Tuesday, April 23, 2013


KEHADIRAN Michelle Yeoh di dalam program BN di Pelaburan Klang semalam nampaknya berjaya memperbaharui semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia bilamana seramai 60,000 dikatakan menghadiri program tersebut, sekali gus meletakkan BN di landasan yang lebih selesa dalam menghadapi PRU-13. 


Dari sudut lain, kita melihat kehadiran Michelle Yeoh sebagai memenuhi trend politik Malaysia hari ini, iaitu ‘persaingan’ antara parti-parti politik dalam meraih sokongan antara artis hiburan dengan para ulama.  


PAS sering bermegah kerana parti tersebut menghimpunkan para ‘agamawan’.  Namun, hari ini kita melihat sendiri bagaimana Ulama-ulama pondok berbondong-bondong menolak PAS malah menfatwakan hukumnya haram menyokong PAS tetapi sebaliknya, para intelektual ugama muda akhir-akhir ini pula lebih ramai memilih untuk menyertai UMNO dan menolak PAS.  


Manakala, golongan artis hiburan yang bermasalah serta rendah moral dan akhlaknya pula dilihat begitu ‘galak’ menyertai PAS dan kemudian berlagak sebagai agamawan sambil menghukum semua pihak yang menolak PAS sebagai jahil, sesat dan kafir, iaitu mengikut ajaran PAS tulen.  


Akibatnya, ‘agamawan’ yang tinggal di dalam PAS hari ini, kebanyakannya merupakan lulusan dari Pakistan, India dan bukannya dari pusat pengajian agama tersohor dunia.   Selain mereka, terdapat ramai lagi yang merupakan para pelajar agama yang tidak lulus dan tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi memakai gelaran ‘Ustaz’ atau ‘Ulama’, hanya kerana pernah belajar agama.  


Pendekata, tidak kira artis atau ulama yang memilih untuk menyokong pembangkang, kedua-duanya terdiri dari kumpulan yang gagal dalam bidang mereka.   


Ulama yang menyokong UMNO kebanyakannya adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan terbukti kerana UMNO sebagai kerajaan tidak akan mengiktiraf sesiapa sahaja sebagai Ulama berdasarkan pendapat sendiri.    

Sebagai Ulama sebenar, tidak hairanlah mereka kurang menonjol dan tidak menjadi ‘selebriti’ sebagaimana golongan agama pujaan PAS.  Hanya mereka-mereka yang diberi tanggungjawab untuk membantu kerajaan sahaja yang akan ke hadapan bagi menjawab dan memperbetulkan kesesatan pembangkang yang keterlaluan.  


Begitu juga dengan golongan artis yang menyokong kerajaan, kebanyakannya merupakan artis yang berjaya dan dihormati seperti Michelle Yeoh yang telah menempa nama di persada antarabangsa malah beliau pernah menjadi gadis ‘Bond’, ‘Geisha’ dalam Memoirs Of A Geisha dan juga membawa watak Suu Kyii dalam filem ‘The Lady’ adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang tidak pernah bertanya apakah jasa negara terhadapnya tetapi setia mencurahkan jasa kepada negara. 

Popularitinya hanya suam-suam kuku..
Beliau tahu bahawa kedudukannya, pengiktirafan dan penghormatan yang diterimanya hari ini adalah berkat kehidupan yang baik yang dilalui di negara ini tidak seperti Dayangku Intan yang berlagak beliau popular danlebih popular daripada Azalina,.Sumbangan tidak sebesar mana kecuali cakap besar sahaja.
  

Justeru,Michelle Yeoh semalam dengan penuh semangat dan tanpa teks, telah menyeru rakyat agar terus menyokong PM Najib sebagai Perdana Menteri atas dasar kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan beliau melakukan transformasi, penambahbaikan serta membawa Malaysia ke satu era baru yang jauh lebih maju.  


Sebagai seorang yang telah merantau ke seluruh dunia,Michelle Yeoh pastinya bercakap atas dasar pengalaman selain beliau tidak perlu membodek sesiapa kerana beliau telah pun berjaya berkat keperihannya berusaha malah dalam mengharungi dunia seni, beliau pernah beberapa kali tidak sedarkan diri ketika melakukan aksi ngeri dalam usahanya untuk menempa nama sebagai pelakon yang dihormati.  


Kegigihan dan kesungguhan beliau sepatutnya menjadi tauladan kepada semua kerana beliau tidak akan mampu berada di tahap ini jika niat beliau berlakon adalah kerana ‘glamour’ sepertimana kebanyakan artis kita. 

Malah, beliau tidak pernah berputus asa atau menyalahkan sesiapa dalam jatuh bangun kariernya sebelum benar-benar berjaya dan beliau juga tidak pernah bertindak menghina dan melupakan negara ini walaupun telah berada di puncak dalam arena hiburan dunia.  


Dakwa Aishah diceraikan melalui SMS
Artis sebeginilah yang boleh kita hormati dan bukannya artis yang tidak sempat ke mana, belum pun berusaha, tetapi sudah kecewa memberontak jiwa sehingga dilanda berbagai-bagai masalah lalu menyalahkan orang lain dan kerajaan atas apa yang menimpa dirinya seperti mana Aishah yang menyalahkan kerajaan kerana anaknya dikatakan terlibat dengan najis dadah.
 

Artis yang menyertai pembangkang hari ini adalah artis yang menyalahkan kerajaan kerana anaknya tak solat, artis yang menyalahkan kerajaan kerana gagal mendapat projek dan artis yang menyalahkan kerajaan kerana dia menjadi artis.  Artis seperti mereka tidak wajar dihormati tetapi perlu dibimbing lagi tetapi malangnya, PAS bukannya membimbing mereka, tetapi meletakkan mereka sebagai pemimpin dengan mencalonkan mereka menjadi wakil kepada rakyat jelata.  


Justeru, antara menyahut seruan Aishah atau Dayangku Intan, lebih baik kita menyahut seruan Michelle Yeoh.  Sekurang-kurangnya Michelle Yeoh punya kredibiliti kalau mahudibandingkan dengan Aishah,DayangKu Intan dan juga Ebi Ababi.

6 comments:

Anonymous said...

MICHELLE YEOH MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DIPERINGKAT DUNIA SETANDING CHONG WEI.

ARTIS PAS CERMIN2 DIRI ANDA.

Anonymous said...

Bravooo...! Datuk Michelle Yeoh, Syabas.Harap akan menjadi teladan kepada semua artis Malaysia yang lain...Jangan asyik memburukkan kerajaan. Artis yang terpesong seperti Aishah/PAS P.Jempol, Dygku Intan/PKR P.Pengerang jangan undi langsung....Abby Abadi sedang Frust tonggeng tak dapat jadi calon..Undilah BN demi masa depan kita semua....

Anonymous said...

aku rasa aishah yg popular sebab dia lawan isa samad...kalau menang dia jadi menteri besar n9.
kah..kah...kah

Mukh Langat said...

Kenapa Admin tak sebut tentang Herman Tino yg bertanding tiket Bebas?

Bg aku, Herman is free to exercise his freedom of democracy. Lagipun dia bukan org pembangkang. Cuma dia mau berjuang utk kampung halaman dia je. Bg aku, ok la kot. Dia berpengaruh kat Tg. Karang! Noh Omar pun, ermmmmmmm aku tak bp berkenan lah! Hahaha. Peace.

Anonymous said...

BN sudah 50 tahun memerintah.tapi apa yang jelas.Islam sudah semakin jauh dihati rakyat Malaysia.Dari segi perundangan.undang undang Malaysia lebih kepada undang undang barat.termasuklah Dari segi pakaian yang dipakai oleh Hakim Dan para peguam.undang undang Allah kita letak ketepi.Dari segi politik pula kita lebih teruk daripada negara barat.demokrasi apakah INI.Pemerintah yang berjaya adalah pemerintah yang Amanah,jujur,bertimbang rasa Dan mempunyai sifat yang disukai rakyat.kajilah pemerintah yang terdahulu

Anonymous said...

Psy

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers