Tuesday, February 26, 2013
Bila Ustaz jadi langau! |
BINGIT telinga mendengar
suara-suara lalat dan langau yang menghurung najis-najis demi mempertahankan
seseorang yang pernah meludah UMNO dan Barisan Nasional semasa zaman Tun
Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Walaupun sekian lama
dibekukan dan akhirnya diberi peluang untuk menerajui sebuah agensi strategik
yang cukup penting pada kerajaan namun seperti sifat seekor anjing yang selalu
disebut oleh orang-orang tua,kalau tidak makan najis pun,dia tetap akan
menghidunya.
Asalnya tidak berniat mahu
berhujah atau berpolemik dengan cicak mengkarung atau lalat dan langau seperti ini
tapi nampaknya semakin dibiarkan lalat dan langau ini semakin membingit
ditelinga dan lalat dan langau ini ada pula yang jenis berstatus Ustaz yang
mengambil upah menghidu longgokan najis-najis dan bangkai.
Kita mengharapkan Ketua
Pengarah sendiri menjawab segala isu yang ditimbulkan dalam media maya tetapi
malangnya dihantarnya langau yang sesen pun tidak berguna di BTN dan langau ini
mula menyerang peribadi dan saya tidak ada pilihan daripada terus membiarkan
langau ini membingit di telinga maka saya perlu bertanya tentang kedudukan
beliau sendiri.
Siapa Panglima Perang Cyber
yang selepas ini dipanggil sebagai Panglima Penjilat Raja Arif yang tiba-tiba
menjadi langau ini, bersungguh mempertahankan Raja Arif,beliau adalah Zulnun a.k.a. Ustaz Songkok Terbalik,Pegawai
BTN gred 41 dan diterima masuk ke BTN atas ihsan kawan-kawan dan bukannya
terlatih sebagaimana pegawai-pegawai lain.
Sebelum itu langau ini
mengajar sambilan di satu rumah kedai di Desa Pinggiran Putra, mengajar
kanak-kanak Iqra,berasal dari Tumpat, Kelantan. Di Tumpat Ustaz Langau ini adalah penyokong kuat PAS tetapi
bila berada di Kuala Lumpur kononnya penyokong BN dan kalau tidak percaya suruh
Ustaz Langau ini balik ke Kelantan dan berceramah atas pentas BN, berani atau
tidak?
Yang kedua,Ustaz Langau ini
juga adalah penyalur maklumat berkaitan perkara-perkara negatif tentang Ketua Pengarah BTN,Raja Arif, apabila
berjumpa dengan Shagul Hamid bekas Ketua Pengarah BTN dan yang pasti beliau akan
mengutuk dan memperkecilkan Raja Arif,bagi beliau semua keputusan dan tindakan
Raja Arif tidak betul dan sebab itulah hubungan antara Shagul dan Raja Arif
dilihat begitu lemah ekoran sikap adu domba Ustaz Zulnun@langau dan beberapa
orang lagi pegawai-pegawai di sekeliling Raja Arif.Zulnun ini ibarat seekor
sesumpah yang mampu berubah warna mengikut persekitaran.
Bersungguh langau ini
menyerang tulisan saya dan memperkecilkan saya tapi malangnya serangannya bukan
jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan tetapi lebih kepada mempertahankan batang
tubuh Raja Arif sebagai Ketua Pengarah BTN. Tulisan sebelum ini juga perlu
dijelaskan bahawa kita bukan menyerang institusi tetapi kita mempertikaikan
ketelusan Ketua Pengarah yang dilihat menggunakan institusi untuk
kepentingan-kepentingan tertentu.
Malangnya Langau ini
mengambil pendekatan lain dengan menjadi macai serta kaldai untuk ditunggang
dan hasil daripada menjilat dan mengampu Ketua Pengarahnya,beliau mendapt upah
yang cukup lumayan bila dilantik mengetuai Unit Media Baru BTN yang sebelum ini
dijawat oleh Yamani kerana Yamani dilihat gagal mempertahankan batang tubuh
Raja Arif dari kritikan beterusan kalangan bloger tempatan.Sayang orang yang
beragama seperti Zulnun ini sanggup menjadi alat untuk memuaskan nafsu orang
lain.
Apakah serangan dan
tulisannya sedemikian jika beliau yang terbabit dalam pertukaran seperti pegawai=pegawai lain ? Apakah blog
Panglima Perang Cyber akan menyokong semua tulisan dari blog ini, papagomo.com.jawaber6.blogspot.com,afiqkltown.com,
penadaritanahmelayu,geweklate,Anotherbrick the wal dan beberapa blog lain jika beliau
yang ditamatkan perkhidmatan di BTN atau dizalimi seperti orang lain? Atau
masih lagi mahu menulis bahawa Ketua Pengarah BTN lebih benar sebagaimana tulisannya sekarang?
Kenapa di satu masa pernah
mahu berhenti dari BTN dan mengutuk Raja Arif semahunya ? Berani langau ini
bersumpah bahawa beliau tidak melakukan seperti apa yang didakwa ini? Soal mahu
jilat kerana mahu cari makan,jilat lah setiap hari,tidak ada masalah tapi soal
kebenaran jangan ditolak ke tepi sampai mahu bersumpah dan berani kah bersumpah
beliau tidak perna mengutuk serta mencerca Raja Arif sewaktu bersama birasnya
yang bernama Azahari Sidek itu?
Dulu berkopiah sekarang bersongkok.. |
Bukan main beliau menyebut tentang
sumpah,beranikah bersumpah bahawa selain daripada menerima gaji daripada
BTN,beliau juga menerima upah daripada MKN dan juga UMB?Beranikah bersumpah
bahawa beliau tidak pernah menipu Shagul,bekas KP BTN?
Beranikah bersumpah tentang
sokongan politik kepartian antara UMNO dan PAS sewaktu beliau berada di kampung
halamannya?Beranikah bersumpah tidak akan kutuk Raja Arif jika terlibat dengan
pertukaran sehingga menyusahkan keluarga?
Kepada Ustaz
Zulnun@Langau,jika niat tulisan-tulisan sebelum ini ingin menghancurkan PM
Najib dan kerajaan,bukan begini gaya tulisan dan kaedah yang digunakan kerana
lebih banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh dilakukan.
Sebelum ini,semua
pembangkang mengkritik dan membalun BTN sehingga dibahas berhari-hari di
Parlimen kerana bimbang gerakkerja BTN sehinggakan ada desakan supaya BTN
ditutup tapi kini pembangkang sudah tidak pandang pun BTN sebab BTN bukan lagi
ancaman pada mereka bahkan untuk makluman lalat dan langau ini,ada pembangkang
yang merasakan BTN sebahagian dari mereka kerana ada pegawai-pegawai BTN
sekarang hanya tahu kerja macam Zulnun saja..jilat, ampu, jilat dan ampu.
Sebagai budak hingusan yang
tiba-tiba dilantik Pegawai atas ehsan (itu pun asalnya untuk baca doa di majlis
tertentu saja) Zulnun barangkali tidak pernah tahu apa kekuatan BTN yang telah
hilang, yang hilang adalah maruah institusi yang diasaskan oleh Tun Razak
selepas 13 Mei demi menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Kehilangan ini semua
kerana pentadbiran baru BTN dan kumpulannya menjadikan BTN sebagai tempat usrah
ABIM dan rangkaiannya yang terlalu Asobiyyah dan tempat BTN membantu kroni
dalam mengurus kursus Dale Carnagie.
Yang hilang lagi adalah
semangat persaudaraan dan ukhwah, semangat orang Melayu yang tolong menolong
telah bertukar menjadi tempat hasad dengki dan jilat menjilat,yang hilang
adalah akal budi bertukar menjadi tempat
adu domba.
Asas dilantik sebagai Pegawai
BTN ini bukannya kerana pandai mejilat Ketua Pengarah tetapi memahami dengan
jelas senario politik,latihan kemanusiaan(ustaz faham ke erti `training’,mahir
membentuk manusia) kerana yang saya tahu ustaz ini hanya tahu jilat,dulu jilat Shagul dengan imej jubah dan Al-hafiz, sekarang jilat Raja Arif dengan title
Panglima Perang Cyber.
Dan tidak pelik andainya selepas ini Anwar pun
Zulnun ini jilat.Hingga akhirnya demi untuk jaga bosnya Ustaz ini akan sanggup
buat apa sahaja hatta terpaksa jadi Saiful Bukhari dalam kes liwat Anwar vs
Saiful
Kita pun ingin tahu,apa
kreteria sehingga langau ini diangkat
sebagai YDP Blogger Pembela Negara? Tidakkah rakan blogger lain termasuk
rakan-rakan yang telah tiada dan masih ada dalam BTN yang mengangkat dia? Jika
hendak di nilai dari sudut penulisan, blognya hanya copy and paste artikel dari
blog orang lain
Semuga ustaz akan sentiasa
disanjung oleh KP BTN dan bloger-bloger lain kerana sebagai Presiden Bolger
Pembela Negara, Ustaz memang hebat copy dan paste hasil kerja orang lain untuk
diletakkan dalam blognya dan itu sememangnya kemahiran sejak dulu lagi dan
diamalkan sampai sekarang dan sejak diputuskan Ustaz akan dilantik sebagi
Presiden,cuba ingat bila dan bagaimana sejarahnya?Siapa yang mengusung dan
mengangkat ustaz dulu dlm dunia blog ini dan memperkenalkan ustaz kepad
MKN,JASA dan juga kepada pembesar-pembesar Negara?
Membaca artikelnya bertajuk blogger kepala lutut dalam blog Presiden Blogger Pembela Negara yang
disiarkan sebelum ini pastinya akan menerbitkan rasa insaf dan rasa amat kagum
dengan kehebatan penulisnya,memang tepatlah beliau diangkat sebagai Presiden
dan blog beliau mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh Alexa dari segi
rangkingnya.(rangking alexa boleh dibeli)
Sememangnya saiz audien juga
besar malah ada penyokong pembangkang yang telah menangis penuh keinsafan dan
telah menyokong kerajaan hasil kerja blognya namu bila membaca hingga ke
akhirnya, tulisan itu bukan saje menyerlahkan kehebatan penulis,tetapi turut
membuka sifat munafiq penulis ini yg menggelarkan dirinya sebagai Panglima
Perang Cyber kerana kehebatan yang terserlah hanyalah kehebatannya sebagi
penjilat tegar dan kemunafikan yg terbuka adalah pada keseluruhan tulisannya
berkaitan dengan apa yang ditulis kononnya sebagai satu kebenaran.
Walaupun menggunakan namanya
sebagai panglima,beliau sebenarnya tidak pernah memimpin tentera utk berperang
atau pun terbabit dalam mana-mana peperangan dan mungkin beliau satu-satunya
panglima yang berstatus demikian.
Lantaran itu elok benarlah
bila kini beliau telah mula belajar untuk berperang cuma malanglah kerana
seorang Jeneral yang hebat kononnya hanya melepaskan seorang Panglima untuk
masuk ke medan perang bagi berhadapan dengan
hanya seorang soldadu berpangkat prebet seperti saya ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
7 comments:
Realitinya panglima dijaga raja arif. Kenyang sampai ke usus sebab tu beriya iya pertahankan raja arif.
Ramai langau dikalangan pegawai tinggi kerajaan. Semuanya kerana nak jaga kepentingan sendiri. merekalah yang memberi imej buruk pada UMNO. Pegawai-pegawai atasan pula tiada tindakan kerana takut tak popular! Langau langau ni kalau di turunkan jawatan cepatlah dia menghhurung tahi dikalangan pembangkang dan tukar haluan dengan cepat! Salahnya dikalangan penjawat awam peringkat atasan gagal menilai pegawai Melayu yang benar-benar baik dan yang berpura-pura baik!
Satu trend yang pakcu dapat perhatikan hari ini ialah sikap adu domba dan cantas diantara sesama sendiri dalam jabatan mahupun pertubuhan demi kepentingan diri.
Sudah hilang rasa hormat, tatasusila malah pesanan agama bila perkara sedemikian berlaku. Dan ini menjadikan kepercayaan masyarakat lumpuh dan akan meranapkan jabatan atau organasasi tersebut hasil dari beberapa kerat manusia yang pandai berlakon.
Semoga sifat ini Allah jauhkan dari hati-hati mereka yang kudus dalam mencari kebenaran......Walahualam
saya mengikuti dgn dekat pendedahan blog ini dan penjelasan yg diberikan oleh blog panglima perang siber terutamanya artikel yg bertajuk http://www.penembak-tepat.com/2013/02/sanggahan-panglimacyber-kepada-tuduhan.html . mulanya saya yakin pada penjelasan itu krn mustahil panglima menulis perkara yg tidak benar.tetapi hari ini saya terkejut dan hancur semua kepercayaan dan nilai hormat pada beliau apabila beliau menafikan bhw panglima itu adalah beliau(ust zulnun)yg sememangnya saya kenal.bagaimana seorang ustaz tidak mengaku diri sendiri???macam mana dia mendakwa tulisannya benar jika psl diri sendiri pun sudah tidak sanggup mengaku benar???manusia kategori apa bila tak mengaku diri sendiri?????rupa2nya mungkin dia sudah mendapat nasihat drpd KPnya supaya berbuat demikian...ada 2 jenis manusia setakat ini tak mengaku diri sendiri..anwar apabila tersebar vedio cina doll dan vk linggam yg mengatakan...songkok macam songkok saya,baju melayu mmg macam baju melayu saya,telinga macam telinga saya,tapi itu bukan saya....
Kenalpasti kakitangan kerajaan yg pro pembangkang, cari jln supaya dia dinyah keluar dari perkhidmatan kerajaan. Mudah je alasannya, awak kerja dengan kerajaan, ikut la kerajaan yg ada, siapa kerajaan yg ada sekarang? kerajaan yg diterajui BN..., dah awak x suka kerajaan BN, kerja la dgn sapa2 yg awak suka..,
Saudara anonymous:
Sepatutnya dah semua blogger tak dedahkan siapa mereka.. Bahaya utk diri mereka. Dah dipersetujui oleh smua blogger, sgguh xpatut sanggah menyebarkan nama dan pemili, blogger tersebut.
ramai langau..