS dasar prinsip,perbezaan fahaman politik dan kepentingan kerajaan serta tanggungjawab moral,Ketua Pegawai Ekskutif Proton, Syed Zainal wajib melepaskan kedudukannya di syarikat yang berkaitan dengan kerajaan itu. Beliau tidak ada pilihan dan dengan pendiriannya yang jelas menyokong gerakan PAS. Syed tidak layak dan jijik untuk terus berada di kerusi itu.

Malah beliau sendiri pernah mengakui bahawa beliau bukan seorang penyokong BN dan kerajaan tetapi dengan terus mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini ternyata menyerlahkan lagi sikap lepas pandang dan tidak bertanggungjawabnya kerajaan  hingga sanggup membiarkan musuh politiknya berkuasa dan bermaharajalela.

Meskipun beliau dikatakan pernah berjanji unjtuk tidak mencampuradukan antara kepentingan politik beliau dengan syarikat tersebut, Proton adalah anak syarikat yang berkaitan dengan kerajaan dan kerajaan ketika ini adalah Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.Seseorang yang bukan menyokong kerajaan bukan sahaja Syed Zainal tetapi semua itu tidak layak untuk berada di dalam kerajaan hari ini.

Tetapi dalam masa yang sama juga beliau telah memperalatkan Badan Kebajikan Dan Dakwah Proton untuk  menyerapkan fahaman serta idealogi PAS apabila pernah mengundang Badrol Amin untuk menyampaikan ceramah dan memperlekehkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin olah PM Najib.Dan ramai lagi tokok-tokoh pembangkang diundang untuk menyampaikan ceramah dan tazkirah di dalam program yang dianjurkan oleh badan itu.

Banyak lagi bukti-bukti lain yang menyokong tulisan ini dan kita percaya,sampai waktunya akan terbongkar atau terdedah wajah  sebenarnya Syed Zainal yang selama ini memunggah rezeki daripada kepimpinan kerajaan yang sering dicerca oleh parti yang beliau dokong.

Dari sudut moralnya ternyata Syed Zainal adalah api besar dalam kepimpinan PM Najib dan tindakan beliau mengetuai syarikat berkaitan kerajaan itu dan dalam masa yang sama menyerang kepimpinan BN secara diam-diam membuktikan betapa tidak bermoralnya CEO ini. Sila PM Najib tunjukan beliau jalan keluar.

Kita mungkin boleh bersetuju apabila beliau mengatakan tidak mencampuradukan fahaman ataupun pendirian politik dengan kedudukannya tetapi  belaiu harus sedar bahawa Proton adalah milik kerajaan, mahu atau tidak beliau perlu mengakui bahawa beliau bukan seorang tokoh tetapi lebih berupakan musang yang berbulu ayam.

Pemilihan beliau sebelum ini pun telah mengguriskan hati ramai tokoh-tokoh yang berkaliber dalam UMNO namun atas nama kepentingan bersama,diterima juga Syed ini seadanya tetapi malang beliau telah memperalatkan Proton serta menjadi nadi kepada penyaluran segala maklumat berkaitan Proton kepada pembangkang.

Tun Dr Mahathir sebagai Penasihat Proton harus mengambil inisiatif untuk menasihatkan kerajaan bagi menggugurkan CEO sebelum ianya menjadi barah yang boleh merosakan seluruh struktur Proton dan kerajaan. Dan kita percaya bukan GLC ini sahaja yang didokong oleh penyokong pembangkang tetapi beberapa GLC lain juga telah dikenalpasti bahawa penerajunya adalah bukan penyokong kerajaan,musuh dalam selimut,gunting dalam lipatan.

Sepanjang Syed Zainal mengetuai Proton ini terlalu banyak kerosakan dan pengaiban diberikan kepada kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib ini dan PM digesa untuk bertindak sewajarnya tanpa ada pilihan untuk menyingkirkan Syed Zainal dan digantikan dengan mana-mana tokoh yang berkemampuan untuk memacu Proton dengan lebih jauh lagi.UMNO atau BN tidak kurang tokoh-tokoh hebat lain dan kalau perlukan,kembalikan semula Tengku Mahalel ke jawatan itu.

Malah dengan terus mengekalkan Syed Zainal sehingga ke hari ini pun merupakan satu dosa yang cukup besar kepada orang-orang UMNO atau Barisan Nasional kerana telah terbukti bahawa Syed zainal hanyalah mempergunakan Proton itu semata-mata serta penghinaan kepada ahli-ahli UMNO yang selama ini bertungkus lumus mempertahan parti tetapi yang mendapat keuntungan dan pulangan adalah orang-orang yang tidak pernah tahu bersyukur seperti Syed Zainal ini.

Dengan tindakan beliau yang memecat beberapa kakitangan Proton yang menyokong kerajaan membuktikan bahawa beliau mempunyai agenda tersendiri untuk menguasai pemikiran seluruh kakitangan Proton itu supaya menolak kerajaan dan memberikan sokongan penuh kepada PAS dan pakatan pembangkang yang lain
.
Kita juga menuntut PM Najib membuat rombakan besar-besar terhadap kepimpinan semua GLC  sebelum kepimpinan tertinggi mereka menjadi cacing yang menjolok mata.Cukuplah kerajaan selama ini dikhianati dan membiarkan Syed Zainal ini terus kekal sebagai CEO akan membuktikan bahawa sememangnya kerajaan memang suka dikhianati.


1 comments:

Anonymous said...

SEBENARNYA BANYAK CACING KERAWIT DALAM KERAJAAN HARI INI, SAMA ADA DIPERINGKATY BAWAH HINGGALAH KE PERINGKAT ATAS. DALAM RTM, TV3, BERITA HARIAN DLL SEMUANYA DIPENUHI CACING KERAWIT.

SIKAP BN PULA, TAK APA, SIKAP PEMBANGKANG, ADA PELUANG KITA BERSIHKAN ORANG ORANG INI ...

AKHIRNYA BN TUMBANG BUKAN KERANA TEKANAN LUAR TAPI DARI DALAM ORGANISASI ITU SENDIRI. CACING KERAWIT SUDAH LAMA MENYUSUP MASUK, CUMA TUNGGU MASA UNTUK DI RATAH ...

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers