Tuesday, January 29, 2013
Farid Shahran- Mantan Timbalan Presiden ABIM |
bahawa BTN telah dijadikan alat untuk menggembalikan
bekas-bekas pemimpin ABIM di arus perdana politik tanahair dengan memberikan
tempat-tempat strategik kepada mereka dalam BTN mula membuktikan
laporan-laporan sebelum ini adalah benar belaka.
Kalau sebelum ini didedahkan
bagaimana BTN telah memberikan peruntukan sebanyak RM73,000 kepada ABIM Sabah
kononnya untuk program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di lima buah
sekolah rendah di Sabah,kini kepimpinan tertinggi BTN sedang membuat
pengstrukturan semula bagi mewujudkan `post-post’ dengan Gred yang lebih tinggi
daripada Pengarah-Pengarah Jabatan sedia ada dan difahamkan tempat-tempat ini
akan diisikan oleh sebahagian besar oleh bekas-bekas ahli ataupun pemimpin ABIM.
Manakala Pengarah-Pengarah
Negeri,Cawangan ataupun Bahagian dalam BTN akan terus kekal dengan Gred gaji
sedia ada tanpa kenaikan ataupun penurunan jawatan tetapi di atas mereka akan wujud satu `post’ baru
yang Gred 52 sebagai Pengarah kepada Pengarah sedia ada.Patutlah selama ini
begitu bersungguh-sungguh orang-oarang ABIM diberikan tempat sebagai fellow
ataupun fasilitator di BTN,ada agenda lain rupanya!
Kepada semua Pengarah Negeri
dan Cawangan yang sedia ada, eloklah kiranya semua berhenti berharap kerana Gred
tinggi yang dimomokkan sebenarnya akan diisi oleh rangkaian ABIM dan `resume'
rangkaian ini telah pun berada di atas meja Ketua Pengarah dan sedang menanti
masa yang sesuai untuk dilaksanakan dan semua Pengarah-Pengarah negeri,Cawangan
serta Bahagian,anda semua akan terus menjadi pacar yang hina dina di bawah
pemerintahan seorang Raja.Cukup-cukuplah berharap untuk naik pangkat!
Salah satu jawatan khabarnya
akan disi oleh bekas ahli atupun pemimpin ABIM termasuklah berkemungkinan besar
Ahmad Fairuz yang mendapat peruntukan RM 1 juta bagi program kayuhan basikal
akan diangkat untuk mengisi salah satu jawatan Pengarah Bahagian di BTN.Kisah
RM1 Juta Ahmad Fairuz ini menarik,walaupun diberikan peruntukan sebanyak itu
oleh BTN tetapi pihak BTN Negeri turut membayar program tersebut dan barangkali
hasil dari lebihan itulah kumpulan Ahmad Fairuz ini memilih untuk bercuti di
Thailand.
Gerakan penstrukturan semula
BTN ini dilihat sebagai satu bentuk `grand design' terancang yang berselindung di
sebalik nama transformasi jawatan dan untuk menghalalkan gerakan ini
berbagai-bagai program dilaksanakan dengan menggunakan nama Ketua Setiausaha
Negara termasuklah Amanat KSN baru-baru ini.
Perhimpunan yang sepatutnya
menjadi agenda Jabatan Penerangan ataupun pejabat KSN sendiri telah diambil
alih oleh BTN dan jelas BTN semakin tersasar dari misi dan visi penubuhannya.Apakah
agenda di sebalik program Amanat KSN ini?
Kalau kita lihat betapa
gigih dan bersungguhnya pasukan JASA yang diketuai oleh Fuad Hassan untuk
membetulkan pemikiran rakyat yang dipesongkan oleh pembangkang,BTN yang
diketuai oleh Raja Arif pula dilihat lebih kepada berusaha untuk mengukuhkan
kedudukan sebagai penjawat awam,mengejar pangkat dan jawatan, hasilnya tidak sampai beberapa tahun di
BTN,Raja Arif telah dapat JUSA A dan Timbalan-Timbalannya mendapat kenaikan
Gred gaji dalam masa yang begitu singkat.
Barisan ABIM di BTN |
BTN sepatutnya menganjurkan
kursus,seminar dan yang bertepatan dengan misi penubuhannya sudah tidak dilihat
begitu sejak Raja Arif menjadi Kepala di agensi ini.BTN dilihat lebih
mempromosikan program-program peribadi, menggunakan `secret
fund’sewenang-wenangnya. Dan bila kita melihat gerakannya,beliau dilihat cukup
rakus baik di saat mahu mendapatkan jawatan itu ataupun setelah berjaya sebagai
Ketua Pengarah.
Di saat beliau mahu
mendapatkan jawatan ini dan ini kalau benalah seperti yang didakwa kita cukup
kecewa dan perlu berhati-hati dengan gerakan ini apabila ada yang mengatakan
(kita harap ini tidak benar) bahawa sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah BTN
,seminggu Raja Arif menyelinap masuk
bermalam di bilik kediaman di Akademi Kenegaraan dengan bantuan Hanafi Harun,ini
sesuatu yang pelik dan tidak mungkin ada Ketua Jabatan lain berperangai seperti
itu.
Selepas dilantik Ketua
Pengarah BTN, beliau dikatakan beriya-iya menggunakan semua sumber dengan mendesak
supaya diberikan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato dan persoalan
ditimbulkan adakah pengurniaan gelaran itu mengikut Peraturan Penjawat Awam
kerana semua penjawat awam lain dianugerahkan darjah ikut peraturan,cadangan
dari KSN dan jawatankuasa berkaitan?Apakah Raja Arif mengikut peraturan ini,merujuk
kepada KSN hingga beliau dapat anugerah itu dari Kerajaan Melaka?
Wajah-wajah yang mencari `nyawa' dengan KSN |
Belum cukup setahun jadi Ketua
Pengarah dengan Gred JUSA C (Ketua Pengarah agensi lain tak standing dengan
beliau),gerakan mengukuhkan kedudukan jawatan dan Gred diteruskan dengan
melibatkan KSN dalam beberapa program yang beliau anjurkan,akhirnya dengan
kehebatan beliau,KSN melalui KPPA melulusakn beliau untuk JUSA A.Kita belum
dedahkan lagi pertemuan beliau dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Raja Arif dilihat cuba
menghalalkan semua perbuatannya dengan
melibatkan KSN di dalam program-program peribadi beliau dan setelah
diasak dengan berbagai-bagai pendedahan salah laku pihak pengurusan seperti yang
didedahkan oleh blog-blog sebelum ini termasuklah program-program politik
peribadi beliau, Raja Arif cukup bijak untuk meng`divert’kan isu sebenar dan
KSN dijadikan tempat beliau melindungi segala-galanya.
Sebagai politikus didikan Anwar,beliau
sudah diajar untuk `divert isu’ dan tutup segala pengkhianatan dengan
menggunakan "ultimate command dan endorsment" dari pihak yang lebih`
superior’,kalau boleh guna nama Perdana Menteri dan kalau tak boleh guna pula nama KSN.Ini taktikal biasa dalam permainan
begini.
Kita melihat dalam isu Raja
Arif ini,mungkin PM tidak ingin memberi kerjasama,lantaran itulah KSN yang
dijadikan mangsa dan sebagai Ketua Pnegarah agensi kerajaan dan juga ahli
politik (satu-satunya Ketua Pengarah Agensi yang diberikan keistimewaan),beliau
dilihat cuba mempolitikkan segala-galanya
termasuk kedudukan serta pengaruh .
Kita tidak tahu apa agenda
sebenarnya Raja Arif yang begitu kalut sekali mempergunakan KSN ini?Adakah
beliau mahu KSN juga akhirnya melibatkan diri dalam politik dan bertanding
jawatan Ketua Bahagian?
Kalau agenda Raja Arif ini
tidak betul pada pandangan mata dan tidak sesuai dengan kedudukan beliau
sebagai Ketua Pengarah BTN,kita minta kepada semua Ketua-Ketua Jabatan
lain,Pegawai Khas KSN,Pemangku KPPA supaya jangan membenarkan KSN dijadikan "punching beg" untuk
terus dijadikan alat oleh Raja Arif.
Jika kita tidak berhati-hati
dan terus memberi izin untuk KSN diperalatkan dalam program Raja Arif ini ianya
akan menyebabkan ramai penjawat awam makin marah dan matlamat untuk memastikan
sokongan padu penjawat awam dlm PRU13 nanti musnah dan hancur berkecai.
-Tunggu pendedahan selanjutnya...!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
8 comments:
Kah kah kah.. bogelkan lagi
kah kah kah.. bogelkan lagi
Mana pergi lorong laluannya dulu ? Dah terasa macam termakan diri dah ka ?
Gilo babi dah! Mana Raja Arif menyepiiiiii saja? Dia kena nafi pertuduhan yang dibuat. Dia kena tampil bagi pencerahan. Selepas satu demi satu dah dilondeh, adakah diam dia bermakna dia mengakui semua ni. Mampos kalau ada agen anwar ibrahim dalam btn.
http://kerajaantroy82.blogspot.com/ abg tolong link kn blog saya ngan blog abg
http://kerajaantroy82.blogspot.com/
abg sharekn link blog saya ini kat blog abg...
Perggghhhhh.. Giler kentang... Dengarnya dalam reorganisasi tu ramai staff di keluarkan dengan notis backdated... Dan di kerah ke jabatan lain dalam tempoh tak sampai 24 jam... Ini kejam namanya...
Cita citanya tak terbacakan. Bacalah latar belakang dan sejarahnya dengan cermat. The