Thursday, August 23, 2012

Hanya parti semata-mata..
BERULANGKALI  kita lihat dan dengar pengakuan atau perbualan dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu sebagai parti Islam, berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta asas juangnya adalah demi agama Islam.

Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.

Beza antara parti politik dengan agama langsung tidak terfikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".

Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.

Bagi kita yang waras dan celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub penyokong PAS terhadap parti yang mereka dukung itu sebagai satu kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun sebelumnya mereka terlampau jahil murakkab.

Bila tiba seru mahu mencari semula arah hidup tersalah langkah terus terjerumus pula dengan ajaran songsang yang meletakkan PAS sebagai sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang memperjuangkan Islam.Malah hari ini seudah ada usaha gila menjadikan serta mengelirukan rakyat kononnya PAS itu adalah sebahagian daripada Rukun Islam,menolak PAS bermakna tergelincir daripada agama Islam.

Yang sebenar-benarnya, PAS hanyalah sebuah parti politik sama sahaja seperti organisasi lain yang membezakan PAS kelihatan Islamik secara luaran atau kulitnya ialah serban, jubah, kopiah dan penggunaan label Islam dalam partinya, itu sahaja.

Malah kewujudan PAS itu sendiri hasil restu penjajah British yang melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanipulasi untuk merencatkan kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan majoriti umat Islam solid bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan menuntut kemerdekaan dari British.

Dalam keadaan British tidak mampu menolak kewujudan UMNO untuk bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang yang kuat dari segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya serpihan dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan nombor pendaftaran 733.

Asalnya gila jawatan..!
Susur galur wujudnya PAS pula bermula dari fungsinya sebagai badan atau sayap di dalam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, apabila wujud kekosongan yang memerlukan pertandingan bagi memilih Yang Dipertua baru UMNO, Ahmad Fuad turut beradu nasib dan tewas di tangan Tunku Abdul Rahman.

Dendam kerana tewas dan malu air mukanya membawa kepada kata sepakat keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan oleh British sebagai pencabar UMNO, bermulalah adegan dan dusta berselindung label dan kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut kasih dengan UMNO.

Perjuangan UMNO bersama rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut kemerdekaan dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS tika itu hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni itu dengan ungkapan kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana mungkin layak untuk merdeka?".

Penghinaan tersebut datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal budinya dan cetek pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat di mata mereka dan jika pun perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu satu-satunya cara bagi mereka ialah dengan bergabung bersama Indonesia membentuk Indonesia Raya.

Tapi mujurlah apabila pilihanraya umum pertama 1955 dilangsungkan, PAS hanya mampu menang di satu kerusi sahaja daripada keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan, jika tidak sama ada sekarang kita masih dijajah oleh British ataupun mungkin sudah menjadi salah satu wilayah Indonesia.

Di awal-awal kewujudan PAS, pemimpinnya melihat Perikatan yang tika itu merupakan gabungan UMNO-MCA-MIC adalah satu kerjasama yang merugikan orang Melayu, lantaran itu beberapa tahun selepas Negara merdeka PAS cukup aktif menggembar gemburkan dokrin dikalangan para ulama dan tok guru bahawasanya "jika redha dengan orang kafir yang adadalam perikatan, maka jadi kufur dan kafirlah seseorang itu".

Tidak sedikit ulama dan tok guru pondok yang tertipu dengan mainan ayat suci Al-Quran dan hadis yang ditakwilkan bagi menghalalkan tuduhan PAS itu sehingga umat berpecah belah, kaum kerabat keluarga terdekat putus ikatan dan kariah masjid bercakaran serta kenduri kendara dipulaukan.

Namun berpuluh tahun kemudiannya hakikat kebenaran membuktikan gabungan perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN) akhirnya menjadi rujukan PAS untuk bersama Pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) selepas mereka menyedari tanpa kerjasama sedemikian jauh panggang dari api untuk PAS menikmati kuasa tampuk pemerintahan.

Punca rakyat berpecahbelah..
Tapi malangnya, tatkala dalam gabungan BN, UMNO kekal sejak dulu sebagai peneraju mengetuai barisan dalam mencorak masa depan Negara secara muafakat, PAS pula di dalam PR hingga kini kekal sebagai balaci dan juak murahan yang hanya mampu mengekor dari belakang sambil angguk dan geleng mengikut arahan abang besarnya, DAP si kafir harbi.

Sudahlah jauh tertinggal di belakang dalam soal peri penting bermuafakat bersama kaum dan agama lain, bila di beri peluang memperbetulkan langkah yang songsang terjerumus pula sebagai keldai dan kuda tunggangan sepanjang zaman hinggakan dasar dan prinsip memperjuangkan negara Islam dan Hudud sebagai undang-undang pun gagal dipertahankan.

Sekarang, setelah ramai menyedari betapa baghal, bebal dan keldainya PAS sejak dulu kala hingga kini, saban hari para ulama, agamawan dan tok guru-tok guru pondok mula berubah arah berpaling dari mendengar dusta PAS sebaliknya semakin mendekat diri bersama jamaah UMNO yang bukan sahaja disokong oleh majoriti umat malah terbukti berjaya menyatu padukan rakyat.

Tidaklah menjadi kejutan sekiranya beberapa detik sebelum PRU 13 secara rasmi membuka tirainya, PAS akan tiba-tiba tampil bermuka-muka menonjolkan kembali dirinya lebih Melayu dan Islamik dari UMNO selepas bertahun-tahun sejak bersama PR, PAS lebih selesa kelihatan liberal dan terbuka atas bawah sampaikan tergadai maruah.

Bezanya antara PAS dengan UMNO, walau kedua-duanya dikuasai oleh orang Islam, PAS terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga agama dan maruah bangsa digadai dan gagal dipertahankan tatkala bersemuka dengan kekuatan si kafir harbi DAP dalam pakatan pembangkang.

UMNO pula walau tidak mempergunakan label dan istilah Islam dalam perjuangannya, tetap utuh memanfaatkan kuasa mendaulatkan Islam secara bijaksana dan tidak pula menindas atau terikut dengan arahan si kafir zimmi yang menjadi rakan kerjasama dalam BN.
Saat tikanya UMNO sesekali tergelintir dari landasan, tidak pula pimpinan UMNO lokek untuk muhasabah diri dan memperbetulkan kembali arah tuju perjuangan.

Jauh berbeza dengan PAS, sudahlah bebalan sepanjang zaman, tetap juga bodoh dan bangang enggan mengaku salah silap sendiri seolah-olah tujuh petala langit dan bumi mahu diarah mengikut perwatakannya yang sering khilaf dan terpesong dari arah tuju perjuangan.

Apa sahaja tingkah laku PAS sejak ia diperanakkan dari perut UMNO hinggalah derhaka menentang perjuangan UMNO diikuti hingga kini terus taksub dengan pegangan anti UMNO tapi mesra pada kafir harbi dan semakin meliberalkan Islam, segalanya itu menunjukkan PAS hanyalah sebuah parti politik sahaja yang serba tidak sempurna tapi bebal untuk mengakui kelemahan dek kerana perasan dengan label "Islam" yang ada pada nama partinya.
Wednesday, August 22, 2012

"Saya tetap pertahankan agama saya..!"
PAS sudah terlajak jauh dan telah meninggalkan jauh-jauh asas perjuangan dan pertubuhan mereka sebagai sebuah parti politik berlandaskan Islam ,mereka telah sesat dan mereka tidak mungkin kembali untuk menginsafi bahawa perjuangan mereka telah dinodai dan apa yang sedang berlaku hari ini dalam parti tersebut adalah permulaan kepada sebuah kehancuran perjuangan mereka atas nama kesyumulan Islam dan pembalasan Tuhan,

Mungkin ini balasan yang mereka akan terima di atas segala perbuatan  dan tindakan mereka selama ini terhadap agama,mempermainkan hukum-hukum Islam,mempersendakan Al Qur`an dan sunnah malah setelah sekian lama parti itu dengan sombong dan angkuh melacurakn agama untuk kepentingan politik,hari ini PAS sedang dan bakal berdepan dengan hukuman yang memungkinkan parti itu ditalkin awal dari apa yang kita jangkakan ataupun menjadi hamba abdi kepada DAP dan PKR atauun mungkin terus menjadi badut  yang meloyakan di pentas-pentas ceramah.

Bermula dari konflik Hassan Ali hingga beliau dipecat daripada PAS kerana mempertahankan akidah Islam kini bakal menyusul mantan Timbalan Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Bachok,Ustaz Nasharuddin Mat Isa  mungkin akan menghadapi tindakan sayng sama sepertimana menimpa Hassan Ali apabil beliau dengan lantang mempersoalkan keceluparan serta kebiadapan Karpal Singh terhadap Islam.

Dua pemimpin ini sahaja dalam PAS yang lantang mempertahankan Islam sedangkan pemimin lain termasuk kepimpinan ulamak terus menjadi syaitan-syaitan bisu dengan menelan segala penghinaan terhadap agama,bangsa dan Negara.Yang lain tidak berani walau sepatah pun menyanggah segala kebiadapan kafir-kafir harbi ini terhadap Islam

Kebersamaan yang mengundang kemarahan Erdogan
Karpal Singh adalah Pengerusi DAP tempat PAS sedang bergantung harap hari ini  mungkin Tuhan baru kepada PAS atas nama mengejar kuasa dan kita percaya kepimpinan PAS akan bersama-sama Karpal Singh dan DAP untuk turt sama mencela tindakan Nasharuddin kerana PAS sudah hlang akidah politiknya dan kiblat baru PAS hari ini adalah DAP dan PKR.

Karpal Singh memfailkan di mahkamah kononnya Nasharuddin  menuduhnya menolak Islam sedangkan beliau hanya menolak hudud manakal Nasharuddin bersedia untuk bersemuka dengan Karpal Singh di mahkamah bagi membuktikan bahawa Karpal adalah pengkhianat kepada agama Allah itu kerana bagi Nasha menolak hudud samalah seperti menolak Islam kerana hudud adalah sebahagian daripada hukum Islam.

Mahfuz Omar pula menganggap apa yang berlaku antara Karpal dengan Nasha tidak menggugah kebersamaan cita-cita mereka dalam pakatan pembangkang dan ini menampakan dengan jelas pendirian Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden PAS bahawa beliau sudah meunjukkan tanda-tanda menyokong Karpal Singh yang sekian lama telah menghina dan mengaibkan Islam.Ini sebahagian tanda-tanda pemimpin munafik yang berada di dalam PAS.

Karpal terus menghina Islam..
Kita percaya keberanian Karpal ini akan turut disokong oleh rakan-rakan lain dalam PAS yang dikatakan mendokong perjuangan Edrogan ataupun dikenali sebagai Anwarinas yang sebleum ini telah menolak kepimpinan ulamak dalam PAS.Keberanian Karpal ini kerana beliau percaya,beliau akan disokong sepenuhnya oleh kalangan pemimpin dalam PAS yang sedang gila mengejar kuasa.Bagi Karpal,masa depan PAS adalah ditangan DAP.

PAS sudah semakin hilang arah.Topeng agama yang mereka pakai selama ini semakin hari semakin terbongkar dan mula menampakkan wajah-wajah mereka yang sebenar.Selama ini mereka inilah yang begitu hebat di pentas ceramah kononnya mendokong perjuangan islam tetapi hari ini ternyata mereka ini adalah iblis-iblis tua yang sedang menyerupai manusia untuk menyesatkan umat Islam di Negara ini dan kalau disifatkan sebagai ubat,mereka ada ubat yang tamat tempoh yang boleh menjadi racun kepada sesiapa yang menggunakannya.

Ada ahli PAS yang sedar,ada kepimpinan di peringkar ranting mula kecewa tetapi kerana sekian lama mereka ini didoktrinkan dengan perjuangan PAS bahawa PAS itu agama,agama itu PAS,mereka ini tidak berani bersuara kononnya takut dikatakan derhaka kepada guru mereka walaupun guru-guru mereka itu sedang menunjukkan jalan sesat serta neraka  jahanam kepada mereka.

Tidak ramai kepimpinan PAS seperti  Hassan Ali dan juga Nasharuddin yang berani bersuara mempertahankan Islam apabila dicerca oleh rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang dan kerana keberanian serta kebertanggungjawaban Hassan Ali terhadap agama Allah,beliau membayar harga yang cukup mahal dengan diterajang daripada parti itu tanpa sempat menjawab tuduhan yang dilemparkan.

Kerana Islam beliau dipecat dari PAS
Nama-nama seperti  Mohamad Sabu,Husam Musa,Khalid Samad,Kamaruddin Jaafar,Salahuddin Ayub,Hatta Ramli,Dr Zulkifli Ahmad,Mahfuz Omar dan sekian nama lagi yang mengaku ulamak yang memperjuangkan Islam sesuangguh hanya memperalatkan agama untuk meraih undi daripada golongan yang buta mentafsir niat pemimpin ini.Kesemua mereka ini sedang menipu rakyat malah Nik Aziz dan Hadi Awang pula hanyalah seperti tong najis yang dipaksa oleh kepimpinan PAS untuk mengangguk dan mencari nas serta surah untuk menghalakan segala tindakan mereka bagi mempertahankan pakatan mereka dalam pembangkang.

Dalam PAS ada yang mahu bertaubat,ada yang mahu terus sesat dan dalam PAS sudah Nampak semakin jelas kerosakan demi kerosakan dan kita sedang menunggu masa untuk melihat PAS rebah ke bumi.Ini semua adalah balasan Allah terhadap ilmu politik sesat yang mereka amalkan selama ini.
Saturday, August 18, 2012

PADA kesempatan ini saya menitipkan ucapan  memohon ampun dan maaf kalau selama penulisan saya disini  ada yang terguris perasaan,ada kata-kata serta tulisan yang tidak menyenangkan semua pihak,ada gambar-gambar yang menyakitkan hati dan ada sanggahan saya tidak kena aturannya.

Kepada yang mengkritik,yang menyelar dan menghina saya melauli komen-komen,saya maafkan kerana kita boleh berbeza pendapat tetapi kaedah  maki hamun,maaf saya tidak benarkan untuk dilepaskan di ruang komen melalui blog ini.

Ada yang memanggil saya barua,anjing kerajaan,penjilat UMNO dan berbagai lagi celaan serta penghinaan dilemparkan kepada saya,saya terima dengan berlapang dada dan berjiwa besar dan sempena kedatangan Syawal ini,marilah kita sama-sama muhasabah diri dan saya sentiasa bermuhasabah diri walaupun adakalanya hati dan perasaan terguris.Itu adat!

Saya rela digelar anjing kerajaan,saya rela dipanggil barua hanya kerana saya tidak bersetuju dengan pengkhianat serta penderhakaan terhadap agama,bangsa dan Negara saya.

Saya bukan Pak Turut yang mengambil upah menulis untuk mengenyangkan diri walaupun saya dituduh berbagai-bagai tuduhan baik melalui laman facebook,blog dan twetter.

Pada yang tidak berkenan dengan apa yang saya paparkan,kita bersemuka,tidak payah menggunakan nama samaran kerana orang yang menyamar,mereka sebenarnya adalah pengecut serta berjiwa hamba.Hidup di zaman milenium ini tidal perlu takut untuk memaparkan gambar dan nama sebenar kalau benar kita ini benar-benar memperjuangkan idealisme kita.

Pengalaman saya mungkin lebih sedikit kerana saya pernah terpenjara kerana menulis dan itulah harga yang saya telah pernah bayar, saya tidak hairan dengan segala kejian dan penghinaan dilemparkan kepada saya.

Kepada yang menghina,mencerca serta mengkeji..sempena Syawal ini,saya maafkan segalanya dan kepada semua penyumbang yang membaca blog saya ini..terima kasih dan Selamat Hari Raya..Maaf  Zahir Dan Bathin..
Friday, August 17, 2012

PAS jadi seperti lembu dicucuk hidung!
SETELAH menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?

Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.

Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?

Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.

Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.

Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya daripada 'menolak'.Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.

Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang dikatakan tidak ada dalam Umno.

Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Sebab itu Nik Aziz boleh keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno.

Mungkin PAS terlepas pandang melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan seperti semua maklum adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.

AKP pula adalah sebuah parti Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.Bagi DAP dan PKR, hak kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Bagi Anwar dan Karpal Singh pula, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai Hukum Hudud dan Negara Islam dan bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian rupa.

PAS mengganggap Malaysia seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang melaksanakan Hukum Hudud.Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar Numeiri.

Pergolakan terus berlaku disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.

Akhirnya Sudan, sebuah negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan Selatan) yang amat jaya dengan minyak. Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri?
Monday, August 13, 2012

Najib pilih siapa?
KITA masih berpegang kepada janji PM Najib bahawa calon-calon yang bakal dipilih untuk PRU13 adalah calon-calon yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat,yang boleh menang dan sama sekali tidak akan termakan dengan lobi melobi malah bersedia menggugurkan calon-calon yang dilihat berpotensi untuk kalah walaupun calon-calon itu adalah rakan-rakannya di zaman Pemuda maupun pegawai-pegawainya yang sedang berlegar di sekelilingnya hari ini.

Beliau juga memberikan kata dua kepada mana-mana pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat,bongkak,sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan calon-calon untuk pilihanraya nanti malah beliau bersedia kehilangan kawan-kawan demi menggembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Kalau sebelum ini kabinetnya dilihat banyak memberikan ruang,tempat serta peluang kepada rakan-rakannya termasuklah perlantikan untuk jawatan Senator serta Menteri maupun Timbalan Menteri,PM Najib kali ini harus lebih berhati-hati dan memegang kejap janji-janjinya untuk memilih calon-calon yang benar menepati kehendak serta aspirasi rakyat setempat serta terbanyak.

Semakin dekat dengan tarikh pilihanraya,makin ramai yang sedang melobi,memperagakan diri kononnya merekalah calon yang paling layak,merekalah calon yang boleh menang dan dari Pengerusi Tetap hingga ke Pemeriksa Kira-Kira sedang berusaha untuk menarik perhatian Najib dan agensi supaya menamakan mereka sebagai calon.

Kita tahu banyak agensi diarahkan untuk mengenalpasti serta memantau calon-calon yang diyakini boleh menang untuk ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti tetapi dalam masa yang sama,sudah ada pihak yang meragui sumpah serta janji-janji PM Najib apabila sudah ada pemimpin yang kononnya mengaku dekat dengan PM Najib telah ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti walaupun calon itu sebenarnya bukan `winnable cadidate’ tetapi menggunakan agensi-agensi yang dikaitkan itu untuk mempengaruhi PM Najib.

Dalam masa yang sama,ada juga dari kalangan pegawai-pegawai agensi yang berkaitan turut berusaha untuk menonjolkan diri sebagai calon PRU13 dan mereka ini menggunakan segala peluang yang ada mempengaruhi Perdana Menteri termasuk pegawai-pegawai PM untuk menamakan nama mereka bagi dipilih.Kepimpinan minta mereka berkerja untuk mencari calon yang benar-benar layak tetapi mereka yang sibuk menonjolkan diri mahu menjadi calon!

Tidak kurang juga pegawai-pegawai PM sendiri berusaha dengan segala kekuatan yang ada termasuk wang ringgit walaupun mereka tidak disukai oleh pengundi setempat  menonjolkan diri untuk menjadi calon dan ada yang mengarahkan agensi-agensi terlibat untuk menamakan mereka sebagai calon yang boleh menang.

Segala `cable’ yang ada mereka gunakan termasuklah menyakinkan agensi ataupun PM Najib sendiri kerana mereka menang Ketua Bahagian maka merekalah calon yang paling layak dan tidak cukup dengan itu bekas-bekas calon yang kalah dalam PRU12 lalu pun berusaha untuk kembali semula ke gelanggang kononya mereka kalah dulu bukan rakyat tidak suka tetapi kerana terkesan dengan tsunami politik.

Mungkin inilah kebimbangan sebenar PM Najib.beliau barangkali tidak gentar dengan `mood’ rakyat kerana sebagai Perdana Menteri beliau memilik kunci yang banyak bagi menyakinkan rakyat tetapi yang paling membimbangkan adalah sabotaj daripada mereka yang beriya-iya untuk menjadi calon tetapi tidak terpilih dan bala lagi bakal menimpa PM Najib sekiranya pegawai-pegawai beliau sendiri bercita-cita besar untuk menjadi calon pilihanraya.

Rakyat serta ahli parti bimbang PM Najib akan terlepas pandang dengan memilih `cable’ daripada `winnable’ hasil daripada konspirasi orang-orang tertentu yang sememangnya mahu melihat Najib gagal sekurang-kurangnya mempertahankan kemenangan seperti yang Pak Lah catat masa PRU12 lalu apatah lagi untuk mencapai sasaran dua pertiga majority di Parlimen.

PM Najib juga jangan sesekali terpedaya dengan helah kawan-kawannya,jangan telan bulat-bulat pandangan ataupun nama-nama yang dicadangkan oleh agensi-agensi  dan nama-nama itu erlu ditapis sebaik mungkin bagi mengelakkan UMNO terkubur sebelum waktunya.

Ada juga yang bertanya,apakah kali ini calon-calon atau MP yang sedang menang tetapi terlibat dalam masalah moral,rasuah dan penyelewengan akan dipilih semula untuk menjadi calon PRU13 nanti?Meraka ini bolehlah kita umpamakan seperti biawak hidup yang terpaksa PM Najib pikul diatas batu jemalanya dan adakah yang baru masuk gelanggang taupun baru memimpin Bahagian adalah calon yang benar-benar boleh menyakinkan pengundi?

Semua pemimpin termasuk PM Najib sendiri menganggap PRU13 adalah penentu kepada kelangsungan perjuangan UMNO.PRU13 adalah hidup mati UMNO dan kalau semua beranggapan sedemikian,kita setuju dengan pandangan PM Najib asalkan boleh menang di kerusi Parlimen,calon kitar semula dan tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Bahagian pun akan dipilih untuk membawa panji-panji UMNO dan Barisan Nasional.

Ada rakan-rakan PM Najib yang sedang menggilai jawatan-jawatan Menteri maupun Menter Besar walaupun menang kalah belum tentu lagi dan ada juga yang menyedari bahawa mereka akan kalah jika bertanding tetapi tetap mahu bertanding kerana mahu `menelan’peruntukan pilihanraya.

Kita sedang tunggu..adakah PM Najib pilih` winnable’ ataupun `cable’.Najib perlu dingatkan walaupun beribu kali bahawa UMNO adalah milik ahli dan rakyat,Jangan hanya kerana PM Najib Presiden dan Perdana Menteri,beliau lalai hingga gagal memberikan kita calon yang boleh menang.
Thursday, August 9, 2012

TINDAKAN mengoyak cek membuktikan betapa kesabaran ataupun kemarahan yang sukar lagi dibendung oleh seorang Timbalan Menteri apabila beliau semakin yakin Ketua sebuah agensi kerajaan sedang menjalankan usaha untuk mengsabotaj segala gerak kerjanya untuk parti dan kerajaan.

Pertelingkahan mereka berdua bukan lagi rahsia antara mereka  malah telah menjadi rahsia umum dan hampir kesemua kakitangan agensi atau jabatan itu maupun pejabat Timbalan Menteri menyedari bahawa hubungan antara Ketua mereka denagn Timbalan Menteri tersebut semakin hari semakin dingin hingga timbul ketegangan dan tindakan mengoyak cek di depan pegawai Ketua tersebut merupakan satu tindakan yang membayangkan betapa marahnya Timbalan Menteri tersebut.

Timbalan menteri ini adalah yang bertanggungjawab ke atas agensi atau jabatan tersebut namun beberapa tindakan Ketua agensi itu sejak akhir-akhir ini benar-benar menguji kesabaran dan ketenangan beliau namun apabila beberapa program penting tidak dilibatkan beliau seperti Majis Berbuka Puasa Bersama KSN,egonya sebagai Timbalan Menteri bagaikan dicabar serta disiat oleh Ketua ini.

Memang wajar dan tepat sekali apabila kedudukannya diperlekehkan,beliau yang sepatutnya dirujuk untuk sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan parti dan kerajaan dijadikan seperti sampah oleh Ketua tersebut dan ada ketikanya,Ketua ini dkatakan tidak pernah menganggap wujudnya seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab atas jabatan ataupun agensi itu.

Kiblat ketua ini dkatakan pada orang lain dan beliau hanya akan membuat keputusan apabila mendapat lampu hijau dari seseorang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet dan tidak berkuasa apa-apa pun dan tindakan ini dibuat oleh Ketua tersebut kerana rasa terhutang budinya hingga beliau memperolehi jawatan tersebut.

Pun sebelum ini,sebelum dipilih untuk jawatan tersebut,hubungan Ketua dan Timbalan Menteri ini cukup baik dan Timbalan Menteri ini jugalah yang dikatakan menyokong penuh perlantikan beliau untuk menerajui jabatan ataupun agensi itu.Itu masa belum dapat jawatan..!

Malah dikhabarkan juga bahawa pertelingkahan mereka ini telah pun sampai ke peringkat pengetahuan Perdana Menteri dan mengundang kemarahan yang bukan sedikit hingga terkeluar kenyataan tentang pertukaran ataupun mahu dgantikan dengan orang lain.

Bila Perdana Menteri sendiri mengungkap perkataan tersebut,jelaslah kemelut ataupun pertelingkahan tersebut bukan lagi main-main dan satu tindakan drastic perlu dilakukan supaya ianya tidak terus menjadi virus yang boleh menjadi penghalang untuk kejayaan lebih besar dalam PRU13 nanti.

Ketua jabatan ataupun agensi ini dikatakan berkiblatkan kepada orang lain dalam beliau menerajui jabatan ataupun agensi itu dan Timbalan Menteri ini menyedari ada unsur-unsur sabotaj di atas segala gerakan yang beliau mahu lakukan demi kepentingan politik serta kerajaan.

Hingga satu peringkat Ketua tersebut mengarahkan Timbalan Menteri itu supaya menulis surat kalau mahu bantuan peruntukan daripada jabatan ataupun agensi.

Malah dalam beberapa perjumpaan ataupu mesyuarat,Timbalan Menteri tersebut melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hatinya terhadap tindakan ketua tersebut malah sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab,beliau sukar untuk mendapat kerjasama daripada jabatan itu.

Turut difahamkan juga dalam bulan Ramadhan ini berlaku beberapa kali pertemuan antara ketua dan pegawai-pegawai dalam majlis berbuka puasa tetapi sekalipun Timbalan Menteri tersebut tidak dijemput  untuk hadir sama dan satu majlis berbuka puasa yang sepatutnya diadakan di selatan tanahair oleh Timbalan Menteri itu dibatalkan hanya kerana ketua jabatan itu tidak dapat hadir.Hebat ketua dari Timbalan Menteri !

Pertembungan kedua mereka ini dilihat akan menyukarkan banyak pihak untuk melaksanakan hasrat ataupun harapan Perdana Menteri bagi berdepan dengan PRU 13 yang akan diadakan apada bila-bila masa ini dan kita tidak menafikan bahawa Timbalan Menteri ini cukup gigih serta berkerja keras untuk menjayakan matlamat Perdana Menteri dan sudah tentu beliau akan menjadi kecewa bila gerakannya cuba dihalang oleh orang lain.

Perdana Menteri atau pun sesiapa sahaja termasuklah kedua mereka ini harus mengambll pendekatan untuk menyelesaikan kemelut tersebut kerana kita amat bimbang seandainya masih ada tangan-tangan ghaib mengurusakannya yang akhirnya menjadi petaka yang boleh menjejaskan gerakan semua pihak.

Tangan-tangan ghaib ini ternyata memang cukup menyusahkan da ada juga yang mengandaikan kurangnya sokongan ketua ini terhadap Timbalan Menteri itu kerana sebelum ini Ketua tersebut adalah antara yang senior dalam jabatan ataupun politik dan sebab itulah Ketua ini tidak memandang tinggi keupayaan Timbalan Menteri yang dianggap junior itu.

Siapa Timbalan Menteri itu dan siapa Ketua yang dimaksudkan…terserah kepada anda untuk mengesahkannya.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers