Monday, January 28, 2013
KENTUCKY Fried Chicken (KFC) adalah tonggak kejayaan Johor Corparation malah jenama ini bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi turut di kenali di seluruh dunia dan telah melahirkan ramai-usahawan Melayu yang berpayung di bawah syarikat ini.



Tindakan Menteri Besar Johor  mahu menimbang cadangan untuk menjual  dan difahamkan telah pun menjual KFC ini kepada usahawan Cina menimbulkan berbagai-bagai persoalan apabila sudah banyak aset-aset milik rakyat Johor sebelum ini dijual  terutama sekali melibatkan tanah kepada Cina dan mereka mempersoalkan,berapa banyak lagi harta orang Melayu Johor mahu dijual ataupun digadaikan kepada Cina yang berkepentingan?


Penyakit jual harta rakyat ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi turut berlaku di Negeri Johor ini di mana nama seorang Cina yang dikenali sebagai  Lim Kam Hoo sering disebutkan sebagai antara Cina yang mendapat segala kemudahan untuk membeli aset-aset Melayu di negeri itu hingga timbul cakap-cakap,takkan semua harta Johor mahu dijual kepada Cina ini?


Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners. 


Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat korporat berkepentingan bumiputera kerana cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing atau bukan bumiputera.


Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain.


Kemungkinan ini juga berdasarkan kepada keenganan pengurusan JCorp sekarang ini untuk mengikuti perancangan asal JCorp semasa dibawah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif , Ali Hashim iaitu untuk menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea yang bernilai RM6 bilion yang dimiliki melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. bagi membayar hutang JCorp.


Apabila tidak menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea, maka JCorp terpaksa menjual aset-asetnya yang lain seperti  Menara Pejabat Kotaraya dengan 100 tempat letak kereta beharga RM27 juta kepada Iskandar Investment Berhad (IIB), 13,687 hektar ladang kelapa sawit kepada Kulim (M) Bhd. pada harga RM700 juta.


JCorp juga bercadang untuk menerbitkan bon baru sebanyak RM2.5 bilion bagi menyediakan sejumlah RM3.58 bilion bagi menebus bayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 yang telah diterbitan pada tahun 2002.


Jika mengharapkan dividen RM100 juta setahun dari pelaburan JCorp dalam KFCH dan QSR ianya akan memakan masa yang lama bagi membayar balik tambahan hutang RM2.652 bilion (51% dari kos keseluruhan RM5.2 bilion) yang perlu ditanggung oleh JCorp dalam proses pengambilalihan ini.



Ghani oh Ghani!
Keadaan ini akan dijadikan alasan kukuh oleh pengurusan JCorp sekarang ini untuk menjual sebahagian daripada 51% saham JCorp dalam KFCH dan QSR. 

Jika ini berlaku maka insiden “terlepasnya Pulau Batu Puteh” akan berulang kembali kerana KFCH dan QSR boleh dikatakan lubuk emas dari aspek pelaburan dengan jualan kasar setahun melebihi RM4 bilion.


Itulah juga rahsianya kenapa MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia untuk menjadi status “syarikat persendirian” supaya pindahmilik saham boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa pengetahuan orang ramai dan juga terlepas daripada syarat-syarat dan peraturan yang ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).


Akhirnya majoriti saham KFCH dan QSR akan dikuasai oleh individu dan syarikat asing serta penguasaan bumiputera ke atas KFCH dan QSR akan terlepas.


Majoriti pelanggan rangkaian resoran KFC, Ayamas dan Rasamas adalah orang-orang Melayu Islam. Apabila majoriti saham KFCH dan QSR terlepas kepada warga asing dan bukan bumiputera maka isu halal ayam KFC akan timbul semula sebagaimana pernah timbul satu masa dahulu.


Bagaimana nasib ratusan kontraktor bumiputera yang selama ini dibimbing oleh JCorp sebagai pembekal kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimana pula nasib penternak-penternak ayam bumiputera yang dibimbing selama ini bagi membekalkan ayam kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? 

Bagaimanakah penguasaan 30% ekuiti ekonomi oleh Bumiputera jika agenda sebegini masih ada pada pimpinan UMNO/BN?


Apakah peranan  Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi JCorp kerana  adalah mustahil beliau tidak mengetahui agenda yang tersirat disebalik yang tersurat. Apakah ada tangan “superman” yang dikatakan oleh  Ali Hashim yang menyebabkan Ghani Othman terpaksa berdiam diri dan hanya bersetuju dengan apa yang telah dinasihatkan oleh “penasihat” atau mungkinkah Abdul Ghani juga  telah dijanjikan dengan habuan politik untuk terus menerajui Negeri Johor sebagai Menteri Besar bagi tempoh sepenggal lagi?


Persoalannya siapakah pemegang watak “superman” dan “penasihat” dalam filem ini dan kalau mengikut teori filem 3 Abdul, yang pasti Tuan Penasihatnya adalah Kassim Patalon yang terkenal dengan panggilan “20 percent” kerana setiap nasihat yang diberi mesti ada bahagian untuknya. 


Dalam proses pengambilalihan, siapakah agaknya Kassim Patalon yang sentiasa beroleh keuntungan. Sadiq Sigaraga atau ‘supermannya’ dipercayai adalah orang atasan UMNO/BN, manakala Abdul Wahab adalah Pengerusi JCorp iaitu  Menteri Besar Johor dan Abdul Wahib adalah Presiden atau Ketua Eksekutif JCorp sekarang iaitu Kamaruzzaman Abu Kasim.


Semasa JCorp di bawah pentadbiran Ali Hashim, beliau bersungguh-sungguh memastikan bahawa JCorp dan anak-anak syarikatnya tidak dipengaruhi oleh orang politik khususnya di dalam membuat keputusan pelaburannya dan pada masa beliau hanya seorang sahaja ahli politik yang terlibat iaitu YAB Dato’ Abdul Ghani Othman sebagai pengerusi JCorp.


Bagi menjayakan filem ala 3 Abdul ini, UMNO telah memasukkan beberapa kuda tungganganya dalam Kulim (M) Bhd. sebagai pengarah iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid (44 tahun, berasal dari Kedah, Ketua Pemuda Putrajaya,EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Natasha bte Kamaluddin (39 tahun, Pengarah Ethos & Company), Wan Mohd Firdaus Wan Ahmad Fuaad (28 tahun, berasal dari Kelantan, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor) dan Edward Leung Kok Keung (44 tahun, dipercayai wakil Dato’ Lim Kang Hoo, pemilik Ekovest dan Danga Bay).

Kesemua mereka kecuali Natasha adalah juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah Damansara Realty Bhd. anak syarikat hartanah Kulim (M) Bhd. Akhirnya, JCorp hanyalah dijadikan alat bagi pihak-pihak tertentu untuk memuaskan nafsu politik dan nafsu business mereka.. Baca di sinilaporan sebelum ini…

21 comments:

Anonymous said...

butuh la korang.semua benda harta nak jual...

cibai je haramjadah..
dah ada kuasa tapi dok penakut lagi.bodo sekoq sekoq

anak isteri bini semua takmau jual kat cina skali ker

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

Minta rakyat johor buat demo aman depan pejabat menteri besar demi kepentingan org melayu dan bumiputera. menteri besar bodoh betoi x leh berpikiaq..klu nak jual pun jual la kat felda ke, TH ke ataupun syed mokthar bukhari ke... sama2 berdoa kejayaan utk org melayu... amin

Anonymous said...

Akhirnya tiada apa2 lagi yang dimiliki oleh orang Melayu, bila
pemimpin Melayu mengkhianati orang Melayu. Semua tak boleh diharap. BN atau PKR sama saja. Semuanya untuk kepentingan diri tanpa memikirkan masa depan anak bangsa.

Anonymous said...

Rasanya tak kot, sebab JCORP ada 51% yg 49% tu di antara EPF(51%) dan orang luar CVC(49%), majoriti masih lagi JCORP.

penggabungan ni untuk memudahkan JCORP dapat duit tak macam sebelum ni, kena melalui banyak syarikat jadi pendapatan jadi susut.

contoh : KFC ==> Kulim == Jcorp, setiap kali beubah syarikat kena bayar cukai 28%, jadi sekarang KFC ==> Jcorp.

nak tiru macam Terengganu, tapi sebab hutang besar sangat kena minta EPF, cuma cara permulaannya salah sebab 51% Jcorp, 49% CVC, kena tembak sapa con sultan lah.

Anonymous said...

Salam Tuan Sanggah Tok Janggut:

Jawapan isu KFC ...

KFC adalah milik KULIM, Kulim telah menjual sahamnnya di dalam KFC kepada entiti bernama Triple Plate.

Jualan KFC oleh Kulim mengaut keuntungan sebanyak 300 juta disebabkan saham dijual lebih tinggi nilainya ketika Kulim membeli dahulu.

Siapakah Triple Plate"

Triple Plate terdiri daripada:

1. Jcorp yg menguasai 51 % saham
2.Khazanah yg menguasai 25% saham
3.CVC yg menguasai balance pegangan

Makanya: Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Malaysia menerusi Khazanah menguasai 76 % kepentingan di dalam Triple Plate yg menguasai KFC.

Kulim buat untung 300 juta dan berjaya unlock sahamnya...dan KFC terus kekal bersama entiti Malaysia yg menguasia 76 % kepentingan sahamnya..

So apa masalahnya Tuan Sanggah Tok Janggut.

sumber jawapan:

dari Bekas SUK Johor, Dato Ayub Mion.

Wassalam

drmuzi

Anonymous said...

Banyak sgt dah cerita psal tanah dan masalah lain kita dengar dari anak Johor sendiri... Yang pasti, semua jari akan menuding pentadbir negeri...Smp satu cawangan UMNo kena tutup...Apa cer....???

Tapi bila masuk KFC turut dijadikan gadaian utk poket diorg, percayalah mereka mengganggu sensitiviti masyarakat Melayu Islam seluruh negara sebenarnya...

Perhatian lebih utk Johor perlu dipertimbangkan...

Anonymous said...

Kalau cerita ni benar, aku doakan kerusi Ghani Othman di DUN Serom akan kalah dengan teruk masa pilihanraya ni. Jangan jadi bodoh, ape yang kerajaan Johor dapat bila jual KFC dengan Cina. Mane dia harta Cina yang Melayu senang-senang boleh beli... ade ke??

Anonymous said...

Salam drmuzi aka ex suk johor...
Apa yg de tulis itu semua benar belaka.tapi itu hanya proses peringkat pertama supaya kwrajaan persekutuan tidak menghalang penjualan saham terswbut sbb semuanya tertakluk pd akta bskl...
Tapi...
Proses kedua penjualan saham itu yg membingkan rakyat jhr.sbb utama cvc dimiliki oleh rKyat asing sebanyak 49% manakala bakinya jcorp...akan tetapi saham jcor bila bila masa boleh berrukar tangan disebsabkan status syarikat sekarang perswndirian dan jcorp enggan untuk mendaftarkan semula ke bskl kerana 30% saham jcorp telah berpindah milik kepada iskandar waterfount city milik lim kang hoo...
Mohon jelaskan proses kedua penjualan saham jcop itu wahai drmuI...
Swkian...
W,salam...

Anonymous said...

Dr Muzi...
Awk cakap apa masalah penjualan saham kcf?...awk ada akal ke tidak?.ni la rupanya mentaliti pemimpin melayu.tidak ada rasa simpati apabila syarikat milik org melayu tergadai kepada bangsa asing disebabkan sifat tamak dan mengikut kehendak nafsu...awk pernah fikir nasib ratusan usahawan melayu yg bergantung hidup dgn kfc?...kalau saham milik kfc dah bertukar tangan kepada bangsa asing apa akan jadi dgn usahawan bumi putra?...memang betul la kata Najib Razak semua exco kerajaan ghani sorangpun x boleh pakai...semuanya penyamun!!!....

Anonymous said...

Salam Dr Muzi...
terima kaseh diatas jawapan saudara yg tidak telibat secara lansung proses penjualan kfc ini.Untuk pengetahuan saurada Dr Muzi
Triple Plate ni hanya pemudah cara bagi urusan penjualan saham kfc.Semua ini terkandung dlm memo dari bskl kepada kulim berhad diperingkat awal cadangan penjualan saham tersebut.Apa bila proses pertama ini tidak melanggar syarat yg dikenakan oleh BSKL maka bermulah penstukturan semula koprat kfc melalaui proses penjualan saham..
Sekarang kita fokus kepada sesi kedua apa bila kulim mendapat kebenaran dari BSKL untuk penjualan saham tersebut...
Proses kedua...
Untuk membolehkan saham tersebut berpindah tangan maka pihak pengurusan yg dipengurusi Ghani Othman telah bersetuju melantik MESB yg sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners sebanyak 49% manakala bakinya oleh Jcorp dan KWSP sebanyak 51%...
Tetapi 30% saham milik Jcorp dan KWSP tersebut telah dijual lepada syarikat milik lim kang hoo (iskandar water found city)...
ini hanya melibatkan peringkat kedua penjualan saham...
peringkat ketiga pula bagaimana?...

Mohon saudara DR Muzi memberi penjelasan...
Sekian...
Wassalam...

Anonymous said...

Dr Muzi...
Aku ank jati jhr dan berharap kamu boleh menjawap soalan aku ni:
Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat korporat berkepentingan bumiputera kerana cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing atau bukan bumiputera.


Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain.

Anonymous said...

salam,

apa yg saya berikan info, hanya apa yg saya dapat dari penjelasan bersama bekas SUK negeri..

itulah yg diberi tahu pada umum ketika sesi soal jawab pada 26.1.13.

saya hanya menyampaikan sahaja.

jika tidka tepat berbohong lah beliau kepada khalayak seramai 800 org di majlis tersebut.




Jcorp 51 %
Khazanah 25 %
CVC 24%

jika selainnya wallahualam ...

drmuzi

Anonymous said...

wooii mb ttolong jgn jadikan tanah johor cino punya anak melayu pun ada hak takkan rizab melayu saja org melayu punya...aku mmg tak paham bab bab cam ni..tgk danga bay apa dah jadi buat kondo beratos ratos ribu sapa yg beli ... org melayu mmg tak mampu nak beli yg beli mesti org cino.. jgn harap org cino nak undi BN kat kawasan bandar...

Anonymous said...

Bab KFC ni aku salute Dato Ghani. Beliaulah yang menaikkan pegangan saham J Corp dalam KFC. Tahu tak dulu J Corp hanya ada 17 peratus saham dalam KFC melalui Kulim dan QSR. Sekarang menjadi 51 peratus. Epf 25 peratus. Cvc 24 peratus. Jangan emosi, cari fakta dan jangan sampai timbul fitnah. Dulupun J corp hanya ada 17 peratus. Yang lain orang awam termasuk lah mungkin pelabur luar negara. Kenali Dato Ghani. Beliau pemimpin yang tak suka jawab fitnah dan tohmahan tapi sabar dan keadaan serta masa akan menentukan.

Anonymous said...

Salam Dr muzi...

Jelas dan nyata saudara tidak terlibat secara lansung dlm penjualan saham kfc ni.Tapi berani saya tegaskan bahwa maklumat dan fakta yg dr muzi ada tidak tepat.saya adalah org yg terlibat secara lansung dari perancangan awal penjualan aset dan saham jcorp dr muzi...apa yg anon tulis diatas semuanya benar belaka.itulah yg berlaku.kalau saya tulis swcara terperinci saya yakin dan percaya yab mb khr akan hilang marqah dan harga diri.tp saya terpanggil untuk menegaskan bahwa penjualan saham milik jcorp sebanyak 30% kepada tan sri lim kang hoo adalah benar.......

Anonymous said...

saudara anon...

saya hanya berikan apa info yg saya dapat satu majlis yg dihadiri oleh bekas SUk Johor, dimana ada seorang particpant bertanya soalan tersebut kepada beliau...dna itulah jawapan beliau kpd participant tersebut iaitu:

Kerajaan Johor mememgang 51 % menerusi Jcorp.

Khazanah Memegang 25 %

dan bakinya CVC memegang 24 %.

siapa dibelakang CVC saya tak tahu, yg tahunya CVC adalah sebuah syarikat invesmetment berangkalan di Europe.

Lim Kang Ho dapat ke siapa yg dapat ...wallahualam..

jika salah fakta Datuk Bekas SUk Negeri Johor..maka menipu lah beliau kpd awam...

drmuzi

Anonymous said...

Sedih..Kesian dan menangislah rakyat Johor termasuk saya dan keluarga kalau ini benar-benar terjadi. Janganlah sampai Harapkan Pagar Pagar makan padi. Amanah yang diberikan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggugjawab dan berhemah bukan sekadar dengar cakap..

Anonymous said...

mmg benar, jcorp pegang 51% dlm kfc.
tu on paper je
dari 51% tuh, 26% jcorp & 25% adalah gabungan 3 pihak iaitu (dirahsiakan..)

tp untuk dptkan 26% tuh pon, jcorp perlukan cash sebnyak lebih kurang 1.2bilion.
mane la jcorp ada duit byk tuh...
so?? jcorp telah ditakdirkan/dibuat laluannya utk membuat pinjaman dari pihak yg dirahsiakan di atas tuh. sbg cagaran, byk la aset2 lain yg perlu dicagar..

kesimpulan nya: kfc suda terlepas dr tgn jcorp..

Anonymous said...

fakta tetap fakta:

KFC milik Johor dan Malaysia menerusi kepentingan 51 % dan 25%...

selebihnya....CVC atas siapa dan siapa...pi cari sendiri bersandrakan fakta bukan hearsay.

Yg penting 76 % milik Johor dan Malaysia.

lbh lanjut mengenai isu KFC:

sila ke: laman blog bigcat

http://bigcatrambleon.blogspot.com/2013/01/kfc-real-target-is-ghani.html

dr muzi

Anonymous said...

Harap kita dapat mengingatkan semula bagaimana tanah-tanah dibawah Tebrau Teguh Bhd telah diserahkan dengan mudah dan dengan cara penipuan atas penailaian yang tidak diaudit kepada Cina Lim Kang Hoo. Tanah begitu banyak disekitar Selat telah diserahkan dengan mudah kepada Cina yang sama. Tak puas puas ke MB menyerahkan asset Johor kepada Cina?

Anonymous said...

cakap2 buruk terhadap Ali hashim selama ni, kini dah terjawab sendiri. Kalu macam ni la style BN pertahankan hak rakyat, aku x hairan kalau Johor jatuh pd PR lepas PRU ni. Harapkan Pegar, Pegar makan padi. puiiiii

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers