Tuesday, April 23, 2013
KEHADIRAN Michelle
Yeoh di dalam program BN di Pelaburan Klang semalam nampaknya berjaya
memperbaharui semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia bilamana seramai 60,000 dikatakan menghadiri program
tersebut, sekali gus meletakkan BN di landasan yang lebih selesa dalam menghadapi
PRU-13.
Dari sudut lain, kita
melihat kehadiran Michelle Yeoh sebagai memenuhi trend politik Malaysia
hari ini, iaitu ‘persaingan’ antara parti-parti politik dalam meraih sokongan
antara artis hiburan dengan para ulama.
PAS sering bermegah
kerana parti tersebut menghimpunkan para ‘agamawan’. Namun, hari ini kita melihat sendiri
bagaimana Ulama-ulama pondok berbondong-bondong menolak PAS malah menfatwakan
hukumnya haram menyokong PAS tetapi sebaliknya,
para intelektual ugama muda akhir-akhir ini pula lebih ramai memilih untuk
menyertai UMNO dan menolak PAS.
Manakala, golongan artis
hiburan yang bermasalah serta rendah moral dan akhlaknya pula dilihat begitu ‘galak’ menyertai PAS dan kemudian
berlagak sebagai agamawan sambil menghukum semua pihak yang menolak PAS sebagai
jahil, sesat dan kafir, iaitu mengikut ajaran PAS tulen.
Akibatnya, ‘agamawan’ yang
tinggal di dalam PAS hari ini, kebanyakannya merupakan lulusan dari Pakistan,
India dan bukannya dari pusat pengajian agama tersohor dunia. Selain mereka, terdapat ramai lagi yang
merupakan para pelajar agama yang tidak lulus dan tidak mempunyai pekerjaan
tetap tetapi memakai gelaran ‘Ustaz’ atau ‘Ulama’, hanya kerana pernah belajar
agama.
Pendekata, tidak kira artis
atau ulama yang memilih untuk menyokong pembangkang, kedua-duanya terdiri dari
kumpulan yang gagal dalam bidang mereka.
Ulama yang menyokong UMNO
kebanyakannya adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi
dan terbukti kerana UMNO sebagai kerajaan tidak akan mengiktiraf sesiapa sahaja
sebagai Ulama berdasarkan pendapat sendiri.
Sebagai Ulama sebenar, tidak hairanlah mereka kurang menonjol dan tidak
menjadi ‘selebriti’ sebagaimana golongan agama pujaan PAS. Hanya mereka-mereka yang diberi tanggungjawab
untuk membantu kerajaan sahaja yang akan ke hadapan bagi menjawab dan
memperbetulkan kesesatan pembangkang yang keterlaluan.
Begitu juga dengan golongan
artis yang menyokong kerajaan, kebanyakannya merupakan artis yang berjaya dan
dihormati seperti Michelle
Yeoh yang telah menempa nama di persada antarabangsa malah beliau pernah menjadi
gadis ‘Bond’, ‘Geisha’ dalam Memoirs Of A Geisha dan juga membawa watak Suu
Kyii dalam filem ‘The Lady’ adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang tidak
pernah bertanya apakah jasa negara terhadapnya tetapi setia mencurahkan jasa
kepada negara.
Popularitinya hanya suam-suam kuku.. |
Beliau tahu bahawa kedudukannya, pengiktirafan dan penghormatan
yang diterimanya hari ini adalah berkat kehidupan yang baik yang dilalui di
negara ini tidak seperti Dayangku Intan yang berlagak beliau popular danlebih popular daripada Azalina,.Sumbangan tidak sebesar mana kecuali cakap besar sahaja.
Justeru,Michelle Yeoh
semalam dengan penuh semangat dan tanpa teks, telah menyeru rakyat agar terus
menyokong PM Najib sebagai Perdana Menteri atas dasar kesungguhan dan
keikhlasan kepimpinan beliau melakukan transformasi, penambahbaikan serta
membawa Malaysia ke satu era baru yang jauh lebih maju.
Sebagai seorang yang telah
merantau ke seluruh dunia,Michelle Yeoh pastinya bercakap atas dasar
pengalaman selain beliau tidak perlu membodek sesiapa kerana beliau telah pun berjaya berkat keperihannya
berusaha malah dalam mengharungi dunia seni,
beliau pernah beberapa kali tidak sedarkan diri ketika melakukan aksi ngeri
dalam usahanya untuk menempa nama sebagai pelakon yang dihormati.
Kegigihan dan kesungguhan
beliau sepatutnya menjadi tauladan kepada semua kerana beliau tidak akan mampu berada di tahap ini
jika niat beliau berlakon adalah kerana ‘glamour’ sepertimana kebanyakan artis
kita.
Malah, beliau tidak pernah berputus
asa atau menyalahkan sesiapa dalam jatuh bangun kariernya sebelum benar-benar
berjaya dan beliau juga tidak pernah
bertindak menghina dan melupakan negara ini walaupun telah berada di puncak
dalam arena hiburan dunia.
Dakwa Aishah diceraikan melalui SMS |
Artis sebeginilah yang boleh
kita hormati dan bukannya artis yang tidak sempat ke mana, belum pun berusaha,
tetapi sudah kecewa memberontak jiwa sehingga dilanda berbagai-bagai masalah
lalu menyalahkan orang lain dan kerajaan atas apa yang menimpa dirinya seperti mana Aishah yang menyalahkan kerajaan kerana anaknya dikatakan terlibat dengan najis dadah.
Artis yang
menyertai pembangkang hari ini adalah artis yang menyalahkan kerajaan kerana anaknya tak
solat, artis yang menyalahkan kerajaan kerana gagal mendapat projek dan artis
yang menyalahkan kerajaan kerana dia menjadi artis. Artis seperti mereka tidak wajar dihormati
tetapi perlu dibimbing lagi tetapi malangnya,
PAS bukannya membimbing mereka, tetapi meletakkan mereka sebagai pemimpin
dengan mencalonkan mereka menjadi wakil kepada rakyat jelata.
Justeru, antara menyahut
seruan Aishah atau Dayangku Intan, lebih baik kita menyahut seruan Michelle Yeoh. Sekurang-kurangnya Michelle Yeoh punya kredibiliti kalau mahudibandingkan dengan Aishah,DayangKu Intan dan juga Ebi Ababi.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
6 comments:
MICHELLE YEOH MENGHARUMKAN NAMA NEGARA DIPERINGKAT DUNIA SETANDING CHONG WEI.
ARTIS PAS CERMIN2 DIRI ANDA.
Bravooo...! Datuk Michelle Yeoh, Syabas.Harap akan menjadi teladan kepada semua artis Malaysia yang lain...Jangan asyik memburukkan kerajaan. Artis yang terpesong seperti Aishah/PAS P.Jempol, Dygku Intan/PKR P.Pengerang jangan undi langsung....Abby Abadi sedang Frust tonggeng tak dapat jadi calon..Undilah BN demi masa depan kita semua....
aku rasa aishah yg popular sebab dia lawan isa samad...kalau menang dia jadi menteri besar n9.
kah..kah...kah
Kenapa Admin tak sebut tentang Herman Tino yg bertanding tiket Bebas?
Bg aku, Herman is free to exercise his freedom of democracy. Lagipun dia bukan org pembangkang. Cuma dia mau berjuang utk kampung halaman dia je. Bg aku, ok la kot. Dia berpengaruh kat Tg. Karang! Noh Omar pun, ermmmmmmm aku tak bp berkenan lah! Hahaha. Peace.
BN sudah 50 tahun memerintah.tapi apa yang jelas.Islam sudah semakin jauh dihati rakyat Malaysia.Dari segi perundangan.undang undang Malaysia lebih kepada undang undang barat.termasuklah Dari segi pakaian yang dipakai oleh Hakim Dan para peguam.undang undang Allah kita letak ketepi.Dari segi politik pula kita lebih teruk daripada negara barat.demokrasi apakah INI.Pemerintah yang berjaya adalah pemerintah yang Amanah,jujur,bertimbang rasa Dan mempunyai sifat yang disukai rakyat.kajilah pemerintah yang terdahulu
Psy