Thursday, February 21, 2013


Masih renggangkah hubungan mereka?

SETELAH dikritik dan didedahkan tembelangnya tanpa henti oleh media lantaran keangkuhan serta kelicikan seperti musang berbulu ayam di bawah pentadbiran PM Najib,Raja Arif,Ketua Pengarah Biro Tata Negara ( BTN) dilihat sedang menyusun strategi-starategi baru dalam BTN bagi memastikan segala usaha dan perancangannya tidak berakhir di tengah jalan.
 
Sebelum itu kita harus mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada PM Najib yang mengambil kira apa yang sedang berlaku dalam BTN dan juga menyiasat laporan-laporan media walaupun kita mahu PM Najib bertindak lebih dari sekadar memberikan amaran tetapi sekurang-kurangnya Raja Arif terpaksa menjlat semula `ludah atau kahak’ yang pernah beliau keluarkan sebelum ini.


Antara yang terpaksa Raja Raja Arif `jilat’ semula ialah mengusung Tun Mahathir dalam setiap program-program BTN dan tindakan ini dilihat seperti  Raja Arif mula mencari nyawa dengan mahu membina hubungan dengan Tun M sedangkan beliau sebelum ini dikatakan pernah melancarkan berbagai-bagai serangan peribadi terhadap Tun M.

Barangkali mahu menggunakan pula Tun M setelah berjaya duduk bawah dagu Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara dan Omar Osman,Presiden Ceupacs bagi memastikan orang-orang kanannya mendapat kenaikan pangkat atau daripada bersifat kontrak kepada tetap. 


Pasti Tun M tidak lupa bilamana Raja Arif bercadang untuk menukar nama Biro Tata Negara kepada Biro Tarbiah Negara dan bagaimana Tun M menempelak Raja Arif supaya BTN tidak terus lupa memperjuangkan agenda Melayu dan apa siginifikannya mengubah nama dan lambang tetapi isinya adalah Anwar?Kita percaya bahawa Tun M bijak menafsir kelicikan sesiapa sahaja yang mahu mempergunakan beliau untuk kepentingan peribadi termasuklah Raja Arif.


Beliau juga melalui BTN telah menaja filem Tanda Putera dengan kos yang begitu tinggi sedangkan sebelum ini beliau jugalah yang mengutuk serta mengkritikan tindakan  pengurusan BTN sebelum ini apabila menaja filem Hati Malaya.


Dulu beliau juga memperlekehkan bloger dengan berbagai-bagai gelaran tapi hari ini beliau sudah pandai mengupah bloger dengan jumlah yang besar kononnya untuk membantu bloger dalam menghadapi PRU13 tetapi hakikat sebenarnya adalah mahu membendung daripada terus diasak dan ditekan oleh pihak media baru.

Beliau dan pengurusan BTN terpaksa membuat `road show' ke seluruh negeri untuk bertemu kakitangan dan Sahabat BTN untuk menjelaskan kononnya bahawa apa yang didedahkan dalam semua blog sebelum ini adalah fitnah belaka sedangkan kini sebahagian besar kakitangan BTN  `yang tidak suka menjilat boss' sudah mula hilang kepercayaan dengan BTN tetapi pengurusan BTN menabur janji kononnya tidak ada perpindahan dan semua kakitangan akan cuba dinaikkan pangkat dan yang kontrak akan ditetapkan.Janji manismu!

Beliau juga telah menangguhkan semua pertukaran yang belum diumumkan dan berbagai-bagai lagi pengstrukturan semula yang beliau cadangkan dan pernah ditulis sebelum ini namun pejabat PM Najib jangan merasa selesa dengan `turning down’ yang dilakukan oleh Raja Arif ini kerana proses mengABIMkan BTN tetap giat dan berjalan aktif seperti biasa dengan pengedaran buku-buku tulisan karyawan ABIM,penganjuran majlis-majlis bersama dengan pemimpin ABIM dan gerakan Usrah setiap Selasa di Rumah Meranti milik BTN. PM Najib boleh mengarahkan orang-orang yang beliau percaya untuk sesekali jenguk di Rumah Meranti itu pada setiap malam Selasa itu dan dapatkan laporan apa pengisian dalam majlis tersebut..


Buku ini di edarkan kepada semua pegawai BTN semasa perjumpaan Pegawai BTN Seluruh Malaysia. Penulis buku ini dari ABIM hadir sendiri memberikan tazkirah Subuh di Bellamy, yang dihadiri oleh Raja Arif, Hanafi dan semua pegawai.
Gerakan politik kumpulan mereka ini tetap berjalan melalui BTN Swasta pimpinan Ahmad Fairuz dan seorang bekas Kapten dengan peruntukan yang  tidak diumumkan dalam mesyuarat pengurusan malah pihak Pengarah Negeri sendiri terpaksa akur dan patuh dengan kekuasaan yang di anugerahkan oleh Raja Arif kepada Ahmad Fairus dan apa sahaja maklumat politik dari negeri-negeri perlu melalui tapisan dan sekatan Ahmad Fairus dan mana-mana Pengarah BTN Negeri yang ingkar, pastinya akan dilabel penentang dan musibah bakal menunggu mereka.


Sebagai Ketua Pengarah,Raja Arif juga dikatakan telah mula mengadakan pertemuan dengan kakitangan dan menabur janji-janji manis berkaitan dengan perjawatan serta peluang kenaikan pangkat apabila beliau mula  menyedari semua pekungnya telah terdedah kepada  kakitangan BTN dan permainan anak raja ini (khabarnya beliau bangga menjadi anak raja tiada daulat) cukup teratur dan ligat macam gasing.


Cuba tanyakan kepada sebahagian besar pegawai-pegawai yang terlibat dalam pertukaran,adakah mereka bersetuju?Adakah Pengarah-Pengarah mereka bersetuju sedangkan dalam satu pertemuan dengan semua pegawai-pegawai,beliau berjanji tidak akan berlaku sebarang pertukaran sebelum PRU13 tapi akhirnya Raja Arif berbohong.


Sebagai mahu menutup ramcangannya yang terdedah,Raja Arif  mengarahkan Bahagian Pentadbiran untuk memanggil temuduga bagi mengisi jawatan Gred 52 sedangkan sebelum ini telahpun ditentukan krooni-kroninya untuk dinaikan pangkat tersebut dan ada yang mendakwa temuduga ini pun hanyalah sekadar topeng semata-mata kerana Raja Arif telah pun ada calonnya sendiri.Hakikatnya selepas ini 28 nama kakitangan telahpun sampai ke Bahagian Penempatan  JPM untuk ditukar bila-bila masa


Jadi  pada yang hadir temuduga.tidak payahlah berangan-angan kerana semua itu  dilihat sebagai drama  ataupun Cerekarama bagi  mengaburi dan membeli jiwa Pengarah Negeri dan pegawai kanan semata-mata.


Kalau lupa,perlu diingatkan semula  bahawa Raja Arif ini adalah mantan tukang baca Buku kepada Anwar Ibrahim dan sebab itulah ketika beliau bersama BTN sebelum 1999, beliau sangat rapat dengan Anwar dan sebab itu jugalah Raja Arif lebih memilih Anwar berbanding BTN dan kerajaan pada ketika Anwar di buang dari kerajaan.


Sekarang ini dikatakan Raja Arif dan seluruh bala tenteranya sedang menjelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada semua pegawai-pegawai negeri termasuk tenaga pengajar yang dikenali sebagai tenaga penggerak serta sahabat BTN, berkenaan pertukaran besar besaran dalam BTN dan usaha beliau turun ke negeri-negeri didakwa  semata mata untuk membeli jiwa dan dan hati semua kakitangan BTN kerana beliau  tahu sejak akhir ini,beliau  diserang  dan dikritik secara berterusan dengan pendedahan bersiri oleh media terhadap perancangan mengAbimkan BTN.
 
Persoalannya mengapa pertukaran ini perlu kepada penjelasan yang serius sehingga turun ke negeri negeri seluruh negara? Malah dikhabarkan dalam mana-mana perjumpaan penting juga beliauMokhar dan Hanapi yang digelar Abu Nawas itu sentiasa menjelaskan rasional proses pertukaran pegawai ini?? Apakah benar ianya menjadi kesalahan takkala edah PRU semakin hampir ramai pegawai-pegawai BTN yang bertukar? Atau adakah beliau bimbang tembelang sebenarnya akan pecah?


Keseriusan Raja Arif menjelaskan isu BTN ini lebih  serius daripada Raja Arif menjelaskan tentang bahayanya Anwar kepada agama,bangsa dan Negara dan kita juga ingin tahu berapa serius beliau bercakap tentang bahayanya pembangkang sekiranya kerajaan hari ini tumbang dalam PRU13 berbanding isu perpindahan pegawai dan kemasukan ABIM ataupun bekas-bekas ahli ABIM ke dalam BTN?


Kenapa terpaksa dihabiskan wang kerajaan semata-mata untuk menjelaskan rasional perpindahan? Kenapa wang tersebut tidak digunakan untuk jelaskan siapa Abim?Siapa Anwar?Apa hubungkait ABIM dengan BTN sedangkan ABIM masih lagi tempat perkaderan penyokong-penyokong Anwar?


Tunggu..ada sambungan lagi…



8 comments:

Harimau Kumbang said...

Dah terdedah tp mana tindakan nya ? Dah takde manusia Melayu yang layak ke ? Nak tunggu hancur lunyai baru nak tersedar ke ?
Bangun lah oii..air liur basi pun dah meleleh tuu..!!

Anonymous said...

PM, TPM perlu menyedari hal ini segera. Jgn tukar kuda di tengah sungai...

Anonymous said...

BTN dah diresapi kroni, kalau ada aktiviti fasilitator kalau boleh ada hari lain selain ahad isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu semua kroni ketua fasilitator yg berpengaruh di setiap negeri masing2,kalau ada kursus sbg fasi utk dpt 5 kali setahun ibarat bidan terjun, dah terkencet baru ada pluang. Itulah nasib sahabat BTN yg bukan kroni.

Anonymous said...

Aku masih ingat, Raja Arif ni cakap Tun M ini adalah org yang bahaya, dan tak boleh pakai idea Tun M... Tiba2 pulak kali ni aku dengar dia cuba nak berbaik dengan Tun M dengan buat pelbagai seminar dengan beliau.. Sah2 sekarang Raja Arif ini berada dalam kedudukan bahaya dan bakal dipecat akibat rahsianya meng ABIMkan BTN semakin terbongkar, dan berbaik dengan Tun M adalah jalan terakhir untuk dia menyelamatkan diri...

Anonymous said...

bagi kroni raja arif dan raja arif sendiri, masukkan dalam peti sejuk je, tindakan mesti pantas

Anonymous said...

dah lambat kot, dah terantuk baru terngadah.

Anonymous said...

Mampus la najib x ini.Bahaya.....ABIM masih lagi kader Anuar.Jaga2 la najib.Cukup bahaya.Aku prnah dgar prkara ini d kalangan Kader ABIM ini.Kuasai semua BTN.Maka ramai la yg jdi fasilitator BTN dari kalangan anuar ini.Aku cuba masuk....dtentandang awal2 lagi.Tak layak dikatakan oleh mreka.Mati le kau najib.BTN adalah nadi sbenar pemerintah.

Anonymous said...

Terbaik Admin... Panggil semula PAK DIN terajui BTN..

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers