Thursday, April 18, 2013

Jiwa Safri cukup besar..tak ramai seperti beliau..

KESAMPINGKAN kepentingan diri,redakan kemarahan,buang jauh-jauh dulu perasaan tidak puas hati kerana perjuangan untuk mempertahankan agama,bangsa serta negara bukan sesuatu yang mudah dan adakalanya kita terpaksa berkorban malah sejarah juga membuktikan bahawa kadangkala apa sahaja yang kita mahukan,kita tidak akan memperolehi semuanya,bak kata bidalan,kalau bukan rezeki kita apa sahaja kita lakukan akan tetap jadi rezeki orang lain.

Kita sedar ada yang tersentak,diam terpak!u bila mendengar ataupun membaca nama-nama calon yang disenaraikan untuk menyambung perjuangan UMNO dan Barisan Nasional dalam kegetiran berdepan dengan PRU13 pada 5 Mei nanti namun sesekali kita harus berlapang dada serta berjiwa besar terutama sekali kepada nama-nama yang tidak terpilihuntuk menjadi calon,pasti ada sebabnya dan pasti ada hikmahnya bila berlaku sedemikian.

Contohi  sikap serta tindakan Dato Mohamad Aziz( bekas MP Sri Gading) dan Dato Safri (bekas ADUN Bukit Ibam) serta beberapa nama lagi yang tidak disenaraikan bilamana mereka begitu berlapang dada serta berjiwa besar memeluk dan mengangkat tangan pengganti mereka dan sekaligus menyatakan sokongan serta menerima keputusan parti yang tidak menyenaraikan mereka walaupun mereka masih mampu menyumbang untuk parti,rakyat dan negara.

Semua orang mungkin terkejut bila nama Mohamad Aziz tidak tercalon kerana beliau adalah antara hulubalang UMNO bukan sahaja di dalam prti tetapi menjadi Laksamana Perang di Parlimen hinnga pembangkang kecut perut bila MP Sri Gading ini bersuara namun sebagai yang menjadikan UMNO itu darah dagingnya,beliau langsung tidak kecewa,merajuk dengan  keputusan yang dibuat oleh parti.

Begitu juga dengan Safri,seorang anak muda,exco Kerajaan Negeri Pahang,bila nama beliau tidak tercalon,beliau menerima denga berlapang dada serta menunjukkan jiawa besarnya dengan memeluk Jamaludin Jaris,Ketua Bahagian Rompin.Kita mahu setipa pemimpin yang tidak terpilih ataupun dicalonkan semula memeiliki sifat dan sikpa seperti mereka yang secara terbuka menerima keptusan tersebut dengan tenag dan redha malah terus istiqamah dalam perjuangan masa depan demi memastikan BN menang besar di PRU13 ini.

Mereka ini meletakkan parti lebih penting,perjuangan bangsa serta agama lebih utama dan tidak tersenarai semula bukan menjadi halangan atau beban kepada mereka untuk terus mempertahankan Barisan Nasiona (BN) bagai memenangi PRU13 nanti.Mereka tidak merajuk,putus asa,menangis berguling-guling ataupun mengerahkan penyokong untuk memboikot calon yang telah dipilih oleh parti.

Tidak ada secalit pun rasa kecewa yang penting BN
Oleh itu pada nama-nama yang menjangka merekalah calon ataupun kononnya tokoh terbaik untuk diketengahkan tetapi tidak disenaraikan,jangan merajuk kerana perjuangan masih panjang dan paling penting andai kita sebenar-benarnya orang Islam yang berpegang kepada Qada dan Qadar Allah,kita kena yakin dan percaya bahawa yang menentukan segalanya tentang diri kita adalah Allah SWT.

Andainya kita merasa kita dikhianati serta menuduh parti tidak berlaku adil kepada kita kerana kononnya kita telah berkerja keras tetapi parti seperti menafikan segala jasa bakti kita hingga tidak tersenarai,yakinlah jua bahawa Allah akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada kita dan sesuatu pembalasan kepada orang yang mengkhinati kita.Paling penting kita jangan sesekali mengkhianati wadah perjuangan itu kerana parti bukan sekadar milik kita tetapi menjadi milik jutaan ahli yang lain.

Kita tidak ada pilihan,demi menyelamatkan aidah rakyat yang sedang dipesongkan oleh pembangkang,demi mempertahankan agama,bangsa dan Negara,kita kena keteikan rasa gunda gulan serta kekecewaan kita untuk turut sama-sama berganding bahu memerangi pembangkang yang sedang menggla untuk meruntuhkan kerajaan yang sekian lama diberikan mandat memerintah Negara ini.

Jangan kerana kita kecewa setelah tidak terpilih menjadi calon,kita mengambil keputusan membakar jambatan,menjadi api dalam sekam,menjadi duri dalam daging untuk mengkhianati potensi kemenangan calon-calon BN dan pemimpin sebenar adalah pemimpin yang rela serta setia kepada segala keputusan Presiden dan mengkhianati Presiden parti akan membuktikan bahawa kita sebenarnya menjadi ahli parti bukan mahu berjuang tetapi mahu mencapai kepetingan peribadi.

Menguburkan pembangkang dalam PRU13 ini adalah tugas utama kita dan bukannya terus meladeni rasa kecewa kita hingga kita sanggup meninggalkan medan perang kerana PRU13 ini menuntut kewajipan serta tanggungjawab kita untuk bersama-sama dengan PM Najib meneruskan kecemerangan pimpinannya yang telah dibuktikan dalam tempoh empat tahun sebelum ini.

Marilah kita betulkan saf perjuangan kita kerana nasib serta masa depan generasi,agama,bangsa dan Negara kita berada di tangan kita sendiri.Pada yang tidak terpilih jangan bercakap soal maruah kerana kita bermaruah selama ini kerana kita menjadi ahli parti dan diangkat oleh parti untuk menjadi seoarang yang lebih bermaruah.Tanpa parti kita mungkin tidak bernilai..Wallah hualam..

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers