Monday, January 26, 2015
SEBENARNYA tika dan saat  ini, fikiran dan seluruh tumpuan tenaga saya sedang di tumpukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Fikiran dan emosi dikongsikan bersama, meratapi kemusnahan harta benda yang menjadi sebahagian dari kehidupan mereka manakala tenaga fizikal dan keringat turut dicurahkan membuat persiapan bagi mereka ini memulakan kehidupan pasca banjir sekadar termampu. Semoga cabaran berasaskan perancangan Allah ini memberi 1001 pengajaran yg bermakna.

Namun walaupun dalam keadaan begini, saya perlu terus menulis, menulis sesuatu yang ada kaitan dengan perjuangan bangsa dan kebenaran. Tulisan yang akan membuat telefon saya tidak berhenti berdering kerana dihubungi oleh pimpinan politik dan pentadbiran untuk bertanya dan mendapat penjelasan lanjut secara ekslusif...terima kasih atas perhatian pada setiap tulisan didalam blog ini.

Kali ini saya ingin mengajak semua mengingati semula satu ayat Allah yang telah menjadi popular dan diulang sebut dalam semua majlis penyokong gerakan Anwar Ibrahim termasuk dikalangan pimpinan bukan Islam yg sengaja dihafal untuk dijaja merata tempat bagi menarik simpati termasuklah oleh Gobala Krishnan sejak 1998 lagi.



Ayatnya berbunyi "wamakaru wamakarallah, wallahu khairul maakirin" yang bermaksud " kita merancang, Allah juga merancang, dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang". Sesetengah ahli tafsir menjelaskan bahawa perancangan Allah lebih baik dari seluruh perancangan yang dicetuskan oleh akal makhluk...(sila rujuk kepada ustaz jadian TKPL BTN Hanafi Harun dan Raja Arif KP BTN kerana kedua-duanya cukup hafal ayat ini sebagaimana penyokong-penyokong Anwar yang lain).

Demikianlah sedikit episod apa yang sedang berlaku di permulaan tahun 2015 di BTN yang menunjukkan secara nyata bahawa perancangan Allah lebih baik dan mengatasi perancangan manusia. Lihat sahajalah bagaimana kelicikan Raja Arif merancang dalam proses mencari talian hayat agar perkhidmatannya di BTN disambung, usaha beliau dari pertengahan tahun 2014 lagi merancang untuk mengadakan Kursus Perdana bagi pimpinan pentadbiran melalui KSN dan pimpinan politik melalui pejabat PM Najib akhirnya menemui jalan buntu kerana semuanya tidak dapat dijalankan atas alasan tangguh dan tunda. Matlamat untuk memikat PM Najib dan KSN akhirnya sekadar satu mimpi yang tidak sudah.

Kecelaruan  fikiran yang sedang difokuskan oleh Raja Arif dalam usaha untuk mendapatkan romancinta PM Najib dan KSN itu akhirnya mendedahkan lebih banyak keaiban yang jika beliau seorang yang bermaruah, sepatutnya telah meletak jawatan sebelum kontrak ditamatkan dan bukannya terhegeh-hegeh macam kerang busuk mencari talian hayat untuk terus disambung kontrak.

KINI GEMPAR bila  hijab kebatilan telah disentap buang oleh para pelakunya sendiri yang telah mendedahkan kebenaran yang selama ini ditutup menyebabkan apa sahaja yang ditulis oleh SanggahTokJanggut sebelum ini dianggap fitnah. 

Tanpa dipaksa, kini saksi-saksi hidup yang mempunyai akal, mata dan telinga boleh menilai sendiri tentang kebenaran yang telah cuba di sampaikan sejak sekian lama.

Tanpa melibatkan perancangan manusia, hanya dengan perancangan Allah, kini pekung yang selama ini diguna untuk menutup setiap titik nanah yang busuk telah terpecah sendiri. Kehadiran Raja Arif sebagai KP BTN yang mulanya kepada penjilat tegar dianggap sebagai insan terpilih dan menjadi KP terbaik dalam sejarah BTN, akhirnya dapat menilai sendiri apakah betul tanggapan mereka selama ini atau penjilat tegar ini sudah dapat menilai bahawa Raja Arif juga hanyalah seorang lagi penagih kepada penyelewengan demi penyelewengan serta mengaut keuntungan peribadi dengan cara yang salah  sebagaimana ajaran Anwar sewaktu beliau di dalam kerajaan dulu? 
 
Betul lah peringatan orang-orang tua bahawa semakin tinggi pangkat dan kuasa, semakin besar lah ujiannya dan ternyata bahawa KP BTN yang namanya Raja Arif adalah seorang yang gagal melepasi ujian ini kerana ketika mulutnya enak berbicara tentang nilai baik dan perjuangan, dibelakang tabir, beliau jugalah yang menganjurkan penyelewengan demi tembolok dan kepentingan diri, lantaran itu makin terserlah lah bahawa perjuangan bangsa dan nilai agama hanyalah alat untuk mengaburi mata, maka yang pendek akal terus jadi terpesona tanpa dapat lagi melihat ke kanan dan kiri bagaikan kuda lumba.

Kini bibir para pegawai dan kakitangan mula bercerita dan kedua-dua telinga mereka pula mula dipasang utk mendengar cerita tentang kebenaran dan kebatilan yang menjadi punca salah seorang pegawai yang di pinjam daripada Kementerian Pelajaran untuk berkhidmat di BTN Penang di singkatkan pinjamannya yang sepatutnya tamat 2016 tetapi di pendekkan tempoh pinjamannya pada Januari 2015. 
 
Pegawai yang pernah diangkat menjadi orang utama kepada operasi-operasi bersama pejabat PM Najib oleh Shahlan dan diberi pelbagai keistemewaan tetapi secara tiba-tiba dihantar kembali ke sekolah dan mula diaibkan dengan pelbagai cerita bahawa pegawai tersebut terlibat dengan penyelewengan(kes penjualan tanah) dan kalau betul sekali pun pegawai itu terlibat dengan penyelewengan, ianya bukanlah sesuatu yang pelik kerana ruang dan peluang untuk penyelewengan memang dicetuskan oleh KPnya sendiri malah kerana ianya diajar begitu sebagaimana sifir umum 2x5 atau 5x2. 
 
Yang peliknya kenapa sekarang ianya baru dihukum dan KP BTN dengan sopannya menyebut pegawai terbabit terlibat dengan salah laku penyelewengan? Apakah hukuman tiba-tiba itu bukan bertujuan untuk menutup PENYELEWENGAN PERDANA yang melibatkan orang yang lebih BESAR dan LEBIH BERKUASA daripada Penolong Pengarah? Maka makin jelaslah kalau mengikut sifirnya, bahawa seseorang perlu di jadikan  kambing hitam untuk dikorbankan?

Bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan bila komuniti BTN termasuk pegawai BTN Penang mula bercakap tentang ketelusan dan penyelewengan kewangan berkaitan dgn projek di INFRA dan sebuah resort di Pulau Jerejak  yang dibuat atas nama BTN dan KELAB PENYOKONG 1MALAYSIA.Malah atas prinsip mendedahkan kebenaran, blog ini pernah menulis kes ini suatu masa dulu.

Penyelewengan yang dibuat dengan izin dan restu menyebabkan hilangnya ratusan ribu ringgit yang sepatutnya dibayar kpd dua penerima tersebut, tetapi tidak berlaku menyebabkan BTN seakan di `blacklist' oleh resort di Pulau Jerejak dan INFRA. Pegawai BTN yang dipendekkan perkhidmatannya ini mungkin tahu kemana tunai itu pergi kerana akhirnya maruah dan nama baik beliau telah tercemar dan terpaksa memikul beban ini sendirian.

Yang lebih menyedihkan kenapa akhirnya plot cerita penyelewengan ini bertukar dan skrip akhirnya hanya cerita pegawai BTN Penang sahaja yang diceritakan kepada umum? Kenapa watak-watak yang menjadi hero dan penjahat sebenar semuanya di tutup kejap?Adegan awal filem ini semuanya ditapis dan dipotong,sebaliknya keluar pula adegan baru tentang skandal penjualan tanah di Pulau Pinang yg menjadi milik sebuah agensi kerajaan? 
 
Daripada niat mahu menutup penyelewengan, terdedah pula penyelewengan baru yang boleh disimpulkan bahawa selama ini memang niat dan tujuan untuk penyelewengan telah ada, malangnya tidak berjaya sepenuhnya. Harapan untuk menyudahkan setiap penyelewengan dengan `happy ending' tidak berlaku sebagaimana dirancang bersama menyebabkan sesama sendiri mula membuka pekung masing-masing.

Sebab itulah saksi-saksi hidup yang masih berada di BTN sama ada pegawai, kakitangan dan para petugas seperti fasilitator dan penceramah pasti masih ingat lagi dengan pelaksanaan program Jejak Perpaduan yang menelan belanja jutaan ringgit diseluruh negara ketika awal kemasukan Raja Arif sebagai KP BTN . Apakah tidak disusun plot penyelewengan dalam program tersebut yang melibatkan duit yang banyak dan saya juga pernah menulis tentang janji basikal kepada peserta, janji-janji kepada urusetia yang telah dimungkiri sehingga hari ini. Bagaimana pula dengan perlaksanaan program LGBT, apakah plotnya tidak sama ?Malah banyak lagi yang telah di sentuh dalam tulisan sanggahtokjanggut sebelum ini yang melibatkan penyelewengan kewangan dan penyelewengan nilai seorang KP kepada agensi penting ini. 
 
Kepada saya,siapa pun yang terbabit sama ada dia adalah bekas Pegawai Khas Ali Rustam di Biro Latihan UMNO yang telah dibuang atau bekas boneka yang di upah untuk mencabar Tengku Adnan sebagai Ketua Bahagian Putrajaya, atau juga  orang yang sama diangkat dan duduk di pejabat strategik di pejabat PM Najib, ianya tidak mungkin dapat terlibat dalam penyelewengan ini tanpa restu dan izin orang nombor 1 di BTN. 
 
Atas nama apa pun penyelewengan demi penyelewengan yang dibuat, ianya adalah satu penyelewengan yang harus didedahkan dan itulah yang sanggahtokjanggut telah lakukan sebelum ini biarpun di tafsirkan oleh pelbagai tafsiran oleh kawan dan lawan.

Kalau dalam program Jejak Perpaduan anjuran BTN sebelum ini, seorang bekas pegawai tentera telah jadi mangsa dan dikambinghitamkan kerana tidak mahu berterusan menjadi pengkhianat dan membuat penyelewengan, kali ini giliran pegawai BTN sendiri yang akan menerima nasib yang sama walaupun jika diambil kira pembabitannya selama ini dalam komplot ini boleh lah kita ucapkan sebagai `padan muka' namun atas prinsip kemanusiaan  terbit rasa simpati kerana watak yang paling kecil yang diaibkan maruah dan harga diri, sebaliknya yang pangkat dan kuasanya besar masih boleh tersenyum dan mengelak untuk bertanggungjawab.

Keprihatinan sanggahtokjanggut mendedah dan mengupas isu BTN walaupun telah di beri pelbagai tafsiran, akan terus dilakukan walaupun jika Raja Arif bukan lagi KP BTN, bukan saya pun yang akan jadi KP BTN, saya akan terus lakukan pendedahan kerana tidak sanggup melihat PM Najib yang jujur dan ikhlas ini terus ditipu oleh orang yang kononnya baik dan boleh menyumbang kepada bangsa dan negara. 
 
Lihat sahajalah ketika PM denga jujur memperkenalkan 1Malaysia untuk menyatukan seluruh bangsa, Raja Arif dilihat seperti menggunakan istilah itu untuk membolot kekayaan melalui penyelewengan atas nama tersebut. Logo dan moto ditukar kerana 1Malaysia yang PM cetuskan tetapi malangnya 1Malaysia dijadikan lesen untuk mengaut keuntungan .

Malah untuk menarik perhatian PM Najib ditubuhkan pula NGO yang namanya Kelab Penyokong 1Malaysia (KP1M ) yang akhirnya KP1M dan jenama 1Malaysia betul-betul digunakan untuk memberi peluang beliau dan rakan-rakannya menjarah ratusan ribu bahkan jutaan duit untuk kesenangan peribadi dan dengan mudah pula meletakan kesalahan itu kepada pegawai bawahan bila dinding kukuh yang menutup penyelewengan makin retak dan hancur.

Sebab itulah telah sampai ketikanya SPRM harus menjalankan siasatan dan masuk mengeledah ke dalam  agensi yang di pimpin oleh Raja Arif selepas pihak Audit yang telah membuat siasatan dalaman paling lama dan baru sahaja menyiapkan laporan yang setebal lebih 2 inci. 
 
Mokhtar dah belayar malam..kini tinggal 2 sahaja lagi..!
Tindakan segera ini perlu dibuat oleh pihak SPRM kerana orang yang bijak menyusun plot penyelewengan tentulah juga bijak menutup jejak walaupun mungkin tidak sempurna dan bekas-bekasnya akan kelihatan. Tengok sahajalah permainan KP BTN ini, ketika para pembaca sedang membaca artikel ini, mungkin pegawai BTN Penang terbabit sedang di panggil untuk digula-gulakan lagi dengan pelbagai tawaran yang manis agar tidak membakar kelambu sekiranya marah pada nyamuk. 
 
Malah pelbagai kata-kata motivasi sedang ditanam didalam fikiran pegawai terbabit malah tentunya cerita tentang perjuangan bangsa akan diulang-ulang berkali-kali dan peranan bekas pegawai ini akan diperlukan lagi di Penang.....bahkan redha lah dgn ketentuan Allah.. itulah ayat keramat yang akan disampaikan nanti disamping mungkin akan ada bungkusan yang mengiringi untuk dibawa pulang ke Penang.

Apa pun saya benar-benar mengharapkan agar semua penyelewengan yang berlaku, yang pernah didedahkan sebelum ini atau penyelewengan yang tidak tergamak didedahkan atas faktor menjaga keselamatan dan nama baik PM Najib hanyalah berlaku dalam mimpi saya sahaja kerana tidak sanggup rasanya melihat watak seperti mana Raja Arif yang memimpin BTN terus dibenar mempermainkan PM Najib dan terus menyeleweng atas nama perjuangan. 
 
Tetapi kisah ini tetap benar, komplot penjualan tanah yg ditimbulkan oleh KP BTN sendiri adalah benar, penyelewengan pengurusan program di Pulau Jerejak dan INFRA adalah benar, memendek kan  tempuh pinjaman pegawai BTN Penang benar, penyelewengan dalam pengurusan program Jejak Perpaduan adalah  benar, komplot dengan bekas-bekas ABIM adalah benar, cubaan untuk memendekkan perkhidmatan beberapa Pengarah Negeri seperti Sabah, Perak, Perlis, Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain juga benar.

Oleh itu kepada pengurusan BTN yang jujur dan tidak terlibat dengan komplot-komplot penyelewengan (masih ada yang jujur dan ikhlas) janganlah sesekali memerangkap diri dengan agenda songsang KP dan TKPL yang turut di sertai oleh orang-orang tertentu yang duduk di Parcel A bagi merancang sesuatu.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers