Friday, March 1, 2013
Yang lain semua dapat JUSA..!Kena tunngu 6 bulan lagi! |
SEKALUNG tahniah diucapkan
kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan
Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA )kerana
tidak terus terpedaya dengan kumpulan
mualaf politik pimpinan Raja Arif yang kini sedang menerajui BTN dan bilamana
terus mengekalkan Haji Mokhtar Sulaiman sebagai Timbalan Ketua Pengarah
Pentadbiran dengan Gred 54 memangku Jusa
C walaupun banyak helah dan tipu daya cuba dibuat oleh kumpulan mualaf ini
tetapi pihak JPA tetap berpegang pada etika dan prinsip.
Walau bagaimana pun pihak
pejabat KSN dan JPA perlu lebih peka dan hati-hati kerana banyak lagi helah dan tipu daya kumpulan mualaf
ini dalam mengisi jawatan-jawatan
penting khususnya untuk Gred 52 yang sedang berlansung temuduga di BTN ketika
ini kerana pihak pengurusan akan tetap cuba
membawa masuk orang-orang yang mualaf sebagaimana mereka.
Sebagai salah seorang mualaf politik,Mokhtar
sememangnya bercita-cita tinggi dalam perkhidmatan dan beliau yang berumur 56
tahun sudah pasti ingin mengakhiri perkhidmatan paling kurang pada Gred Jusa C
dan sebab itulah bila beliau berada di
BTN,antara fokus beliau adalah membuat kertas `re-op’ Untuk perjawatan
dengan menaikan Gred` post-post’ utama
iaitu KP.TKPP dan TKPL dan bukannya fokus untuk membantu BN menang 2/3 dalam PRU13
nanti
Beliau termasuk dalam kumpulan
mualaf politik ini kerana ternyata
mereka ini sejak 1999 adalah penyokong
Anwar dan pembangkang.Manusia-manusia seperti Raja Arif,Hanafi Harun,Dr
Roslan,Ahmad Fairuz( dikatakan menbsabotaj Tengku Adnan semasa PRU12 di
Putrajaya) secara tiba-tiba menukar
akidah politik bila diberi jawatan dan kedudukan kerana ketika tidak berjawatan
dan tidak duduk di BTN( hingga mendapat Jusa. mereka semua ini adalah terbukti anti BN dan pemimpin-pemimpin tertentu dalam Barisan Nasional.Masih ingat
kah semua apa tindakan masing-masing sejak 1999?
Seronok juga bila boleh mengimbau
dan membayangkan tingkah laku Raja Arif sebagai
Ketua mualaf ini sejak 1999 sehinggalah diangkat sebagai Ketua Pengarah
BTN (khabarnya juga sedang mencari peluang untuk merapati isteri PM Najib )
kerana sejak dari tarikh dilucutkan jawatan sebagai SUSK Tengku Mahmud
Mansor,beliau adalah antara orang yang
tidak pernah berhenti mengutuk dan
mencerca kepimpinan BN bermula dari Tun
Mahathir sampailah pemimpin BN yg lain secara berterusan.
BN Terengganu pasti jadi
saksi kepada kenyataan ini bahawa Mahathir adalah Firaun manakala Anwar adalah umpama
Nabi Musa kepada Raja arif dan tidak cukup dengan itu BTN adalah agensi yang
paling dibenci dan dimusuhi kerana ketika itu BTN adalah agensi paling
terkehadapan mendedahkan kebobrokan `Nabi Musa’ sanjungan Raja Arif itu sehinggakan
bila anak gadisnya gagal kursus BTN untuk ke luar negara kerana ternyata anak beliau adalah penyokong tegar
Anwar Ibrahim,BTN dicaci dan dimaki tanpa henti dan terus diulang dalam setiap ceramah dan
taklimat.
Kutukan dan cercaan kepada pimpinan
BN dan BTN hanya terhenti bila beliau dilantik jadi Ketua Pengarah BTN dan
sejak itulah beliau dan kawan-kawannya termasuklah Mokhtar menjadi mualaf kepada BN dan sebagai mualaf,beliau merasakan jawatan
sebagai Ketua Pengarah itu sudah setaraf
dengan jawatan Menteri dan sebab itulah beliau
tidak perlu menghormati Timbalan Menteri dan Menteri di JPM malah seetengah
Menteri beliau terus perlekekan di dalam pertemuan-pertemuan sulit kumpulan
mereka dan beliau berkira-kira bagi meng hantar laporan negatif supaya digugurkan
dan khabarnya Nazri Aziz, menteri kanan di JPM adalah salah seorang yang akan
jadi mangsa.
Dari segi akidah politik
kumpulan mualaf ini jika hendak
dibandingkan dengan taukeh keropok losong di Losong Hj Omar,taukeh ini jauh lebih mulia dan bermaruah kerana mereka tetap menyokong BN walaupun tiada
jawatan,pangkat dan kuasa tetapi tetapi kumpulan mualaf ini hanya menyokong BN
kerana dapat jawatan KP,TKPP dan TKPL
tetapi bila tiada semua ini,mereka boleh menjadi murtad bila-bila masa.
Dapat elaun memangku pun oklah! |
Namun apa yg berlaku
kepada Mokhtar patut di ambil iktibar
oleh semua,keputusan JPA itu benar-benar
akan menjadikan Mokhtar kenal siapa sahabat,kawan dan rakan. Bayangkan dimana
beliau mahu letak maruah kerana setelah dengan angkuh dan bangganya beliau buat pengumuman
tentangg kejayaan melobi KSN dan JPA berkenaan perjawatan di BTN kemudian buat`roadshow’ ke
seluruh negara bertemu kakitangan menabur gula-gula dan manisan,alih-alih yang
berjaya mendapat Jusa hanyalah KP,TKPL,Dr Roslan,Ahmad Fairuz dan diri sendiri
tidak layak mendapat Jusa C seperti mana pegawai-pegawai lain dan perlu mengikut prosedur khas JPA untuk menunggu selama enam bulan ataupun setahun lagi bagi pengesahan ke JUSA.
Memanglah sewaktu belum jadi
mualaf,ada dosa telah dibuat di KPDNKK(masihkah Mokhtar ingat) dan barangkali Itulah antara sebab beliau
tidak layak tetapi sepatutnya setelah
jadi mualaf takkanlah semua dosa itu Raja Arif tidak boleh tutup? Takkan Raja
Arif tidak boleh `slow talk’ dengan KSN dan Dato Farida kerana KSN telah diusung siang
dan malam,takkanlah KSN tidak boleh pertimbangkan kerana sudah banyak duit dibelanjakan untuk
laksanakan program KSN hingga KSN kini sudah popular dan kalau terpilih jadi
calon pasti akan menang kerana BTN sudah
bantu popularkannya dan takkanlah Raja Arif tidak boleh tutup semua dosa-dosa
lalu kerana kini Mokhtar telah jadi
mualaf.
Mokhtar perlu tahu bahawa
Raja Arif sebagai Ketua mualaf hanyalah pentingkan diri sendiri saja,beliau
tidak fikir pun soal maruah Mokhtar sebagai TKPP sedangkan TKPL dapat Jusa C
walau Hanafi adalah junior daripada Mokhtar.Macam mana Mokhtar mahu berhadapan
dengan kakitangan?Budaya di BTN,siapa lagi tinggi gred jawatan,dia akan lebih
dikerumuni dan di jilat sedangkan semua tahu Hanafi adalah seorang yg angkuh
dan susah berbincang serta tidak tahu apa-apa tentang Latihan dan sebahagian
tugas latihan sebelum ini pun banyak Mokhtar
yang terpaksa `cover ‘kerana Pegawai-pegawai Latihan lebih suka merujuk Mokhtar daripada Hanafi
dan apakah selepas ini pegawai dan kakitangan tidak lagi merujuk kepada
Mokhtar?
Mokhtar juga perlu tahu
bahawa rupa-rupanya di BTN ini, tidak cukup jika hanya mahir pentadbiran sahaja
untuk dapat kenaikan Gred kerana untuk dapat gred Jusa C,jika ingin sokongan Raja
arif,beliau perlu hadir usrah ABIM dan jangan sesekali ponteng,jangan tegur
jika Hanafi buat usrah dan buat gerakan di Rumah meranti untuk kumpulan-kumpulan ABIM kerana
itu adalah pra-syarat untuk dapat
gred Jusa C.
Terasing dalam dukakah Tuan Haji? |
Demi maruah, sepatutnya Mokhtar
perlu meletak jawatan dan tumpukan kepada
ladang kelapa sawit di kampung halaman tetapi buat masa ini,itu bukan
keputusan yg terbaik dan bincanglah dulu dengan Ketua Mualaf secara gentleman,cukuplah
jadi mualaf, mungkin sekali lagi Mokhtar akan murtad sokongannya pada BN
sebagaimana dia pernah murtad 1999 hinggalah jadi mualaf bila dilantik jadi Timbalan
Ketua Pengarah (Pentadbiran) BTN.
Mokhtar tentu masih ingatkan
kisah-kisah silam terutamanya di KPDNKK Perak? Kita ingatkan semua dosa-dosa
itu terampun bila sudah menjadi mualaf dan orang kanan kiri KSN ini serta buat apa saja mengikut arahan Raja Arif
termasuklah memberi wang kepada ABIM walaupun beliau tahu banyak perkara Raja
Arif tidak ikut peraturan kewangan, ada masa Mokhtar terpaksa menipu kakitangan
akibat keputusan-keputusan Raja Arif,rupa-rupanya walaupun telah buat segalanya
termasuk kertas pengsrtukturan jawatan yang memberikan Jusa A kepada Raja Arif,
Jusa C kepada Hanafi,membawa masuk Ahmad Fairus sebagai Pengarah Pemaju Masyarakat
dengan gred 52 malangnya kawan-kawan
mualaf ini hanya mementingkan tembolok
mereka sahaja.
Rupa-rupanya istilah
"kulluhum ajmain" yang keluar dari mulut Raja Arif dan Hanafi ini
tidak termasuk Mokhtar dan Raja Arif ni rupa-ruoanya barangkali hanya peralatkan
sahaja Mokhtar tetapi lebih rapat dan mengutamakan Hanafi aka Abu Nawas kerana barangkali bagi Raja Arif,
Hanafi lebih mudah unttuk diperbodohkan walaupun walaupun Hanafi memiliki PHD.
Raja Arif pasti bijak
membaca siapa timbalan-timbalan beliau walaupun meraka sama-sama mualaf,beliau lebih
tahu bahawa Hanafi tidak sebijak Mokhtar dalam soal-soal pengurusan dan ini
dibuktikan oleh Hanafi bilamana kalau buat slaid taklimat pun pasti berminggu-minggu
bahkan bertahun pun masih belum siap.Kalau buat laporan Hanafi hanya tahu buat
muka surat depan dengan ayat `Di sediakan oleh: Dr Hj Hanafi Harun TKPL’.
Raja Arif dan Hanafi dilihat
sememangnya tidak menyukai dengan Mokhtar yang dikatakan kerap sangat memberikan
kerja-kerja yang ada keuntungan wang kepada krooni-kroninya termasuklah Anak Abah
dan Mokhtar pula suka mempertahankan pegawai yang sememangnya tidak disukai
oleh Raja Arif dan Hanafi seperti
Khailani sebab dendam Raja Arif terhadap khailani sewaktu beliau
bertugas di Terengganu dan sebab itulah antara engarah terawal yg dipisahkan
daripada keluarga adalah Khailani Ismail.
Mana Mokhtar? |
Lantaran itu Mokhtar perlu
faham suasana,untuk dapatkan Jusa C beliau perlu membantu gerakan usrah di
Rumah Meranti dengan jayanya dan eliau juga perlu mempastikan gerakan ABIM berjaya menyelinap dengan baik dalam BTN,berikan wang kepada Hanafi dan
jangan sesekali mempertikaikan untuk apa wang itu kerana Mokhar perlu
ingat,Ketua Mokhtar sekarang adalah Raja Arif Raja Ali dan Dr Haji Hanafi Harun,Mokhtar
juga harus pastikan Rumah Meranti kekal sebagai
pusat usrah yang tidak terganggu dan gerakan orang-orang ABIM
abim perlu dilipatgandakan.
Atau Mokhtar akan murtad
awal-awal lagi daripada menyokong BN?Hara-harap janganlah begitu!Belajarlah
daripada Ustaz Zulnun aka Panglima Perang Cyber kerana Zulnun pernah menulis
supaya berlapang dada jika berlaku apa-apa,jika tak dpt jusa atau ditukar dan belajarlah
dari contoh panglima perang Islam yang tetap berperang walaupun dilucutkan
jawatan.
Sebagai seorang yang tidak
pernah tahu sejarah dan faham suasana,boleh lah Zulnun mula bertanya kepada Raja
Arif,Hanafi dan Mokhtar kenapa mereka pada tahun 1999 telah murtad beramai-ramai
dan sekarang telah jadi mualaf secara beramai-ramai?Dan tanya juga Raja Arif ,jika
selepas ini ditamatkan perkhidmatan,apakah beliau akan murtad sekali lagi?
Kepada Raja Arif sebagai
Ketua Mualaf,signal awal telah pun ada bila Mokhtar tidak diberi Jusa.Ingatlah
KSN dan JPA tidak boleh di perlekehkan begitu sahaja walaupun kini telah
berjaya mengusung KSN kemana-mana dan ini
tidak bermakna etika kerja dan prinsip kerja mereka juga boleh di permainkan
begitu sahaja sebagaimana BTN dipermainkan.Jangan anggap JPA sama seperti BTN walaupun dapat Jusa A,di JPA
masih ramai lagi orang yang lebih tinggi
pangkat dan kedudukan.Budaya BTN jangan nak dibawa ke JPA kerana di BTN,asalkan
mereka itu ABIM.mualaf boleh di lantik sebagai pegawai ataupun Pengarah dan ini
bukan kayu ukur JPA.lantaran itu JPA
perlu berhati-hati dengan bakal-bakal nama yang akan dicadangkan oleh BTN dalam
waktu terdekat ini.
Seperti Zulnun tulis (baju belang)..berlapang dadalah! |
Kepada PM Najib,walaupun
kumpulan mualaf ini sudah tidak lagi mengutuk PM dan BN ketika di depan PM
tetapi harus diingat bahawa mereka boleh murtad bila-bila masa sahaja,itu
realiti sejarah bahkan antara yg mualaf ini sikapnya masih tak ubah
seperti Abdullah Bin Ubai yang munafiq kerana
paksi tauhid politiknya masih kpd tuhan yg lama.
Jadi PM Najib berhati-hatilah
dan jangan sesekali terpedaya dan jangan diambil kira pandangan dan apa yg
disampaikan, PM juga pantaulah apa yg telah didedahkan ini kerana paksi
sokongan politik kepada BN dan PM selaku Ketua Negara yang datang dari nelayan
di Kuala Paka, Dungun yang tidak pernah jumpa PM,yang tidak pernah dibantu
dengan kuasa,jauh lebih mulia dan jujur berbanding sokongan kumpulan mualaf
pimpinan Raja Arif ini yang menyokong kerana
jawatan KP BTN gred khas Jusa A,TKPL gred khas Jusa C dan tapi saying TKPP cuma gred 54 memangku gred Jusa C.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
3 comments:
http://www.youtube.com/watch?v=83qZZ3UAMBc&feature=youtu.be
Itu dia panglima
Itu ustaz zulnun pergi progrm jabatan ke tu