Saturday, January 26, 2013
KAJIAN Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti
Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan
Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13
yang bakal
Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului
Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan dengan BN memperolehi 42 peratus berbanding 37 peratus yang memberikan
keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409
pengundi.
Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah
akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua
pertiga di Dewan Rakyat dan Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai
kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi
pengundi.
Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana
Menteri, Najib Razak merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada
keyakinan rakyat kepada BN.
Walaupun pihak pembangkang saban hari membangkitkan pelbagai
isu yang didakwa bersabit dengan rasuah dan penyelewengan tetapi rakyat
terutamanya pengundi bijak memilih di antara kaca dan permata malah apa yang
mereka lihat dan nikmati sekarang adalah
hasil pro-aktif kepemimpinan cemerlang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri
dalam memperjuang serta menjaga kebajikan rakyat.
Daripada perbelanjaan isu rumah, pendidikan, kebajikan
pelajar, warga emas, pemandu teksi, golongan karyawan, agamawan dan nelayan
hinggalah kepada golongan peniaga serta usahawan, semuanya kini sedang
menikmati hasil bermacam-macam program yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib.
Boleh dikatakan tidak ada lapisan masyarakat atau golongan
rakyat yang disisahkan daripada menerima bantuan dalam pelbagai bentuk dan rupa
dan Program BR1M 1.0 dan 2.0 yang dituduh pembangkang yang kekeringan isu
sebagai rasuah politik menerima respons yang sungguh menakjubkan.
Begitu juga lain-lain program KR1M, Klinik 1 Malaysia, TR1M,
KD1M yang terbit daripada dua program transformasi kerajaan - Program
Transformasi Pentadbiran dan Program Transformasi Ekonomi.
Mentadbir sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan 1001
kerenah daripada setiap kaum yang berlatar belakangkan etnik, agama, bahasa,
budaya serta pandangan dunia yang berbeza bukanlah suatu yang mudah dan BN
telah berjaya mengangkat serta menobatkan martabat negara dari semua susut
pembangunan - ekonomi, politik dan sosial - daripada sebuah negara berasaskan
pertanian kepada negara industri yang mennuju kepada status negara maju
menjelang 2020 malah segala yang telah dicapai sehingga kini bakal hancur dan musnah
jika negara berada di dalam tangan pembangkang.
Ini kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan
perpecahan serta memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa
politik malah Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun
kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya
dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.
Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang
sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat yang sebenarnya
bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan pembangkang tapi mahu menjadikan Negara
huru hara.
Rakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi
kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang
masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.
Walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan sejumlah 78 peratus
daripada saiz sampel pengundi dalam soal selidik yang dijalankan mengatakan,
integriti dan salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan
pengundi dalam pilihan raya umum, namun ini ada hanyalah masalah persepsi yang
telah dicorakkan dalam pemikiran rakyat oleh pembangkang.
Akhirnya rakyat akan menunjukkan kematangan di peti undi bila
mana mereka mampu membandingkan dengan fikiran dan hati yang terbuka kehidupan
yang telah mereka nikmati sepanjang pemerintahan BN.
Mereka juga akan membandingkan janji-janji kosong pembangkang
yang tidak mampu dilaksanakan serta lebih indah khabar dari rupa dan hasil kaji
selidik Universiti Malaya itu yang menunjukkan 53 peratus masyarakat Cina masih
“tidak pasti” untuk memilih parti mana pada PRU 13 juga seharusnya tidak perlu
dibimbangi.
Pengundi Cina melihat politik sebagai satu bentuk perniagaan
yang mengutamakan aspek keuntungan lebih daripada unsur yang lain walaupun
mungkin wujud beberapa isu yang menjadi kebimbangan kepada mereka, pengundi
Cina perniagaan akan bertindak seperti peniaga yang akan memastikan kerajaan
yang mereka pilih mampu memberi suasana perniagaan yang stabil, kompetitif dan
aman daripada segala halangan yang membantutkan ekonomi mereka.
Pembangkang mungkin boleh bermulut manis menabur segala macam
janji termasuk ada yang tidak masuk akal sama sekali tetapi rakyat akan tetap
memilih BN yang rasional, komited, berwawasan serta sentiasa menepati janjinya
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 comments:
AlhamdulilahiRobbilAlamin....