Tuesday, February 26, 2013

Bila Ustaz jadi langau!

BINGIT telinga mendengar suara-suara lalat dan langau yang menghurung najis-najis demi mempertahankan seseorang yang pernah meludah UMNO dan Barisan Nasional semasa zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Walaupun sekian lama dibekukan dan akhirnya diberi peluang untuk menerajui sebuah agensi strategik yang cukup penting pada kerajaan namun seperti sifat seekor anjing yang selalu disebut oleh orang-orang tua,kalau tidak makan najis pun,dia tetap akan menghidunya.


Asalnya tidak berniat mahu berhujah atau berpolemik dengan cicak mengkarung atau lalat dan langau seperti ini tapi nampaknya semakin dibiarkan lalat dan langau ini semakin membingit ditelinga dan lalat dan langau ini ada pula yang jenis berstatus Ustaz yang mengambil upah menghidu longgokan najis-najis dan bangkai.

Kita mengharapkan Ketua Pengarah sendiri menjawab segala isu yang ditimbulkan dalam media maya tetapi malangnya dihantarnya langau yang sesen pun tidak berguna di BTN dan langau ini mula menyerang peribadi dan saya tidak ada pilihan daripada terus membiarkan langau ini membingit di telinga maka saya perlu bertanya tentang kedudukan beliau sendiri.

Siapa Panglima Perang Cyber yang selepas ini dipanggil sebagai Panglima Penjilat Raja Arif yang tiba-tiba menjadi langau ini, bersungguh mempertahankan Raja Arif,beliau adalah Zulnun a.k.a. Ustaz Songkok Terbalik,Pegawai BTN gred 41 dan diterima masuk ke BTN atas ihsan kawan-kawan dan bukannya terlatih sebagaimana pegawai-pegawai lain. 

Sebelum itu langau ini mengajar sambilan di satu rumah kedai di Desa Pinggiran Putra, mengajar kanak-kanak Iqra,berasal dari Tumpat, Kelantan. Di Tumpat Ustaz  Langau ini adalah penyokong kuat PAS tetapi bila berada di Kuala Lumpur kononnya penyokong BN dan kalau tidak percaya suruh Ustaz Langau ini balik ke Kelantan dan berceramah atas pentas BN, berani atau tidak?

Yang kedua,Ustaz Langau ini juga adalah penyalur maklumat berkaitan perkara-perkara negatif  tentang Ketua Pengarah BTN,Raja Arif, apabila berjumpa dengan Shagul Hamid bekas Ketua Pengarah BTN dan yang pasti beliau akan mengutuk dan memperkecilkan Raja Arif,bagi beliau semua keputusan dan tindakan Raja Arif tidak betul dan sebab itulah hubungan antara Shagul dan Raja Arif dilihat begitu lemah ekoran sikap adu domba Ustaz Zulnun@langau dan beberapa orang lagi pegawai-pegawai di sekeliling Raja Arif.Zulnun ini ibarat seekor sesumpah yang mampu berubah warna mengikut persekitaran.

Bersungguh langau ini menyerang tulisan saya dan memperkecilkan saya tapi malangnya serangannya bukan jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan tetapi lebih kepada mempertahankan batang tubuh Raja Arif sebagai Ketua Pengarah BTN. Tulisan sebelum ini juga perlu dijelaskan bahawa kita bukan menyerang institusi tetapi kita mempertikaikan ketelusan Ketua Pengarah yang dilihat menggunakan institusi untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Malangnya Langau ini mengambil pendekatan lain dengan menjadi macai serta kaldai untuk ditunggang dan hasil daripada menjilat dan mengampu Ketua Pengarahnya,beliau mendapt upah yang cukup lumayan bila dilantik mengetuai Unit Media Baru BTN yang sebelum ini dijawat oleh Yamani kerana Yamani dilihat gagal mempertahankan batang tubuh Raja Arif dari kritikan beterusan kalangan bloger tempatan.Sayang orang yang beragama seperti Zulnun ini sanggup menjadi alat untuk memuaskan nafsu orang lain.

Apakah serangan dan tulisannya sedemikian jika beliau yang terbabit dalam pertukaran seperti pegawai=pegawai lain ? Apakah blog Panglima Perang Cyber akan menyokong semua tulisan dari blog ini, papagomo.com.jawaber6.blogspot.com,afiqkltown.com, penadaritanahmelayu,geweklate,Anotherbrick the wal dan beberapa blog lain jika beliau yang ditamatkan perkhidmatan di BTN atau dizalimi seperti orang lain? Atau masih lagi mahu menulis bahawa Ketua Pengarah BTN  lebih benar sebagaimana tulisannya sekarang? 

Kenapa di satu masa pernah mahu berhenti dari BTN dan mengutuk Raja Arif semahunya ? Berani langau ini bersumpah bahawa beliau tidak melakukan seperti apa yang didakwa ini? Soal mahu jilat kerana mahu cari makan,jilat lah setiap hari,tidak ada masalah tapi soal kebenaran jangan ditolak ke tepi sampai mahu bersumpah dan berani kah bersumpah beliau tidak perna mengutuk serta mencerca Raja Arif sewaktu bersama birasnya yang bernama Azahari Sidek itu?

Dulu berkopiah sekarang bersongkok..
Bukan main beliau menyebut tentang sumpah,beranikah bersumpah bahawa selain daripada menerima gaji daripada BTN,beliau juga menerima upah daripada MKN dan juga UMB?Beranikah bersumpah bahawa beliau tidak pernah menipu Shagul,bekas KP BTN?

Beranikah bersumpah tentang sokongan politik kepartian antara UMNO dan PAS sewaktu beliau berada di kampung halamannya?Beranikah bersumpah tidak akan kutuk Raja Arif jika terlibat dengan pertukaran sehingga menyusahkan keluarga?

Kepada Ustaz Zulnun@Langau,jika niat tulisan-tulisan sebelum ini ingin menghancurkan PM Najib dan kerajaan,bukan begini gaya tulisan dan kaedah yang digunakan kerana lebih banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh dilakukan.

Sebelum ini,semua pembangkang mengkritik dan membalun BTN sehingga dibahas berhari-hari di Parlimen kerana bimbang gerakkerja BTN sehinggakan ada desakan supaya BTN ditutup tapi kini pembangkang sudah tidak pandang pun BTN sebab BTN bukan lagi ancaman pada mereka bahkan untuk makluman lalat dan langau ini,ada pembangkang yang merasakan BTN sebahagian dari mereka kerana ada pegawai-pegawai BTN sekarang hanya tahu kerja macam Zulnun saja..jilat, ampu, jilat dan ampu.

Sebagai budak hingusan yang tiba-tiba dilantik Pegawai atas ehsan (itu pun asalnya untuk baca doa di majlis tertentu saja) Zulnun barangkali tidak pernah tahu apa kekuatan BTN yang telah hilang, yang hilang adalah maruah institusi yang diasaskan oleh Tun Razak selepas 13 Mei demi menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Kehilangan ini semua kerana pentadbiran baru BTN dan kumpulannya menjadikan BTN sebagai tempat usrah ABIM dan rangkaiannya yang terlalu Asobiyyah dan tempat BTN membantu kroni dalam mengurus kursus Dale Carnagie.

Yang hilang lagi adalah semangat persaudaraan dan ukhwah, semangat orang Melayu yang tolong menolong telah bertukar menjadi tempat hasad dengki dan jilat menjilat,yang hilang adalah akal budi bertukar menjadi  tempat adu domba.

Asas dilantik sebagai Pegawai BTN ini bukannya kerana pandai mejilat Ketua Pengarah tetapi memahami dengan jelas senario politik,latihan kemanusiaan(ustaz faham ke erti `training’,mahir membentuk manusia) kerana yang saya tahu ustaz ini hanya tahu jilat,dulu jilat Shagul dengan imej jubah dan Al-hafiz, sekarang jilat Raja Arif dengan title Panglima Perang Cyber.

Dan tidak pelik andainya selepas ini Anwar pun Zulnun ini jilat.Hingga akhirnya demi untuk jaga bosnya Ustaz ini akan sanggup buat apa sahaja hatta terpaksa jadi Saiful Bukhari dalam kes liwat Anwar vs Saiful

Kita pun ingin tahu,apa kreteria sehingga langau ini  diangkat sebagai YDP Blogger Pembela Negara? Tidakkah rakan blogger lain termasuk rakan-rakan yang telah tiada dan masih ada dalam BTN yang mengangkat dia? Jika hendak di nilai dari sudut penulisan, blognya hanya copy and paste artikel dari blog orang lain

Semuga ustaz akan sentiasa disanjung oleh KP BTN dan bloger-bloger lain kerana sebagai Presiden Bolger Pembela Negara, Ustaz memang hebat copy dan paste hasil kerja orang lain untuk diletakkan dalam blognya dan itu sememangnya kemahiran sejak dulu lagi dan diamalkan sampai sekarang dan sejak diputuskan Ustaz akan dilantik sebagi Presiden,cuba ingat bila dan bagaimana sejarahnya?Siapa yang mengusung dan mengangkat ustaz dulu dlm dunia blog ini dan memperkenalkan ustaz kepad MKN,JASA dan juga kepada pembesar-pembesar Negara?

Membaca artikelnya  bertajuk blogger kepala lutut dalam blog  Presiden Blogger Pembela Negara yang disiarkan sebelum ini pastinya akan menerbitkan rasa insaf dan rasa amat kagum dengan kehebatan penulisnya,memang tepatlah beliau diangkat sebagai Presiden dan blog beliau mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh Alexa dari segi rangkingnya.(rangking alexa boleh dibeli)

Sememangnya saiz audien juga besar malah ada penyokong pembangkang yang telah menangis penuh keinsafan dan telah menyokong kerajaan hasil kerja blognya namu bila membaca hingga ke akhirnya, tulisan itu bukan saje menyerlahkan kehebatan penulis,tetapi turut membuka sifat munafiq penulis ini yg menggelarkan dirinya sebagai Panglima Perang Cyber kerana kehebatan yang terserlah hanyalah kehebatannya sebagi penjilat tegar dan kemunafikan yg terbuka adalah pada keseluruhan tulisannya berkaitan dengan apa yang ditulis kononnya sebagai satu kebenaran.

Walaupun menggunakan namanya sebagai panglima,beliau sebenarnya tidak pernah memimpin tentera utk berperang atau pun terbabit dalam mana-mana peperangan dan mungkin beliau satu-satunya panglima yang berstatus demikian.

Lantaran itu elok benarlah bila kini beliau telah mula belajar untuk berperang cuma malanglah kerana seorang Jeneral yang hebat kononnya hanya melepaskan seorang Panglima untuk masuk ke medan perang bagi  berhadapan dengan hanya seorang soldadu berpangkat prebet seperti saya ini.

7 comments:

Anonymous said...

Realitinya panglima dijaga raja arif. Kenyang sampai ke usus sebab tu beriya iya pertahankan raja arif.

Anonymous said...

Ramai langau dikalangan pegawai tinggi kerajaan. Semuanya kerana nak jaga kepentingan sendiri. merekalah yang memberi imej buruk pada UMNO. Pegawai-pegawai atasan pula tiada tindakan kerana takut tak popular! Langau langau ni kalau di turunkan jawatan cepatlah dia menghhurung tahi dikalangan pembangkang dan tukar haluan dengan cepat! Salahnya dikalangan penjawat awam peringkat atasan gagal menilai pegawai Melayu yang benar-benar baik dan yang berpura-pura baik!

Pakcu Rantau Panjang said...

Satu trend yang pakcu dapat perhatikan hari ini ialah sikap adu domba dan cantas diantara sesama sendiri dalam jabatan mahupun pertubuhan demi kepentingan diri.

Sudah hilang rasa hormat, tatasusila malah pesanan agama bila perkara sedemikian berlaku. Dan ini menjadikan kepercayaan masyarakat lumpuh dan akan meranapkan jabatan atau organasasi tersebut hasil dari beberapa kerat manusia yang pandai berlakon.

Semoga sifat ini Allah jauhkan dari hati-hati mereka yang kudus dalam mencari kebenaran......Walahualam

Anonymous said...

saya mengikuti dgn dekat pendedahan blog ini dan penjelasan yg diberikan oleh blog panglima perang siber terutamanya artikel yg bertajuk http://www.penembak-tepat.com/2013/02/sanggahan-panglimacyber-kepada-tuduhan.html . mulanya saya yakin pada penjelasan itu krn mustahil panglima menulis perkara yg tidak benar.tetapi hari ini saya terkejut dan hancur semua kepercayaan dan nilai hormat pada beliau apabila beliau menafikan bhw panglima itu adalah beliau(ust zulnun)yg sememangnya saya kenal.bagaimana seorang ustaz tidak mengaku diri sendiri???macam mana dia mendakwa tulisannya benar jika psl diri sendiri pun sudah tidak sanggup mengaku benar???manusia kategori apa bila tak mengaku diri sendiri?????rupa2nya mungkin dia sudah mendapat nasihat drpd KPnya supaya berbuat demikian...ada 2 jenis manusia setakat ini tak mengaku diri sendiri..anwar apabila tersebar vedio cina doll dan vk linggam yg mengatakan...songkok macam songkok saya,baju melayu mmg macam baju melayu saya,telinga macam telinga saya,tapi itu bukan saya....

pokDe said...

Kenalpasti kakitangan kerajaan yg pro pembangkang, cari jln supaya dia dinyah keluar dari perkhidmatan kerajaan. Mudah je alasannya, awak kerja dengan kerajaan, ikut la kerajaan yg ada, siapa kerajaan yg ada sekarang? kerajaan yg diterajui BN..., dah awak x suka kerajaan BN, kerja la dgn sapa2 yg awak suka..,

Anonymous said...

Saudara anonymous:

Sepatutnya dah semua blogger tak dedahkan siapa mereka.. Bahaya utk diri mereka. Dah dipersetujui oleh smua blogger, sgguh xpatut sanggah menyebarkan nama dan pemili, blogger tersebut.

gileahdingdong said...

ramai langau..

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers