Monday, March 23, 2015

Sampai bila mereka ini mahu mengemis kuasa?

TIADA yang lebih menarik perhatian seluruh para pemain dan pemerhati politik, penjawat awam dan rakyat  di pelbagai lapisan dan kedudukan serta latar belakang agama  melainkan isu hudud atau lebih tepat Pindaan Enakmen Kanun Syariah II 1993 merangkumi Hudud,Kisas dan Takzir yang pembentangannya di DUN Kelantan telah diluluskan dengan mendapat sokongan sebulat suara termasuklah sokongan daripada 12 ADUN BN/UMNO. 

Satu keputusan yang  telah menyebabkan para cyber trooper RBA dan rakan-rakan sekutu dengannya hilang kata-kata dan telah terkunci papan keyboard masing-masing untuk terus merekayasa fitnah dan cerita  tentang 1MDB, jet baru kerajaan,GST dan juga perkahwinan Puteri  PM Najib. 

Malah yang lebih menarik, peristiwa yang akan tercatat dalam dokumentasi sejarah itu telah menjentik telur sebahagian pimpinan politik untuk mengadakan mesyuarat tergempar  dan ada yang tergagap-gagap membuat kenyataan berbaur marah,kesal dan saling ugut mengugut.

Serentak dengan itu muncullah para penganalisis daripada kalangan `licence politician' berbekalkan ilmu politik bertaraf PhD dan meramalkan akan berlaku itu dan ini manakala di kalangan `experience politician' pula sanggup keluar dari pertapaan mengupas berasaskan berapa banyak garam politik yang telah dimakan bahkan tidak kurang juga `corporate politician' membuat analisa berasaskan  disiplin bisnes yang menjadi pegangan. 


Golongan inilah paling menarik analisanya  kerana disiplin yang menjadi pegangan mereka ialah,mereka boleh menjadi UMNO dan BN sewaktu bertemu Menteri minta sokongan di Putrajaya, boleh jadi PAS ketika menyerahkan borang tender di Kompleks Darul Naim di Kota Bharu, boleh jadi PKR sewaktu mendengar taklimat projek di Shah Alam dan tidak teragak-agak menjadi DAP sewaktu ke KOMTAR  Pulau Pinang mengintai ruang perniagaan.

Apa pun tafsiran dan analisa, inilah dimensi baru dalam politik negara kerana ianya berlaku tatkala Presiden PAS sedang mengalami deposit keyakinan ahli terhadap keupayaan Presiden memimpin,manakala UMNO pula menghadapi krisis `bad branding'  akibat daripada kegagalan Presiden mengurus persepsi dan hilang sentuhan pada setiap `command' sehingga menuntut kepada pernyataan  taat setia daripada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan Presiden-Presiden parti komponen. Sesuatu yang boleh memberi pelbagai indikator dalam dairi politik seorang pemimpin dan sebab itulah ada juga yang mula meniupkan khabar bahawa pembentangan enekmen itu adalah `tools'  politik dari dua orang Presiden untuk terus kukuh di persada kuasa.

Namun apa pun helah politik  kepada seluruh penyokong PAS yang bukan sahaja di Kelantan tapi merata tempat di seluruh negara, baik di Tanjung Piai,Johor, di Bario, Sarawak, di Lahad Datu, Sabah,di Kampung Pandan, Kuala Lumpur atau di Cheetham Hill, Manchester dan mungkin inilah yang mereka tunggu-tunggu sejak sekian lama  setelah diberi  pelbagai alasan yang boleh mengugat kepercayaan bahawa PAS dan Hudud bukanlah umpama lagu Raya yang di lagukan pada musim pilihan raya tetapi inilah antara perjuangan PAS. 

Ternyata langkah ini mengembalikan semula sokongan politik kepada PAS yang telah mula terhakis dan kepada penyokong UMNO pula mereka boleh tersenyum puas  kerana terbukti PAS akan kehilangan fatwa untuk menuduh UMNO adalah penentang hudud kerana terbukti dengan sokongan padu wakil UMNO, terbukti mereka tidak pernah menolak hukum Tuhan. 

Manakala  kepada seluruh umat Islam pasti terbit rasa syukur dan bangga kerana pemimpin Melayu dan Islam yang mereka pilih dalam pilihanraya  telah menunaikan tanggungjawab terhadap agama yang didatangkan dalam bentuk ujian kuasa politik yang telah mereka tunaikan.

Yang lebih menariknya ialah  kita boleh melihat munculnya pula watak-watak sebenar penentang hukum Allah yang menzahirkan emosi dan memek muka yang berbagai-bagai. Ada yang bagaikan kera kena belacan, ada yang bagaikan cacing kepanasan bahkan ada yang bagaikan ayam telurnya sebiji,tapi riuh sekampung terloncat-loncat ke hulu hilir berketak perihal setiakawan dan konsensus politik yang natijah akhirnya boleh ditafsirkan sebagai menolak hukum Islam.

Apa juga tafsiran dan irama lagu yang telah dan akan didendangkan ekoran kejayaan PAS membentangkan enekmen ini dan kejujuran UMNO menyokong, semuanya harus menggunakan akal yang bijak  dan ketajaman membaca liuk lintuk gerak tari bersandarkan realiti politik dalam sistem Demokrasi Berparlimen yang formula biasanya berasaskan `game of numbers'

Kejayaan membentang dan diluluskan sebulat suara hanyalah kejayaan awal tetapi untuk melihat hukum ini terlaksana ianya  menuntut kepada `collective intent',`collective responsibilities' dan `collective values'  yang berterusan daripada PAS dan UMNO kerana halangan sebenarnya dalam sistem politik ini adalah angka.

Perjalanan untuk melihat hudud dilaksanakan di Negeri Kelantan masih lagi panjang dan berliku dan beberapa Akta dan Fasal dalam Perlembagaan harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu iaitu dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Negeri Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah itu.Untuk meminda dua akta ini hanya memerlukan sokongan `simple majority' atau 112 orang Ahli Parlimen bersetuju bagi membolehkan ianya diluluskan.

Hakikat ini semuanya di maklumi oleh semua pemain politik peringkat tertinggi sama ada Melayu atau Bukan Melayu dan apa juga helah, apa juga strategi dan perancangan semuanya terikat pada angka 222 iaitu jumlah kerusi Parlimen yang ada setakat ini dan dijangka akan kekal sehingga PRU 14. Sebarang kelulusan dan pindaan apa juga dasar dan peruntukan apa pun adalah memerlukan sokongan 2/3 majorit atau pada perkara-perkara  tertentu memerlukan `simple majoritiy' .

Jadi kita sepatutnya mula sama-sama menyemak apakah Melayu Islam tanpa mengira parti politik cukup jumlah 2/3 iaitu 148 orang dalam Parlimen hari ini dan selepas PRU14 atau jika cukup jumlah `simple majoritiy', apakah semuanya akan menyokong ?Ini fakta `overt' yang tidak tersembunyi sebarang maksud tersirat.

(Rujuk jadual jumlah Ahli Parlimen Melayu Islam di sebelah
Ternyata  bahawa sehingga hari ini jika sekiranya kita berjaya satukan pemikiran dan matlamat semua Ahli Parlimen Melayu Islam,angkanya belum lagi mencukupi jumlah 2/3 untuk meluluskannya di Parlimen. Ini bermakna UMNO dan PAS perlu mengadakan tamrin dan tarbiyah supaya akan ada lagi ahli-ahli  Parlimen bukan Islam memeluk agama Islam atau berdakwah supaya mereka faham tentang hukum dan menyokong pindaan ini.

Yang nyata sehingga kini mereka gagal memahami keindahan Islam biarpun telah lama berkawan dengan PAS malah rakan kongsi yang sama-sama mengimpikan  Putrajaya juga walau seagama dan sebangsa juga tetap menolak apatah lagi bila kedengaran ada juga  wakil PAS  sendiri akan menolak semata-mata kerana  berbeza mazhab dan kelompok.

Malahan ada pula suara yang meminta BN/UMNO pula yang memimpin sokongan di Parlimen  nanti kerana UMNO mempunyai wakil Melayu Islam paling ramai dan menimbulkan persoalan kenapa sebelum ini banyak keputusan yang memerlukan sokongan 2/3, BN/UMNO tidak  menghadapi masaalah meminta rakan parti komponen menyokong sebagaimana biasa? Tidak bolehkah sekali lagi UMNO sebagai Ketua BN meminta sokongan yang serupa? Cadangan `pre emtive' untuk meletakan dosanya pada UMNO jika gagal mendapat sokongan di Parlimen.

Jawabnya  mudah,  kerana UMNO sebelum ini mempunyai Presiden yang menjadi Ketua Kabinet dan Perdana Menteri yang dihormati dan digeruni, yang suara dan arahannya akan dipatuhi dengan tertib "sami'na wa ata'na" bukan sahaja dari kalangan pimpinan UMNO tetapi juga dari kalangan pimpinan parti komponen dan bukannya seperti sekarang  bahawa pimpinan sudah hilang nilai hormat dan tertib kepada Pemimpin sendiri.

Lihat sahaja contoh kepada gagasan Islam Hadari yng dibawa oleh Pak Lah sebelum ini, bukan hanya di perlekeh oleh PAS sebuah parti Islam tetapi turut ditolak oleh ahli sendiri dan masih adakah lagi orang UMNO menyebut Islam Hadari? Rasanya hanya di Terengganu sahaja disebut,  itu pun kerana ada Masjid yng dinamakan dengan nama Masjid Hadari. Apakah Gagasan 1 Malaysia tidak akan menerima nasib yang sama?Kalau lihat kepada suasana semasa rasanya 1Malaysia akan lenyap lebih awal lagi ketika pemimpin yang mengagaskannya masih di tampuk kuasa.

Apakah dengan karektor yang sedemikian kita harapkan boleh mengarah agar parti komponen menyokong dan kembali menjadi `sami'na wa ata'na'? Apakah hanya dengan pelaburan billion ringgit yang diberi akan dianggap budi yng perlu dibalas oleh bukan Melayu dengan menyokong pindaan untukmembolehkan Hudud dilaksanakan? Jadi kesimpulannya tepatlah pantun tinggalan orang tua-tua, "apa diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak, usah diharap partinya orang, entahkan sudi entahkan tidak..!"

Setelah menyedari inilah watak-watak yang ada dan halangan-halangan yang sengaja dicipta secara bersama oleh mereka, maka strategi dan kaedah penyatuan kuasa politik Melayu amatlah dituntut untuk survival dan masa depan Melayu Islam dan hukum Allah yang menjadi impian bersama dapat kita lihat terlaksana dengan mata lendir kita. Sokongan dan penyatuan ini tidak harus terhenti di DUN Kelantan dalam isu enekmen ini sahaja tetapi harus diterjemah dalam sokongan politik yang lebih besar selepas  ini iaitu dalam pilihanraya akan datang. Kita perlu sama-sama hadam rupa paras geo politik berasaskan kedudukan dimana  punca kuasa Melayu berada. Asas kepada punca kuasa Melayu hanya datang dari 134 kawasan majoriti Melayu yang ada.

(Rujuk Jadual 2 di sebelah)  
Hanya itulah asas punca kuasa yang menghantar para pemimpin Melayu tanpa mengira parti berkumpul di Parlimen untuk memperjuangkan apa-apa juga kepentingan Melayu Islam termasuk untuk menegakan segala hukum Islam.

Semua konsensus politik yang terbina sebelum ini dengan rakan-rakan komponen baik UMNO dalam BN dan PAS dalam PKR sbg tahallus- siyasi yng menyebabkan Melayu Islam telah terkorban dalam banyak perkara perlu dikaji dan diperbaiki dengan segera.supaya tidak selamanya dianggap bodoh dan di perbudak-budakkan. Apatah lagi apabila yng dikorbankan itu adalah punca kuasa Melayu Islam iaitu menyerahkan kerusi majoriti melayu kepada Bukan Melayu bertanding dan pengundi Melayu pula diminta mengangkatnya sebagai pemimpin.

(Rujuk jadual 3 disebelah) 
Apakah pemimpin Bukan Melayu yang diangkat itu menghargainya dengan menyokong keputusan untuk kebaikan Melayu Islam atau paling kurang, menjadi beradab bila bercakap menghormati Presiden UMNO yang memberi kerusi kepada mereka atas alasan mengenang budi  namun kini itu tidak berlaku lagi kerana yng meminjam sudah pandai mengigit tangan.

Itu jugalah yang terjadi kepada ukhwah PAS dengan rakan karibnya dalam PKR kerana ternyata semangat assabiyah dan cauvenist mereka tidak termasuk dalam tahallul- siyasi yang diamalkan dan apakah jika Presiden PAS diminta bertanding di Kota Melaka, Wan Azizah bertanding Bukit Bintang dan  PM Najib bertanding Bukit Bendera, semua Presiden dari kalangan Melayu Islam ini akan menang namun Wee Ka Siong boleh menang di Ayer Hitam, S. Manikavasagam boleh menang di Kapar. 

Malah lebih malang kepada Melayu dalam PAS yang juga turut terjerat  dengan konsensus yang dibuat sehingga adakalanya dilihat menjadi lebih pondan  dari pondan sejati.Menjadi dayus sehingga sanggup menukar matlamat Negara Islam menjadi Negara Berkebajikan dan terketar-ketar menyatakan hukum Hudud cuma 0.00001% daripada hukum Islam malah lebih teruk dalam DUN Perak sebelum ini  diberitahu bahawa Hudud bukan niat dan cita-cita PAS. 

Namun syukurlah akhir-akhir ini kerana mereka sudah  berani keluar dari kepompong dan bersuara dengan garaunya bak suara jantan sejati dan lantaran itu menjadi tanggungjawab Melayu Islam dalam UMNO dan PAS mencari formula agar halangan 2/3 itu dilepasi untuk menjadikan cita-cita semua umat Islam ini tercapai. 

Semuga anak cucu kita akan dapat menyebutnya bila mereka membaca naskah sejarah bahawa undang-undang Tuhan ini mampu dibentang, dilulus dan dilaksana dengan semangat ukhuwah Islamiah antara sesama kita tanpa mengira isme-isme politik sempit.

Mahu tidak mahu satu suara Melayu Islam perlu digerakan agar pertambahan kerusi Melayu Islam perlu dijadikan agenda segera sebagai sesuatu yang `urgent' dan `important'. Persempadanan  semula kawasan pilihanraya perlu dibuat khususnya di Negeri-negeri yang majoriti Melayu seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang tanpa terikat kepada parokial kenegerian semata-mata tetapi kepentingan nasional untuk menambah jumlah Melayu Islam seramai mungkin. 

Ianya gerakan bersama PAS dan UMNO `without fear, favour dan prejudis' tambahlah berapa pun bilangannya berasaskan ` gerrymandering' asalkan nanti Melayu Islam sentiasa cukup jumlah 2/3 majoriti biarpun berapa angkanya dan semua yang bernama Melayu Islam harus menyokong tanpa syak dan wasangka kerana hanya inilah sebenarnya kuasa kita.

Kepada Presiden UMNO yang menjadi tulang belakang  BN, ajarlah  pemimpin-pemimpin lain yang bernaung dibawah wilayah kuasa, agar berhemah dan  mendengar kata, jinak kanlah hati pemimpin-pemimpin rakan komponen agar tahu adab dan susila. 

Kepada Presiden PAS, tarbiyah dan tamrinlah pemimpin bawahan dengan mazhab  yang sama sekali pun terpaksa berbeza tapi janganlah sampai sanggup mengkhianati agama.
 
Kepada semua pemimpin Melayu Islam tanpa mengira darjat, pegangan parti, janganlah sesekali meletakkan diri sebagai pengemis kuasa kepada bukan Melayu Islam. Ingatlah jika berterusan membenarkan diri menjadi alat, hamba dan pengemis kuasa, sebenarnya kamu sedang menzalimi anak cucu keturunan kamu.

1 comments:

April said...

http://medanperang14.blogspot.com/
MP14 telah pautkan blog tuan ke blognya. Mohon tuan memberi peluang kepada MP14 untuk menjadi tamu di blog tuan. tkasih

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers