Monday, August 13, 2012
Najib pilih siapa? |
KITA masih berpegang kepada
janji PM Najib bahawa calon-calon yang bakal dipilih untuk PRU13 adalah
calon-calon yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat,yang boleh
menang dan sama sekali tidak akan termakan dengan lobi melobi malah bersedia
menggugurkan calon-calon yang dilihat berpotensi untuk kalah walaupun
calon-calon itu adalah rakan-rakannya di zaman Pemuda maupun pegawai-pegawainya
yang sedang berlegar di sekelilingnya hari ini.
Beliau juga memberikan kata
dua kepada mana-mana pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi
rakyat,bongkak,sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan
barisan calon-calon untuk pilihanraya nanti malah beliau bersedia kehilangan
kawan-kawan demi menggembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dan
Barisan Nasional.
Kalau sebelum ini kabinetnya
dilihat banyak memberikan ruang,tempat serta peluang kepada rakan-rakannya
termasuklah perlantikan untuk jawatan Senator serta Menteri maupun Timbalan
Menteri,PM Najib kali ini harus lebih berhati-hati dan memegang kejap
janji-janjinya untuk memilih calon-calon yang benar menepati kehendak serta
aspirasi rakyat setempat serta terbanyak.
Semakin dekat dengan tarikh pilihanraya,makin ramai yang sedang melobi,memperagakan diri kononnya merekalah calon yang paling layak,merekalah calon yang boleh menang dan dari Pengerusi Tetap hingga ke Pemeriksa Kira-Kira sedang berusaha untuk menarik perhatian Najib dan agensi supaya menamakan mereka sebagai calon.
Kita tahu banyak agensi diarahkan untuk mengenalpasti serta memantau calon-calon yang diyakini boleh menang untuk ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti tetapi dalam masa yang sama,sudah ada pihak yang meragui sumpah serta janji-janji PM Najib apabila sudah ada pemimpin yang kononnya mengaku dekat dengan PM Najib telah ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti walaupun calon itu sebenarnya bukan `winnable cadidate’ tetapi menggunakan agensi-agensi yang dikaitkan itu untuk mempengaruhi PM Najib.
Kita tahu banyak agensi diarahkan untuk mengenalpasti serta memantau calon-calon yang diyakini boleh menang untuk ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti tetapi dalam masa yang sama,sudah ada pihak yang meragui sumpah serta janji-janji PM Najib apabila sudah ada pemimpin yang kononnya mengaku dekat dengan PM Najib telah ditunjukkan sebagai calon PRU13 nanti walaupun calon itu sebenarnya bukan `winnable cadidate’ tetapi menggunakan agensi-agensi yang dikaitkan itu untuk mempengaruhi PM Najib.
Dalam masa yang sama,ada
juga dari kalangan pegawai-pegawai agensi yang berkaitan turut berusaha untuk menonjolkan
diri sebagai calon PRU13 dan mereka ini menggunakan segala peluang yang ada
mempengaruhi Perdana Menteri termasuk pegawai-pegawai PM untuk menamakan nama
mereka bagi dipilih.Kepimpinan minta mereka berkerja untuk mencari calon yang
benar-benar layak tetapi mereka yang sibuk menonjolkan diri mahu menjadi calon!
Tidak kurang juga
pegawai-pegawai PM sendiri berusaha dengan segala kekuatan yang ada termasuk
wang ringgit walaupun mereka tidak disukai oleh pengundi setempat menonjolkan diri untuk menjadi calon dan ada yang
mengarahkan agensi-agensi terlibat untuk menamakan mereka sebagai calon yang
boleh menang.
Segala `cable’ yang ada
mereka gunakan termasuklah menyakinkan agensi ataupun PM Najib sendiri kerana
mereka menang Ketua Bahagian maka merekalah calon yang paling layak dan tidak
cukup dengan itu bekas-bekas calon yang kalah dalam PRU12 lalu pun berusaha
untuk kembali semula ke gelanggang kononya mereka kalah dulu bukan rakyat tidak
suka tetapi kerana terkesan dengan tsunami politik.
Mungkin inilah kebimbangan
sebenar PM Najib.beliau barangkali tidak gentar dengan `mood’ rakyat kerana
sebagai Perdana Menteri beliau memilik kunci yang banyak bagi menyakinkan
rakyat tetapi yang paling membimbangkan adalah sabotaj daripada mereka yang
beriya-iya untuk menjadi calon tetapi tidak terpilih dan bala lagi bakal
menimpa PM Najib sekiranya pegawai-pegawai beliau sendiri bercita-cita besar
untuk menjadi calon pilihanraya.
Rakyat serta ahli parti
bimbang PM Najib akan terlepas pandang dengan memilih `cable’ daripada
`winnable’ hasil daripada konspirasi orang-orang tertentu yang sememangnya mahu
melihat Najib gagal sekurang-kurangnya mempertahankan kemenangan seperti yang
Pak Lah catat masa PRU12 lalu apatah lagi untuk mencapai sasaran dua pertiga majority
di Parlimen.
PM Najib juga jangan
sesekali terpedaya dengan helah kawan-kawannya,jangan telan bulat-bulat
pandangan ataupun nama-nama yang dicadangkan oleh agensi-agensi dan nama-nama itu erlu ditapis sebaik mungkin
bagi mengelakkan UMNO terkubur sebelum waktunya.
Ada juga yang
bertanya,apakah kali ini calon-calon atau MP yang sedang menang tetapi terlibat
dalam masalah moral,rasuah dan penyelewengan akan dipilih semula untuk menjadi
calon PRU13 nanti?Meraka ini bolehlah kita umpamakan seperti biawak hidup yang
terpaksa PM Najib pikul diatas batu jemalanya dan adakah yang baru masuk
gelanggang taupun baru memimpin Bahagian adalah calon yang benar-benar boleh
menyakinkan pengundi?
Semua pemimpin termasuk PM
Najib sendiri menganggap PRU13 adalah penentu kepada kelangsungan perjuangan
UMNO.PRU13 adalah hidup mati UMNO dan kalau semua beranggapan sedemikian,kita
setuju dengan pandangan PM Najib asalkan boleh menang di kerusi Parlimen,calon
kitar semula dan tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Bahagian pun akan
dipilih untuk membawa panji-panji UMNO dan Barisan Nasional.
Ada rakan-rakan PM Najib
yang sedang menggilai jawatan-jawatan Menteri maupun Menter Besar walaupun
menang kalah belum tentu lagi dan ada juga yang menyedari bahawa mereka akan
kalah jika bertanding tetapi tetap mahu bertanding kerana mahu `menelan’peruntukan
pilihanraya.
Kita sedang tunggu..adakah
PM Najib pilih` winnable’ ataupun `cable’.Najib perlu dingatkan walaupun beribu
kali bahawa UMNO adalah milik ahli dan rakyat,Jangan hanya kerana PM Najib
Presiden dan Perdana Menteri,beliau lalai hingga gagal memberikan kita calon
yang boleh menang.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
5 comments:
Kalau calon yang pernah kalah banyak kali pun dipilih dek kerana dia Setiausaha Politik PM , maka jgn mimpi la PM nak menang 2/3....
kita tunggu dan lihat..Najib kene realistik dan holistik, popular dalam parti belum tentu popular dalam parlimen or dun..byk yg cume popular dlm UMNO setempat, tp bila melibatkan kaum lain dlm dun or parlimen, mereka tak popular mana pun..
Kesian pm kita ni BN da lemah oleh Pak Lah anak beranak, PM nak calun mana lagi, la ni semua pasang cabel, nak pangkat keja mam babi kena hivs pun dapat pangkat...mcm tu juga calun pilihanraya..da nak mampos masih na jawatan ..if no maklumat bocor ke pakatan, payah payah, apa pun sekalumg tahniah untuk KJ dan pak mtua...ini adalah jasa peninggalan kau orang
WINNABLE OR CABLE- NAJIB PILIH SIAPA?
Penulis bukan politikus yang `season’ dan tidak menyandang apa apa jawatan dalam organisasi. Penulis memberikan cadangan amat mudah tetapi amat sukar untuk DS Najib dan Kerajaan BN melaksanakan.
DS Najib banyak kali menyatakan bahawa calon BN di dalam PRU13 mestilah `winnable candidate’. Antara kriterianya ialah mereka yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat. Pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat,bongkak, sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan. Pemimpin yang menghadapi masalah kewangan, moral, rasuah dan penyelewangan terpaksa di ketepikan dahulu. Penulis suka memberi cadangan kepada DS Najib seperti berikut:-
1. Rule of tumb-penukaran
Penulis cadangkan 50 peratus barisan jemaah kabinet sediaada di tukar dan diberi nafas baru. Mereka yang `gugur’ bukan mereka tidak berprestasi dalam kerja mereka, tetapi atas dasar `job rotation’. Jadi 50 peratus isu isu yang melanda para jemaah menteri akan di`tiadakan’. Jemaah menteri yang dipilih mesti melalui `skrin kesihatan yang ketat’ atau sihat atau usia muda. Polisi ini harus di`institusi’kan supaya pemegang jawatan sudah tahu bahawa masa telah tiba untuk berundur dan memberi peluang orang baru. Kemungkinan rasa malu dan tidak sedap hati para jemaah yang ditukar akan dapat dikurangkan. Sabotaj parti pun mungkin berkurangan. Ahli parti kurang memarahi PM kerana ia adalah polisi parti. Arahan pembaruan mesti dituruti oleh parti komponen lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya. Pernah berlaku, Presiden sebuah parti dicalonkan selama mungkin sampailah beliau dikalahkan di dalam pilihanraya.
Polisi ini boleh digunapakai untuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan. Lebih ramai pemimpin politik boleh menjadi adun dan ahli parlimen. Jesteru itu, kuranglah berlaku pertandingan sengit merebut jawatan di peringkat cawangan dan bahagian. Kuranglah pergeseran dalam parti maka stabil dan kuat lah parti.
Setengah tengah negera mensyaratkan penyandang jawatan 2 penggal. Amerika menghadkan dua penggal sahaja atau 10 tahun untuk jawatan Presiden. BN boleh mempertimbangkan keadah tersebut kerana masing-masing sudah tahu jangka hayat masing-masing.
2. Rule of tumb- Pengalaman berbanding kurang pengalaman (Tua banding muda)
PM perlu membuat imbangan calon `orang lama dengan orang muda’, `calon mengikut parti komponen’, calon Melayu dengan bukan Melayu, calon berpendidikan agama berbanding dengan bukan agama dan calon popular kerana kerjayanya seperti Dato Lee Chong Wei (sukan), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie (angkasawan Negara), Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi), Dato Jin Shamsudin (pelakon), Amy atau Awie (pemuzik), Tokoh Agama (Ustaz Kazim dan Ustaz Fathul Bari, tokoh pendidik dan banyak lagi.
Penulis pernah mengutarakan apakah strategi PM mengenai Ahli Parlimen Bebas seperti Zulkilfi Noordin (Kulim), Ibrahim Ali (Pasir Mas), Wee Chee Keong (Wangsa), Zaharin Hashim (Bayan Baru) dan ramai lagi, andaikata mereka mahu bertanding.
Penulis berangan angan PM akan melantik seorang wanita menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri yang pertama di Malaysia. Penulis cadang YB Senator Datuk Maznah Mazlan untuk Pahang. Dahulu penulis ingin melihat Dato Halimah Siddiq atau Dato Sri Azlina Othman Said untuk merajui negeri Johor. PM harus memberikan penghormatan kepada kaum wanita yang merupakan lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia.
Bersambung…
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com
Mana mana bahagian yg bermasalah atau peluang tipis untuk menang pilihanraya jika dicalonkan semula,eloklah membuat 'migration' kepada bakal penganti daripada syok sendiri naik bakul angkat sendiri.Jangan pula nanti PM terpaksa ambil orang luar jadikan calon walhal dalam bahagian itu sendiri terdapat calon calon yang layak.Walaupun ramai yang melobi,kena tapislah.Serupalah bos syarikat nak naikan pangkat anak buah.Kalau dah jadi wakil lebih 3 penggal tu paham2 sajalah.