Saturday, May 11, 2013



Jangan Najib dipatuk kali kedua..
MEMBACA kenyataan PM Najib bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri kepada semua kaum, bangsa dan agama serta semua rakyat Malaysia telah jelas menggambarkan kebesaran jiwa beliau sebagai pemimpin dan barangkali dengan tekad "cannot change the past, but can make the future" beliau akan melangkah dengan penuh azam yang hanya beliau yang tahu.


Beliau mungkin telah mendapat maklum balas tentang apa respon rakyat terhadap senarai calon-calon BN untuk PRU13 yang lepas sehinggakan akar umbi menjadikan salah satu bahan jenaka. antaranya "winnerble, recycle, adjustable dan win cable" lalu menjadikan graf populariti PM Najib terus merudum dengan pengumuman itu.



Kini rakyat sedang menunggu-nunggu apakah pula senarai kabinet beliau? Apakah sekali lagi graf populariti PM Najib akan makin merudum atau apakah `line up’nya nanti akan menjadi titik graf "critcal path" ini akan melonjak dan PMNajib akan mendapat sokongan padu untuk menerajui kerajaan bagi tempoh 5 tahun sehingga PRU 14 tahun 2018? Atau menjadi kayu pengukur untuk suara-suara nakal akar umbi mula mengusik kedudukan PM dalam Perhimpunan Agong UMNO nanti, kita harap tidak begitu.


Suara-suara nakal akar umbi ini telah mula berkira-kira mengibaratkan jawatan Perdana Menteri sepeti CE0 syarikat yang diberi peruntukan paling besar membuat pelaburan dengan harapan akan mendapat keuntungan yang paling lumayan tapi rupa-rupanya CE0 telah gagal malah menyebabkan kerugian, maka ia menjadi sebab alasan CE0 ini harus memikul tanggungjawab kerugian.


Itu tamsil yang kurang tepat dan berhemah, namun tiada siapa yang boleh menghalang apa juga tafsiran dan analogi akar umbi dan sebab itulah dalam membentuk `line up’ kabinet PM tidak boleh lagi dilihat tergesa-gesa, mendapat nasihat yang salah dan tunduk kepada desakan yang sekali lagi istilah 'RECYCLE' dan 'adjustable' akan menjadi dendangan akar umbi.


PM sudah sepatutnya membayangkan kehendak rakyat terbanyak dan siapa yang akan mereka hadapi dalam parlimen. Tanpa menyentuh siapa dan apa yang PM Najib akan buat untuk parti-parti komponen kerana hanya beliau lebih tahu dan pastinya rakyat ingin melihat kabinet yang bersih, kabinet yang segar dan kabinet yang betul-betul memahami denyut Nadi Rakyat malah segala ungkapan ini tidak harus lagi sekadar retorik kerana kita tahu sebelum ini PM banyak dinasihatkan oleh orang-orang yang hanya retorik.
 
PM Najib juga harus bijak membaca buah catur lawan yang kita tahu bukan calang-calang seperti Anwar, Azmin, Hj Hadi dan menyenaraikan tokoh pembangkang yang hebat seperti Tian Chua, Sivarasa, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang pasti akan cuba membentuk pembangkang yang paling hebat dalam sejarah politik Malaysia yang akan terus menghidupkan semangat perkauman, gejala rasuah dan urus tadbir yg baik, intigriti dan lain-lain, PM tidak akan berjaya mengurus dengan baik kalau anggota jemaah kabinet adalah orang-orang yanglemah dan dilihat tidak bersih dan sudah terpalit dengan persepsi yang tidak baik.


Pemimpin UMNO yang menang seperti Anuar Musa, Isa Samad, Shahidan Kassim malah ramai lagi, mungkin sudah sesuai berada dlm kabinet untuk berhadapan dgn rakyat.PM harus bersyukur nama-nama itu berada dalam parlimen, namun ianya dirasakan cukup sesuai sebagai 'backbencer' yang akan mempertahankan kerajaan dan parti.Jamaluddin Jarjis perlu diberikan jawatan Menteri kerana kerja kerasnya selama ini, Farid Redzuan perlu dikekalkan kerana berjaya dengan media baru manakala semua Setiausaha Politik PM Najib perlu dikekalkan kerana merekalah BN berjaya menambah kerusi UMNO...!


UMNO sememangnya tidak kurang pemimpin yang hebat. Janganlah ketika hendak diangkat sebagai ahli kabinet, UMNO masih terikat dengan 'ikatan parokial' jawatan parti dan bakal kemimpinan UMNO dimasa akan datang. Janganlah bayangan bakal MT, jawatan tertinggi UMNO dalam pemilihan akan datang yang menjadi perhitungan. Apa makna percaturan kepimpinan UMNO yang hebat tapi akhirnya UMNO di tolak dalam PRU 14 dan lantaran itu ahli kabinet ini adalah untuk berhadapan dengan rakyat terbanyak, bukannya untuk menghadapi Perhimpunan Agong UMNO.


PM semestinya lebih bijak dan hadam dengan setiap gerak langkah pemimpin UMNO kerana ada diantaranya memang hebat berhujah dan bertindak dalam ruang UMNO sahaja dan ada antara mereka yang dilihat tidak bijak menyusun kedudukan dalam UMNO, tetapi sememangnya berjaya mengurus dan diterima dengan baik oleh rakyat seperti Mustafa Mohamad.


Ada diantara yang telah diuji oleh PM Najib sebagai wakil orang muda. Jawatan khas diberikan di pejabat PM sebagai Pegawai Khas yang kononnya jaga hal ehwal org muda, wujud 'parlimen belia', tapi ternyata dengan kedudukan dan segala ruang yangg diberi juga telah gagal menarik sokongan orang muda sehingga antara faktor tragedi PRU 13 ini disebabkan pengundi muda. Apakah watak seperti Irmohizam itu akan diangkat sebagai anggota kabinet?


Kita yakin PM tahu segalanya dan pembentukan kabinet dengan merujuk kepada UMNO, Presiden UMNO akan melihat siapa dalam UMNO yang lebih layak. Kepimpinan tertinggi parti, pemimpin sayap seperti Ketua Pemuda, Ketua Puteri, wakil Wanita dan sesiapa lagi yang sememangnya telah terbukti berkesan, proaktif dan diterima.


Jika sememangnya PM ingin membuat tranformasi dalam parti,barangkali inilah kesempatan terbaik PM membuat pemilihan kabinet wakil daripada UMNO dan pada mereka yang terpilih, jika tiada jawatan tinggi dalam parti, janganlah anggap pemilihannya itu akan menyebabkan beliau akan mula melawan Ketua Bahagian UMNO, mula membayangkan jawatan Majlis Kerja Teringgi, bahkan mula mengimpikan jawatan Ketua Puteri, Pemuda, Wanita dan lain-lain jawatan dalam parti.


Usahlah bebankan fikiran PM  Najib dengan usaha melobi melalui perlbagai kabel dan kepada pelobi-pelob juga jika ada, janganlah ruang hubungan baik dengan PM digunakan untuk menaikan orang-orang yang tidak sepatutnya semata-mata kerana ingin menahan lukah di pergentingan dan meraih keuntungan.


Kita berilah ruang paling banyak kepada PM untuk beristikarah memilih siapa yang mampu 'deliver' dan 'perform' seluruh gagasan PM. Kita biarkan PM Najib tentukan berasaskan cabaran-cabaran mendatang yang menjadi penentu hidup mati BN, kita restui pilihan PM itu dengan doa dan harapan PM akan berjaya menjadi pemimpin yang amat berjaya dengan aset-aset yang ada, bukannya PM yang akan terus terpalit dgn liabiliti yang dia terpaksa bawa bersama untuk tempuh 5 tahun lagi.


Apa juga keputusan PM Najib itulah yang wajib diterima.Sesekali marilah kita renung peringatan Allah dalam  Surah Al-Pajr ayat 15 dan 16 iaitu `Dalam pada itu,manusia tidak menghiraukan balasan akhirat. Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhan dengan pangkat, kemuliaan dan dimewahkan hidupnya, dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur. Serta berkata dengan sombongnya "Tuhan ku telah memuliakan aku" dan sebaliknya apabila diujui oleh Tuhannya dengan disempitkan rezekinya, ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah serta merepek serta berkata "Tuhanku telah menghina diri ku"


Kebijaksaan politik (Political Wisdom) PM Najib amat dituntut, beliau harus bangkit sebagai mana Allahyarham Ayahanda beliau bangkit setelah peristiwa 13 Mei sehingga di angkat sebagai Bapa Pembangunan. PM Najib melalui detik politik yang hampir sama dengan Allahyarham Ayah beliau. Jadi kebijaksaan Tun Razak yang mengalir dalam tubuh beliau,bisikan-bisikan keramat Allahyarham dalam mengemudi negara, pasti terngiang dan harus menjadi inspirasi untuk beliau juga bangkit mengemudi negara ini.


Ujian daripada PRU13 dan cabaran-cabaran itu harus diambil kira dalam membentuk kabinet malah warisan daripada legasi lama tidak harus dijadikan alasan lagi untuk terus berhadapan dengan suasana baru. Beliau kini harus tampilkan yang terbaik berasaskan trek rekod perkhidmatan, trek rekod moral, trek rekod penerimaan rakyat dan lain-lain.


Kini 88 kerusi Parlimen milik ahli parlimen UMNO, masing-masing merasakan mereka layak dilantik sebagai  ahli kabinet tanpa muhasabah diri berapa banyak 'baggage' yang di bawa bersama. Manakala yang kalah pula berkira-kira untuk dilantik sebagai Senator dan kini masing-masing meninggalkan gelanggang yang menghantar mereka ke Parlimen, meninggalkan majlis sembahyang hajat dan kenduri kesyukuran, membawa rombongan ke Kuala Lumpur dengan membawa harapan untuk dilihat oleh PM sebagai ahli kabinet.


Namun siapa juga yang akan dilantik, PM Najib perlu faham senario Pru 14. Dengan parokial yg sama, untuk Pru 14 angka 222 masih menjadi angka penentu. Kegagalan 2/3 menyebabkan tiada persempadanan semula. Cabaran Pru 14 makin kritikal dengan fokus kepada faktor kegagalan BN hari ini iaitu undi kaum Cina dan golongan muda. Lantaran itu kementerian yang ada kaitan dengan orang muda secara terus seperti Kementeria Belia, KPT, Kementeria Pelajaran dan agensi-agensi seperti MARA dan lain-lain memerlukan sentuhan yang dinamik dalam pembentukan minda rakyat.


Kementerian yang berkait dengan segala prasarana 'broadcasting' dan Penerangan ianya memerlukan lebih daripada sekadar sentuhan ajaib tetapi perlu kepada pemahaman pemikiran dan 'need' rakyat. Kementerian berkaitan dengan Keselamatan, memang memerlukan bukan sekadar 'political will', tetapi kepada kefahaman menyelamatkan negara.


Jadi pemilihan untuk setiap ahli kabinet yang akan di letakkan ditempat-tempat seperti disebut, ianya memerlukan kepada 'politicall analisis' dan 'political wisdom' daripada seorang pemimpin besar seperti PM Najib yang tidak akan tergoda hanya kerana lirikan mata, lunak suara, tunduk mencium tangan dan bijak membuat pulut kuning, hebat mengumpul manusia ketika PM turun kawasan, tetapi adalah pemimpin yang ikhlas membawa denyut Nadi PM kepada denyut Nadi Rakyat mengolah bahasa PM untuk difahami oleh rakyat, membaca fikiran PM untuk di sambut dengan gerak kerja oleh rakyat.


Begitu jugalah dalam mengisi dan menstruktur jawatan-jawatan penting di agensi-agensi yang seiring membantu sama ada menjadi sokong yang membawa rebah atau sebaliknya. Zaman pejabat PM di penuhi dengan orang yang turut mengisi cita-cita untuk diangkat sebagai pemimpin politik seharusnya telah berakhir. Pegawai-pegawai  PMO adalah org yg bekerja untuk PM dan bukannya membina empayar untuk kepentingan peribadi.


Agensi-agensi strategik tidak harus lagi diisi oleh orang yang hanya tahu memalu gendang ditepi gelanggang, meniup serunai yg mengasyikan, mengajak PM untuk sentiasa PM Najib rasa selesa dengan majlis-majlis 'ceremony' yang terancang segala tipu muslihat dan seluruh sampah di letakkan dibawa tikar.


Kabinet baru nanti biarlah kabinet yang akan menggerakkan seluruh jentera kerajaan yang akan bekerja untuk memberi perkhidmatan pada rakyat sehingga rakyat akan rasa menyesal atas apa yg mereka lakukan dlm Pru 13, kabinet ini akan menjadikan penanda aras kejayaan negara yang membuat rakyat mengembalikan semula kuasa 2/3 dlm Pru 14, kabinet ini biarlah dapat dirasakan "wow faktor" dan terkeluar dari mulut rakyat, inilah yg kita nanti-nantikan dan inilah sebenarnya tranformasi dan 'New Branding' kerajaan Malaysia.

10 comments:

Anonymous said...

JOKE OF THE DAY!!!!!


Lim Kit Siang - MP for 21 days!!!!
Kik Kik Kik Kik


KOKS - Kick Out Kit Sial

bayan said...

Bagaimana pula dgn Tan Sri Shahrir Samad ,satu2nya MP UMNO yg berjaya di bandar.

Anonymous said...

ini masanya untuk najib lantik his dream team for better Malaysia. lantikla yg boleh memberi khidmat terbaik dan jujur untuk semua rakyat. mungkin dari MP atau juga dari luar (senatorship). kita harus sokong dan jangan ada lantikan dari tekanan.

Anonymous said...

nak ingatkan yang shahrir samad yang naikkan harga minyak ke rm2.70/seliter selepas pru 12.

Anonymous said...

Cadangkan Shahril Samad Menteri Dalam Negeri!!

Anonymous said...

Cadangkan Shahril Samad Menteri Dalam Negeri!!

Anonymous said...

Masalah beribu ribu pembeli rumah di tipu pemaju pemaju perumahan dah berbelas tahun berlaku najib nak rezab menteri perumahan kepada cina lagi ke?

Anonymous said...

Yg menang..tahniah..tp bagaimana pula calon yg dh di umumkan winabble candidate dan watikah dh di serah lepas tu di tarik balik. Ada berlaku di pahang dan selangor. Adakah tempat utk mereka? Mohon PM menggunakan kebijaksanaannya membentuk kabinet beliau.

Anonymous said...

Mintak-mintaklah janganlah dipilih jenis Ahli Parlimen yang jenis lembik dan dayus. Mintak-mintak janganlah diambil calon yang kalah dan diberi jawatan senator menjadi menteri. Silap-silap PRU depan kita menghadapi masalah yang sama. Pihak pembangkang ini jangan diberi peluang dan ruang. Mujurlah Saifuddin Abdullah kalah. Pemimpin sebegini tiada ruang dalam UMNO!

Anonymous said...

pilih yg ada vision dan boleh bekerja untuk bangsa, agama dan Negara. avoid recycled minister. give opportunities to fresh faces and even bring in outsiders macam Idris jala. Ingat jadi YB bukan bermakna jadi menteri.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers