Friday, April 19, 2013


SAYA mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia,TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P 044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.


Ketika saya menawarkan diri,tekad saya cuma satu iaitu  mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu  dan menghasut rakyat,untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah bedepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu,pejuang Islam.


Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim,yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim,agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.


Dan akhirnya saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan Nadi Rakyat Malaysia dan mengambil kira pandangan,gesaan serta desakan pimpinan NGO lain yang menyokong pendirian serta keputusan saya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen Calon Barisan Nasional Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU13 ini.Saya percaya kewibawaan serta latar belakang Dr Mazlan akan diterima oleh rakyat Permatang Pauh demi membawa Harapan Baru Permatang Pauh sepertimana Deklarasi Kempen Dr Mazlan.


Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia in bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga k e akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah Negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin Negara ini.


Saya menaruh penuh kepercayaan terhadap  Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini. 


Mengalahkan Anwar di Permatang Pauh bermakna mereka telah membersihkan diri daripada bersubahat dan menanggung dosa hasil dari perbuatan tidak bermoral Anwar selama ini.Satu undi anda kepada Anwar merupakan satu dosa bukan sahaja untuk anda tetapi turut membabitkan anak-anak serta cucu cicit anda.


Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti,saya akan bersama-sama denganrakyat Permatang Pauh unttuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini,saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini.


Kepada Pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia,saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang cintakan agama,bangsa dan Negara..selebihnya terserah kepada anda.Kalau anda mahu peliwat dan penzina ini terus kekal sebagai Ketua ataupun pemimpin masa depan anak-anak serta cucu cicit anda..itu adalah keputusan anda.
.
PAPAGOMO

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdullilah, inilah jalan yang terbaik. Thank you Papagomo kerana bertindak bukan untuk kepentingan diri. Sokong Papagomo dulu, kini dan selamanya.....

Anonymous said...

Itu yang terbaik.Sokong Dr Mazlan dan bantu kempen BN.Bersama-sama rakyat Permatang Pauh menyokong Barisan Nasional.....inilah barisan kita

Zmg said...

Salam, saya merasakan tindakan yang anda ambil adalah tepat sekali. Anda boleh gunakan kepakaran anda untuk membantu kempen calun BN untuk menumbangkan DSAI musuh negara itu. DSAI amat gembira bila anda mengumumkan untuk bertanding di Permatang Pauh kerana anda akan mengurangkan undi BN. Sekarang ini anda tak jadi bertanding maka undi akan bertaut kembali kpd BN. DSAI sudah pasti amat runsing dan tidak mustahil akan menaja calun yg kononnya bloger penyokong BN untuk terus memecahkan undi BN di Permatang Pauh demi survival karier politiknya. Harap pengundi Permatang Pauh mengkuburkan karier politik DSAI dlm PRU13 ini.

Anonymous said...

Let Permatang Pauh be the political grave for Anwar Ibrahim. He has been cheating the nation far too long, too much...!!

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers