Wednesday, February 25, 2015
MENGAPA kau termenung oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
puja lah ia sekadar sekadar saja.... Ini adalah sebahagian lirik lagu SEROJA nyanyian S. Efendi dan tidak ada yg lebih sayu bila mengenangkan kisah perjuangan bangsa Melayu. bait-bait lagu ini memberi pesan yang jelas bahawa perjuangan Melayu pasti penuh helah tipu daya dan lebih menyakitkan bila nama perjuangan Melayu digunakan untuk mencari habuan, mengisi tembolok dan menyelamatkan kedudukan.
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
puja lah ia sekadar sekadar saja.... Ini adalah sebahagian lirik lagu SEROJA nyanyian S. Efendi dan tidak ada yg lebih sayu bila mengenangkan kisah perjuangan bangsa Melayu. bait-bait lagu ini memberi pesan yang jelas bahawa perjuangan Melayu pasti penuh helah tipu daya dan lebih menyakitkan bila nama perjuangan Melayu digunakan untuk mencari habuan, mengisi tembolok dan menyelamatkan kedudukan.
Inilah
juga sebahagian daripada drama atas nama
Perjuangan Melayu yang akan dihidangkan pada 28hb Febuari 2015 nanti di Stadium
Bukit Jalil hasil daripada garapan Pengarah dan Penulis Skrip yang dibuat
secara tergesa-gesa ,semata-mata mengharapkan akan dicalonkan untuk menerima anugerah `grammy award' sebagai Filem
Terbaik Tahun 2015 dan sebab itulah
tajuk drama ini pun ditukar pada saat-saat akhir daripada RENAISSANCE MELAYU kepada MALAM PERPADUAN
MELAYU,walaupun istilah Renaissance tidak ada kaitan langsung dengan Perpaduan
yang sepatutnya akan merubah habis skrip dan dialog kerana perubahan nama
tersebut.
Demikianlah sedikit analogi ringkas berkaitan dengan program yang diberi promo bertaraf A+ melalui
sebaran vedio klip yang menggunakan tokoh-tokoh bertujuan bagi menjemput orang Melayu
berkumpul pada 28.2.2015 di Stadium Bukit Jalil itu,mungkin gagasan awal penganjur
yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan Melayu bermaksud ingin menghimpunkan
orang-orang Melayu adalah tepat dan kena pada masanya, cuma apabila program
telah di "hijack" oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu,
maka beginilah jadinya.
Sebab itu sekarang
nama program sudah tidak penting, pengisiannya juga tidak menjadi keutamaan, yang
paling penting PM hadir dan Raja Arif boleh berlakon untuk dilihat penting dan
releven supaya kontraknya sebagai KP BTN
disambung. Sebenarnya matlamat " happy ending" itulah yang di
inginkan drpd drama Malam Perpaduan Melayu pada 28. 2. 2015 ini.
Sebab itulah ramai tercari-cari apa
maksud dan tujuan program ini? Kenapa tarikh 28.2.2015 di pilih? Apa pengisian
dan siapakah pula peserta yang dijemput hadir?
Rasa simpati yang amat sangat kepada penganjur asal
program ini yang niat luhurnya telah disalah gunakan oleh Raja Arif yang begitu
angkuh dan hipokrit malah lebih tepat lagi tidak layak pun untuk berada bersama dalam program Malam Perpaduan
Melayu kerana umum tahu bahawa ancaman terbesar Melayu pada masa ini ialah Institusi
Kesultanan Melayu sedang dihina secara halus dan sistematik melalui pendekatan dengan
menimbulkan konflik perundangan dan perlembagaan berhubung institusi kesultanan
Melayu dan kedudukan Melayu dan Islam dalam perlembagaan. ini semua telah dirancang
rapi oleh Anwar Ibrahim melalui DAP dan pelbagai gerakan "networking"
mereka.
Strategi yang diatur melalui pelbagai isu yang mereka timbulkan
secara berpanjangan sseperti kes perlantikan MB Selangor, kes liwat 2, kes
mohon pengampunan Agong dan pelbagai kes yang lain, dapat disimpulkan bahawa
rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan demi menghakis serta
menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan dengan cara yang paling sistematik
dengan menjadikan kes-kes yang dinnyatakan tersebut sebagai kayu ukur terhadap
kekebalan Perlembagaan dan perundangan negara memelihara Rukunegara Ke 2,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang akhirnya menghilangkan kepercayaan rakyat
kepada kerajaan yang ada.
Apakah Raja Arif sebagai pendokong dan pemuja Anwar layak
duduk bersama setelah ancaman ini diwujudkan oleh SIFU beliau dan rakan karib
beliau dalam PAKATAN? Apakah tidak ada unsur-unsur menyerap idea ANWAR dalam
program ini setelah campurtangan Raja Arif?Bukankah Sanggah Tok Janggut telah
memperingatkan sebelum ini bahawa istilah RENAISSANCE itu adalah istilah yang
dipopularkan oleh Anwar? Nasib baiklah ada yang tidak sanggup memalukan PM dan
akhirnya program telah ditukarkan menjadi Malam Perpaduan.
Namun kita juga perlu bertanya kenapa 28.2.2015?Kenapa
tidak sahaja kita tunggu tarikh yang lebih sesuai, yang ada nilai sejarah
seperti sempena Melayu disatukan di Istana johor pada bulan Mei, atau sempena menghayati
100 tahun perjuangan Tok Janggut yang akan jatuh pada 24 Mei 2015? Tarikh yang
dipilih 28.2.2015 adalah satu tarikh yang langsung tidak ada signifikan dengan nilai sejarah perjuangan Melayu melainkan
hanya satu sahaja yang paling hampir dengan maksud program penting kepada Raja
Arif ini, iaitu sejarah bulan Febuari 2003, idea asas penggabungan PKR dan PRM
dibincangkan untuk membentuk PAKATAN RAKYAT atau tarikh yang lebih dekat dengan
jiwa Raja Arif sepatutnya 29 Mac 1982 iaitu tarikh Anwar menyertai UMNO ataupun
6.8.1971 ABIM ditubuhkan.
Selain daripada
itu program ini terburu-buru setelah campur tangan Raja Arif ini dibuat pada
tarikh tersebut semata-mata untuk memastikan PM nampak sumbangan Raja Arif yang
kontraknya akan tamat pada bulan Mac 2015 dan sebab itulah perlu dilaksanakan
sebelum tibanya Mac 2015.
Sebab itulah juga tidak pernah sebelum ini,satu bentuk
kerahan dibuat oleh Raja Arif kepada semua Pengarah BTN Negeri supaya
memastikan setiap negeri menghantar 2 bas Tenaga Penggerak dan sahabat supaya
WAJIB hadir ke Bukit Jalil,sesuatu yang tidak pernah dibuat sewaktu Melayu di
serang dan Islam di hina. Pernahkah kita mendengar sebelum ini sahabat-sahabat
BTN berkumpul membantah, membuat laporan polis malah menyertai himpunan gerakan
mempertahankan Melayu Islam atas nama sahabat BTN dan penggerak BTN? Kenapa
tiba-tiba untuk Malam Perpaduan Melayu di Bukit Jalil, Raja Arif begitu
bersungguh-sungguh dan boleh pula mengarahkan supaya berkumpul?
Apakah tujuannya untuk menyatakan sokongan kepada gerakan
Melayu atau seolah-olah sokongan kepada Raja Arif supaya dilihat kononnya
berjaya mengumpul orang-orang Melayu untuk dilihat oleh PM dan TPM? Kalau
sekadar kumpul 20 ribu orang Melayu yang jumlahnya hanya mewakili 0.07 %
daripada jumlah orang Melayu dalam negara,ianya masih belum layak lagi mendapat
Guiness Books of Record kerana perhimpunan lain boleh menghimpunkan Melayu
dengan jumlah yang lebih ramai.
Jika ingin beri ruang kepada PM Najib bertemu dengan
sejumlah orang-orang Melayu dan PM dapat lontarkan idea dan gagasan untuk orang
Melayu, apakah tidak cukup penting dan bernilaikah Perhimpunan Agung UMNO yang
disiarkan secara langsung dan jutaan Melayu boleh mendengar suara dari sanubari
PM yang sebahagian daripada arahan beliau sebelum ini ada yang masih tidak di
laksanakan lagi oleh para pimpinan Melayu.
Ceramahnya dapat sambutan.. |
Oleh sebab itulah kita perlu bertanya kepada Raja Arif
apakah cukup satu pertemuan yang bermula daripada jam 5 petang dan berakhir 12 malam ini sebagai
satu gerakan yang akan merubah bangsa Melayu atau sekadar retorik yang
tersembunyi maksud peribadi ? Jika serius drama dan lakonanya biarlah plot dan
skripnya benar-benar menarik dan menyakinkan.Susunlah agenda program yang ada
nilai intelektual dan bukan sekadar "ceremony",susunlah dulu sesi `brainstorming'nya, buat
sidang pleno, `action plan' kemudian serahlah kepada PM apa resolusinya.
Janganlah terus hiburkan PM Najib dengan jumlah yang
datang kemudiannya bersorak dan bertepuk tangan.Manakala jemputannya pula
janganlah main tangkap muat dan janganlah hanya dikalangan NGO dan orang-orang
yang sudah jelas menyokong kerajaan sahaja. Kenapa atas nama perpaduan Melayu
sanggup peralatkan pengurusan dan kerah pelajar UITM tetapi gagal pula mengajak
Dyana Sofea yang lahir daripada kepincangan acuan UITM? Kenapa tidak dibawa
bersama Melayu di dalam Bar Council, Melayu di dalam PAS, PKR dan berapa ramai
Melayu yang tidak berparti seperti Melayu kelas pertengahan di Putrajaya,
Kajang dan Bangi?
Berapa ramai Raja Arif yang hebat ini dapat bawa Melayu
intelek dan berjaya dari Persatuan Murid Tua Sek Men Alam Shah seperti Aziz
Bari? Atau kita tanya berapa ramai ahli ABIM, PKPIM boleh dikumpulkan pada malam
28.2.2015 nanti? Kenapa hanya harapkan GPMS dan rakan-rakan sewaktu dengannya
sahaja?
Kasihan kepada pimpinan NGO Melayu yang ikhlas mewakili
persatuan silat, persatuan ulama dan agamawan, pondok dan lain-laian daripada
seluruh negara yang akan bergerak tinggalkan rumah dan keluarga dengan harapan
dapat berjihad untuk gerakan Melayu tetapi akhirnya hanya jadi alat dan
terpesong matlamat sebenar iaitu hanya untuk memberi nyawa kepada Raja Arif
supaya disambung kontrak KP BTN semata mata.
Malah lebih kasihan ialah kesungguhan badan-badan lain yg turut tertipu termasuklah tokoh-tokoh veteren, ahli akademik dengan lakonan Raja
Arif yang sentiasa retorik secara tiba-tiba muncul seolah-olah dialah pejuang
Melayu, sedangkan dalam masa yang sama dialah yang mengharamkan lagu Warisan
dan menggelarkan pejuang Melayu lain sebagai assabiyyah dan sosialis
termasuklah kpd Tan Seri Nordin Kardi dan Tan Seri Sanusi yang digunakan
didalam vedio promo program tersebut.
Oleh sebab itu, kepada semua yang sayangkan perjuangan Melayu yang
sebenar-benarnya dan juga berniat untuk menyelamatkan Melayu dalam negara kita, mereka
perlu menilai dan mengkaji apakah yang tersirat disebalik program yang nama asalnya
Renaissace Melayu ini? Walaupun namanya telah ditukar kerana arahan, apakah
maksud dan tujuan Raja Arif turut
bertukar? Beliau sebenarnya tetap mengiktiraf malam tersebut sebagaimana asal
iaitu RENAISSANCE sebab istilah yang dipinjam daripada perkataan Italy ini lebih dekat dengan tujuan dan matlamat beliau.
Perkataan Renaissance membawa maksud kelahiran semula
iaitu penyambungan semula kontrak sebagai KP BTN dan itulah yang di harap-harapkan
melalui penganjuran program ini. Walaupun mungkin beliau agak kecewa dengan
penukaran nama, tetapi setelah gagal menggunakan MB Terengganu, MB Perak,
ahli-ahli politik lain yang beliau temui termasuklah pemimpin NGO supaya menyokong
beliau untuk disambung kontrak, apa lagi
jalan penyelamat yang di cari melainkan program 28.2.2015 dan inilah yang
diharap dapat menjadi penyelamat tanpa mengambil kira apa kesan politik kepada PM Najib.
Apakah drama arahan Raja Arif ini akan memberi kesan
politik yang baik kepada PM Najib atau akan menjadi bom jangka dan peluru baru
untuk membunuh 1Malaysia yang telah di semai oleh PM Najib?Bukan lagi persoalan
penting kepada Raja Arif sebab sebagai orang yang diasuh oleh Anwar,beliau akan
menggunakan apa sahaja peluang untuk diri sendiri walaupun perlu dikorbankan
bangsa Melayu dan pemimpin Melayu yang lain.
Muncung yang penuh muslihat... |
PM Najib
sepatutnya tidak boleh lagi mengguna pakai pemikiran orang-orang seperti Shahlan
Ismail dan Raja Arif dalam menghadapi gelombang kebangkitan Melayu ini kerana mereka
berdua sudah jelas terperangkap dengan strategi dan pemikiran Anwar Ibrahim dan
menyanjungi Anwar lebih daripada PM Najib. PM Najib harus dilihat mempunyai `political
will' dalam penyelesaian kemelut ini.
PM Najib perlu
menyerahkan urusan membina Melayu yang glokal dan progresif serta bersama
dengan kerajaan ini kepada yang benar-benar pakar, yang menunggu-nunggu
untuk bekerja dan membantu dan bukannya
menyerahkan urusan kepada yang berlagak pandai lagi memandai mandai seperti
Raja Arif dan Sahlan itu. Ingatlah kepada amaran Tuhan bahawa jika sesuatu
urusan diserahkan kepada yg bukan ahli, tunggulah saat kehancurannya.
Percayalah jika PM
Najib terus menerus mengguna pakai dua makhluk perosak ini, PM sebenarnya
sedang mengumpul jumlah musuh yang lebih ramai, bukan mereka tidak sayang PM Najib
tetapi mereka lebih sayang kepada bangsa dan negara dan tidak sanggup berterusan
melihat para pengkhianat terus diangkat dan diberikan tempat di sisi Najib.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 comments:
Agak2 apa yang akan tercapai dengan mengadakan perhimpunan dan mendengar ucapan? Ia seperti event konsert.....dengar ucapan dari pemimpin terpilih, laung, takbir dan tepauk tangan. Last2 balik happy2....So apa dia pencapaian nya? Apa next moves? Bukan kah lebih baik buat secara smaller group dengan matlamat dan agenda tersusun untuk setiap group ini?