Tuesday, August 26, 2014

KJ telanjangkan kerajaan..!

SEHINGGA ke hari ini tidak ada satu pun kenyataan ataupun pandangan daripada ahli-ahli kabinet terhadap kenyataan Khairy Jamaludin,Menteri Belia Dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menegaskan bahawa beliau bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk yang menyokong pembangkang untuk berkerja bersama dengan beliau asalkan penyokong pembangkang tersebut tidak membocorkan rahsia kerajaan.

Kenyataan beliau disiarkan secara meluas oleh media massa dan mengundang reaksi yang bukan sedikit daripada penyokong-penyokong kerajaan terutama sekali cybertroopers UMNO yang selama ini berkerja keras mempertahankan kerajaan dan UMNO dari serangan serta kejian dan makian pembangkang.Namun KJ bersikap sebalik itu malah membuka seluas-luasnya peluang,ata beliau,yang menyokong pembangkang tidak boleh dipaksa untuk menyokong kerajaan.Itu hak mereka..!

Sebenarnya apa yang KJ sebut hari ini adalah mengiyakan segala yang pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Perdana Menteri lakukan hari ini dan benarlah apa yang Tun M melenting selama ini malah pendedahan KJ ini sekaligus membuka reban untuk musang berbulu ayam terus membiak di dalam kerajaan,juga secara tidak langsung mendedahkan juga bahawa kerajaan hari ini sememangnya menyusukan kera di hutan.


Kita lihat sahaja perlantikan Ezam Mohd Noor yang dilantik Senator dan kini Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan bertaraf Jusa C, Zaharain,Duta Besar di Indonesia,Zaini Ujang  serta ramai lagi dan lebih parah lagi sekarang ini apabila agensi-agensi penting serta jabatan turut diketuai oleh mereka yang pernah bersama ABIM dan juga Anwar Ibrahim

Malah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Tan Sri Zabidi merupakan orang kuat ABIM dan pernah berkerja di Yayasan Anda,lubuk yang melahirkan penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim.Agensi-agensi gerak saraf,perang saraf diketuai oleh kumpulan yang menyokong pembangkang dan tidak hairanlah seperti yang selalu saya sebut,dengan bantuan serta nasihat Shahlan Ismail,Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang juga merupakan penyokong tegar dilantik mengetuai agensi tersebut dan siapa yang boleh menafikan bahawa Sahlan jugalah yang mengarahkan seluruh anggota BTN untuk turun berdemonstrasi sesaat Anwar di tangkap tidak lama dulu.

Jadi kenyataan KJ ini tidaklah mengejutkan sangat kerana bukan hari ini apa yang didedahkan KJ itu berlaku malah semakin berakar umbi dalam kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib ini dan inilah antara yang mengundang kemarahan bekas Perdana Menreri Tun M dan penyokong-penyokong kerajaan di luas sana.

Bila Tun M menyerang dalam tulisannya tentang peranan penasihat-penasihat Najib dan mungkin sasaran Tun M adalah salah satunya Sahlan Ismail yang dikatakan cukup berkuasa di pejabat Perdana Menteri sehingga beliau begitu berani dan sedang menyusn gerakan-gerakan yang kita tidak tahu untuk siapa gerakan tersebut disusun bila beliau atas nama Pengarah Strategik telah mengadakan MAS(Mesyuarat Agensi Strategik) dan PAS (Perjumpaan Agensi Strategik) dengan melaporakn soal politik kepada beliau.Siapa Sahlan ini?Apakah ini buka  `hijack’ maklumat daripada agensi?Bukankah gerakan Sahlan ini bertentangan dengan usaha dan operasi MKN 17 melalui `lead’ agensi?

Sahlan-orang yang berkuasa di JPM!
Apa tujuan Sahlan menyusun semua orang-orang beliau di dalam kerajaan sehingga beliau dilihat begitu berpengaruh di pejabat Perdana Menteri dan dalam masa yang sama,beliau gagal menguasai pejabat Timbalan Perdana Menteri dan ada yang mendakwa kerana beliau gagal menguasai pejabat TPM, beliau mengunakan modus operandi stail Anwar dengan melaga-lagakan PM dengan TPM dan adakah boleh dipercayai bahawa penyebaran berita-berita buruk tentang TPM datang dari kem Shahlan ini?

Hebat Sahlan menyusun gerakan ini, selain mengubah suai pentadbiran BTN dengan membawa seramai mungkin anggota-anggota ABIM untuk diserapkan sebagai tenaga-tenaga penting dalam agensi tersebut,dikatakan dengan bantuan Tan Sri Zabidi, Sahlan berjaya meletakkan Zaini Ujang di Kementerian Pendidikan sebagai KSU II dan juga Dr Musa Ahmad sebagai Naib Canselor USIM yang baru malah ramai lagi anggota-anggota ABIM dsierapkan oleh beliau.

Strategi yang sedang dilakukan sekarang ini adalah menguasai anggota-anngota ABIM menguasai selruh jabatan serta agensi termasuklah pentadbiran aw am dan agensi strategi seperti BTN, Naib-naib Canselor dan juga YADIM.

Pada hemat saya, pendedahan KJ ini bukanlah sesuatu yang baru ataupun yang bakal dilakukan tetapi telah lama dilakukan tanpa pengetahuan rakyat serta penyokong kerajaan yang bertungkus lumus selama ini mempertahankan parti dan kerajaan. KJ baru menyuarakan pandangannya tetapi PM Najib telah lama diperalatkan oleh pegawai-pegawainya untuk membawa masuk penjawat awam yang bukan menyokong kerajaan malah lebih malang lagi pada PM Najib bilamana yang menyokong pembangkang jugalah dilantik sebagai Penasihat beliau.

Ramai orang percaya bahawa bocor segala maklumat daripada pejabat PM Najib kerana hubungan keluarga antara Sahlan dengan Saifuddin, SU Agung PKR malah Sahlan juga dikatakan suka mengubah apa yang PM Najib putuskan dengan mengunakan nama PM sewenang-wenangnya. Dengan menggunakan proksi seperti Irmohizam ianya digunakan untuk mempengaruhi dasar yang PM Najib lakukanuntuk menjalankan modus operandinya.

Kata Asyraf Wajdi...!
Kita juga hairan bagaimana orang seperti Sahlan ini diberikan peruntukan berjuta mengalahkan atau melebihi peruntukan untuk Menteri.Untuk apa peruntukan itu?Hasil dari segala gerakan yang sedang berlaku sekarang,jelas dan bagaikan terbukti bahawa ABIM dan juga PKPIM benar-benar telah mengambil alih kerajaan dan bayangkan juga kalau semua pegawai-pegawai muda diserapkandan dilatih di bawah Sahlan sedangkan dalam masa yang sama Sahlan dikatakan telah mengstruktur semua agensi yang berkaitan.Persoalannya untuk siapa gerakan yang Sahlan lakukan ini sedangkan PM Najib terus diasak dan sedang dijadikan semakin lemah serta tidak bertenaga?

Oleh itu, tidak ada langsung yang pelik ataupun baru disebalik kenyataan KJ itu dan barangkali KJ juga ingin mengambil kesempatan sebagaimana orang-orang PM Najib mengambil kesempatan membawa masuk penjawat-penjawat awam yang kononnya berkebolehan tinggi walaupun mereka bukan penyokong kerajaan.

Kita juga sedang menunggu serangan kedua dari Tun M…!

1 comments:

Anonymous said...

Kalau masing2 dapat kuasa dan memboikot lawan, habiz lah rakyat. di Penang rata2 kontraktor melayu UMNO bising kurang mendapat tender.. jika kita tidak suka orang lakukan pd kita jangan kita lakukan pada orang

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers