Monday, January 26, 2015
SEBENARNYA tika dan
saat ini, fikiran dan seluruh tumpuan tenaga saya sedang di
tumpukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Fikiran dan
emosi dikongsikan bersama, meratapi kemusnahan harta benda yang
menjadi sebahagian dari kehidupan mereka manakala tenaga fizikal dan
keringat turut dicurahkan membuat persiapan bagi mereka ini memulakan
kehidupan pasca banjir sekadar termampu. Semoga cabaran berasaskan
perancangan Allah ini memberi 1001 pengajaran yg bermakna.
Namun walaupun dalam keadaan begini, saya perlu terus menulis, menulis sesuatu yang ada kaitan dengan perjuangan bangsa dan kebenaran. Tulisan yang akan membuat telefon saya tidak berhenti berdering kerana dihubungi oleh pimpinan politik dan pentadbiran untuk bertanya dan mendapat penjelasan lanjut secara ekslusif...terima kasih atas perhatian pada setiap tulisan didalam blog ini.
Kali ini saya ingin
mengajak semua mengingati semula satu ayat Allah yang telah menjadi
popular dan diulang sebut dalam semua majlis penyokong gerakan Anwar
Ibrahim termasuk dikalangan pimpinan bukan Islam yg sengaja dihafal
untuk dijaja merata tempat bagi menarik simpati termasuklah oleh Gobala
Krishnan sejak 1998 lagi.
Ayatnya berbunyi
"wamakaru wamakarallah, wallahu khairul maakirin" yang
bermaksud " kita merancang, Allah juga merancang, dan
sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang". Sesetengah ahli
tafsir menjelaskan bahawa perancangan Allah lebih baik dari seluruh
perancangan yang dicetuskan oleh akal makhluk...(sila rujuk kepada
ustaz jadian TKPL BTN Hanafi Harun dan Raja Arif KP BTN kerana
kedua-duanya cukup hafal ayat ini sebagaimana penyokong-penyokong Anwar
yang lain).
Demikianlah sedikit
episod apa yang sedang berlaku di permulaan tahun 2015 di BTN yang
menunjukkan secara nyata bahawa perancangan Allah lebih baik dan
mengatasi perancangan manusia. Lihat sahajalah bagaimana kelicikan
Raja Arif merancang dalam proses mencari talian hayat agar
perkhidmatannya di BTN disambung, usaha beliau dari pertengahan tahun
2014 lagi merancang untuk mengadakan Kursus Perdana bagi pimpinan
pentadbiran melalui KSN dan pimpinan politik melalui pejabat PM Najib
akhirnya menemui jalan buntu kerana semuanya tidak dapat dijalankan
atas alasan tangguh dan tunda. Matlamat untuk memikat PM Najib dan
KSN akhirnya sekadar satu mimpi yang tidak sudah.
Kecelaruan fikiran yang sedang difokuskan oleh Raja Arif dalam usaha untuk mendapatkan romancinta PM Najib dan KSN itu akhirnya mendedahkan lebih banyak keaiban yang jika beliau seorang yang bermaruah, sepatutnya telah meletak jawatan sebelum kontrak ditamatkan dan bukannya terhegeh-hegeh macam kerang busuk mencari talian hayat untuk terus disambung kontrak.
KINI GEMPAR bila
hijab kebatilan telah disentap buang oleh para pelakunya sendiri yang
telah mendedahkan kebenaran yang selama ini ditutup menyebabkan
apa sahaja yang ditulis oleh SanggahTokJanggut sebelum ini dianggap
fitnah.
Tanpa dipaksa, kini saksi-saksi hidup yang mempunyai akal,
mata dan telinga boleh menilai sendiri tentang kebenaran yang telah
cuba di sampaikan sejak sekian lama.
Tanpa melibatkan
perancangan manusia, hanya dengan perancangan Allah, kini pekung yang
selama ini diguna untuk menutup setiap titik nanah yang busuk telah
terpecah sendiri. Kehadiran Raja Arif sebagai KP BTN yang mulanya
kepada penjilat tegar dianggap sebagai insan terpilih dan menjadi KP
terbaik dalam sejarah BTN, akhirnya dapat menilai sendiri apakah
betul tanggapan mereka selama ini atau penjilat tegar ini sudah dapat
menilai bahawa Raja Arif juga hanyalah seorang lagi penagih kepada
penyelewengan demi penyelewengan serta mengaut keuntungan peribadi
dengan cara yang salah sebagaimana ajaran Anwar sewaktu beliau
di dalam kerajaan dulu?
Betul lah peringatan
orang-orang tua bahawa semakin tinggi pangkat dan kuasa, semakin
besar lah ujiannya dan ternyata bahawa KP BTN yang namanya Raja Arif
adalah seorang yang gagal melepasi ujian ini kerana ketika mulutnya
enak berbicara tentang nilai baik dan perjuangan, dibelakang tabir,
beliau jugalah yang menganjurkan penyelewengan demi tembolok dan
kepentingan diri, lantaran itu makin terserlah lah bahawa perjuangan
bangsa dan nilai agama hanyalah alat untuk mengaburi mata, maka yang
pendek akal terus jadi terpesona tanpa dapat lagi melihat ke kanan
dan kiri bagaikan kuda lumba.
Kini bibir para
pegawai dan kakitangan mula bercerita dan kedua-dua telinga mereka
pula mula dipasang utk mendengar cerita tentang kebenaran dan
kebatilan yang menjadi punca salah seorang pegawai yang di pinjam
daripada Kementerian Pelajaran untuk berkhidmat di BTN Penang di
singkatkan pinjamannya yang sepatutnya tamat 2016 tetapi di pendekkan
tempoh pinjamannya pada Januari 2015.
Pegawai yang pernah
diangkat menjadi orang utama kepada operasi-operasi bersama pejabat
PM Najib oleh Shahlan dan diberi pelbagai keistemewaan tetapi secara
tiba-tiba dihantar kembali ke sekolah dan mula diaibkan dengan
pelbagai cerita bahawa pegawai tersebut terlibat dengan
penyelewengan(kes penjualan tanah) dan kalau betul sekali pun pegawai
itu terlibat dengan penyelewengan, ianya bukanlah sesuatu yang pelik
kerana ruang dan peluang untuk penyelewengan memang dicetuskan oleh
KPnya sendiri malah kerana ianya diajar begitu sebagaimana sifir umum
2x5 atau 5x2.
Yang peliknya kenapa
sekarang ianya baru dihukum dan KP BTN dengan sopannya menyebut
pegawai terbabit terlibat dengan salah laku penyelewengan? Apakah
hukuman tiba-tiba itu bukan bertujuan untuk menutup PENYELEWENGAN
PERDANA yang melibatkan orang yang lebih BESAR dan LEBIH BERKUASA daripada Penolong Pengarah? Maka makin jelaslah kalau mengikut
sifirnya, bahawa seseorang perlu di jadikan kambing hitam untuk
dikorbankan?
Bukanlah sesuatu yang
baru dan mengejutkan bila komuniti BTN termasuk pegawai BTN Penang
mula bercakap tentang ketelusan dan penyelewengan kewangan berkaitan
dgn projek di INFRA dan sebuah resort di Pulau Jerejak yang
dibuat atas nama BTN dan KELAB PENYOKONG 1MALAYSIA.Malah atas prinsip
mendedahkan kebenaran, blog ini pernah menulis kes ini suatu masa
dulu.
Penyelewengan yang
dibuat dengan izin dan restu menyebabkan hilangnya ratusan ribu
ringgit yang sepatutnya dibayar kpd dua penerima tersebut, tetapi
tidak berlaku menyebabkan BTN seakan di `blacklist' oleh resort di
Pulau Jerejak dan INFRA. Pegawai BTN yang dipendekkan perkhidmatannya
ini mungkin tahu kemana tunai itu pergi kerana akhirnya maruah dan
nama baik beliau telah tercemar dan terpaksa memikul beban ini
sendirian.
Yang lebih
menyedihkan kenapa akhirnya plot cerita penyelewengan ini bertukar
dan skrip akhirnya hanya cerita pegawai BTN Penang sahaja yang
diceritakan kepada umum? Kenapa watak-watak yang menjadi hero dan
penjahat sebenar semuanya di tutup kejap?Adegan awal filem ini
semuanya ditapis dan dipotong,sebaliknya keluar pula adegan baru
tentang skandal penjualan tanah di Pulau Pinang yg menjadi milik
sebuah agensi kerajaan?
Daripada niat mahu
menutup penyelewengan, terdedah pula penyelewengan baru yang boleh
disimpulkan bahawa selama ini memang niat dan tujuan untuk
penyelewengan telah ada, malangnya tidak berjaya sepenuhnya. Harapan
untuk menyudahkan setiap penyelewengan dengan `happy ending' tidak
berlaku sebagaimana dirancang bersama menyebabkan sesama sendiri mula
membuka pekung masing-masing.
Sebab itulah saksi-saksi hidup yang masih berada di BTN sama ada pegawai, kakitangan dan para petugas seperti fasilitator dan penceramah pasti masih ingat lagi dengan pelaksanaan program Jejak Perpaduan yang menelan belanja jutaan ringgit diseluruh negara ketika awal kemasukan Raja Arif sebagai KP BTN . Apakah tidak disusun plot penyelewengan dalam program tersebut yang melibatkan duit yang banyak dan saya juga pernah menulis tentang janji basikal kepada peserta, janji-janji kepada urusetia yang telah dimungkiri sehingga hari ini. Bagaimana pula dengan perlaksanaan program LGBT, apakah plotnya tidak sama ?Malah banyak lagi yang telah di sentuh dalam tulisan sanggahtokjanggut sebelum ini yang melibatkan penyelewengan kewangan dan penyelewengan nilai seorang KP kepada agensi penting ini.
Kepada saya,siapa pun
yang terbabit sama ada dia adalah bekas Pegawai Khas Ali Rustam di
Biro Latihan UMNO yang telah dibuang atau bekas boneka yang di upah
untuk mencabar Tengku Adnan sebagai Ketua Bahagian Putrajaya, atau
juga orang yang sama diangkat dan duduk di pejabat strategik di
pejabat PM Najib, ianya tidak mungkin dapat terlibat dalam
penyelewengan ini tanpa restu dan izin orang nombor 1 di BTN.
Atas nama apa pun
penyelewengan demi penyelewengan yang dibuat, ianya adalah satu
penyelewengan yang harus didedahkan dan itulah yang sanggahtokjanggut
telah lakukan sebelum ini biarpun di tafsirkan oleh pelbagai tafsiran
oleh kawan dan lawan.
Kalau dalam program
Jejak Perpaduan anjuran BTN sebelum ini, seorang bekas pegawai
tentera telah jadi mangsa dan dikambinghitamkan kerana tidak mahu
berterusan menjadi pengkhianat dan membuat penyelewengan, kali ini
giliran pegawai BTN sendiri yang akan menerima nasib yang sama
walaupun jika diambil kira pembabitannya selama ini dalam komplot ini
boleh lah kita ucapkan sebagai `padan muka' namun atas prinsip
kemanusiaan terbit rasa simpati kerana watak yang paling kecil
yang diaibkan maruah dan harga diri, sebaliknya yang pangkat dan
kuasanya besar masih boleh tersenyum dan mengelak untuk
bertanggungjawab.
Keprihatinan
sanggahtokjanggut mendedah dan mengupas isu BTN walaupun telah di
beri pelbagai tafsiran, akan terus dilakukan walaupun jika Raja Arif
bukan lagi KP BTN, bukan saya pun yang akan jadi KP BTN, saya akan
terus lakukan pendedahan kerana tidak sanggup melihat PM Najib yang
jujur dan ikhlas ini terus ditipu oleh orang yang kononnya baik dan
boleh menyumbang kepada bangsa dan negara.
Lihat sahajalah
ketika PM denga jujur memperkenalkan 1Malaysia untuk menyatukan
seluruh bangsa, Raja Arif dilihat seperti menggunakan istilah itu
untuk membolot kekayaan melalui penyelewengan atas nama tersebut.
Logo dan moto ditukar kerana 1Malaysia yang PM cetuskan tetapi
malangnya 1Malaysia dijadikan lesen untuk mengaut keuntungan .
Malah untuk menarik
perhatian PM Najib ditubuhkan pula NGO yang namanya Kelab Penyokong
1Malaysia (KP1M ) yang akhirnya KP1M dan jenama 1Malaysia betul-betul
digunakan untuk memberi peluang beliau dan rakan-rakannya menjarah
ratusan ribu bahkan jutaan duit untuk kesenangan peribadi dan dengan
mudah pula meletakan kesalahan itu kepada pegawai bawahan bila
dinding kukuh yang menutup penyelewengan makin retak dan hancur.
Sebab itulah telah
sampai ketikanya SPRM harus menjalankan siasatan dan masuk mengeledah
ke dalam agensi yang di pimpin oleh Raja Arif selepas pihak
Audit yang telah membuat siasatan dalaman paling lama dan baru sahaja
menyiapkan laporan yang setebal lebih 2 inci.
Mokhtar dah belayar malam..kini tinggal 2 sahaja lagi..! |
Tindakan segera ini
perlu dibuat oleh pihak SPRM kerana orang yang bijak menyusun plot
penyelewengan tentulah juga bijak menutup jejak walaupun mungkin
tidak sempurna dan bekas-bekasnya akan kelihatan. Tengok sahajalah
permainan KP BTN ini, ketika para pembaca sedang membaca artikel
ini, mungkin pegawai BTN Penang terbabit sedang di panggil untuk
digula-gulakan lagi dengan pelbagai tawaran yang manis agar tidak
membakar kelambu sekiranya marah pada nyamuk.
Malah pelbagai
kata-kata motivasi sedang ditanam didalam fikiran pegawai terbabit
malah tentunya cerita tentang perjuangan bangsa akan diulang-ulang
berkali-kali dan peranan bekas pegawai ini akan diperlukan lagi di
Penang.....bahkan redha lah dgn ketentuan Allah.. itulah ayat keramat
yang akan disampaikan nanti disamping mungkin akan ada bungkusan yang
mengiringi untuk dibawa pulang ke Penang.
Apa pun saya
benar-benar mengharapkan agar semua penyelewengan yang berlaku, yang
pernah didedahkan sebelum ini atau penyelewengan yang tidak tergamak
didedahkan atas faktor menjaga keselamatan dan nama baik PM Najib
hanyalah berlaku dalam mimpi saya sahaja kerana tidak sanggup rasanya
melihat watak seperti mana Raja Arif yang memimpin BTN terus dibenar
mempermainkan PM Najib dan terus menyeleweng atas nama perjuangan.
Tetapi kisah ini
tetap benar, komplot penjualan tanah yg ditimbulkan oleh KP BTN
sendiri adalah benar, penyelewengan pengurusan program di Pulau
Jerejak dan INFRA adalah benar, memendek kan tempuh pinjaman
pegawai BTN Penang benar, penyelewengan dalam pengurusan program
Jejak Perpaduan adalah benar, komplot dengan bekas-bekas ABIM
adalah benar, cubaan untuk memendekkan perkhidmatan beberapa Pengarah
Negeri seperti Sabah, Perak, Perlis, Wilayah Persekutuan dan beberapa
negeri lain juga benar.
Oleh itu kepada
pengurusan BTN yang jujur dan tidak terlibat dengan komplot-komplot
penyelewengan (masih ada yang jujur dan ikhlas) janganlah sesekali
memerangkap diri dengan agenda songsang KP dan TKPL yang turut di
sertai oleh orang-orang tertentu yang duduk di Parcel A bagi
merancang sesuatu.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 comments:
gua cilok bro, tq