Thursday, August 9, 2012

TINDAKAN mengoyak cek membuktikan betapa kesabaran ataupun kemarahan yang sukar lagi dibendung oleh seorang Timbalan Menteri apabila beliau semakin yakin Ketua sebuah agensi kerajaan sedang menjalankan usaha untuk mengsabotaj segala gerak kerjanya untuk parti dan kerajaan.

Pertelingkahan mereka berdua bukan lagi rahsia antara mereka  malah telah menjadi rahsia umum dan hampir kesemua kakitangan agensi atau jabatan itu maupun pejabat Timbalan Menteri menyedari bahawa hubungan antara Ketua mereka denagn Timbalan Menteri tersebut semakin hari semakin dingin hingga timbul ketegangan dan tindakan mengoyak cek di depan pegawai Ketua tersebut merupakan satu tindakan yang membayangkan betapa marahnya Timbalan Menteri tersebut.

Timbalan menteri ini adalah yang bertanggungjawab ke atas agensi atau jabatan tersebut namun beberapa tindakan Ketua agensi itu sejak akhir-akhir ini benar-benar menguji kesabaran dan ketenangan beliau namun apabila beberapa program penting tidak dilibatkan beliau seperti Majis Berbuka Puasa Bersama KSN,egonya sebagai Timbalan Menteri bagaikan dicabar serta disiat oleh Ketua ini.

Memang wajar dan tepat sekali apabila kedudukannya diperlekehkan,beliau yang sepatutnya dirujuk untuk sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan parti dan kerajaan dijadikan seperti sampah oleh Ketua tersebut dan ada ketikanya,Ketua ini dkatakan tidak pernah menganggap wujudnya seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab atas jabatan ataupun agensi itu.

Kiblat ketua ini dkatakan pada orang lain dan beliau hanya akan membuat keputusan apabila mendapat lampu hijau dari seseorang yang tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet dan tidak berkuasa apa-apa pun dan tindakan ini dibuat oleh Ketua tersebut kerana rasa terhutang budinya hingga beliau memperolehi jawatan tersebut.

Pun sebelum ini,sebelum dipilih untuk jawatan tersebut,hubungan Ketua dan Timbalan Menteri ini cukup baik dan Timbalan Menteri ini jugalah yang dikatakan menyokong penuh perlantikan beliau untuk menerajui jabatan ataupun agensi itu.Itu masa belum dapat jawatan..!

Malah dikhabarkan juga bahawa pertelingkahan mereka ini telah pun sampai ke peringkat pengetahuan Perdana Menteri dan mengundang kemarahan yang bukan sedikit hingga terkeluar kenyataan tentang pertukaran ataupun mahu dgantikan dengan orang lain.

Bila Perdana Menteri sendiri mengungkap perkataan tersebut,jelaslah kemelut ataupun pertelingkahan tersebut bukan lagi main-main dan satu tindakan drastic perlu dilakukan supaya ianya tidak terus menjadi virus yang boleh menjadi penghalang untuk kejayaan lebih besar dalam PRU13 nanti.

Ketua jabatan ataupun agensi ini dikatakan berkiblatkan kepada orang lain dalam beliau menerajui jabatan ataupun agensi itu dan Timbalan Menteri ini menyedari ada unsur-unsur sabotaj di atas segala gerakan yang beliau mahu lakukan demi kepentingan politik serta kerajaan.

Hingga satu peringkat Ketua tersebut mengarahkan Timbalan Menteri itu supaya menulis surat kalau mahu bantuan peruntukan daripada jabatan ataupun agensi.

Malah dalam beberapa perjumpaan ataupu mesyuarat,Timbalan Menteri tersebut melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hatinya terhadap tindakan ketua tersebut malah sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab,beliau sukar untuk mendapat kerjasama daripada jabatan itu.

Turut difahamkan juga dalam bulan Ramadhan ini berlaku beberapa kali pertemuan antara ketua dan pegawai-pegawai dalam majlis berbuka puasa tetapi sekalipun Timbalan Menteri tersebut tidak dijemput  untuk hadir sama dan satu majlis berbuka puasa yang sepatutnya diadakan di selatan tanahair oleh Timbalan Menteri itu dibatalkan hanya kerana ketua jabatan itu tidak dapat hadir.Hebat ketua dari Timbalan Menteri !

Pertembungan kedua mereka ini dilihat akan menyukarkan banyak pihak untuk melaksanakan hasrat ataupun harapan Perdana Menteri bagi berdepan dengan PRU 13 yang akan diadakan apada bila-bila masa ini dan kita tidak menafikan bahawa Timbalan Menteri ini cukup gigih serta berkerja keras untuk menjayakan matlamat Perdana Menteri dan sudah tentu beliau akan menjadi kecewa bila gerakannya cuba dihalang oleh orang lain.

Perdana Menteri atau pun sesiapa sahaja termasuklah kedua mereka ini harus mengambll pendekatan untuk menyelesaikan kemelut tersebut kerana kita amat bimbang seandainya masih ada tangan-tangan ghaib mengurusakannya yang akhirnya menjadi petaka yang boleh menjejaskan gerakan semua pihak.

Tangan-tangan ghaib ini ternyata memang cukup menyusahkan da ada juga yang mengandaikan kurangnya sokongan ketua ini terhadap Timbalan Menteri itu kerana sebelum ini Ketua tersebut adalah antara yang senior dalam jabatan ataupun politik dan sebab itulah Ketua ini tidak memandang tinggi keupayaan Timbalan Menteri yang dianggap junior itu.

Siapa Timbalan Menteri itu dan siapa Ketua yang dimaksudkan…terserah kepada anda untuk mengesahkannya.

11 comments:

Anti Anwar said...

Aku rasa aku tau siapa Timbalan Menteri ni, Ahmad Maslan kan? Ketua Jabatan tu pulak dah tentu Raja Arif kan?

Dari dulu lagi ramai dah kata Raja Arif ni anjing Anwar IBrahim. Dia masuk dalam BTN sebab nak menghancurkan BTN. Tolonglah selamatkan BTN

Wahai PM, nak simpan Raja ARif ni buat apa?

Anonymous said...

Ahmad mazlan ni pun kaki bodek dan kaki menempel....Tak ada apa pun jasanya yg boleh dibangakan oleh orang johor aku orang pontian tau siapa mamat ni ......

Anonymous said...

ha3x

Anonymous said...

Menteri bertungkus lumus buat program. BTN bertungkus-lumus buat bisnes. Bulan kemerdekaan .... boleh bekal bendera..... bulan puasan boleh bekal lemang.... bulan sembilan boleh bekal..... bulan haji..... musim pilihanraya ..... payung, botol minuman..... apa sahaja.

Anonymous said...

hebat nuar berahim niee.. dalam jabatan kerajaan pun ada orang dia..pangkat besarlagi pulat tu..hebat pengaruhnyanya..orang yang hebat mestilah banyak pengaruhnya..manakala orang yang tak hebat mestilah tak ada pengaruhnya..

Anonymous said...

Ikut cara orang yahudi suka manipulasi orang lain untuk berkuasa, itulah juga cara anwar ibrahim. Otak sentiasa nak memusnahkan malaysia tambahan dah tau ramai tak suka dia n dah hilang pengaruh. Orang ikhlas tak bust kerja macam tu....

warkahpenafikir said...

Biar aku isi jawatan kosong sedia ada ni.

Anonymous said...

Hebat nya org melayu yg berjawatan tinggi.
Patutnya depanie menolong menaikkan taraf org melayu ke tahap yg lebih tinggi bukan nya.. Sibuk memenuhkan poket dan perut sendiri... Memang depa takakan kemana.. Sebab tiada sumbangan atau jasa pada masyarakat..... Baik di lucutkan saja jawatan dua2 suamang ini....

Anonymous said...

Dato Ahmad Maslan telah menjalankan kerja dengan baik kepada rakyat Dan warga felda. Jgn biarkan ketua pengarah law an timbalan menteri, kalau tak sependapat, lebih baik ketua jabatan lepas jawatan.

Anonymous said...

Hebat memanh hebat orang melayu ni , tapi tunggu lah kalau DAP perintah , tahu lah nasib korang , mungkin malaysia ni tergadai 999 , coba korang tanaya si bodoh nizar tu

Anonymous said...

Raja arif org kuat BABI.... Anak dia tak lulus utk sambung pelajaran keluar negara pun di marah BTN.....ini pulak dia yg jadi ketua di BTN......gilo sungguh.....PM sedar la tidur... Sebelum terlambat......Ahmad mazlan pun sama je...

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers